Siapa yang tidak teruja apabila hari bahagia yang dinanti-nantikan selama ini hampir tiba. Sudah pasti raut wajah bakal raja sehari sentiasa dihiasi dengan senyuman manis dan berseri-seri.

Moment akad nikah dengan sekali lafaz, majlis resepsi yang gemilang serta sesi fotografi menjadi impian setiap bakal pengantin. Jadi, adalah penting untuk bakal pengantin melakukan perancangan yang rapi dan persiapan awal sekurang-kurangnya enam bulan sebelum supaya majlis kedua-dua belah pihak berjalan lancar.

Ini bagi memastikan anda dan pasangan tidak kelam kabut dan tertinggal perkara penting sepanjang majlis berlangsung. Bagi pengantin yang masih tercari-cari ilham, kami senaraikan 15 butik pengantin Kuala Lumpur yang popular dan menarik di bawah.

Kandungan

15. D’Hass Caterer & Bridal

Butik D'Hass Caterer Kuala Lumpur

Dengan trademark “Kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami”, D’Hass Caterer & Bridal mulanya dikenali sebagai wedding planner yang menawarkan pakej pengantin yang serba lengkap.

D'Hass Caterer Butik KL

Bertapak di Kuala Lumpur bermula pada tahun 2004 dan ikuti oleh lebih 57 ribu pengikut di Facebook. Butik ini menawarkan pakej perkhidmatan bermula dari RM13,999 sehingga RM16,999 yang merangkumi katering, kelengkapan dewan, kelengkapan kanopi, pelamin, busana pengantin , PA system dan juga andaman pengantin.

Tel: 011 20713140 (Yana)

Facebook: yanadhass

Alamat: No.48 – 1- 1,Jalan Megan Setapak,Taman Megan Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur.


14. Auralisha Bridal & Hijab

Butik Auralisha Kuala Lumpur

Bagi anda yang impikan tema busana pengantin ala-ala muslimah yang anggun serta patuh syariah maka Auralisha Bridal & Hijab adalah pilihan yang terbaik . Butik ini menawarkan pakej busana yang eksklusif dan bermotifkan songket melayu asli serendah RM500 sahaja.

Butik Auralisha Kuala Lumpur

Dipadankan pula dengan pelbagai jenis veil, crown serta aksesori lain sudah pasti menaikkan lagi seri pengantin. Bukan itu saja, Auralisha Bridal & Hijab turut menerima tempahan menjahit baju mengikut design yang anda inginkan. Butik ini dibuka setiap hari kecuali Ahad, jam 10 pagi – 7 petang.

Tel: 011 15260775

Facebook: Alisha811

Alamat: Shop Lot Unit, No. 2730A, Jalan Permata 4, Taman Permata, 53300 Kuala Lumpur


13. Butik Pengantin Kusha Weddings & Events

Kusha Wedding Butik Kuala Lumpur Image

Butik Pengantin Kusha Weddings & Events ini adalah cawangan  kepada Kusha Couture (syarikat reka bentuk fesyen yang ditubuhkan pada tahun 2006).

Butik yang cukup terkenal ini dimiliki sepenuhnya oleh Sh Kusha. Beliau merupakan seorang Pereka Fesyen yang mendapat kelulusan dari International Fashion Traning Centre (“IFTC”).

Kusha Wedding Butik Kuala Lumpur

Butik ini menawarkan konsep “All in One Wedding Package” yang berharga RM28.90 per pax yang merangkumi perkhidmatan katering, meja dan kerusi (berbalut dengan reben), pelamin dewan yang eksklusif iaitu dihiasi dengan karpet penuh serta backdrop yang tinggi), walkaway deco, entrance deco, meja makan beradab, photographer, DJ atau MC serta banyak lagi.

Tel: 012-207 6206

Facebook:  Kusha Weddings

Instagram:  @kusha_weddings

Alamat: 52- G, Jalan Danau Lumayan 1, Pusat Perniagaan Danau Lumayan, Bandar Tun Razak, Batu 9 Cheras, 56000 Kuala Lumpur


12. Rins Suzana

Rins Suzana Butik Pengantin

Butik Pengantin KL Rins Suzana yang telah beroperasi sejak tahun 2004 telah lama menempa nama di dalam bidang perunding perkahwinan profesional.

Jadi tidak hairanlah butik pengantin ini sentiasa menjadi pilihan terutamanya bakal pengantin di sekitar Lembah Klang. Mempunyai koleksi busana pengantin yang tertumpu kepada tema tradisional, elemen busana songket dengan gabungan moden kontemporari menjadi koleksi utama butik ini.

Rins Suzana Butik KL

Butik ini menawarkan Pakej Dewan yang lengkap merangkumi aspek seperti busana pernikahan dan persandingan pengantin, dekorasi pelamin dan aksesori tambahan lain yang boleh didapati bermula dengan harga RM2,666 hinggalah kepada RM7,000 bergantung kepada bajet pengantin. Jangan bimbang, harga yang ditawarkan sentiasa boleh dirunding dan sangat berbaloi berdasarkan kualiti yang mereka pamerkan.

Instagram: @rinssuzana

Facebook: Rinssuzana

Laman web: rinssuzana.my

Hubungi: 03-41471980 (butik) 017-6884486 (whatsapp)

Alamat: No 8B Persiaran Permata, Taman Permata, Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Selasa- Ahad


11. Fiz Classic Bridal

Fiz Classic Bridal Kuala Lumpur

Menggunakan perkataan ‘klasik’ di dalam jenama butik pengantin mereka, tentunya kepakaran mendekorasi rekaan dan konsep tradisional tentunya menjadi keistimewaan Fiz Classic Bridal.

Jadi ini menjadi berita baik buat bakal pengantin yang mengimpikan tema perkahwinan seumpama ini. Menariknya, pakej ALL-IN yang ditawarkan butik pengantin ini sangat berbaloi kerana pengantin tidak perlu pening kepala mencari alternatif luar untuk melengkapkan majlis mereka.

Fiz Classic Bridal Kuala Lumpur Pelamin

Ianya merangkumi semua aspek yang perlu ada pada sesebuah majlis perkahwinan yang sempurna termasuklah servis fotografi, DJ dan PA System, katering serta andaman pengantin. Rata-rata pelanggan sangat berpuas hati dengan servis yang ditawarkan setanding dengan harga.

Sungguhpun tema tradisional menjadi elemen utama, kebanyakan koleksi rekaan busaan pengantin dan pelamin sangat menarik dan cantik. Pemiliknya bijak bermain dengan elemen gabungan moden kontemporari dan klasik.

Instagram: @fiz_classic_bridal

Facebook: FizClassicBridal

Hubungi: 019-664 9422 / 012-350 6348 / 012-369 5545

Alamat: 2A-1 Lorong Dataran Wangsa, Wangsa Melawati, 53000 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin- Ahad (10am- 6pm) SELASA TUTUP


10. Zaifie Zainal Creation KL

Zaifie Zainal Creation KL Butik Pelamin

Bermula pada tahun 2001 dengan hanya menerima tempahan gubahan hantaran, Zaifie Zainal Creation mula meluaskan empayar perniagaannya sebagai perunding perkahwinan profesional 3 tahun selepas itu.

Atas dasar minat yang mendalam dan bakat semulajadi pemilik terhadap kraftangan perkahwinan, mereka mula mengorak langkah dengan membuka sebuah butik yang menawarkan pakej lengkap perkahwinan yang sempurna di bawah satu bumbung.

Antara perkhidmatan yang disediakan Butik Pengantin Zaifie Zainal Creation ialah Andaman dan Make Up, fotografi, persalinan pengantin, kad kahwin dan hiasan bilik pengantin.

Zaifie Zainal Creation KL Sewa Pelamin Kuala Lumpur

Hasil tangan mereka begitu sinonim dalam kalangan media massa dan elektronik kerana sering menjadi pilihan dan rujukan untuk dipaparkan di dalam slot perkahwinan majalah-majalah dan laman web terkenal. Populariti mereka juga mula melonjak naik apabila pernah bersiaran bersama rancangan Wanita Hari Ini di TV3. Jadikan Zaifie Zainal Creation sebagai pilihan anda!

Instagram: @zaifiezainalcreationkl

Facebook: zaifiezainalkl

Hubungi: 019-293 9023 & 016-263 0158


9. Epul Sinitravision

Epul Sinitravision Butik KL

Jika dilihat secara menyeluruh konsep perkahwinan yang menjadi kepakaran pemilik butik Epul Sinitravision ini, bakal pengantin akan didedahkan dengan konsep dan rekaan yang tertumpu kepada gabungan elemen eksotik, unik bersama dengan konsep tradisional ataupun moden kontemporari.

Menyediakan perkhidmatan wedding planner di dalam dewan bermula dengan harga serendah RM3,000, bakal pengantin akan memperoleh servis daripada segi dekorasi pelamin, solekan dan andaman pengantin serta busana rekaan eksklusif buat pengantin lelaki dan perempuan.

Epul Sinitravision Butik Pelamin

Pastinya bakal pelanggan akan berpuas hati dengan hasil kerja daripada pereka yang terkenal dengan kreativitinya bermain dengan warna-warna terang dalam penghasilan rekaan pelamin yang indah.

Instagram: @epul_senitravision

Facebook: senitrawedding

Hubungi: 019-338 7117 / 019-274 9440

Alamat: No 65 – 1, Jalan Tasik Utama 6, Medan Niaga Tasik Damai, Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (10am – 9 pm)


8. Istana Puteh

Istana Putih Butik Kahwin Kuala Lumpur

Berpengalaman lebih dari 20 tahun dalam industri perkahwinan. Butik ini menyediakan lebih dari 100 pilihan busana pengantin yang cukup mewah dan lebih dari 20 tempat untuk majlis raja sehari, menjadikan Istana Puteh antara wedding planner yang cukup popular dan gah di Kuala Lumpur.

Lihat sahaja Facebook page Istana Puteh, anda akan disajikan dengan gambar majlis yang cukup ekskusif yang pernah diuruskan.

Istana Putih Butik Kahwin Kuala Lumpur Gambar

Maka tidak hairanlah mengapa page mereka diikuti lebih dari 17 ribu lebih pengikut. Antara pakej perkahwinan dan servis yang ditawarkan adalah dewan majlis, katering, pelamin, make up serta sesi fotografi. Bagi bakal pengantin yang mempunyai bajet yang besar dan impikan majlis yang mewah, Istana Puteh akan merealisasikan impian anda dengan menyediakan majlis resepsi anda di ballroom hotel.

Tel: 019-2151056

Facebook: Istana Puteh

Instagram: @istanaputeh

Alamat: 66-2, Wisma Alam Damai 1, Jalan Alam Damai,56000 Cheras, Kuala Lumpur


7. Butik Pengantin Simpulan Qaseh

Butik Pengantin Simpulan Qaseh Kuala Lumpur Gambar Pelamin

Butik Pengantin Simpulan Qaseh adalah usaha bersama Pn. Noorziani binti Haji Mohamed Zainol dan suami tersayang Encik Badrul Hisham bin Md Yusoff.

Bermula dengan minat dan suka membantu rakan-rakan menyediakan gubahan hantaran, kini mereka bertukar ke tahap yang lebih serius dengan menjalankan perniagaan ini sepenuh masa.

Butik Pengantin Simpulan Qaseh Kuala Lumpur

Perkhidmatan pakej perkahwinan serendah RM1,499 atau kek 3 tingkat diberikan secara percuma kepada bakal pengantin yang mengambil pakej penuh antara yang menarik di butik ini. Selain itu, butik ini juga menerima tempahan baju pengantin, pakej sewa pelamin dewan dan rumah, tempahan gubahan hantaran perkahwinan serta solekan dan dandanan rambut.

Tel: 010-2983513 / 017-6696979 (Pn. Ziani)

Facebook: Simpulan Qaseh

Website: simpulanqaseh.blogspot.com

Alamat: No.11-3 Jalan Pantai Murni 2, 59200 Pantai Dalam, Kuala Lumpur.


6. Nana Bridal Kuala Lumpur

Nana Bridal Kuala Lumpur Butik Pengantin

Menghasilkan wedding dress idaman raja sehari dengan sentuhan magis & tatarias pengantin  serta deco yang menepati citarasa mengikut bajet pelanggan adalah kepakaran Nana Bridal Kuala Lumpur.

Diikuti lebih dari 16.4 ribu pengikut di insta @nanabridal_kualalumpur dan lebih 4.2 ribu pengikut di fb memberikan satu kelebihan kepada Nana Bridal.

Nana Bridal Kuala Lumpur Butik Pengantin Gambar Baju

Pakej perkahwinan yang serba lengkap yang ditawarkan merangkumi tempahan atau sewaan busana pengantin yang berbagai tema, gubahan hantaran, make up artis yang professional, doorgift majlis, pelamin, sesi photografi samada indoor ataupun outdoor dan banyak lagi.

Facebook: nanabridalkualalumpur

Alamat: 1-12 PV128, Jalan Genting Klang, 53300 Kuala Lumpur


5. Butik Pengantin Cerita Cinta

Butik Pengantin Cerita Cinta Image

Raikan cinta bersama  Butik Pengantin Cerita Cinta pastinya akan meninggalkan  kenangan yang terindah kepada bakal pengantin.

Butik ini menyediakan pakej dan perkhidmatan yang serba mewah, ekslusif dan lengkap seperti sewaan busana pengantin, solekan dan tatarias pengantin, pelamin, katering, goodies bag pada harga yang menarik.

Butik Pengantin Cerita Cinta

Bukan itu saja, di butik ini juga menawarkan perkhidmatan henna viral dan trending. Tunjuk saja design mana yang berkenan tak sampai sejam tangan anda pasti terhias indah.

Tel:  013-3554386

Facebook: butik pengantin cerita cinta

Instagram: @butikpengantinceritacinta

Alamat: 12 pv 128, Jalan Genting Kelang, 53300 Kuala Lumpur


4. MK Bridal

MK Bridal Kuala Lumpur Main Image

Sebut saja tema busana pengantin yang bagaimana anda impikan, semuanya akan diuruskan oleh MK Bridal. Namun harus diingatkan bahawa proses menyiapkan tempahan busana mengambil masa sekurang-kurangnya 4 bulan.

MK Bridal Kuala Lumpur

Jadi untuk anda yang inginkan busana pengantin yang lain dari yang lain serta eksklusif sila buat tempahan awal. Harga bagi busana yang custom made mengikut citarasa bakal pengantin adalah bermula RM1,200. Tapi bagi bakal pengantin yang kesuntukan masa, MK Bridal juga turut menyediakan busana yang ready to wear bersaiz S sehingga XXXL pada harga bawah RM2,000.

Tel: 018-984 4892.

Facebook: mkbajupengantin

Alamat: No 20-2, Jalan Wangsa Delima 6, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur


3. Seri Mempelai Wedding and Catering

Seri Mempelai Wedding & Catering Kuala Lumpur

Seri Mempelai Wedding and Catering sudah tidak asing lagi dalam dunia pakej perkahwinan. Butik ini diusahakan sejak tahun 2003 dan diikuti lebih dari 147 ribu pengikut di dunia maya menjadikannya popular dikalangan bakal pengantin.

Seri Mempelai Wedding & Catering

Pakej-pakej yang disediakan oleh butik ini sememangnya berpatutan. Dengan bermodalkan RM11,800 bakal pengantin boleh memiliki pakej lengkap seperti catering, busana L/P, solekan, pelamin, fotografi serta pramusaji.

Tel: 012-2632619 – Lynna

Website: smempelai.com

Facebook: smempelai

Alamat: No. 6-1, Jalan Putra Mahkota 7/5A, Putra Point Business Centre, Putra Heights, 47650 Subang Jaya, Selangor


2. Adam & Hawa Bridal

Butik Adam Hawa Bridal Kuala Lumpur Gambar

Ditubuhkan pada  1 Mei 2013, butik ini menyediaan busana pengantin serta servis solekan yang professional. Lihat saja di fb page kini sudah mempunyai  37 ribu pengikut. Pakej yang ditawarkan oleh Adam & Hawa Bridal hanya berkisarkan busana pengantin, solekan dan juga pelamin.

Adam Hawa Bridal Kuala Lumpur Gambar

Dengan bermodalkan RM1,300 sahaja anda bakal mendapat 1 kali make up, aksesori pengantin perempuan, mini pelamin dan bunga tangan  percuma serta 2 bantal nikah. Bagi yang mempunyai bajet lebih anda boleh mencuba Pakej Eksklusif yang berbajetkan hanya RM7,000.

Tel: Ery (017-2382747/017-3759690) atau Iman (017-7181218)

Facebook: Adam Hawa Bridal

Alamat: 5-1, Ampang Waterfront 3, Ampang, Kuala Lumpur


1. Dintan Wedding Planner

Dintan Wedding Planner Kuala Lumpur

Butik ini mempunyai pengalaman lebih dari 15 tahun serta menawarkan pakej perkahwinan bermula dari RM14,000 bagi pakej lengkap budget dan RM17,900 bagi pakej lengkap eksklusif.

Butik Dintan Wedding Planner Kuala Lumpur

Bakal pengantin yang memilih pakej perkahwinan yang lengkap akan mendapat kelengkapan seperti kerusi meja dewan ekslusif, kanopi ekslusif, katering untuk 1000 pax, menu makan beradab, teh, andaman, pelamin & dekorasi eksklusif, sepasang busana sanding, makeup, fotografi untuk majlis sanding, pa system & dj, pelayan beruniform, event coordinator dan dekorasi ekslusif.

Tel: 019-294 4499

Facebook: dintan wedding

Alamat: Kompleks Amaniah, Jalan Batu Caves, 68100 Batu Caves (town)


Membuat persiapan dan menyediakan segala kelengkapan perkahwinan bukanlah mudah. Majlis istimewa yang tersusun dan dirancang dengan teliti adalah suatu perkara yang diidamkan oleh setiap bakal pengantin.

Baca: 14 Butik Pengantin Shah Alam Yang Luarbiasa

Diharapkan entri kami yang berkisarkan 13 Butik Pengantin KL yang popular dan menarik ini dapat membantu anda untuk membuat pilihan dan merealisasikan majlis perkahwinan seperti yang yang didambakan dengan sempurna. Maklumlah pengalaman bergelar raja sehari ini merupakan pengalaman sekali dalam seumur hidup.