Sahnya hijab dan qabul adalah saat yang paling dinanti-nantikan oleh setiap pasangan. Sebelum sampai ke detik indah itu pelbagai aspek perlu diberikan perhatian seperti menghadiri kursus kahwin, melengkapkan dokumen perkahwinan, HIV test dan  menyediakan persiapan untuk majlis perkahwinan.

Bagi memudahkan setiap pasangan untuk membuat persiapan majlis raja sehari, kami kongsikan 17 Butik Pengantin Bangi yang sebagai rujukan anda.

Kandungan

17. Stazurin Weddings

Stazurin Weddings Butik Pengantin Di Bangi
Sumber: Stazurin Weddings

Kesempurnaan serta kekemasan dalam setiap hasil tangan menjadi keutamaan seperti mendekorasi pelamin di dewan, rumah dan juga mini pelamin.

Penggunaan tema dan konsep terkini bagi setiap rekaan pelamin seperti fairytale, garden, putih suci menjadikan Stazurin Weddings sebagai wedding planner pilihan di Selangor.

Butik Pengantin Stazurin Weddings Bangi
Sumber: Stazurin Weddings

Bakal pengantin boleh mendapatkan perkhidmatan pakej perkahwinan lengkap, pakej katering, solekan, dekorasi majlis serta banyak lagi dengan harga yang berpatutan.

Baca: 11 Dewan Kahwin Bangi Yang Menarik & Istimewa

Bagi bakal pengantin yang mempunyai bajet yang kecil tetapi idamkan majlis yang tampak grand, pakej dewan dengan harga RM3,800 dan pakej khemah RM3,500 ada ditawarkan. Bukan itu saja, Stazurin Weddings turut menawarkan pakej pelamin tunang, akikah, berendoi dan dekorasi untuk lain-lain majlis.

Tel: 017-670 4262

Facebook: stazurinweddings

Instagram: @stazurinbridalboutique

Alamat: No 6 , Tingkat 1 , Jalan Cheras , Batu 14 , Taman Selamat, 43000 Kajang.


16. Butik Pengantin Casa Cinta

Butik Pengantin Casa Cinta Bangi
Sumber: Butik Pengantin Casa Cinta

Casa Cinta mula beroperasi sekitar tahun 2014. Pelbagai perkhidmatan pakej perkahwinan ditawarkan di sini antaranya dekorasi pelamin, solekan dan andaman pengantin, tempahan atau sewaan busana pengantin yang berkonsepkan songket melayu klasik mahupun modern style, photography, katering dan jugak spa bagi pengantin.

Butik Pengantin Casa Cinta Bangi Baju Pelamin
Sumber: Butik Pengantin Casa Cinta

Casa Cinta dibuka setiap hari bermula jam 10.30 pagi sehingga 10 malam.

Tel: 03-8912 9622/ 012-311 3431

Facebook: butik pengantin casacinta

Alamat: D-6-1 Bangi Gateway,Seksyen 15 Bandar Baru Bangi.


15. Weddings Galore

Weddings Galore Bangi
Sumber: Weddings Galore

Sebuah butik pengantin yang tak dinafikan lagi kepopularitiannya dalam arena wedding planner. Mempunyai pengikut seramai 238 ribu di ruangan facebook dan 128 ribu di instagram.

Butik Pengantin Weddings Galore Bangi Baju
Sumber: Weddings Galore

Butik ini menawarkan pakej bermula dari RM2,100 (pakej tunang/nikah) sehingga RM6,500 bagi pakej dewan mewah.

Pakej termasuk pelamin ekslusif, backdrop, redcarpet, set busana pengantin lelaki dan perempuan, dekorasi pintu gerbang, hiasan meja beradab, aksesori, bunga tangan, pakej katering, makeup artis dan tempahan atau sewaan busana pengantin.

Tel: 013-615 5751

Facebook: wedding galore sdn bhd

Instagram: wedding galore sdn bhd

Alamat: No 191A & 193A, Jalan 8/1, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi.


14. Butik Pengantin Sanggar Cinta

Butik Pengantin Sanggar Cinta Bangi
Sumber: Butik Pengantin Sanggar Cinta

Butik Pengantin Sanggar Cinta hadir dengan pakej nikah lengkap untuk pasangan bercinta dengan bajet tak lebih dari RM4,000 yang merangkumi set katering untuk 100 pax, kanopi set arabian 2, pelamin 10-12 ft x 10 ft, busana lengkap aksesori bagi pengantin lelaki dan juga perempuan serta makeup artis.

Butik Pengantin Sanggar Cinta Baju Pelamin
Sumber: Butik Pengantin Sanggar Cinta

Tel: 012-399 7944 (Zita)

Facebook: Butik Sanggar Cinta

Instagram: Butik Sanggar Cinta

Alamat: 12A1, Jalan Impian Makmur 3A, Saujana Impian,43000 Kajang.


13. Embun Klasik Bridal Boutique

Embun Klasik Bridal Boutique Bangi Pelamin
Sumber: embunklasikbridalboutique

Koleksi melayu klasik dengan gaya yang dimodenkan sungguh kena dengan citarasa fesyen terkini. Kebanyakan koleksi busana atau persalinan pengantin yang ditampilkan oleh pereka fesyen Embun Klasik Bridal Boutique menyatukan dua elemen ini.

Embun Klasik Bridal Boutique Bangi
Sumber: embunklasikbridalboutique

Diikuti rapat oleh lebih 90 ribu pengikut di instagram menjadikan butik ini antara pilihan bakal pengantin. Embun Klasik Bridal Boutique turut menawarkan pakej perkahwinan yang serba lengkap dari A-Z. Butik ini beroperasi setiap hari bermula jam 10 pagi sehingga 7 malam.

Tel: 012-696 7623

Facebook: Embun Klasik Bridal Boutiqe

Instagram: @embunklasikbridalboutique

Alamat: No1-23 Jln 8/35 Seri Bangi Seksyen 8 Bandar Baru Bangi.


12. ZamrimaTouch Weddings

ZamrimaTouch Weddings Bangi
Sumber: ZamrimaTouch Weddings

Setiap rekaan busana dari butik ini sememangnya halus dan terperinci serta rekaan yang ditampilkan berinspirasi songket melayu klasik yang diberi sentuhan moden.

Tambahan pula, material yang digunakan pula kebanyakannya dari material import luar negara. Cukup classy dan anggun si pemakai bila menyarung persalinan dari butik ini.

ZamrimaTouch Weddings Bangi Butik Pengantin
Sumber: ZamrimaTouch Weddings

Bagi melengkapkan lagi impian untuk diraikan dalam majlis yang grand, dekorasi pelamin dan majlis turut memainkan peranan yang penting.

Konsep singgahsana sang puteri, fairytale, fresh flower adalah antara konsep trending yang digunakan di sini. Bukan itu saja, ZamrimaTouch Weddings bukan hanya menjadi tumpuan bakal pengantin bahkan ramai selebriti tanah turut mendapatkan perkhidmatan dari butik ini.

Tel: 013-209 1603

Facebook: ZamrimaTouch Weddings

Instagram: @zamrimatouch

Alamat: 1-17-01 Jalan Medan Pusat Bandar7, Bangi Central, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi.


11. Butik Planet Pengantin

Butik Planet Pengantin Kawasan Bangi
Sumber: Butik Planet Pengantin

“Kebahagiaan Anda Adalah Inspirasi Kami” merupakan “trademark” Butik Planet Pengantin dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik buat bakal pengantin. Songket melayu klasik, peplum serta kebaya adalah konsep yang sering digunakan untuk setiap rekaan di sini.

Butik Planet Pengantin Bangi
Sumber: Butik Planet Pengantin

Gabungan tiga konsep ini telah menghasilkan busana yang sangat anggun dan memikat hati. Bukan itu saja, di sini turut menawarkan pakej perkahwinan lengkap yang merangkumi gubahan hantaran, andaman dan tatarias busana persalinan pengantin, dekorasi pelamin terkini dan trending, photobooth, katering dan kanopi, fotografi serta videografi, doorgift serta set berendoi.

Tel: 016-212 5043

Facebook: Planet Pengantin

Instagram: @butikplanetpengantin

Website: planetpengantin.com

Alamat: 13A-1, Jalan Kajang Perdana 2/2, Taman Kajang Perdana, 43000 Kajang.


10. Butik Daneta Bridal & Tailoring

Butik Pengantin Daneta Bridal & Tailoring Bangi
Sumber: Butik Daneta Bridal & Tailoring

Butik Daneta Bridal&Tailoring merupakan butik pengantin yang memberikan servis untuk tempahan atau sewaan busana pengantin.

Butik Daneta Bridal & Tailoring Bangi
Sumber: Sumber: Butik Daneta Bridal & Tailoring

Rekaan busana yang terkini, material yang berkualiti tinggi serta kekemasan jahitan merupakan kepakaran atau kelebihan yang ada pada butik ini. Jika anda meminati busana berkonsepkan fairytale seperti sang puteri atau kebaya songket melayu klasik, di sinilah tempat yang terbaik untuk anda.

Tel: 018-395 7012

Facebook: Butik Daneta Bridal & Tailoring

Alamat: No 41-1 Jalan Kajang Impian 1/11 Taman Kajang Impian.


9. Woby Bridal

Butik Pengantin Bangi Woby Bridal
Sumber: Woby Bridal

Sebuah bridal shop yang memberi fokus utama terhadap penghasilan busana pengantin yang eksklusif tetapi dengan harga mampu milik. Memberi peluang kepada semua bakal pengantin untuk merasai detik-detik indah dengan persalinan yang mewah dari Woby Bridal.

Dengan kadar sewaan bermula dari RM500-RM900, sudah pasti perkhidmatan mereka terus diintai oleh bakal mempelai. Konsep yang digunakan dalam setiap rekaan busana di butik ini adalah bermotifkan songket, glitter, kebaya serta kurung yang diberikan sentuhan moden.

Woby Bridal Bangi Koleksi Busana
Sumber: Woby Bridal

Diikuti oleh lebih 10 ribu pengikut di Facebook dan 73.2 ribu di instagram membuktikan bahawa konsep melayu ini masih relevan dan diminati ramai. Selain itu, Woby Bridal turut menyediakan perkhidmatan dekorasi pelamin dan solekan.

Tel: 018-248 2892

Facebook: Woby Bridal

Instagram: @wobybridal

Website: wobybridal.com

Alamat: 11-1, Jalan Kajang Perdana 2/2, Taman Kajang Perdana, 43000 Kajang.


8. Butik Pengantin Pesona Cinta

Butik Pengantin Pesona Cinta Bangi
Sumber: Butik Pengantin Pesona Cinta

Butik ini menawarkan pelbagai rekaan busana pengantin dan yang lebih menariknya bakal pengantin akan diberikan rebate atau voucher sebanyak RM500 tapi tertakluk kepada syarat & terma.

Butik Pengantin Pesona Cinta Bangi Baju
Sumber: Butik Pengantin Pesona Cinta

Butik Pengantin Pesona Cinta turut menghasilkan busana pengantin untuk pelbagai ukuran iaitu bermula dari size S sehinggalah XL. Selain itu, butik ini juga menawarkan perkhidmatan dekorasi pelamin, solekan pengantin serta pakej katering.

Tel: 013-333 4748

Facebook: Butik Pengantin Pesona Cinta

Instagram: @pesonacintawedding

Alamat: Butik Pesona Cinta, No 33-1, Jalan Seri Mas,Taman Seri Mas,Hulu Langat, 43100,Kajang.


7. D’renjis Seri Pengantin

D'renjis Seri Pengantin Bangi Image
Sumber: D’renjis Seri Pengantin

Pakej “All In One” dari butik ini merangkumi set katering, sewaan dan tempahan busana pengantin, dekorasi pelamin yang eksklusif, sewa dan gubahan dulang hantaran, makeup dan andaman, PA system dan Dj serta banyak lagi.

Butik Pengantin D'renjis Seri Pengantin Bangi Image
Sumber: D’renjis Seri Pengantin

Manakala sewaan busana pengantin lelaki dan perempuan pula berharga RM750 dan pakej nikah pula bermula RM950 sahaja.

Tel: 014-844 9064

Facebook: Pengantin Drenjis

Instagram: @drenjisseripengantin

Alamat: 15 & 15A, Jalan 4/11A, Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi.


6. Butik D’Fasha Mahligai

Butik D’Fasha Mahligai Bangi
Sumber: D’Fasha Mahligai

Menghasilkan dekorasi pelamin ekstravaganza adalah kepakaran Butik D’Fasha Mahligai. Dewan yang kosong boleh bertukar menjadi singgah sana sang puteri dengan sentuhan magis mereka.

Butik Pengantin D’Fasha Mahligai Bangi
Sumber: D’Fasha Mahligai

Bukan itu saja, busana pengantin yang dihasilkan oleh butik ini semuanya cantik dan pasti menyerlahkan lagi seri si pemakai dan apa yang penting di butik ini turut menyediakan busana untuk bakal mempelai yang bermula dari saiz XL sehinggalah XXXXXL. Lain-lain servis yang ditawarkan di butik ini adalah pakej katering, kanopi, solekan dan andaman, pelamin dan banyak lagi.

Tel: 019-623 4086

Facebook: DFasha Mahligai

Instagram: @butikdfashamahligai

Alamat: Lot2-34&2-35,Tingkat 2 , Kompleks Hentian Kajang,Jalan Reko
43000 Bangi.


5. Cinta by Fifiomar

Butik Pengantin Cinta by Fifiomar Bangi Pelamin Baju
Sumber: Cinta by Fifiomar

Warisan songket melayu klasik merupakan konsep utama yang menjadi taruhan butik pengantin Cinta by Fifiomar dalam menghasilkan busana pengantin.

Sebuah butik pengantin yang cukup terkenal di Selangor, perkhidmatannya menjadi perhatian ramai selebriti tanah air untuk majlis serta anugerah.

Butik Pengantin Cinta by Fifiomar Bangi
Sumber: Cinta by Fifiomar

Dan butik ini pernah diberikan ruang oleh TV3 untuk mengisi segmen fesyen dalam rancangan Nona.

Selain daripada busana pengantin, butik ini juga pakar dalam menghasilkan dekorasi pelamin yang grand dan turut menawarkan beberapa pakej perkahwinan, antara pakej yang disediakan buat bakal pengantin adalah pakej pelamin, photography dan videography serta banyak lagi.

Tel: 013-310 0770

Facebook: Chinta Fifi Boutique

Instagram: @cintabyfifiomar

Website: butik-cinta-by-fifiomar.business.site

Alamat: No 129A jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi.


4. Syizzrull Nadziq Wedding

Syizzrull Nadziq Wedding Bangi Pelamin
Sumber: syizzrull_nadziq_wedding

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh butik ini meliputi hampir keseluruhan persiapan majlis raja sehari anda.

Syizzrull Nadziq Wedding Bangi
Sumber: syizzrull_nadziq_wedding

Servis gubahan hantaran, sewaan dan tempahan busana pengantin, photography, dekorasi pelamin dewan/tempat majlis dan juga solekan& tatarias.

Tel: 013-265 6692

Facebook: Syizzrull Nadziq Wedding

Instagram: @syizzrull_nadziq_wedding

Alamat: 33, Jalan 3/1 Taman Sri Jaromas, 42600 Jenjarom, Selangor.


3. Sri Einong Bridal

Sri Einong Bridal Bangi
Sumber: Sri Einong Bridal

Butik ini menawarkan kadar sewaan dengan hanya RM500 untuk busana pengantin lelaki & perempuan beserta aksesori lengkap. Terdapat pelbagai rekaan busana pengantin untuk dipilih antaranya princess gown, kurung riau, peplum, kebaya singkat dan banyak lagi.

Sri Einong Bridal Bangi Koleksi Baju
Sumber: Sri Einong Bridal

Bukan itu saja, di sini juga turut menampilkan konsep songket melayu klasik dengan sentuhan moden. Selain dari busana pengantin, Sri Einong Bridal turut memberi perkhidmatan lain iaitu dekorasi pelamin. Untuk info lanjut mengenai pakej dan harga, sila hubungi Pn Salmee untuk slot appointment terlebih dahulu.

Tel: 012-338 6769 (Salmee)

Facebook: Sri Einong Bridal

Instagram: @srieinongbridal

Alamat: No 3A-55-03, Jalan Medan Pusat Bandar 8, Bangi Sentral, (Tingkat 2), 43650 Bangi.


2. D’Rampai Butik Pengantin

D’Rampai Butik Pengantin Bangi
Sumber: D’RAMPAI BUTIK PENGANTIN

Butik pengantin ini dimiliki sepenuhnya Mohd Khairul Adzami Ibrahim. Bermula dengan mengambil tempahan gubahan hantaran secara sambilan kini beliau berjaya membuka butik pengantin dengan hasil titik peluhnya sendiri.

Tidak mempunyai sebarang pengalaman atau kelulusan dalam bidang rekaan fesyen tidak menghalang beliau berkecimpung dalam bidang ini. D’Rampai Butik pengantin juga menawarkan perkhidmatan sewaan dan tempahan busana pengantin yang terkini dan anggun untuk semua bakal pengantin.

D’Rampai Butik Pengantin Bangi
Sumber: D’RAMPAI BUTIK PENGANTIN

Istimewanya butik ini turut menampilkan rekaan khas dan unik untuk bakal pengantin plus size untuk kelihatan jelita di hari majlis raja sehari. Dari segi konsep busana, butik ini banyak mengenakan atau menggabungkan tema klasik iaitu songket melayu dengan konsep moden seperti lace dan glitter.

Antara perkhidmatan lain yang ditawarkan di sini adalah dekorasi pelamin, solekan, gubahan hantaran serta banyak lagi.

Tel: 012-658 5309

Facebook: Drampai By Kay

Alamat: No 1-1A, Jalan Harmoni, Jalan Indah, Taman Harmoni Indah, 43300 Seri Kembangan.


1. Ani Catering & Wedding Planner 2

Ani Catering & Wedding Planner Bangi Butik Pengantin
Sumber: @anicateringweddingplaner

Merupakan butik pengantin yang pakar dalam penyediaan hidangan yang sedap dan terbaik di Selangor. Bukan itu saja, butik ini turut menawarkan pakej perkahwinan yang lengkap dari A-Z bagi pasangan yang inginkan majlis tampak mewah tetapi dengan harga yang berpatutan.

Ani Catering & Wedding Planner Bangi
Sumber: @anicateringweddingplaner

Bakal pengantin boleh mendapatkan perkhidmatan penuh dengan bajet RM18,500 meliputi pakej katering, Katering, & pelayan lengkap beruniform, busana pengantin untuk majlis bersanding, makeup artis, PA system, pelamin berserta dekorasi dewan, kelengkapan meja dan kerusi, bilik persiapan pengantin, bilik VIP, kemudahan surau dan tandas serta dewan ballroom yang berhawa dingin.

Tel: 017-320 3060/ 019-275 2564

Facebook: Ani Catering & Wedding Planner

Instagram: @anicateringweddingplaner

Alamat: No. 15/1, Jalan Reko Sentral 2, Reko Sentral Bandar Baru Bangi, 43000 Kajang.


Apa yang boleh disimpulkan di sini adalah segala persiapan dan kelengkapan majlis haruslah dilakukan lebih awal.

Pesanan dari kami sila sediakan checklist dan bajet bagi memastikan segala persiapan berjalan lancar dan impian anda untuk merasai pengalaman diraikan dalam majlis yang serba lengkap dan mewah tercapai.

Baca: 13 Butik Pengantin KL Yang Menarik & Popular

Bukan itu sahaja, jangan lupa untuk berdoa memohon kepadaNYA agar perjalanan anda untuk bergelar raja sehari di permudahkan. Dengan adanya perkongsian 17 butik pengantin di sekitar Bangi harap  dapat membantu bakal mempelai di luar sana.