Penyediaan untuk majlis pernikahan tidak boleh dipandang remeh agar majlis berjalan dengan lancar dan sempurna. Antara persediaan yang harus dititikberatkan termasuklah pemilihan pakaian pengantin buat bakal raja sehari.
Busana pengantin yang tampak anggun lagi menawan adalah impian buat mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan. Terdapat ribuan rekaan yang berbeza mengikut cita rasa dan tema yang diidamkan.
Tema yang amat popular dalam kalangan masyarakat Melayu termasuklah tema Bollywood di mana pasangan mempelai akan menggayakan pakaian sari bagi wanita dan kurta bagi lelaki pada hari perkahwinan. Selain itu, pakaian tradisional Melayu juga sering kali dijadikan pilihan.
Pakaian tradisional ini biasanya digayakan dengan rekaan busana tenunan songket yang berbeza olahannya mengikut kreativiti tukang tenun. Namun begitu, ada juga yang menggemari busana pakaian yang kelihatan “simple” di hari pernikahan mereka.
Sekiranya anda mahukan pakaian yang ringkas tetapi masih kelihatan elegen, teruskan membaca entri kami di bawah mengenai 17 design baju nikah simple yang elegen sesuai untuk ratu sehari.
Kandungan
17. Tema Nikah Gaun Putih
Dalam masyarakat Melayu, pengantin biasanya akan memilih pakaian bewarna putih sebagai pilihan utama untuk majlis pernikahan mereka.
Sekiranya anda mahukan Gaun bewarna putih yang simple di hari akad nikah, rekaan yang sebegini amatlah sesuai. Gaun yang bertemakan warna putih ini memiliki reka bentuk yang simple tetapi anggun untuk disarungkan pada hari pernikahan.
Sekiranya anda mahukan busana Scarlet Dress ini, anda boleh dapatkannya melalui butik Pastel Bridal. Harga yang ditawarkan untuk pakaian Scarlet Dress hanyalah serendah RM359 sahaja. Anda boleh mengikuti laman Instagram mereka untuk mendapatkan baju seperti di dalam gambar tersebut dengan harga yang sangat berpatutan.
Instagram: pastelbridal
Hubungi: 013-3470079
16. Gaun Muslimah Merah Jambu
Mahukan busana nikah yang simple, elegen dan tidak mengikut bentuk badan? Butik Joobah Abaya Bridal ada solusinya.
Busana yang mematuhi Syariah Islam ini memiliki rekaan pakaian yang agak longgar dari saiz badan si pemakai. Seperti rekaannya yang diberi nama Sahara Dress, jubahnya yang bewarna merah jambu serta kembang di bahagian bawah kelihatan amat sopan dipakai.
Busana seperti ini memiliki pelbagai jenis warna di mana anda boleh memilih mengikut tema yang telah dirancang. Harga yang ditawarkan pula adalah serendah RM600 tidak termasuk hantaran pos. Jika mahu melihat rekaan busana yang ditawarkan oleh butik ini, anda boleh terus melayari laman Instagramnya dan carilah pilihan yang berkenan di hati.
Instagram: joobah.abaya.bridal
Hubungi: 013-9946121
15. Baju Kurung Pahang
Di Malaysia, baju kurung memiliki reka bentuk yang berbeza mengikut beberapa buah negeri. Antaranya termasuklah baju kurung Pahang.
Bajunya yang kembang di bahagian bawah ini padan digayakan di hari pernikahan. Warnanya seakan-akan putih, busana ini sebenarnya bewarna “pale blue”, sesuai buat mereka yang inginkan tema bewarna biru lembut.
Sekiranya anda berminat dengan baju kurung Pahang persis seperti di dalam gambar ini, usah risau. Butik Leisure Fashions sedia memberikan tawaran kepada anda dengan harga yang berpatutan iaitu RM259 sahaja. Rekaannya yang simple dan elegen ini boleh digayakan di mana-mana sahaja mengikut tema sesuatu acara. Anda boleh memilih mengikut saiz yang bersesuaian.
Instagram: leisurefashions
Hubungi: 013-3470079
14. Baju Kebaya Moden Bewarna Putih
Mutakhir ini, Baju Kebaya moden amat popular dalam kalangan kaum wanita di negara kita. Pakaian ini sesuai sekali digayakan pada hari perayaan, majlis-majlis rasmi dan juga majlis perkahwinan.
Walaupun nampak simple untuk dijadikan sebagai baju pernikahan, namun, tetap kelihatan anggun buat sesiapa sahaja yang memakainya. Warnanya yang putih juga amat sesuai buat majlis akad nikah.
Jika anda berminat dengan busana seperti di dalam gambar tersebut, layari laman Instagram sc_stylista untuk dapatkan butiran lebih lanjut.
Instagram: sc_stylista
Hubungi: 017-9719166
13. Baju Kurung Riau Bewarna Putih
Reka bentuknya agak sama dengan baju kurung Pahang di mana bahagian atas dan bawahnya mempunyai pesak yang berasingan. Apa yang membezakan kedua-dua baju ini adalah di bahagian kolarnya.
Baju Kurung Pahang memiliki kolar bulat manakala Baju Kurung Riau pula mempunyai kolar cekak musang ataupun kolar mandarin. Buat anda yang inginkan baju yang simple tetapi kelihatan elegen, inilah baju yang anda cari. Busana ini memiliki sulaman manik yang sungguh kemas dan cantik. Bertemakan warna putih, boleh menyerikan lagi suasana majlis pernikahan anda.
Mahukan baju seperti di dalam gambar? Segera layari Instagram Adoria.my untuk mendapatkan baju idaman anda yang diberi nama Maira Kurung Riau ini dengan harga yang lebih murah.
Instagram: adoria.my
Hubungi: 018-6665949
12. Jubah Anggun Bewarna Hijau
Selain baju kurung, jubah juga boleh dijadikan sebagai pakaian di hari pernikahan. Rekaannya yang tidak mengikut bentuk badan tidak menghalang anda untuk kelihatan bergaya dan anggun.
Jubah ini memiliki “full lace” di bahagian bawahnya yang bewarna putih untuk menaikkan lagi seri pada baju. Warnanya yang lembut juga mampu menyejukkan mata yang melihat. Jika anda seorang yang amat menitik beratkan pakaian yang mematuhi syariah, inilah busana yang paling sesuai untuk hari pernikahan anda kelak.
Instagram: lhqbridal
Hubungi: 013-743 5357
11. Baju Kurung Pahang Bewarna “Pure White”
Impikan pakaian yang anggun dan menarik di hari pernikahan? Pakaian ini amat sesuai buat anda.
Rekaannya kelihatan simple, tetapi cantik buat si pemakai. Sulaman manik di bahagian baju menambahkan lagi seri pada pakaian. Warnanya yang putih juga boleh memudahkan untuk para tetamu melihat pasangan pengantin dengan lebih jelas dan tentu sekali akan nampak cantik dan menawan di dalam gambar.
Baju yang ditawarkan oleh By.nfaliciousssss ini diberi nama Hannah Kurung. Harganya pula adalah serendah RM229 sahaja. Berminat? Segera hubungi pihak butik untuk dapatkan baju idaman anda.
Instagram: by.nfaliciousssss
Hubungi: 017-706 4013
10. Gaun Bertemakan Warna “Light Blue”
Rekaan gaun ini sungguh cantik dan menarik walaupun berkonsep simple. Warnanya yang lembut amat sesuai digayakan oleh pengantin di hari pernikahan. Manik yang terletak sungguh rapi ini boleh direka mengikut cita rasa si pemakai.
Jika mahukan reka bentuk pakaian yang sebegini, anda boleh menghubungi pihak butik Ikaradiusite untuk membuat sebarang tempahan.
Instagram: ikaradiusite
Hubungi: 018-3732448
Alamat: B-11-1,Jln Reef 1/2,Rawang,Selangor.
9. Baju Kurung Putih
Berbeza dengan baju kurung yang lain, baju kurung ini memiliki lace yang unik di bahagian bawah. Jika anda mahukan baju kurung yang simple tetapi anggun, inilah reka bentuk yang sesuai dengan anda. Warnanya yang cerah juga boleh membantu anda kelihatan lebih jelita di hari pernikahan.
Jika anda berminat dengan baju kurung ini, butik Nursha Bridal boleh merealisasikan kehendak anda.
Instagram: nurshabridal
Email: nurshabridal@gmail.com
Hubungi: 074393936
WhatsApp: 012-7042313
8. Gaun Simple Bewarna Putih
Rekaan busana pengantin ini kelihatan sungguh menawan dan boleh menambat hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Gaun yang memiliki warna “pure white” ini mempunyai sulaman manik di bahagian dada dan juga pinggang.
Rekaan yang sebegini boleh dijadikan sebagai inspirasi buat anda yang inginkan gaun yang simple dan menarik. Inginkan pakaian seperti di dalam gambar? butik Amni Bride To Be sedia membantu anda.
Instagram: amnibrideobe
Hubungi: 0342653477/ 011-10354006/ 014-5824006
Alamat: LOT 301, Jalan 3, Taman Ampang Utama
7. Gaun Mesra Wuduk
Inginkan dress yang simple dan mesra wuduk di hari pernikahan? Rekaan ini sesuai buat anda.
Busana ini dihasilkan tanpa mengikut bentuk badan si pemakai. Walaupun pakaiannya agak simple dan tidak ketat, reka bentuknya yang cantik boleh menambat hati yang melihatnya. Di samping itu, buat anda yang mahukan tema bewarna kuning, baju seperti ini boleh dijadikan sebagai pilihan utama anda.
Mahukan baju persis di dalam gambar? Cikda.dreamdress ada penyelesaiannya. Di sini, anda boleh mendapatkan baju yang diberi nama Anna dan Elsa Dress ini dengan harga yang berpatutan.
Instagram: cikda.dreamdress
Hubungi: 011-29260221
6. Gaun Bersama Sulaman Manik
Reka bentuk pakaian akad nikah yang dijahit oleh butik Trendyswanzs ini kelihatan manis berlitup jika dipakai.
Kain gaun ini diperbuat daripada kain jenis chiffon beserta “lining”. Bukan itu sahaja, gaun yang anggun ini juga memperoleh manik yang sungguh kemas di bahagian hadapan. Reka bentuknya sungguh sesuai buat anda yang inginkan baju yang cantik serta simple di hari pernikahan.
Selain baju untuk akad nikah, butik Trendyswanz ini juga menawarkan dress untuk majlis pertunangan, majlis makan malam, majlis konvokesyen, pakaian untuk bridesmaid dan juga pakaian kasual.
Saiz yang ditawarkan pula adalah dari xs sehinggalah saiz 2xl. Oleh itu, tiada halangan buat anda untuk menggayakan pakaian ini di majlis raja sehari yang bakal diadakan kelak. Anda boleh dapatkan maklumat yang lebih terperinci seperti harga busananya dengan menghubungi pihak butik.
Instagram: trendyswanzs
Hubungi: 016-7623630
5. Gaun Simple Merah Jambu
Gaun ini mempunyai reka bentuk seakan-akan baju “Princess Disney” kerana rekaannya yang kembang di bahagian bawah. Kelihatan simple, tetapi mampu menarik perhatian buat mata yang memandang.
Busana ini telah direalisasikan oleh butik Hanger Studio dan diberikan nama Xaviera Dress. Jika anda sukar untuk mendapatkan warna tema majlis yang telah dirancang, usah risau, butik ini membenarkan pelanggannya untuk memilih warna yang disukai berdasarkan pilihan warna yang telah disediakan.
Anda juga haruslah membuat tempahan lebih awal iaitu antara 2 sehingga 3 minggu sebelum majlis dijalankan.
Instagram: hangerstudio
Hubungi: 018-2252079
4. Baju Kurung Moden
Baju kurung merupakan pakaian tradisional masyarakat Melayu yang sering dipakai untuk menghadiri majlis-majlis dan juga sebagai pakaian rasmi di tempat kerja.
Dalam masa yang sama, baju kurung juga boleh digayakan sebagai busana pengantin dengan rekaan yang lebih menawan dan elegen daripada biasa. Seperti di dalam gambar, baju ini memiliki sulaman lace beserta lining yang membuatkan pakaian kelihatan lebih eksklusif.
Sekiranya ini yang anda inginkan, Butik Fabisya_Bridal menawarkan pelbagai rekaan baju kurung pengantin yang sangat menarik dengan hasil jahitan yang kemas. Anda boleh menghubungi pihak butik untuk mendapatkan harga pakaian yang dijual.
Instagram: Fabisya_Bridal
Hubungi: 012-7575413
3. Jubah Patuhi Syari’e
Dalam agama Islam, kita tidaklah dihalang untuk berfesyen, tetapi wajib untuk memakai pakaian yang mengikut garis panduan syariah. Hal ini demikian kerana pakaian yang sopan dan menutup aurat adalah cermin seorang Muslim.
Buat anda yang mencari pakaian yang mematuhi syariah, inilah rekaan yang boleh dijadikan sebagai pilihan utama. Warnanya yang putih pula menambahkan seri buat si pemakai.
Koleksi jubah Qaysara yang direka oleh butik ini amat sesuai digayakan di hari pernikahan. Harga yang ditawarkan pula sangatlah berpatutan iaitu dari hanya RM199. Dengan pembelian jubah ini, anda bakal menerima khimar, 20 biji batu Swarovski dan juga hantaran pos secara percuma. Tunggu apa lagi? Segera dapatkannya sekarang.
Instagram: legacy_pakaian_muslimah_syarie
Hubungi: 019-5797681
2. Jubah Muslimah
Tidak jauh beza dengan rekaan sebelum ini, jubah ini juga merupakan jubah yang menutup aurat secara sempurna. Warnanya yang putih boleh dijadikan sebagai pakaian untuk hari pernikahan anda.
Apa yang menariknya, pakaian ini juga mesra wuduk untuk memudahkan si pemakai menunaikan ibadah. Rekaannya sangat sesuai buat anda yang inginkan tema yang simple serta selesa walaupun ketika melakukan ibadah.
Instagram: jubah.dress.muslimah
Hubungi: 013-3154649
1. Baju Kurung Putih Simple
Rekaan baju kurung yang simple ini amat sesuai digayakan untuk majlis pertunangan dan juga majlis pernikahan. Warnanya yang putih juga sering dijadikan sebagai tema oleh pasangan pengantin.
Jika anda berminat dengan baju kurung simple ini, bolehlah jadikannya sebagai pilihan utama. Anda boleh melihat rekaan busananya dengan lebih terperinci melalui laman Instagram Duha Attire.
Instagram: duha.attire
Hubungi: 013-7485863
Dengan ini, demikianlah tips dan cadangan yang disediakan buat bakal pasangan mempelai yang impikan pakaian yang ringkas atau simple untuk majlis pernikahan. Kami harapkan entri 17 design baju nikah simple yang elegen ini dapat memudahkan urusan anda dalam membuat pilihan yang terbaik.
Baju nikah simple dan elegen ini tidaklah terhad kepada senarai yang telah kami sediakan sahaja, terdapat banyak lagi jenis rekaan lain yang boleh diletak dalam senarai pilihan. Semoga artikel kali ini dapat menyumbang inspirasi atau idea buat anda di luar sana. Kami doakan agar majlis perkahwinan anda berjalan dengan lancar.