Bila sebut mengenai hari perkahwinan, perkataan yang sering kita dengar adalah cantik dan sempurna. Nama pun hari perkahwinan, hari yang cukup bermakna dan simbolik bagi mereka yang bakal melangsungkan hari yang cukup bersejarah ini. Pengantin mana yang tak nak tampil sempurna dan luar biasa betul tak? Alang-alang menjadi raja sehari, apa salahnya bergaya sakan pada hari yang bermakna ini.
Dari pemilihan busana, rekaan pelamin dan aspek lain yang diperlukan untuk menjadikan impian anda tercapai, pemilihan butik pengantin adalah penting sebab setiap butik didatangi dengan konsep yang berbeza dan pakej yang ditawarkan juga lain dari satu butik ke butik yang lain.
Jadi pada warga Kedah terutamanya yang berada di daerah Jitra, pasangan yang tak lama lagi dah nak naik pelamin, kami kongsikan kepada anda 11 butik yang boleh anda singgah di sekitar Jitra untuk mendapatkan khidmat yang bersesuaian dengan idea majlis dan bajet anda.
Kandungan
11. Eyqa Dania Wedding
Pasangan yang mengimpikan sesuatu yang bertemakan hybrid di mana elemen Inggeris digabungkan dengan elemen tradisional boleh berkunjung di Eyqa Dania.
Mereka juga menawarkan khidmat sewa kereta mewah untuk hari resepsi anda supaya nampak lebih gah! Rekaan pelamin mereka juga sangat ringkas dan minimal dengan warna neutral dan bersifat alam. Koleksi busana mereka terutamanya yang berona putih dan pastel cukup menambat hati.
Instagram: @eyqadaniawedding
Facebook: Eyqa-Dania-Wedding
Hubungi: 019-999 9318
Alamat: Sebelah Yawata Tanah Merah Jitra Kedah
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (11 am – 6pm)
10. Ayu Ixora Bridal
Sesiapa yang memang tengah merancang persiapan perkahwinan, anda boleh cuba lihat Ayu Ixora Bridal ni.
Mereka menawarkan pakej lengkap termasuk busana,rekaan pelamin, solekan dan hiasan majlis ditawarkan dengan konsep yang pelbagai mengikut selera anda.
Instagram: @ayuixorabridal
Facebook: IxoraBridalGallery
Hubungi: 0125243533
9. Gens Great Idea
Pada si gadis yang berangan untuk mengayakan busana gaun ala princess Cinderella, anda pasti tertarik dengan koleksi daripada Gens Great Idea. Dengan bajet RM35 ribu, anda boleh dapatkan semuanya dalam satu! Semuanya yang berkaitan dengan majlis resepsi anda disediakan.
Mereka menyediakan pakej dewan di dalam Royal Kedah Club, catering yang disediakan bagi jemputan 1000 orang, busana, pelamin dan hiasan semua siap! Tak perlu risau dah nak cari jurusolek, juru gambar dan juru video, doorgift dengan kek 5 tingkat pun disediakan! Tinggal nak nikah dan bawa diri sahaja!
Instagram: @gensgreatidea
Facebook: Gens-Great-Idea-Bridal-Gallery
Hubungi: 013-418 4039
Alamat: 11B Commercial Square, Kolej Height Utara, Jitra Kedah
8. Rem Ahmad Bridal House
Yang jejaka pula, kalau nak merasa jadi putera idaman, dengan pemakaian royal prince suit, Rem Ahmad sedia membantu anda.
Bagi pengantin perempuan pula, mereka menawarkan koleksi dari pelbagai potongan kurung dan kebaya hingga gaun yang datang dengan pelbagai jenis warna dan hiasan busana mengikut citarasa masing masing.
Instagram: @remahmadbridalhouse
Facebook: RABHBRIDAL
Hubungi: 017-5985998
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10am – 8pm)
7. Empire Wedding
Satu lagi butik yang menawarkan segalanya yang anda perlukan di dalam majlis perkahwinan anda nanti.
Baca: 21 Tema Baju Pengantin Lelaki Menarik Khas Untuk Raja Sehari
Di Empire Wedding, mereka menyediakan kelengkapan perkahwinan yang lengkap untuk anda! Empire wedding juga menawarkan khidmat pada mereka yang berada di Perlis juga!
Kalau sesiapa yang bakal menikahi orang Perlis, Empire ini adalah one stop center bagi anda. Proses majlis pun lebih mudah bagi kedua dua pihak pengantin bila ada seorang sahaja wedding planner yang boleh aturkan majlis untuk kedua-dua belah pihak agar tak berserabut dan yang best adalah pakej-pakej dengan harga yang murah!
Instagram: empirewedding_
Facebook: empireweddingkedah
Hubungi: 017-454 2189
Alamat: 124, Lorong 6, Taman Tengku Maheran, Jitra
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10 am – 7 pm) Selasa TUTUP
6. Kinah Tina Wedding Planner
Yang nak merasa malangsungkan majlis di dalam dewan yang tampak mewah di dewan Tunku Anum atau pun sanding rumah di BohorKarang, pakat-pakat ajak pasangan singgah di Kinah Tina. Mereka menawarkan pakej lengkap dengan pilihan busana, rekaan pelamin dan solekan.
Apa yang menarik tentang Kinah Tina ini adalah koleksi busana dan rekaan yang sangat ringkas dan minimalis namun cukup menawan. Mereka pun menawarkan khidmat untuk majlis tunang dan akad nikah jadi tak pening nak cari planner yang lain.
Instagram: @kinah_tina
Facebook: kinahtina85
Hubungi: 0174140817
5. Dolleen Ombak Klasik
Bakal pengantin yang berhajat sekadar nak menyewa busana pengantin dengan harga yang murah untuk kedua-dua pasangan lengkap dengan perhiasan, boleh menghubungi Dollen Ombak Klasik.
Serendah RM500 anda boleh dapat baju pengantin untuk lelaki dan perempuan. Tawaran ini sah sehingga 2020 jadi cepat cepat buat booking! Jika anda nak order online pun boleh!
Instagram: @dolleen_ombak_klasik
Facebook: ombaklasik
Hubungi: 012-517 0759
4. Crown Bridal Gallery
Di Crown Bridal Gallery ini pula, bila dilihat di laman sosialnya, pemilik memberikan pengayaan yang sangat ringkas namun kemas daripada segi rekaan dan warna busana, hiasan pelamin dan tona yang dikenakan pada majlis.
Mereka juga mempunyai kepakaran dan memberi tumpuan lebih kepada konsep hiasan pelamin di dalam dewan. Pasti bakal pengantin akan berpuas hati dengan perkhidmatan pakej perkahwinan yang mereka tawarkan.
Rekaan buasana juga tidak kurang cantiknya. Promosi mereka juga sangat hebat dengan tawaran harga yang murah untuk sewaan busana.
Instagram: @crownbridalgalleryjitra
Facebook: crownbridalgalleryofficial
Hubungi: 017-4501524
3. Fimie Bridal Legacy
Jarang sekali bakal pengantin dapat menempah pakej perkahwinan yang menyediakan perkhidmatan berinai.
Di Fimie Bridal Legacy ini anda tidak perlu bersusah payah nak mencari henna artist kerana mereka ada menyediakan servis ini sekali. Butik ini turut menawarkan promosi dewan dengan harga RM3 ribu sahaja yang didatangi dengan pelamin dan busana bagi kedua-dua pengantin serta pilihan warna dan rekaan yang baru.
Meja makan dan red carpet bagi walkaway pun mereka siapkan. Tiada bayaran lebih lagi untuk bunga tangan, payung, meja nikah dan aksesori.
Untuk pakej rumah pula mereka menawarkan dengan harga RM2 ribu yang lengkap dengan pelamin dihias penuh, meja makan beradab dan sepasang baju baru dengan warna dan design beserta aksesori yang tidak dikenakan caj.
Instagram: @fimie_bridal_legacy
Facebook: Fimie-Bridal
Hubungi: 013-470 3762
Alamat: No 136B Tingkat Atas Wan Hantaran Jitra
2. Dazul Fahmi/ Rafflesia Exclusive Wedding Couture
Mempunyai pengalaman selama 10 tahun di dalam bidang perunding perkahwinan, pereka dan pemilik butik Rafflesia Exclusive Wedding Couture menawarkan perkhidmatan dekorasi pelamin pernikahan dan persandingan, busana pengantin ekslusif serta andaman dan solekan pengantin yang sempurna bagi hari bahagia anda.
Koleksi rekaan busana pengantin mereka menggunakan banyak elemen songket tradisional yang kian popular dalam trend perkahwinan masa kini.
Uniknya, sungguhpun songket berteraskan konsep klasik tradisional tetapi pereka berani menggabungkannya dengan rekaan moden yang up to date. Turut menerima tempahan jahitan baju dengan rekaan pelbagai jenis fesyen, ini peluang baik untuk ahli keluarga pengantin untuk bergaya sakan pada majlis perkahwinan nanti. Bolehlah tempah baju sedondon kan?
Tatarias pelamin juga menerima sentuhan peribadi pereka dengan dekorasi pelbagai warna seperti merah, hijau, merah jambu, biru,ungu digabungkan dengan rona bunga-bungaan putih untuk tampak lebih ekslusif mengikut cita rasa dan pilihan pengantin.
Gubahan hantaran juga diterima oleh pihak butik. Tak perlu dah nak cari orang buat dulang hantaran. Sesuai untuk anda yang ingin menjimatkan masa tetapi ingin tampil menawan di majlis bahagia yang lengkap dan teratur.
Instagram: @dazulfahmi
Facebook: RafflesiaExclusiveWeddingCouture
Hubungi: 012-434 0264
Alamat: No. 19 Taman Desa Sinaran, Jalan Masjid Aqla, 06000 Jitra Kedah
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10 am – 6pm ) Jumaat TUTUP
1. CWC Bridal
Cinderella Wedding Collection rasanya tidak asing lagi bagi mereka yang berada di Jitra. Bezanya CWC dengan butik lain yang ada di kawasan sekitar adalah busananya yang sangat terjaga kualitinya. Koleksi songket yang datang dalam pelbagai konsep potongan ini sememangnya menjadi pilihan ramai bakal pengantin.
Mendapat pujian dan rating yang sangat tinggi daripada pelanggan, CWC memberikan khidmat dan layanan yang sangat memuaskan. Dari segi promosi, CWC antara yang terbaik! Rekaan pelamin dan sekitar majlis memang cantik.
Semua pelanggan sangat berpuas hati dengan hasil dan servis yang diberi. CWC sememangnya pilihan ramai! Kalau tak percaya, lihat sahaja laman sosial Facebook dan Instagram mereka.
Instagram: @cwcbridal
Facebook: cinderellaweddingcreation
Hubungi: 017-511 4687
Alamat: No 30 Tingkat Atas,Pekan Jitra 3, Jitra
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10am – 8 pm)
Jadi warga Jitra, bagaimana? Sudahkah anda membuat pilihan? Dah jumpa mana yang memikat dihati? Kami harap perkongsian butik pengantin Jitra kami pada kali ini dapat membantu bakal pengantin untuk pemilihan butik yang sesuai dengan idea perkahwinan yang anda idamkan tanpa melebihi bajet.
Sebaik baiknya pilihlah butik yang mempunyai pengalaman dan mendapat feedback yang positif dari setiap pelanggan yang pernah mendapatkan khidmat butik yang anda pilih. Disamping anda dapat servis yang terbaik dalam aspek yang anda mahukan. Apa pun kami ucapkan tahniah dan selamat pegantin baru mempelai Jitra!