Siapa yang tak nak kelihatan luar biasa berseri di hari persandingan? Bukan sahaja melalui solekan, tapi juga daripada busana yang dikenakan, keindahan rekaan pelamin dan banyak lagi aspek lain.

Kalau boleh, serba-serbi sempurna segalanya alang-alang dapat menjadi raja sehari. Untuk mencapai hasrat ini, anda boleh memilih mana-mana daripada butik pengantin Ipoh yang disenaraikan di bawah untuk mendapatkan perkhidmatan yang berkualiti.

Kandungan

10. Erlina Touch Wedding

Erlina Touch Wedding Ipoh
Sumber: Erlina Touch Wedding

Telah memiliki pengalaman lebih daripada 10 tahun dalam perkhidmatan pengurusan majlis perkahwinan.

Bukan sedikit perkhidmatan yang ditawarkan, anda boleh mendapatkan pakej lengkap daripada aspek katering, dandanan pengantin, dekorasi dewan / pelamin, PA sistem, busana, fotografi, kek, kad dan sebagainya.

Butik Erlina Touch Wedding Ipoh
Sumber: Erlina Touch Wedding

Memiliki lebih 15 ribu pengikut di media sosial, sudah banyak testimoni yang meluahkan kepuasan hati dengan servis yang ditawarkan mereka.

Instagram: erlinatouchwedding

Facebook: Erlina Touch Wedding

Hubungi: 017 409 7003 | 011 1694 4415 | 012 500 7505 |  017 409 6604

Emel: erlinatouch@gmail.com

Alamat: 83A, Jalan Bercham, Bandar Baru Tasek, 31400 Ipoh, Negeri Perak

Waktu operasi: Setiap Hari Kecuali Selasa & Ahad (9.00 am — 6.00 pm) | Ahad (9.00 am — 4.00 pm) | Selasa (Tutup)


9. Wawa Wedding Planner

Wawa Wedding Planner Ipoh
Sumber: Wawa Wedding Planner

Pernah mendapat liputan dalam rancangan Safiyya TV9 dan Bisnes Alternatif di Astro Awani, Wawa Wedding Planner bukanlah wedding planner yang patut anda pandang sebelah mata.

Butik Wawa Wedding Planner Ipoh
Sumber: Wawa Wedding Planner

Setiap aspek majlis akan disettlekan dengan profesional dari aspek katering, kanopi, PA sistem, kek dan sebagainya. Lokasi untuk anda jalankan majlis pun turut ditawarkan.

Baca: 29 Inspirasi Baju Bridesmaid Menarik

Yang menariknya, promosi-promosi yang pernah ditawarkan Wawa Wedding Planner bukan main hebat lagi, pastikan anda sentiasa celikkan mata dengan post terbaru daripada media sosial mereka.

Instagram: wawaweddingplanner_ipoh

Facebook: Wawa Wedding Planner

Hubungi: 016 427 1337

Emel: wawatheweddingplanner@yahoo.com

Alamat: 51A, Jalan Medan Ipoh 1A, Medan Ipoh Bistari, 31400 Ipoh, Negeri Perak

Waktu operasi: Setiap Hari Kecuali Isnin (10.00 am — 7.00 pm) | Isnin (Tutup)


8. Butik Pengantin Suri

Butik Pengantin Suri Ipoh
Sumber: Butik Pengantin Suri

“You say ‘I do,’ we do the rest,” inilah kata-kata yang dipetik daripada Instagram Butik Pengantin Suri. Dari A ke Z, segala aspek penting untuk sebuah majlis perkahwinan yang serba sempurna akan diselesaikan pihak butik.

Antara urusan yang bakal diselesaikan mereka adalah dari segi katering, kanopi, dekorasi, PA sistem, pelamin berkonsep eksklusif, fotografi, busana pengantin dan sebagainya. Caj yang dikenakan? Untuk 1000 pax pun masih tak sampai RM20,000.

Butik Pengantin Suri Ipoh Pelamin
Sumber: Butik Pengantin Suri

Bukan senang nak jumpa pakej lengkap yang semurah ni. Berminat untuk mendapatkan perkhidmatan mereka? Pastikan anda membuat temujanji terlebih dahulu untuk memudahkan urusan.

Instagram: butikpengantinsuri

Facebook: Butik Pengantin Suri

Hubungi: 012-599 7740

Alamat: No 180A ,180B Jalan Pengkalan Barat 32, Station 18, Ipoh, Perak 31650


7. Noliey D’touch | Nuriz Andaman Pengantin

Noliey D’touch Ipoh
Sumber: Noliey D’touch

Noliey D’touch ataupun Nuriz Andaman Pengantin menawarkan perkhidmatan dalam harga mampu milik yang cukup sesuai untuk sesiapa yang ingin mengadakan majlis dalam harga bajet.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah khidmat sewaan pakaian pengantin, penyediaan hantaran, mini pelamin dan sebagainya.

Butik Pengantin Noliey D’touch Ipoh
Sumber: Noliey D’touch

Pakej perkahwinan yang lengkap juga turut ditawarkan, anda boleh menghubungi pihak butik untuk maklumat lebih lanjut atau datang terus ke butik yang terletak di Taman Lapangan Lagenda.

Instagram: noliey_dtouch

Facebook: Noliey D’touch | Nuriz andaman pengantin,ipoh

Website:  www.mypengantin.blogspot.com

Hubungi: 017-565 0392 | 012-457 0858

Alamat: No. 31 Medan Lapangan Lagenda 1, Taman Lapangan Lagenda 31350 Ipoh, Perak

Waktu operasi: Selasa — Sabtu (10.00 am — 6.00 pm) | Ahad (10.00 am — 2.00 pm) | Isnin (Tutup)


6. Butik DH Andaman

Butik Pengantin DH Andaman Ipoh
Sumber: Butik DH andaman

Menampilkan rekaan busana yang terkini untuk digayakan dengan penuh keanggunan di hari majlis perkahwinan, anda pasti tidak akan pulang dengan tangan kosong sebaik melihat sendiri koleksi-koleksi yang terdapat di Butik DH Andaman.

Butik DH Andaman Ipoh
Sumber: Butik DH andaman

Proses mencari baju pengantin yang diinginkan juga bertambah lancar dengan layanan pihak butik yang sungguh ramah. Ini terbukti melalui review yang diberikan oleh mereka yang pernah melawat Butik DH Andaman.

Instagram: butik_dh_andaman

Facebook: Butik DH andaman

Hubungi: 017 542 8959 | 016 526 7765

Alamat: 748 Jalan Sultan Nazrin Shah, Ipoh, Perak 31300

Waktu operasi: Setiap Hari Kecuali Selas (10.00 am — 7.00 pm) | Selasa (Tutup)


5. NIMI Projek

NIMI Projek Ipoh
Sumber: NIMI Projek

Telah menguruskan lebih daripada 30 majlis perkahwinan, kepakaran yang dimiliki NIMI Projek tidak boleh dipertikaikan lagi. Mereka menawarkan “Full Pakej Cuci Tangan” dalam harga permulaan hanya RM14,500 sahaja.

Butik Pengantin NIMI Projek Ipoh
Sumber: NIMI Projek

Melalui pakej ini, antara perkara yang akan diselesaikan dengan sempurna adalah katering, pelayan beruniform, dekorasi, pelamin, walkway, welcome board, meja VIP, busana, kek kahwin, kad jemputan, PA sistem dan sebagainya. Bukan itu sahaja, lokasi majlis juga boleh diatur dengan pihak NIMI Projek.

Instagram: nimiprojek

Facebook: NIMI Projek

Website:  www.thenimiprojek.blogspot.com

Hubungi: 013 431 2346 | 018 572 0348

Emel: nimiprojek@yahoo.com

Alamat: No. 25, Jalan Margosa D/8, Seri Margosa, Bandar Seri Botani, Ipoh, Perak 31350


4. WIRDA Bridal Boutique

WIRDA Bridal Ipoh
Sumber: WIRDA Bridal.Boutique

Dari harga pakej yang cukup rendah yang ditawarkan oleh WIRDA Bridal.Boutique, anda boleh mendapat pelbagai extra gift (tertakluk pada terma & syarat) seperti kek 2 tingkat, photobooth, walkway, red carpet, hiasan meja kek dan sebagainya.

Butik Pengantin WIRDA Bridal Ipoh
Sumber: WIRDA Bridal.Boutique

Dengan pengikut mencecah lebih 3000 di FB, sudah ramai yang berpuas hati dengan pakej perkahwinan dan perkhidmatan yang ditawarkan mereka.

Instagram: wirda_bridalboutique

Facebook: WIRDA Bridal.Boutique

Hubungi: 016 455 7504

Emel: wirdagallery@gmail.com

Alamat: 13A, Medan Stesen 19, Station 18, 31650 Ipoh, Negeri Perak


3. Butik Pengantin Mya Irdina

Butik Pengantin Mya Irdina Ipoh Baju
Sumber: Butik Pengantin Mya Irdina

Butik Pengantin Mya Irdina menawarkan “Pakej Perkahwinan Terlajak Murah” dari hanya sekitar RM10,000+ sahaja. Melalui pakej ini, anda akan diberikan kek kahwin dan juga hidangan pengantin secara percuma.

Butik Pengantin Mya Irdina Ipoh
Sumber: Butik Pengantin Mya Irdina

Antara yang ditawarkan dalam pakej ini adalah pintu gerbang, red karpet, set dekorasi hidangan pengantin, set dewan / khemah, jurugambar dan banyak lagi.

Instagram: butikmyairdina_ipoh_perak

Facebook: BUTIK PENGANTIN MYA IRDINA

Website:  https://butikmya.blogspot.com/

Hubungi: 016 677 0318 | 019 522 7277

Emel: cahayamahligaicinta@gmail.com

Alamat: 45, Medan Stesen 19/3, Station 18 (108.54 mi), Ipoh, Perak 31650

Waktu operasi: Setiap Hari Kecuali Isnin (10.30 am — 6.00 pm) | Isnin (Tutup)


2. Butik Binari Station 18

Butik Pengantin Binari Station 18 Ipoh
Sumber: Butik Binari Station 18

Telah memiliki pengalaman mencecah 1 dekad, Butik Binari Station 18 adalah lokasi yang patut anda jejaki untuk mendapatkan pelbagai pakej menarik bagi majlis perkahwinan dalam harga yang sangat berpatutan.

Antara yang termasuk dalam pakej yang ditawarkan adalah pelamin, solekan, dekorasi bilik pengantin, jurugambar dan banyak lagi. Butik ini juga sering mengadakan promosi atau pemberian free gift.

Butik Binari Station 18 Ipoh
Sumber: Butik Binari Station 18

Jangan terkejut, melalui promosi sebelum ini, mereka pernah menawarkan pakej super jimat dari hanya RM800+ sahaja untuk set perkahwinan yang  lengkap. Untuk pengetahuan anda, Butik Binara turut memiliki cawangan lain di sekitar Perak iaitu di Simpang Pulai.

Facebook: Butik Binari Station 18

Website:  http://www.binari.my/

Hubungi: 05 321 8133 | 012 554 9948

Emel: sum@binari.my

Alamat: 50 Hala Pengkalan Timur 1 Taman Pasir Putih Selatan 31650 Ipoh Perak


1. Azliasyikin Wedding and Event

Azliasyikin Wedding and Event
Sumber: azliasyikinweddingevent

Inginkan pelamin yang dihias dengan penuh eksklusif tak ubah seperti perkahwinan yang gah tapi dalam harga bajet? Anda boleh menjadikannya realiti apabila memilih pakej rekaan pelamin yang ditawarkan Azliasyikin Wedding and Event.

Butik Pengantin Azliasyikin Wedding and Event Ipoh
Sumber: azliasyikinweddingevent

Pelamin-pelamin yang dihasilkan oleh pakar-pakar di butik ini sesuai untuk sama ada majlis perkahwinan di rumah ataupun di dalam dewan. Berminat? Hubungi mereka untuk mendapatkan pakej dekorasi pelamin terbaru.

Instagram: azliasyikinweddingevent

Facebook: Azliasyikin Wedding and Event

Hubungi: 012 518 1503 | 05 241 3557

Emel: azliasyikin@gmail.com

Alamat: No. 42, Lebuh Lapangan Siber 2, Bandar Cyber, 31350 Ipoh , Perak


Sebenarnya banyak sekali butik pengantin Ipoh yang menarik dan berpatutan ni, pilih sahaja butik mana yang berjaya mencuri hati.

Apa-apa pun, dalam usaha mencari butik yang terbaik ini anda perlu melihat dari beberapa aspek ini iaitu rekaan busananya (terkini atau tidak?), mutu fabrik, saiz busana yang ditawarkan (sesuai dengan anda?), jenis make-up yang digunakan, kualiti layanan pelanggannya dan juga caj penghantaran yang dikenakan.

Baca: 9 Butik Pengantin Taiping Yang Menarik & Popular

Jangan lupa untuk mendapatkan semua info ini ya? Semoga semua urusan perkahwinan anda bersama pasangan dipermudahkan.