Dengan peredaran zaman dan masa, pemilihan songket telah diganti dengan fabrik kontemperari seperti lace, renda, sutera dan sifon. Secara tidak langsung, memberikan penampilan mewah setara dengan songket.

Walaupun terdapat banyak pilihan zaman ini, songket masih mendapat tempat di dalam dunia rekaan baju pengantin dan tetap mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Majoriti bakal pengantin memilih persalinan songket untuk acara persandingan kerana mereka merasakan mereka kelihatan lebih ayu dan sopan dengan pakaian tradisi ini atas sebab kemewahan songket yang berjaya dipamerkan jadi kami kongsikan kepada anda 28 idea baju songket pengantin pada masa kini berdasarkan rekaan designer Malaysia untuk inspirasi hari bahagia anda.

Kandungan

27. @Eszzibrahim

Baju Songket Kahwin - Eszzibrahim

Butik busana perkahwinan yang terletak di Sungai Petani, Kedah ini menawarkan pelbagai pilihan untuk anda yang bakal melangsungkan perkahwinan.

Salah satu rekaan mereka ialah songket peplum bertemakan warna maroon yang gelap. Rekaan ini sering digayakan oleh pelakon terkenal zaman 60an dan 70an seperti Biduanita Negara Saloma.

Pemilihan peplum yang menampilkan potongan busana yang mengikut tubuh badan secara tak langsung mampu memberi visual badan yang kelihatan lansing. Selain cantik dipakai, rekaan peplum ini sesuai juga bagi pengantin yang yang memiliki tubuh gempal ataupun terlalu kurus.

Butik: @Eszzibrahim


26. @Kak Siti Sireh Pinang

Baju Songket Tradisional Pengantin - kaksitisirehpinang

Selain dari membuat anda kelihatan langsing dan tinggi, kelebihan songket peplum juga membantu menyelesaikan masalah pengantin yang selalu mengalami masalah mempunyai ukuran tubuh yang tidak ideal.

Pemilihan warna gelap seperti biru dan rona pastel seperti krim ini tanpa hiasan batu permata dan manik yang terlalu sarat di atas busana memperlihatkan keindahan corak rekaan fabrik songket itu sendiri. Potongan kain kembang duyung menambahkan lagi ilusi potongan badan seakan akan hourglass.

Butik: @Kak Siti Sireh Pinang


25. @Siti Rahayu Wedding

Siti Rahayu Wedding

Bagi yang meminati dwi warna merah yang terang dan gelap, anda boleh jadikan rekaan ini sebagai inspirasi. Rekaan peplum songket yang dipamerkan untuk baju ini menggabungkan warna merah pulasan dan merah bunga ros, sekaligus menghasilkan kontra warna yang menarik.

Jahitan bunga timbul dan hiasan manik yang meliputi lengan baju dan border gaun di bahagian bawah menampakkan lagi details pada baju supaya tidak terlalu polos dan pada masa yang sama tidak terlalu sarat.

Princess cut di bahagian kain gaun ataupun overskirt yang panjang labuh ke belakang dan sedikit kembang menghasilkan campuran tradisional melayu dan Inggeris yang menawan.

Butik: @Siti Rahayu Wedding


24. @FaveWedding

Baju Songket Pengantin - favewedding

Buat yang berada di Bandar Kluang, Johor FaveWedding sedia membantu anda. Khas buat mereka yang hanya ingin menyewa, anda berada ditempat yang betul. Pemiliknya Aiman Nujaidi Rahman, mengadaptasi rekaan mini kurung songket dengan sedikit gubahan belahan tiered pada bahagian depan baju.

Baca: 29 Baju Bridesmaid Menarik | Inspirasi Tema & Warna Trending

Kain pula di gabungkan konsep kembang mermaid dan labuh panjang di bahagian belakang. Gabungan warna baby blue sebagai warna utama dan dusty pink menghiasi corak sulaman di atas gaun dan baju melayu. Padanan tudung berwarna ocean blue dan tiara sebagai  perhiasan tradisi menambakan lagi keserian mempelai.

Butik: @FaveWedding


23. @Arie Wedding Couture

Baju Songket Pengantin - Favewedding

Terletak di Jalan Wawasan, Ampang, Selangor.  Rekaan songket Arie Wedding Couture juga tak kurang hebatnya. Rekaan peplum songket kembang mermaid yang di datangi dalam warna kuning emas dan hitam serta sarat dengan hiasan border diliputi manik dan batu permata menjadi penyeri pada bahagian bahu dan pergelangan tangan.

Kerongsang asing diletakkan di atas kancing dan cucuk sanggul supaya mempelai tidak nampak terlalu polos. Bagi pengantin lelaki pula, anda boleh menggayakan seluar wool berwarna hitam untuk dipadankan dengan baju dan sampin sedodon berasaskan songket kuning emas untuk mengimbangi antara dua warna.

Butik: @Arie Wedding Couture


22. @ManKajang29

ManKajang29 Kurung Songket Nikah

Bila sebut Man Kajang, siapa yang tak kenal? Antara pereka baju perkahwinan yang terkenal di Malaysia. Bagi mereka yang mempunyai bajet lebih, Man Kajang adalah pereka yang anda mungkin ingin dapatkan khidmat seperti para selebriti di Malaysia.

Bagi mempelai yang ingin memperagakan konsep moden tapi masih inginkan songket sebagai fabrik pilihan anda, dress songket adalah pilihan bagi anda.

Cukup minimalist dan elegan. Di samping kemewahan yang terserlah, gabungan kain songket dan lace menjadikan dress princess sudah cukup mempesona. Rona warna grey yang pelbagai dengan kontra lace rona beige dihiasi sulaman timbul dan berkonsepkan tropical menjalar pada gaun memberi satu sentuhan yang elegan dan lain daripada yang lain. Rekaan Man Kajang juga exclusive dibuat khas hanya untuk anda, menjadi pilihan para artis seperti Rozita Che Wan.

Butik: @ManKajang29


21. @Tya Adnan Bridal Boutique

Tya Adnan Bridal Boutique - Baju Pengantin Songket

Kalau anda keliru untuk memilih baju kurung atau kebaya, kebarung sesuai bagi anda. Kebarung sesuai untuk wanita yang berbadan kurus mahupun gempal. Salah satu ciri unik baju kebarung ialah potongannya yang labuh dan longgar. Ini bukan sahaja membuat baju kenarung inilebih selesa, ia jugak dapat menampilkan gaya anggun dan sopan.

Dwi warna yang mengandingkan warna turquoise dan keemasan sebagai warna corak pada songket menjadikan ia lembut tidak tampak sarat. Hiasan manik dan batu permata menambahkan lagi keaslian dan menawan. Kedai ini terletak di Rawang dan menawarkan pakej pada mereka yang sedang mencari baju kahwin idaman.

Butik: @Tya Adnan Bridal Boutique


20. @Tya Adnan Bridal Boutique

Tya Adnan Bridal Boutique

Satu lagi rekaan oleh Tya Adnan. Kali ini memaparkan kebarung yang lebih gelap rona warna. Gabungan warna emerald green dan hitam ditambah dengan hiasan berwarna perak untuk menaikkan seri warna yang agak suram.

Manik dan batu permata di tatah di atas songket bertemakan geometri yang berulang dan keronsang berantai dipadankan bersama. Sanggul lintang pula didandankan bersama tudung hitam agak tidak nampak polos.

Butik: @Tya Adnan Bridal Boutique


19. @Putih Bridal

Putih Bridal Baju Songket Pengantin

Satu lagi pilihan baju kurung sebagai busana hari perkahwinan anda. Dengan warna yang terang seperti ruby red ini, anda tak perlu nak memakai hiasan yang banyak.

Baju kurung songket yang berenda dengan jahitan timbul di bahagian border baju, lengan dan kain serta corak bunga penuh itu sendiri sudah cukup menaikkan seri baju pengantin. Perincian tulang belut pada bahagian kolar teluk belanga dengan manik menjadikan baju kurung songket anda, baju yang ringkas dan sempurna.

Butik: @Putih Bridal


18. @Putih Bridal

Baju Melayu Songket- Pengantin Lelaki

Potongan baju kurung sungguhpun tampak lebih ringkas, ianya masih kekal menjadi pilihan untuk digayakan dalam majlis persandingan.

Kali ini, penampilan songket yang digayakan oleh pengantin merupakan baju kurung songket emerald green dan diserikan lagi dengan manik bercorak keemasan dan batu permata hijau. Rekaan gaya ini diserikan lagi dengan selendang dan hiasan sanggul lintang dan anting-anting agar lebih menawan.

Butik: @Putih Bridal


17. @Putih Bridal

Baju Songket Hijau - Putih Bridal

Pemilihan warna hijau teal atau hijau dark cyan memberikan anda alternatif yang berbeza dalam pemilihan warna hijau. Walaupun warna songket yang gelap, ia masih memberikan satu visual yang bukan sahaja menarik tapi nampak mewah berbanding warna hijau yang lebih terang.

Rekaan gaun dengan songket bunga penuh dan potongan kain seperti mermaid menampakan lagi potongan hourglass si pemakai. Potongan long sleeves dress dengan kain lace juga menjadikan rekaan lebih eccentric.

Butik: @Putih Bridal


16. @Zamrimatouch

Zamrimatouch Songket Dua Warna

Untuk kelainan, anda boleh memilih design  baju kahwin songket dari Zamrimatouch ini. Corak songketnya berbunga penuh dengan gabungan potongan kain mermaid dan dress songket di bahagian luar seperti potongan gaun yang kembang di bahagian pinggang menghasilkan ilusi rekaan songket yang menawan seperti gaun ala Inggeris.

Rekaannya yang memanjang labuh ke belakang dan kembang ini sesuai bagi tema berkonsepkan ‘fairytale‘ yang menerapkan konsep baju pengantin melayu.

Kelebihan rekaan begini ialah anda tak perlukan hiasan tambahan kerana baju anda sudah sempurna. Anda boleh dapatkan busana ini dengan harga sewa serendah RM1,000.

Butik: @Zamrimatouch


15. @Zamrimatkualalumpur

Songket Pengantin - Zamrimatkualalumpur

Potongan natural waist dress sesuai dengan namanya, potongan pinggang diletakkan dengan posisi asli depan di pinggang. Cukup sesuai bagi mereka yang tinggi lampai. Dengan potongan long sleeve yang jarang di bahagian dada dan lengan, membuat si pemakai berasa lebih selesa.

Songket bunga penuh berasaskan warna mahogany dan currant dengan batu permata campuran warna bermotifkan bunga di bahagian tertentu gaun sudah menonjolkan rasa elegan tanpa memerlukan anda memakai aksesori tambahan. Jenama ini menjadi pilihan selebriti seperti Amyra Rosli.

Butik: @Zamrimatkualalumpur


14. @Iam_Inderaloka

Baju Songket KahwinIam Inderaloka

Kalau anda mahukan lebih kelainan, Iam Inderaloka sedia membantu. Dengan warna kelabu silver, gaun ini mengabung pelbagai elemen seperti cape dibahagian atas menutupi bahagian bahu hingga ke separa lengan.

Tiered dress dengan potongan flouncy ataupun ruffles  memberikan visual yang penuh pada gaun. Corak bunga tabur pada songket mengimbangi segala tambahan pada gaun. Untuk visual yang lebih dramatik, chapel length veil menyempurnakan pemakaian tudung dengan sanggul lintang bertingkat bermotif bunga.

Butik: @Iam_Inderaloka


13. @Iam_Inderaloka

Baju Melayu Songket Kahwin - Iam Inderaloka

Kalau anda mahukan yang biasa tanpa sarat dengan perincian, mini kurung berwarna biru firus dengan corak songket tapak catur lebih dari memadai.

Fesyen kain pula mengenakan gaya kain berlapis-lapis dan potongan baju mengikut tubuh badan serta Elbow length veil yang tidak menyeret pula membuatkan pengantin berasa lebih selesa dan lebih lebih lagi kalau nak bergambar diluar.

Butik: @Iam_Inderaloka


12. @Orked by Azura Bohari

Baju Pengantin Kain Songket Orked by Azura Bohari

Bagaimana pula dengan potongan column atau sheath? Tak semestinya hanya mengenakan mermaid atau trumpet. Pemilihan warna putih yang bersifat neutral songket design petak catur menjadikan busana nampak harmoni.

Dress yang diubah sesuai dengan potongan A line ini tak memerlukan perincian yang sarat. Hanya mengenakan crown dan chapel length veil dan perhiasan rantai agar tak nampak semak dan kemas.

Butik: @Orked by Azura Bohari


11. @Wedding by Fiqaabu

Baju Songket Wedding by Fiqaabu

Ungu gelap menciptakan rasa yang mewah di samping sesuai untuk mereka yang berkulit cerah dan tidak terlalu kurus.

Potongan peplum bahagian atas dan potongan trumpet di bahagian hujung gaun serta tambahan kain Chiffon sebagai elemen overskirt yang panjang melabuh ke belakang untuk kesan lebih dramatik.

Hiasan manik sarat di bahagian border baju menjadikan baju bergemerlapan sesuai dipakai untuk majlis malam.

Butik: @Wedding by Fiqaabu


10. @Butik Planet Pengantin

Butik Planet Pengantin

Gabungan warna biru muda dan turquoise terang ini membuatkan majlis perkahwinan anda tampak ceria.

Baca: 13 Butik Pengantin KL Yang Menarik & Popular

Pereka bijak mereka padanan songket yang dimodenkan menjadi gubahan gaun sheath ini diserikan dengan veil panjang pada bahagian pinggang gaun dan ditambah pula dengan aksesori sanggul lintang untuk menyerlahkan lagi penampilan kemas dan ceria kedua mempelai.

Butik: @Butik Planet Pengantin


9. @Orked by Azura Bohari

Baju Songket Pengantin Orked by Azura Bohari

Songket corak tapak catur ini datang dalam warna coklat penny dengan sentuhan warna cadet blue, menjadi satu lagi pilihan gabungan warna yang mencipta rasa kemewahan.

Rekaan songket potongan mermaid, kain chiffon di bahagian belakang berbentuk ropol, ditambah pula Cape di bahagian bahu gaun dengan labuci dan manik pelbagai seperti manik beras dan silinder yang sarat pada bahagian bahu lengan dan peha gaun menjadikan busana ini kelihatan cantik.

Gaun ini sangat sesuai bagi mereka yang terlalu kurus untuk mencipta potongan badan dan warna ini hanya sesuai untuk tema majlis yang berlatar belakangkan warna alam seperti putih dan hijau untuk mencipta keserasian di dalam majlis.

Butik: @Orked by Azura Bohari


8. @Orked by Azura Bohari

Baju Songket Orked by Azura Bohari

Warna coklat cider keemasan ini di saratkan dengan labuci dan manik hiasan pada bahagian hadapan baju mampu menyerlahkan keanggunan pengantin.

Potongan dress jenis trumpet menjadi pilihan pereka dengan gabungan veil net labuh pada aras pinggang baju melengkapkan lagi busana pada hari persandingan.

Rekaan jenis ini sangat sesuai untuk digayakan pada majlis persandingan berkonsepkan ala-ala kampung  kerana warnanya yang sinonim dengan kebanyakan alatan tradisional melayu. Pengantin tidak menggayakan sanggul lintang sebaliknya memilih untuk mengenakan tiara, menampakkan lagi elemen kombinasi moden dan tradisional di dalam busana ini.

Butik: @Orked by Azura Bohari


7. @Butik Andaman Pengantin

Butik Andaman Pengantin

Bukan semua orang berani menggayakan busana pengantin songket berwarna merah terang hasil rekaan Butik Andaman Pengantin ini. Namun, pereka sungguh kreatif dalam mengenengahkan songket tapak catur menggunakan potongan moden dress labuh dan veil net.

Menariknya, warna merah terang yang digunakan kelihatan cukup manis apabila diseimbangkan dengan sulaman batu permata dan manik hiasan berwarna perak yang sarat pada bahagian kain dan baju pengantin.

Rekaan ini pastinya mampu menarik perhatian tetamu yang hadir dengan keanggunan warnanya yang membangkitkan suasana yang meriah.

Butik: @Butik Andaman Pengantin


6. @Putih Bridal

Baju Songket Hijau Putih Bridal

Gaun songket dengan corak geometri in trend tapak catur ini datang dalam warna yang lembut iaitu turquoise dan manik pelbagai berwarna perak.

Gaun ini tampak kompleks dengan jahitan peplum bertingkat dengan lining chiffon di bahagian dalam. Kembang berlisu ini kelihatan lebih beralun apabila berjalan.

Untuk pemilihan yang tidak mengenakan sebarang aksesori tambahan pada gaun pengantin, penambahan kristal tampal atau hotfix disusun cantik dengan pelbagai saiz menghiasi busana.

Butik: @Putih Bridal


5. @Wedding Galore

Songket Hijau Wedding Galore

Warna dark green, fern green dan emas menjadi warna utama dalam pemilihan kurung songket ini. Penampilan songket ini diserlahkan lagi dengan lace di bahagian border baju dan kain dengan berwarna nude.

Hiasan hotfix pula disusun mengikut kesesuaian. Tampil dengan potongan A-line pada bahagian kain menghasil rupa yang ringkas namun tidak terlalu polos dengan adanya aksesori seperti cekak pinggang  dan sanggul lintang bertingkat.

Butik: @Wedding Galore


4. @Wedding Galore

Wedding Galore Baju Songket Putih

Gaun ini pula menggayakan rekaan yang datang bersama cape corak songket geometri dan bahagian bawah tanpa pola draped atau mermaid. Oleh itu, baju ini dijahit mengikut ukuran tubuh badan pengantin dengan memberi penekanan pada bahagian pinggang dan pinggul agar nampak figura tubuh.

Kristal tampal ditambah pada bahagian tertentu bersama jahitan bunga timbul dan lace pada border, lengan dan bahagian dada. Chapel veil ditambah dengan warna frost white mendampingi songket warna putih daisy.

Butik: @Wedding Galore


3. @D’ Awra Bridal

Songket Pengantin BiruD’ - Awra Bridal

Nightime blue ataupun lake blue ini juga satu pilihan bagi mereka diluar sana. Kebaya songket ini cukup sesuai bagi mereka yang mahu nampak lebih menonjol dengan potongan baju yang mengikut figura tubuh dengan penekanan pada bahagian dada si pemakai.

Corak songket bunga penuh ini pula hadir dalam tenunan benang emas mencipta kontra yang menarik serta nampak mewah, sesuai untuk majlis di dalam atau di luar dewan. Hiasan manik pada bahagian border kain menaikkan keserian dan keanggunan busana dengan kain selendang.

Butik: @D’ Awra Bridal


2. @Sayang Bridal House

Baju Songket Merah - sayangbridalhouse

Songket kebarung ini pula datang dalam warna coklat tawny dan merah crimson. Seperti kita tahu, kebarung ini sangat selesa kerana potongan yang labuh dan longgar. Apa yang menarik tentang baju ini ialah corak penuh dengan pelbagai motif seperti pucuk rebung, bunga bintang pecah lapan dan tampuk manggis.

Untuk kesan yang gemerlapan, baju ini di tampal dengan biji mutiara dan biji manik beras agar tak nampak terlalu kosong. Cekak pinggang dan selempang sebagai hiasan dan sanggul tingkat bermotif bunga menjadi penyeri pada busana ini.

Butik: @Sayang Bridal House


1. @Edra Gallery

Edra Gallery Songket Pengantin Pink

Bagi yang mahukan busana pengantin yang tradisional, anda mungkin mahukan rekaan yang seperti ini. Songket corak penuh ini mengadunkan warna campuran berteraskan merah dan kuning keemasan.

Potongan asymmetrical di bahagian bawah dengan selempang yang panjang sejajar dengan labuh kain di bahagian belakang tidak membuatkan pengantin  nampak tenggelam oleh busana.

Potongan sebegini sesuai bagi mereka yang tidak tinggi tapi masih mahukan labuhan pada bahagian kain. Manik padi dan silinder motif bunga dan pakis pula dijadikan hiasan pada baju supaya tampil lebih tradisional dan sanggul bertingkat pula melengkapi rupa klasik pada si pemakai.

Butik: @Edra Gallery


Jadi bagaimana? Anda dah boleh membayangkan rekaan mana yang menjadi pilihan. Kami harap perkongsian kami pada kali ini bukan sahaja membantu bakal pengantin yang akan melangsungkan majlis tak lama lagi tapi juga bagi mereka yang turut serta dalam menjayakan majlis.

Baca: 17 Baju Nikah Simple & Elegen Yang Sesuai Untuk Ratu Sehari

Pilihan yang kami kongsikan hanya beberapa pilihan yang popular. Jika anda mahukan sesuatu yang lain, pereka yang kami senaraikan boleh merealisasikan idea anda. Kami harap majlis anda berjalan dengan lancar dan sempurna seperti dibayangkan. Selamat berjaya dan selamat pengantin baru!.