Hari perkahwinan merupakan hari yang paling dinanti-nantikan oleh bakal pengantin. Satu hari yang akan mengubah hidup mereka. Pelbagai perkara akan dilakukan oleh bakal pengantin untuk memastikan hari bahagia mereka berjalan dengan lancar sepertimana yang mereka inginkan.
Daripada persiapan untuk tetamu dan persiapan untuk diri sendiri, semuanya dilakukan dengan penuh kesungguhan. Salah satu persiapan yang paling penting untuk majlis perkahwinan itu nanti adalah baju yang akan dipakai.
Baju merupakan satu perkara yang sangat penting bagi setiap bakal pengantin bukan hanya pada pengantin perempuan, tetapi kepada pengantin lelaki juga kerana pada hari perkahwinan nanti, mereka akan menjadi tumpuan para tetamu yang hadir. Semua mata akan tertumpu kepada mereka kerana mereka merupakan watak utama dalam majlis tersebut.
Oleh kerana itu, setiap bakal pengantin lelaki perlu berusaha untuk tampil dengan segak dan semenawan mungkin untuk hari bersejarah mereka. Selain itu baju juga penting kepada mereka kerana ianya akan diabadikan di dalam gambar-gambar yang akan diambil pada hari bahagia mereka nanti dan dijadikan sebagai kenangan yang terindah dalam hidup mereka.
Terdapat berbagai jenis baju pengantin lelaki yang boleh didapati daripada jenis tradisional, moden, barat dan sebagainya. Baju-baju ini boleh dibeli ataupun disewa mengikut kemampuan dan keselesaan diri mereka sendiri. Bagi bakal pengantin lelaki yang masih lagi tercari-cari pakaian yang sesuai untuk dipakai pada hari bahagia nanti, berikut merupakan 21 pilihan baju untuk pengantin lelaki yang boleh dijadikan panduan.
Kandungan
Tuxedo
Tuxedo merupakan baju pengantin moden yang seringkali menjadi pilihan bagi mereka-mereka yang gemarkan sesuatu yang bercitarasa mewah dan kebaratan. Hal ini kerana baju pengantin jenis tuxedo ini membuatkan si pemakai kelihatan seperti ‘ala western’ dan sangat elegan dengan gaya seorang model.
Tuxedo menggunakan kain satin dalam pembuatannya. Ianya selalu digayakan dengan kasut kulit berkilat. Tuxedo ini amat sesuai dipadankan dengan gaun kembang, gaun moden ataupun jubah moden.
21. @suesweettouch
Tuxedo berwarna biru gelap lengkap bersama bow tie ini amat sesuai sekali digayakan dengan gaun putih sarat berlabuci. Selain warna putih, warna tuxedo ini juga sesuai digayakan dengan baju pengantin perempuan yang berwarna biru lembut.
Butik: @suesweettouch
20. @iam_inderaloka
Tuxedo berwarna biru terang dengan bow tie berwarna hitam ini kelihatan begitu elegan. Ianya amat sesuai sekali digandingkan dengan gaun moden berkain duyung yang berwarna putih. Kombinasi warna terang dan cerah ini merupakan gabungan yang sangat padan. Ia menyerlahkan lagi seri pengantin.
Butik: @iam_inderaloka
19. @butikplanetpengantin
Tuxedo berwarna coklat ini nampak begitu bergaya sekali dipadankan dengan gaun moden yang berkot berwarna dusty pink. Ia membuatkan pasangan pengantin kelihatan begitu romantis dan berseri-seri. Selain warna dusty pink, tuxedo ini juga sesuai dipadankan dengan warna lembut seperti warna cream.
Butik: @butikplanetpengantin
Baju Melayu Songket Blazer
Baju Melayu Songket Blazer ini menggunakan rekaan yang sama dengan baju melayu biasa. Perbezaannya ialah ia ditambah dengan pemakaian blazer. Penggunaan blazer ini menjadikan bakal pengantin kelihatan unik dan lebih bergaya.
Malah mereka juga kelihatan lebih segak bila memakainya bersama sampin, tanjak dan aksesori tambahan lainnya. Ditambah pula dengan penggunaan kain songket untuk Baju Melayu ini menjadikannya satu busana yang sungguh mewah dan bercitarasa tinggi. Baju pengantin perempuan yang sesuai digayakan bersama baju melayu ini adalah gaun labuh, gaun moden, kebaya ataupun kurung.
18. @eszzibrahim
Baju Melayu Songket Blazer berwarna hijau turquoise ini kelihatan sungguh menarik. Tambahan lagi ia dipakai bersama sampin dan tanjak menjadikan pengantin lelaki kelihatan sangat tampan dan bergaya.
Baca: 27 Baju Songket Pengantin Untuk Inspirasi Busana Perkahwinan Anda
Padanan baju kebaya moden yang dipakai oleh pengantin perempuan melengkapkan lagi busana ini dan menjadikan pasangan pengantin ini kelihatan sangat menawan.
Butik: @eszzibrahim
17. @eyrafadzwedding
Satu lagi rekaan baju Melayu Songket Blazer berwarna lembut iaitu warna baby blue tetapi dipadankan dengan kurung kedah moden. Dengan aksesori tambahan seperti dokoh dan keris menjadikan busana ini satu busana yang sempurna yang mampu untuk menambat hati bakal pengantin lelaki yang masih lagi mencari baju yang sesuai.
Butik: @eyrafadzwedding
Baju Melayu Songket Cekak Musang
Rekaannya sama sahaja seperti baju melayu Cekak Musang yang lain. Bezanya hanya pada jenis kain yang digunakan. Baju Melayu ini menggunakan kain songket. Ada sesetengah mereka yang gemar memakai kain songket kerana ianya membuatkan si pemakai kelihatan bergaya dan nampak menawan.
Bagi mereka yang sukakan rekaan baju melayu Cekak Musang tetapi menginginkannya dalam kain jenis songket, maka pilihan ini adalah yang sesuai untuk anda. Baju melayu ini biasanya dipandankan dengan gaun labuh, peplum ataupun kurung yang juga dari jenis songket.
16. @zamrimatouch
Baju melayu Songket Cekak Musang berwarna beige dengan lengkap bersampin dan bertanjak. Ditambah pula dengan aksesori tambahan seperti dokoh dan keris menjadikan busana ini terlihat sungguh mewah. Pengantin akan kelihatan segak apabila memakainya.
Butik: @zamrimatouch
15. @syizzrull_nadziq_wedding
Warna kelabu merupakan satu pilihan warna yang menarik untuk baju melayu ini. Lengkap bersama sampin,tanjak dan aksesori tambahan yang lain membuatkan pengantin lelaki kelihatan seperti seorang jejaka idaman.
Pengantin perempuan pula megenakan gaun moden dengan leretan kain dibelakangnya membuatkan pasangan pengantin ini nampak ideal.
Butik: @syizzrull_nadziq_wedding
14. @embunklasikbridalboutique
Satu lagi baju berwarna kelabu dengan rekaan yang sama yang sama tetapi dengan warna yang lebih menyerlah. Pengantin perempuan pula mengenakan baju peplum berkain duyung. Padanan pakaian pengantin ini membuatkan mereka kelihatan sangat manis bersama.
Butik: @embunklasikbridalboutique
Prince Suit
Rekaan baju ‘ala prince charming’ ini sangat menarik dan membuatkan pengantin kelihatan seperti seorang putera.
Bagi pasangan yang selalu mengimpikan tema perkahwinan seperti fairytale, rekaan prince suit ini sudah semestinya dijadikan pilihan kerana ia pasti akan menyempurnakan tema fairytale anda. Baju pengantin perempuan yang sesuai digandingkan bersamanya adalah gaun kembang dan gaun moden.
13. @weddinggaloresdnbhd
Prince suit berwarna biru terang ini sudah semestinya mampu menarik perhatian bakal pengantin. Ditambah dengan lace berwarna putih pada baju sebelah kanan menjadikan ianya kelihatan sangat ekslusif. Gaun moden berwarna biru lembut yang digayakan bersamanya juga merupakan pilihan yang sangat tepat.
Butik: @weddinggaloresdnbhd
12. @butikplanetpengantin
Warna maroon merupakan satu warna yang cantik apabila dipakai. Dengan lace di bahagian baju sebelah kiri dan tangan cukup membuatkan si pemakai kelihatan segak umpama prince charming.
Pakaian pilihan pengantin perempuan pula adalah gaun moden berkot yang berwarna dusty pink menjadikan ini gabungan yang sangat sesuai.
Butik: @butikplanetpengantin
11. @cosryofficial
Prince suit berwarna hijau lumut dengan susunan butang daripada bahagian bawah leher. Pengantin perempuan pula memilih gaun kembang berlabuci yang berwarna cream. Pasangan ini kelihatan sangat anggun mengenakan busana mewah ini.
Butik: @cosryofficial
10. @fydresses
Satu rekaan prince suit dengan warna yang sangat jarang sekali digunakan iaitu warna cream keemasan. Bahagian belakangnya direka dengan labuh sehingga ke paras lutut. Gaun kembang dengan warna cream berkilat ini melengkapkan lagi keindahan busana ini.
Butik: @fydresses
Baju Dhoti Kurta
Kurta merupakan pakaian tradisional bagi orang India. Ia merupakan baju berlengan pangan dan direka dengan labuh sehingga ke paras lutut. Baju ini boleh digayakan bersama kain ataupun seluar.
Baca: 29 Baju Bridesmaid Menarik | Inspirasi Tema & Warna Trending
Tetapi untuk majlis perkahwinan, kebiasaannya pengantin akan memilih untuk memakai seluar kerana ia membuatkan pengantin kelihatan lebih segak dan kemas. Bagi mereka yang menginginkan tema bollywood, baju inilah yang paling sesuai. Baju dhoti kurta ini biasanya digayakan bersama gaun kembang ataupun gaun moden.
9. @shahhirwahab
Baju dhoti kurta berwana kuning keemasan. Ianya ditambah dengan kain satin berwarna maroon pada bahagian belakang. Dan turban. Dipadankan pula dengan seluar brwarna putih. Pengantin perempuan pula memilih jubah moden berwarna coklat muda.
Butik: @shahhirwahab
Baju Melayu Cekak Musang
Baju Melayu yang seringkali menjadi pilihan oleh pengantin. Oleh kerana kolarnya yang tinggi dan mencekak leher, baju melayu ini dikenali sebagai baju Melayu Cekak Musang. Pada kebiasaannya, baju Melayu ini mempunyai lima kancing.
Tiga kancing pada bahagian bawah leher manakala dua kancing lagi pada bahagian leher. Mereka-mereka yang berada di Brunei seringkali memakai baju Melayu jenis ini. Baju Melayu ini biasanya dipadankan dengan kebaya, gaun, kurung ataupun peplum.
8. @ikaradiusite_
Warna putih adalah warna yang seringkali dijadikan pilihan. Baju Melayu Cekak Musang berwarna putih yang digayakan bersama sampin berwarna pudar ini membuatkan si pemakai kelihatan begitu mempesona. Dipadankan pula dengan jubah moden berwarna putih menaikkan lagi seri pengantin.
Butik: @ikaradiusite_
7. @cintabyfifiomar
Ini juga merupakan baju melayu cekak musang berwarna putih tetapi digandingkan dengan sampin lembut seperti warna baby blue. Pengantin perempuan pula mengenakan gaun moden berwarna putih.
Butik: @stazurinbridalboutique
6. @zaiprimadona
Baju melayu cekak musang berwarna cream yang dipakai bersama aksesori tambahan seperti dokoh dan yang lainnya. Pengantin perempuan mula terlihat anggun memakai baju peplum yang senada dengan warna baju pengantin lelaki menjadikan gandingan ini cukup sempurna.
Butik: @zaiprimadona
5. @eyrafadzwedding
Baju berwarna bone white ini menyerlahkan lagi kesegakan si pemakai. Tambahan lagi pabila ianya digayakan dengan lengkap bersampin, bertanjak dan berbagai aksesori tambahan lainnya.
Gaun moden berkain duyung yang digayakan oleh pengantin perempuan juga kelihatan amat serasi apabila digandingkan bersama.
Butik: @eyrafadzwedding
Baju Melayu Moden Songket
Rekaan yang sama dengan baju melayu moden tetapi menggunakan kain songket. Bagi mereka yang menginginkan baju melayu modennnya kelihatan lebih menarik dan tradisional, baju ini boleh dijadikan pilihan. Padanan yang sesuai bagi baju pengantin ini adalah kebaya, peplum ataupun gaun yang juga yang berkain songket.
4. @mankajang29
Baju Melayu Moden Songket berwarna brown menyerlahkan lagi ketampanan si pemakai. Dipakai pula bersama sampin dn aksesori tambahan lain menjadikan penagntin lelaki kelihatan cukup sempurna untuk hari bersejarahnya. Pengantin perempuan pula mengenakan baju kebaya songket dengan warna yang sama.
Butik: @mankajang29
3. @weddinggaloresdnbhd
Dengan menggunakan warna kelabu sebagai warna tema, gandingan baju melayu moden yang dihiaskan bersma aksesori tambahan dan gaun songket ini membuatkan pasangan pengantin kelihatan sangat menawan dan begitu berseri-seri.
Butik: @weddinggaloresdnbhd
Baju Melayu Moden
Baju Melayu moden ini direka tanpa pesak supaya ianya tidak kelihatan besar ataupun terlalu longgar. Malahan ia akan kelihatan segak dan kemas pada pemakainya. Baju ini juga direka mengikut bentuk badan ataupun lebih dikenali sebagai ‘slim fit’.
Potongan ‘slim fit’ ini akan membuatkan pemakainya kelihatan tampan. Baju jenis ini seringkali menjadi pilihan terutamanya pada anak-anak muda yang mempunyai bentuk tubuh yang menarik. Baju ini sesuai digandikan bersama gaun moden dan
2. @istanaputeh
Gabungan baju melayu moden bersampin dan gaun moden berwarna putih ini menjadikan busana ini satu pilihan yang pasti dapat memuaskan hati. Bagi menjadikan pengantin kelihatan lebih segak untuk hari bahagianya, aksesori tambahan yang lain ditambah.
Butik: @istanaputeh
1. @syizzrull_nadziq_wedding
Baju Melayu Moden dengan warna ungu terang ini menjadikan si pemakai kelihatan bergaya dan penuh berkeyakinan.
Dengan menggunakan mini kurung yang juga berwarna ungu terang melengkapkan lagi warna tema ini. Bagi mereka yang berkulit sawo matang, warna tema ini merupakan pilihan warna yang amat sesuai.
Butik: @syizzrull_nadziq_wedding
Itulah diantara beberapa pilihan baju untuk pengantin lelaki yang boleh dijadikan rujukan sebagai persiapan untuk hari bahagia mereka. Bagi memastikan bakal pengantin mampu membuat pilihan yang tepat, terdapat beberapa tips yang boleh digunakan sebagai panduan. Langkah yang pertama sudah semestinya penetapan bajet untuk baju yang ingin dibeli ataupun disewa.
Kedua adalah tema, jenis dan corak baju pengantin perempuan ditentukan terlebih dahulu. Kemudian barulah baju pengantin lelaki dapat dipilih untuk dipadankan dengan baju pengantin perempuan yang telah ditetapkan.
Ketiga, pastikan warna yang menjadi pilihan itu bersesuaian dengan warna kulit supaya ia dapat menyerlahkan seri si pemakainya. Jika tersalah memilih warna, ia akan membuatkan pengantin kelihatan kusam dan tidak berseri pada hari pernikahan mereka.
Pengantin yang berkulit putih sudah semestinya tidak mempunyai msalah untuk memilih warna yang bersesuaian kerana hampir kesemua warna sesuai untuk mereka. Bagi yang berkulit gelap, kebanyakannya sentiasa berasa kurang yakin untuk memilih warna yang sesuai untuk mereka.
Baca: 17 Baju Nikah Simple & Elegen Yang Sesuai Untuk Ratu Sehari
Pilihlah pakaian yang berwarna tanah ataupun warna premier seperti warna biru lembut, merah, pink tua ataupun kuning untuk kelihtan lebih cerah. Elakkan daripada memilih warna-warna yang terlalu kontra dengan warna kulit seperti warna hijau daun, turquoise, rose, pastel lembut dan kuning lembut.
Untuk yang berkulit sawo matang, gabungan warna terang dan gelap merupakn pilihan warna yang sesuai seperti warna ungu, maroon dan silver. Manakala untuk mereka yang berkulit kuning langsat, warna-warna tropis amat sesuai dengan mereka seperti warna hijau, merah, biru dan kuning.
Tips yang keempat untuk memilih baju yang sesuai adalah dengan memilih baju yang selesa untuk dipakai samaada ketika duduk, berdiri ataupun berjalan ataupun secara ringkasnya, baju yang sesuai mengikut bentuk tubuh bakal pengantin.
Kelima, berbincanglah dengan pemilik butik ataupun keluarga agar mereka dapat membantu untuk memberikan pendapat tentang pilihan anda. Tips-tips ini diharapkan dapat membantu bakal pengantin untuk memilih baju pengantin yang sesuai dengan mereka.
Selain daripada pilihan yang telah disenaraikan, terdapat banyak lagi pilihan yang masih ada. Semoga setiap bakal pengantin dapat mencari design baju yang sesuai mengikut kadar bajet yang telah ditetapkan dan warna tema yang menjadi pilihan.