Setiap bakal pengantin pastinya mempunyai perkahwinan impian mereka tersendiri. Daripada konsep rekaan tradisional klasik hinggalah kepada konsep moden kontemporari, tidak ketinggalan perkahwinan ala-ala beach wedding dan garden wedding turut menjadi pilihan bakal pengantin pada masa kini.
Dalam pada kita sibuk memilih konsep perkahwinan idaman, sememangnya penting untuk memilih wedding planner yang berkualiti dan sentiasa komited supaya majlis yang dirancang bukan sahaja gah tetapi berjalan dengan lancar.
Oleh itu, demi merealisasikan impian bakal-bakal pengantin di luar sana, kami kongsikan 9 butik pengantin terkenal di sekitar Ampang. Maklumlah, kahwin di bandar tentulah konsepnya perlu sentiasa “up to date”, bukan?
Kandungan
7. Amni Bride to Be
Berbeza dengan butik pengantin yang lain, Amni Bride To Be lebih menumpukan kepakaran mereka di dalam rekaan busana pengantin buat hari bahagia anda. Lihat sajalah busana-busana rekaan indah yang terdapat di dalam koleksi mereka, pasti rambang mata dibuatnya.
Tetapi bakal pengantin tidak perlu bimbang, anda akan diberi layanan mesra pelanggan yang terbaik daripada staff mereka yang sememangnya pakar di dalam rekaan busana dan sentiasa terbuka untuk menerima idea-idea baru daripada bakal pengantin demi merealisasikan busana perkahwinan impian mereka.
Selain itu, harga yang ditawarkan juga cukup berbaloi bermula dengan RM500 untuk sewaan baju akad nikah dan resepsi.
Pereka dan pemilik butik, Ame Mohammad banyak menitikberatkan elemen songket klasik yang diperbaharui dengan rekaan jahitan moden seperti gaun labuh. Jadi sesuai buat bakal pengantin di luar sana yang mengimpikan majlis perkahwinan bertemakan gabungan tradisional dan juga moden.
Instagram: @amnibridetobe
Facebook: amnibridetobe
Hubungi: 01110354006/ 0145824006
Alamat: Lot 301, jalan 3, Taman Ampang Utama
6. Nirwana Caterer & Deco
Butik ini mempunyai seramai 27 ribu pengikut di Facebook serta dibanjiri dengan feedback yang positif dari pelanggan.
Butik yang bertapak di Ampang, Selangor ini dibuka setiap hari kecuali hari rabu. Butik Nirwana Caterer&Deco menggunakan konsep “One Stop Centre” iaitu sebagai pusat utama yang menyediakan pakej lengkap buat bakal pengantin.
Antara perkhidmatan dan pakej yang ditawarkan adalah penyajian katering, perkhidmatan pramusaji, pemilihan pakaian dan pelamin eksklusif.
Apa yang lebih menariknya, Nirwana Caterer & Deco ini menawarkan pakej pengantin yang menarik dan lengkap pada harga yang berpatutan. Dengan hanya RM12.80 per pax bakal pengantin boleh dapat perkhidmatan katering, pelamin, buasana serta make up.
Tel: 03-9201 0519
Facebook: https://www.facebook.com/nirwanacaterererdeco/
Instagram: https://www.instagram.com/nirwanacatereranddeco
Alamat: 1A, Jalan Nirwana 1, Taman Nirwana, Ampang, 68000 Selangor
5. Izara Concept Butik Pengantin
Berpengalaman lebih dari 5 tahun menguruskan majlis perkahwinan. Butik ini juga mendapat maklum balas positif dari pelanggan di Facebook page.
Jika anda mengimpikan majlis yang grand dengan bajet kecil, Izara Concept Butik Pengantin sedia membantu merealisasikan impian anda.
Butik ini menawarkan pakej perkahwinan lengkap serendah RM3,000 sudah pasti menjadi berita gembira buat para pengantin. Butik ini menyediakan sewaan busana pengantin, hiasan pelamin, entrance deco, walkaway deco, red carpet, catering solekan dan banyak lagi.
Tel: 012-278 5859
Website: https://www.facebook.com/izaraconcept
Instagram: https://www.instagram.com/explore/locations/262304359/izara-concept-butik-pengantin
Alamat: Jalan Nirwana 37, Ampang, 68000 Kuala Lumpur.
4. Ari Wedding Couture
Memiliki pengalaman selama lebih 10 tahun di dalam bidang perunding perkahwinan, tidak hairanlah Ari Wedding Couture sentiasa menjadi pilihan selebriti-selebriti tanah air seperti Arash Muhammad, Khai & Rosma, Abby Abadi & Norman Hakim, Siti Sarah Raisuddin, Elyana dan Farah Anuar (Farah AF).
Untuk bakal pengantin di luar sana jangan lepaskan peluang ini kerana hasil tangan daripada Ari Wedding Couture tentunya tidak akan mengecewakan anda.
Kepakaran mereka di dalam rekaan busana pengantin yang bertudung dan tidak bertudung memang tidak dapat dinafikan kerana Ari Wedding Couture sentiasa menekankan konsep moden, elegan dan up to date di dalam rekaannya.
Malahan pereka juga cukup bijak di dalam gabungan warna-warna terang dan pastel. Tambahan pula, selain daripada mendapatkan khidmat tempahan busana perkahwinan impian, bakal pengantin juga boleh menempah sekali gus gubahan hantaran dan juga tempahan pelamin rumah, dewan ataupun hotel buat hari bahagia. Serahkan saja semuanya kepada mereka untuk merealisasikan impian perkahwinan anda!
Instagram: @ariweddingcouture
Facebook: ARI-Weddingcouture
Hubungi: 017-223 0998
Alamat: NO 10-A, First Floor, Jalan Wawasan2/12, Bandar Baru Ampang
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (11 am – 7pm )
3. Nellyza Bridal
Butik Pengantin Nelly Za yang beroperasi sejak tahun 2005, menyediakan perkhidmatan lengkap dibawah satu bumbung.
Daripada aspek katering, fotografi, andaman pengantin lengkap bersama aksesori, busana pengantin, khemah dan kanopi, dekorasi pelamin dewan atau rumah, hantaran malahan doorgift juga, semuanya boleh ditempah dari Nellyza Bridal dengan harga yang cukup berpatutan mengikut keperluan pengantin.
Apa yang lebih menarik, Nellyza Bridal sering terlibat dengan pameran-pameran pengantin di sekitar Kuala Lumpur, ini membolehkan mereka mudah untuk didekati dan bakal pengantin berpeluang untuk mendapat harga promosi yang sering mereka tawarkan.
Instagram: @nellyzabridal
Facebook: butiknellyza
Hubungi: 03-4297 7704
Alamat: 5-1, Jalan AWF 2, Ampang Waterfront, Ampang
Waktu Operasi: Selasa – Ahad ( 10am – 7 pm )
2. RS Wedding Kuala Lumpur
Mengimpikan perkahwinan yang gah dan eksklusif bak selebriti tetapi dengan harga yang murah? Macam mustahil bukan? Namun tidak lagi! Impian perkahwinan anda boleh direalisasikan bersama RS Wedding.
Mereka menjanjikan perkhidmatan dan tawaran pakej perkahwinan ‘All in One’ yang serba lengkap daripada segala aspek dengan kualiti yang setanding. Kebanyakan pengantin yang sudah mendapatkan khidmat mereka, rata-ratanya memberikan review yang terbaik dan merupakan well recommended wedding planner!
Instagram: @rsweddingkualalumpur
Facebook: rswpkl
Hubungi: 012-387 6102
Alamat: No 73a Jalan Pandan Indah 4/6B Ampang
Waktu Operasi: Selasa – Ahad ( 10am – 8pm )
1. Butik Pengantin Dania
Turut dikenali sebagai Dania Bridal by Ekin, pereka menjanjikan impak yang besar dalam mencipta majlis perkahwinan impian pasangan pengantin di luar sana.
Sempurna dengan pakej yang lengkap ditawarkan antaranya seperti solekan pengantin profesional, busana eksklusif pernikahan dan persandingan, gubahan hantaran, katering, fotografi, kek perkahwinan dan dekorasi pelamin, semuanya boleh didapati dengan antara harga RM15 ribu hingga RM20 ribu untuk 1000 pax.
Jika diamati hasil kerja Dania Bridal ini, pereka lebih cenderung untuk mendekorasi majlis perkahwinan berkonsep simple but sweet. Tidak terlalu menggunakan unsur bunga-bungaan secara berlebihan, pereka bijak menggabungkan konsep ringkas bersama elemen tradisional atau moden mengikut permintaan bakal pengantin.
Instagram: @butikpengantindania
Facebook: ButikPengantinDania
Hubungi: 014-732 4987
Sememangnya di kawasan sekitar Ampang ini mempunyai banyak lagi pilihan butik pengantin buat pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat atau sebaliknya.
Pilih sajalah mengikut citarasa anda. Namun, penting untuk diingatkan juga sedikit tips di dalam pemilihan butik pengantin iaitu pasangan perlulah sentiasa menitikberatkan soal kualiti perkhidmatan setanding dengan harga yang ditawarkan dan juga lokasi yang strategik dan berdekatan bagi memudahkan perancangan sesuatu majlis tersebut. Semoga berjaya dan selamat pengantin baru!