Mahligai cinta yang dibina berasaskan cinta dan kasih sayang menjadi impian setiap pasangan. Dalam merealisasikan impian ini, kerjasama dan komitmen dari kedua-dua belah pihak sangat diperlukan agar ikatan yang terbina ini melahirkan institusi keluarga yang kukuh, dilimpahi kasih sayang dan berkekalan hingga ke akhirnya.
Bagi pasangan yang baru merancang untuk ke arah ini, di sini kami bawakan cadangan 13 butik pengantin yang popular serta menarik di sekitar Alor Setar untuk rujukan anda. Buat warga Utara Malaysia terutamanya warga Kedah jom sama-sama kita lawati butik-butik ini.
Kandungan
13. Ku Nur Hanis Bridal Boutique

Sebuah butik pengantin yang dimiliki sepenuhnya oleh seorang gadis manis Ku Nur Hanis iaitu anak jati Alor Setar. Butik ini sudah beroperasi lebih dari 5 tahun lamanya dan kini mempunyai lebih dari 12 ribu pengikut di laman sosial.
Butik ini menawarkan pelbagai pakej perkahwinan menarik dengan harga yang mampu milik. Fokus utama yang diberikan oleh pemilik butik ini adalah solekan dan andaman pengantin, pakej pelamin dewan bertema mewah, busana pengantin serta pakej photography.

Bakal mempelai juga boleh “customade” busana dan pelamin. Bukan itu saja, di sini turut menyediakan sewaan busana khas untuk bakal pengantin plus size.
Tel: 012-433 5372
Facebook: knhbb
Instagram: @kunurhanisbridalboutique
Waktu Operasi: 10 pagi -7 malam (setiap hari)
Alamat: 543, Tingkat 1, Rumah Kedai Jalan Desa Seraya 16, 05050 Alor Setar, Kedah.
12. Butik Cinta – Alor Setar

Butik Cinta- Alor Setar ini mendapat sentuhan Hisham Hashim iaitu seorang pereka busana profesional dan mendekorasi pelamin yang serba mewah mengikut bajet serta citarasa bakal pengantin.

Lihat saja hasil tangan beliau setiap perincian rekaannya sememangnya memukau mata. Rata-rata busana yang dihasilkan oleh beliau menggunakan konsep “sarat” iaitu penggunaan ropol, lace dan renda. Manakala pelamin pula berkonsepkan “glam”, warna pastel dan berkonsep singgahsana sang puteri.
Tel: 016-419 3544
Facebook: butikcintaalorsetar
Instagram: @butikcinta_alor_setar
Waktu Operasi: Khamis – Selasa, 10 pagi – 8 malam
Alamat: Butik Cinta Alor Setar, Sebaris Jakel Alor Setar, 05400 Alor Setar, Kedah.
11. Syahirah Hashim Weddings Planner

Walaupun baru setahun jagung menceburi bidang “wedding planner” namun butik ini menyediakan perkhidmatan yang setanding dengan butik profesional yang telah lama dalam arena ini.
Kepakaran mereka dalam menguruskan majlis perkahwinan di dewan sememangnya boleh dipuji dan terbukti melalui dekorasi pelamin dewan yang serba mewah dan mengikut trend terkini. Busana pengantin yang dihasilkan oleh Syahirah Hashim Weddings Planner turut menambahkan lagi seri pengantin.

Konsep rekaan yang terkini serta perincian pada busana yang ditampilkan sememangnya kena dengan citarasa fesyen sekarang. Hadir dengan 4 pilihan pakej iaitu bermula dengan bajet RM1,100 sehingga RM1,900.
Tel: 011-2642 5982
Facebook: syahirahhashimweddingsplanner
Website: https://syahirahhashim.com
Waktu operasi: 24 jam “by appointment” sahaja
Alamat: No 22A, Taman Rakyat, Mergong, 05150, Alor Setar, Kedah.
10. Rem Ahmad Bridal House

Satu lagi bukti di mana sentuhan hasil tangan seorang lelaki dalam menghasilkan busana pengantin serta dekorasi pelamin mengalahkan hasil tangan seorang wanita.
Rem Ahmad Bridal House sebuah butik pengantin yang menawarkan servis pakej perkahwinan seperti tempahan dan sewaan pakaian pengantin yang eksklusif pada harga yang mampu milik, dekorasi pelamin eksklusif dan photography.

Kebanyakan rekaan busana di sini menampilkan elemen songket melayu asli yang dimodenkan, princess cutting, serta kurung dan juga kebaya.
Tel: 017-598 5998
Facebook: RABHBRIDAL
Instagram: @remahmadbridalhouse
Waktu operasi: Isnin – Ahad, 9 pagi – 8 malam
Alamat: Pekan Jitra, 06000 Jitra, Kedah
9. Butik Pengantin Setia

Rumah kampung boleh bertukar menjadi seperti hotel dan ruangan kosong mampu berubah menjadi “princess foyer” bila khidmat dari butik ini digunakan.
Maka tak hairan Butik Pengantin Setia terus dikuti rapat oleh pengikut setia yang mencecah 42 ribu di laman sosial kerana mutu atau kualiti yang dipersembahkan sememangnya terbaik.

Selain itu, butik ini turut menawarkan perkhidmatan makeup nikah dan sanding yang menggunakan MUA professional menjadikan bakal pengantin tampil anggun dan jelita di hari bahagia nanti. Bukan itu saja, bakal pengantin juga boleh membuat tempahan atau sewaan busana dari butik ini mengikut bajet dan citarasa sendiri.
Tel: 011-3911 0540
Facebook: butikpengantinsetia
Instagram: @butikpengantinsetia
Waktu operasi: Khamis-Selasa, 10 pagi – 6 petang
Alamat: Bangunan Angsana, 08210 Sik, Kedah.
8. Romzy Studio Alor Setar

Lihat saja koleksi busana pengantin yang ditampilkan oleh butik ini, pastinya ada bakal mempelai yang tak lena tidur malam.
Rekaan dan konsep terkini yang digunakan oleh butik ini seperti peplum songket melayu klasik, “ball gown” gaya muslimah yang dimoden serta dress yang berkonsep “sarat”, membantu bakal pengantin untuk tampil persis puteri kayangan di majlis perkahwinan mereka nanti.

Dengan harga sewaan serendah RM500 untuk busana pengantin lelaki serta perempuan sememangnya berbaloi dan berpatutan. Di sini juga, anda boleh mendapatkan perkhidmatan pakej dekorasi pelamin, dekorasi meja makan beradab serta solekan dan andaman pengantin.
Tel: 017-511 4687
Facebook: Romzy-Studio-Alor-Setar
7. Butik Yana Creations

Tampil anggun dan berkeyakinan tinggi di hadapan ratusan tetamu yang hadir pastinya menjadi impian bakal pengantin lebih-lebih lagi pengantin perempuan.
Dengan busana pengantin serta makeup dari Butik Yana Creation semuanya dijamin beres. Tambahan pula konsep rekaan bagi setiap busana di sini menggabungkan elemen fesyen atau perincian yang terkini seperti glitter lace, bunga 3D, manik-manik yang berkilauan, ropol serta renda.

Konsep ini mampu menyerlahkan lagi penampilan si pemakai di hari bahagia nanti. Selain itu, bakal mempelai juga boleh mendapatkan perkhidmatan lain seperti gubahan hantaran, pakej dekorasi pelamin dewan atau rumah, perkhidmatan photoshoot indoor dan juga outdoor serta lukisan inai.
Tel: 012-482 5337
Facebook: yanacreations
Instagram: @butikyanacreations_official
Waktu operasi: Rabu – Isnin, 9 pagi – 7 malam
Alamat: Butik Yana Creations, No.4, Lorong Kucai 2, Taman Kucai, Lunas, 09600 Kedah.
6. Impian Kasih Ella

Kepakaran mereka dalam menyediakan pakaian pengantin yang eksklusif pada harga yang berpatutan serta berpengalaman lebih dari 6 tahun dalam bidang “wedding planner” menawarkan sesuatu yang menarik kepada bakal pengantin.
Busana eksklusif dengan harga serendah RM350 buat pengantin lelaki dan perempuan serta lengkap dengan aksesori dan pakej hiasan pelamin antara pakej yang sering menjadi pilihan.

Kebanyakkan busana yang dihasilkan sememangnya “glamour” dan mewah. Tak kurang juga ada rekaan konsep muslimah. Butik ini turut mahir dalam dekorasi pelamin dewan. Tema yang sering diketengahkan adalah putih salju serta “garden”.
Tel: 019-477 6705
Facebook: weddingbymommynaga
Waktu operasi: Selasa – Ahad, 10 pagi- 8 malam
Alamat: No. 111 Tingkat Atas, Jalan Lunas, Taman Sri Seladang, 09600 Kulim, Kedah.
5. Armie Bridal Couture

‘Realitikan impian anda bersama Armie Bridal Couture’ adalah trademark dan misi yang dibawa oleh butik ini. Buat pengantin yang masih tercari-cari busana pengantin yang anggun tetapi harga yang berpatutan bolehlah ke butik ini.

Pelbagai pilihan busana yang menarik, anggun, mewah dan yang penting patuh syariah ada ditawarkan di sini. Busana bagi bakal pengantin “plus size” juga turut disediakan. Antara pakej lain yang disediakan di sini adalah pakej fotografi dan juga dekorasi pelamin.
Tel: 017-406 9223
Facebook: armiebridal
Waktu operasi: Rabu-Isnin,10.30 pagi – 6.30 petang
Alamat: 1002 Taman Saga, Jalan Alor Mengkudu (sebelah Mydin Alor Setar), 05400 Alor Setar, Kedah.
4. Gen’s Great Idea Bridal Gallery

Mempunyai lebih dari 42 ribu pengikut di laman sosial menjadi Gen’s Great Idea Bridal Gallery sebuah butik yang wajib diintai oleh bakal pengantin dalam membuat persiapan majlis raja sehari.
Merupakan “wedding planner” bagi majlis selebriti terkenal tanah air iaitu Farid Kamil & Diana Dianelle dan juga selebriti Ezad Exist. Bukan itu saja, butik ini turut menyertai Kedah Fashion Week 2019 baru-baru ini. Pencapaian sebegini memberikan keyakinan buat bakal pengantin bagi mendapatkan perkhidmatan dari mereka.

Busana pengantin yang glamor seperti artis dan sang puteri kayangan adalah kepakaran dan kekuatan mereka. Selain itu, pakej dekorasi pelamin serta majlis turut disediakan di sini. Oleh itu, buat bakal pengantin yang mempunyai bajet yang lebih dan inginkan sebuah majlis perkahwinan yang “grand”, bolehlah ke Gen’s Great Idea Bridal Gallery.
Tel: 013-4184039 / 04-7142420
Facebook: Gens-Great-Idea-Bridal-Gallery
Instagram: @gensgreatidea
Waktu operasi: Isnin – Ahad, 10 pagi – 8 malam
Alamat: 11B, Commercial Square, College Height Utara, Jitra, 06000
3. Ixora Bridal Gallery

Sebuah butik pengantin yang menawarkan pakej perkahwinan yang lengkap bagi dekorasi pelamin serta majlis, busana pengantin dan juga makeup.
Bagi bakal pengantin yang masih tercari-cari busana pengantin yang menampilkan gaya klasik persis wanita melayu terakhir ataupun gaya moden yang terkini, Ixora Bridal Gallery adalah butik pengantin yang sesuai untuk anda lawati.

Busana yang dihasilkan di sini kebanyakannya masih mengekalkan seni budaya melayu iaitu songket melayu asli yang lengkap dengan aksesori antik seperti sanggul perak ataupun emas dan banyak lagi aksesori lain.
Tambahan pula, dekorasi pelamin yang direka juga bersesuaian dengan konsep busana yang dikenakan oleh bakal pengantin itu nanti. Samada berkonsepkan singgahsana puteri melayu ataupun pelamin mewah serta moden.
Tel: 012 5243533/ 014 3293713
Facebook: IxoraBridalGallery
Instagram: @ayuixorabridal
Alamat: No. 97B & 97C, Pekan Changlun 2, 06010 Changlun, Jitra, Kedah.
2. Cwc Bridal

Merupakan sebuah butik pengantin yang dikongsi oleh dua rakan karib iaitu Fadli dan Tymie. Hasil kerjasama dan idea dua rakan karib ini telah menghasilkan karya agung buat bakal pengantin.
Jika diamati dengan lebih dekat, fadly dan Tymie sememangnya gemar menghasil persalinan menggunakan kain songket melayu asli tetapi diberikan sentuhan moden.

Dalam pada itu, terdapat juga rekaan busana yang berbentuk “ball gown” yang mewah serta kebaya dengan potongan duyung. Di sini, bakal pengantin juga boleh mendapatkan perkhidmatan pakej perkahwinan dewan atau rumah yang lengkap. Pakej ini merangkumi dekorasi pelamin, dekorasi meja beradab, dekorasi majlis secara keseluruhan dan banyak lagi.
Tel: 017-511 4687
Facebook: CderellaWeddingCreationsCwcBridal
Instagram: @cwcbridal
Waktu operasi: Khamis – Selasa, 10.30 pagi – 8 malam
Alamat: No. 30, Tingkat Atas, Pekan Jitra 3, 06000 Jitra, Kedah
1. Ellegent Bridal House

Koleksi busana pengantin di Ellegent Bridal House sentiasa bertukar-tukar mengikut perkembangan fesyen semasa. Pendek kata semua design busana di sini sememangnya “fresh dan trendy”. Selain itu, butik ini turut terkenal dengan hiasan pelamin dewan yang cantik.

Dewan yang kosong dan usang boleh bertukar menjadi sebuah dewan yang serba mewah dan eksklusif dengan sentuhan mereka. Bagi bakal mempelai yang inginkan sebuah majlis raja sehari yang sempurna, Ellegent Bridal House sedia membantu anda.
Tel: 019-436 5313
Facebook: busanaEllegentBridalHouse
Instagram: @ellegentbridalhouse
Waktu Operasi: 9.30 pagi – 7 malam
Alamat: No 238, Tingkat 1, Kompleks Shahab Perdana , Jalan Sultanah Sambungan, 05150 Alor Setar, Kedah.
Semoga dengan perkongsian 13 Butik Pengantin Alor Setar dan kawasan yang berdekatan ini akan memudahkan lagi gerak kerja bakal pengantin di luar sana.
Ingat, buatlah persiapan atau persediaan lebih awal agar perjalanan majlis berjalan dengan sempurna. Kami doakan agar bahtera yang dilayar bersama nanti akan berkekalan hingga ke akhirnya.