Majlis perkahwinan yang meriah dan gilang gemilang sudah semestinya menjadi impian setiap bakal pengantin. Ia merupakan hari di mana mereka ingin berkongsi kebahagiaan mereka bersama para tetamu yang hadir.

Untuk mendapatkan majlis perkahwinan yang sempurna, ia memerlukan persiapan yang rapi dan teliti. Banyak perkara yang perlu diambil kira dan dititikberatkan.

Bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar, bakal pengantin sudah semestinya memerlukan perkhidmatan yang disediakan oleh butik-butik pengantin seperti busana, pelamin, katering, fotografi dan pelbagai jenis perkhidmatan lain.

Berikut merupakan 10 butik pengantin Klang dan kawasan sekitarnya yang boleh dijadikan pilihan.

Kandungan

10. Butik Pengantin Marlynn Afzan

Butik Pengantin Marlynn Afzan Klang - Gambar Butik

Butik ini juga menyediakan satu pakej yang dikenali sebagai pakej ALL IN ONE dengan harga RM24,500 untuk 1000 pax.

Baca: 14 Butik Pengantin Shah Alam | Popular & Menarik

Pakej ini merangkumi semua perkhidmatan yang diperlukan untuk sesebuah majlis iaitu katering, andaman, pelamin, khemah, fotografi, videografi, sistem PA, kompang, DJ dan pelbagai jenis perkhidmatan lain lagi.

Butik Pengantin Marlynn Afzan Gambar Baju - Pengantin Klang

Terdapat berbagai jenis pilihan baju yang disediakan daripada rekaan tradisional sehingga rekaan moden seperti kurung, kebaya, gaun, jubah dan lain-lain lagi.

Selain itu, pilihan tema dan konsep pelamin yang ditawarkan juga sangat cantik dan menepati pelbagai citarasa. Pelamin untuk majlis di rumah, di dewan ataupun mini pelamin semuanya ada disediakan di butik ini. Harga yang ditawarkan juga berpatutan mengikut pakej yang diambil.

Lokasi: No. 233, Jalan Tun Abdul Razak, Taman Andalas Jaya, 41200 Klang.

Waktu Operasi: 10 pagi sehingga 6 petang (Selasa hingga Ahad)

Facebook: Butik Pengantin Marlynn Afzan

Instagram: @butikmarlynnafzan

Hubungi: 016-635 7422 / 016-293 4223

Email: butikmarlynnafzan@yahoo.com


9. Mas Andaman Pengantin

Butik Pengantin Klang Mas Andaman Pengantin - Gambar Butik

Mas Andaman Pengantin merupakan sebuah butik yang dapat membantu bakal pengantin, majlis bertunang dan penggemar fesyen untuk mendapatkan pelbagai jenis rekaan baju yang menarik serta pelbagai kelengkapan perkahwinan.

Pilihan baju yang boleh didapati di butik ini juga banyak dan muat untuk pelbagai jenis saiz badan. Butik ini juga ada mempunyai dewan terbuka mereka sendiri yang diberi nama Teratak Sidi Setia.

Mas Andaman Pengantin - Gambar Pelamin

Terdapat pelbagai jenis pakej yang ditawarkan mengikut kesesuaian bajet dan harganya amat berpatutan. Salah satu pakej yang sering menjadi pilihan ialah pakej sanding di mana pelanggan boleh mendapatkan pelamin, baju sanding 1 set, makeup untuk 1 sesi, fotografi untuk 1 sesi sanding, album sticky, photobook frame dan DVD copy dengan harga RM 2,750.

Butik ini juga ada menawarkan pakej jimat di mana pelanggan boleh mendapatkan mini pelamin, baju dan makeup dengan harga RM790.

Lokasi: Lot 6832, Jalan Rajion, Kampung Jalan Kebun, 42450 Klang.

Waktu Operasi: 10 pagi – 9 malam

Facebook: Mas Andaman Pengantin

Instagram: @mas_andaman_pengantin

Hubungi: 012-3487728

Email: masandaman@yahoo.com

Blog: masandaman.blogspot.com


8. Butik Pesona Sri Pengantin

Butik Pesona Sri Pengantin Klang - Gambar Butik

Sebuah butik yang terkenal di Klang dan telah pun mempunyai pengalaman hampir 20 tahun dalam bidang andaman. Butik ini telah menguruskan banyak majlis perkahwinan termasuklah majlis perkahwinan beberapa orang artis dan VIP.

Butik ini seringkali mengadakan promosi untuk pakej-pakej yang disediakan kepada para pelanggannya dengan harga yang berpatutan. Ramai yang telah menggunakan perkhidmatan butik ini memberikan maklum balas yang positif dan amat berpuas hati dengannya.

Butik Pesona Sri Pengantin - Gambar Pelamin

Pilihan yang boleh didapati juga banyak dan semuanya sangat menarik dengan rekaannya yang tersendiri. Perkhidmatan makeupnya juga seringkali menjadi pilihan kerana kualiti dan hasilnya amat cantik.

Lokasi: No 30 A Tingkat 1, Jalan Teluk Pulai, 41100 Klang.

Waktu Operasi: Jumaat (3 petang – 7 petang) / Sabtu – Khamis (11 pagi – 7 petang)

Facebook: Butik Pesona Sri Pengantin

Hubungi: 03-3382 2243 / 016-305 4994


7. Butik Sri Pengantin Shakira

Butik Sri Pengantin Shakira Klang - Gambar Butik

Butik yang mula beroperasi sejak tahun 2012 ini merupakan sebuah pusat kepada yang mereka yang bakal berkahwin dan bertunang. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah andaman, busana, pelamin, catering dan kanopi.

Harga yang ditawarkan bagi setiap pakej juga amat berpatutan. Pakej sandingnya bermula serendah RM1,400 di mana pelanggan akan mendapatkan pelamin mini 8 kaki, baju pengantin untuk lelaki dan perempuan, makeup profesional dan gerbang.

Butik Sri Pengantin Shakira - Gambar Pelamin

Manakala harga pakej lengkap untuk 1000 orang tetamu adalah RM13,700. Terdapat pelbagai jenis pakej lain juga ditawarkan iaitu pakej khemah (RM2,100), pakej dewan (RM2,700) dan pakej rumah (RM1,800).

Lokasi: Jalan kapar, Taman Sungai Kapar Indah, 42200 Kapar, Selangor.

Waktu Operasi: 10 pagi – 6 petang.

Facebook: Butik Sri Pengantin Shakira

Instagram: @butiksripengantinshakira

Hubungi: 011-11789878

Blog: butiksripengantin.blogspot.com


6. Butik Pengantin Cinta2collection/ Pelamin Cinta

Butik Pengantin Cinta2collection Gambar - Baju Pengantin

Butik yang menyediakan pelbagai jenis rekaan baju yang menarik untuk disewa dengan harga yang murah.

Baca: 17 Baju Nikah Simple & Elegen Yang Sesuai Untuk Ratu Sehari

Dari rekaan tradisional seperti kebaya dan kurung sehingga ke rekaan moden seperti gaun kembang, semuanya kelihatan sangat indah dan anggun.

Butik Pengantin Cinta2collection - Gambar Buitk

Susun atur pelaminnya juga sangat cantik dengan pelbagai tema yang menarik. Hiasan eksklusif meja beradab juga boleh didapati dengan harga RM1,200 yang merangkumi pelapik meja velvet, hiasan penuh meja, aksesori, backdrop 20ft dan 2 panel.

Lokasi: No. 19, Lorong Sungai Puloh, 10/KU6, Kawasan Perindustrian Sungai Puloh, 41200 Klang.

Waktu Operasi: 10 pagi – 6 petang (Isnin – Sabtu)

Facebook: Butik Pengantin cinta2collection

Instagram: @zakiahbahari

Hubungi: 018-2306798 / WhatsApp: 018-2133374

Email: cinta2collection@yahoo.com

Blog: cinta2collection.blogspot.com


5. Butik Pengantin Elle

Butik Pengantin Elle Klang - Gambar Butik

Butik Pengantin Elle diasaskan oleh Shella Khairi yang merupakan bekas mahasiswi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Butik ini menyediakan pelbagai jenis pakej perkhidmatan seperti pakej perkahwinan lengkap, pakej pertunangan, pakej nikah, makeup, andaman, fotografi dan hantaran.

Koleksi-koleksi pakaian yang ditawarkan juga menepati gaya rekaan yang terkini. Pelamin-pelaminnya juga berkonsepkan moden dan mampu memenuhi citarasa bakal pengantin yang gemarkan sesuatu yang kelihatan moden.

Butik Pengantin Elle - Gambar Pelamin

Selain daripada itu, Butik Pengantin Elle juga ada menyediakan pakej yang istimewa iaitu pakej spa. Bakal pengantin yang ingin memanjakan diri mereka sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan bolehlah menggunakan pakej ini.

Lokasi: Lot 33774, Jalan Palembang,Off Jalan Shapadu , 42100 Klang

Waktu Operasi: 10 pagi – 10 malam

Facebook: Butik Pengantin Elle

Instagram: @butikpengantinelle_

Hubungi: 012-2701230

Email: butikpengantinelle@yahoo.com

Blog: butikpengantinelle.blogspot.com


4. Wedding Station

Wedding Station Klang - Gambar Pelamin

Wedding Station membantu mereka yang menginginkan majlis perkahwinan yang elegan, eksklusif dan indah. Pelbagai jenis pilihan pelamin, photobooth dan doorgift yang cantik yang boleh didapati.

Semuanya kelihatan sangat cantik dengan susun atur dan gubahan yang menarik. Selain itu, perkhidmatan catering yang ditawarkan juga mampu memuaskan hati kerana terdapat pelbagai aneka juadah yang boleh dipilih seperti pilihan lauk kampung dan lain-lain lagi.

Wedding Station Klang - Gambar Butik

Antara pakej yang ditawarkan adalah special economy package yang berharga RM23,900. Pakej ini merangkumi wedding house, catering, pelamin, venue wedding space, 1000pax dan dekorasi.

Untuk sebarang pertanyaan ataupun tempahan berkenaan dengan butik ini, pelanggan perlu menghubungi mereka dan membuat temujanji terlebih dahulu sebelum datang ke butik.

Lokasi: 227J Taman Kial Ridwan, Batu 7 Jalan Meru, 41050 Klang.

Facebook: Wedding Station

Instagram: @weddingstation.my

Hubungi: 019-3090268

Email: weddingstation@yahoo.com

Blog: weddingstation.com.my


3. Butik Pengantin Andaman Cinta Airis

Butik Pengantin Andaman Cinta Airis - Gambar Dais

Satu lagi butik pengantin yang terletak di Klang. Pelbagai pilihan baju pengantin yang menarik boleh didapati dalam pelbagai jenis saiz.

Perkhidmatan katering yang disediakan juga memuaskan hati mereka yang menggunakan perkhidmatan butik ini kerana terdapat pelbagai jenis menu hidangan yang menepati citarasa ramai.

Dekorasi pelaminnya juga sangat cantik dengan harga yang berpatutan bermula dari RM300 sehingga RM500. Pakej perkahwinan yang disediakan oleh butik ini bermula dari RM1500 dan ke atas.

Butik Pengantin Andaman Cinta - Airis Klang

Salah satunya adalah pakej pelamin khemah yang berharga RM2,100. Ianya merangkumi baju untuk lelaki dan perempuan, pelamin, pintu gerbang, set perenjis, aksesori lengkap dan bantal nikah.

Harga bagi perkhidmatan lengkap yang merangkumi andaman, katering, khemah tetamu, PA system, kad kahwin dan jurugambar adalah di bawah RM20,000. Selain itu, terdapat juga pakej lengkap eksklusif yang ditambah dengan busana custom yang baru untuk lelaki dan perempuan, kerusi dan meja tetamu bersarung dan juga penyanyi undangan.

Lokasi: 25 tingkat 1, Jalan Sungai Kapar Indah 3k, Taman Sungai Kapar Indah Klang Selangor, 42200 Klang.

Waktu Operasi: 10 pagi – 6 petang.

Facebook: Butik Pengantin Andaman Cinta Airis

Hubungi: 011-21088970

Email: haryantisareaat@gmail.com


2. Butik Pengantin Ilham Airid

Butik Pengantin Ilham Airid - Gambar Pelamin

Butik Ilham Airid menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan kepada bakal pengantin dengan harga yang mampu milik. Bakal pengantin boleh mendapatkan harga serendah RM2,800 dengan pakej basic.

Pakej basic ini termasuklah solekan sanding, baju sanding untuk lelaki dan perempuan, aksesori pengantin, pelamin, pintu gerbang, bantal dan kipas tangan, perenjis, paying pengantin dan jurugambar.

Pakej kahwin lengkap atau dikenali juga sebagai pakej emas dewan berharga RM14,900 ini lengkap dengan semua jenis perkhidmatan. Selain itu terdapat juga pakej yang dikenali sebagai pakej teratak dan pakej singgahsana.

Butik Pengantin Ilham Airid Gambar Butik - Kahwin Klang

Pakej teratak ini berharga RM3,300 juga lengkap dengan baju sanding yang dibuatkan khas (sewa baru), aksesori pengantin, makeup, pelamin bawah khemah, pintu gerbang dan jurugambar manakala pakej singgahsana pula berharga RM3,500 dengan tambahan pelamin yang lebih lebar.

Lokasi: No 16(1st floor), Jalan .Sri Sarawak 26, Taman Sri Andalas, Klang.

Facebook: Butik Pengantin Ilham Airid

Instagram: @butik_pengantin_ilhamairida

Hubungi: 017-3005117 | 017-2065117

Email: ilhamairid@gmail.com

Blog: ilhamairid-perkahwinan.blogspot.com


1. Azika Collection & Beauty

Azika Collection & Beauty Gambar - Butik Pengantin

Sebuah butik yang tidak kurang hebatnya dalam membantu bakal pengantin untuk merealisasikan impian perkahwinan mereka. Pakaian-pakaian pengantin boleh disewa ataupun ditempah khas di butik mereka dengan harga bermula dari ratusan sehingga ribuan ringgit mengikut jenis kain dan rekaan yang dipilih.

Selain itu, hiasan pelaminnya juga boleh didapati dengan pelbagai dekorasi seperti simple, elegan, eksklusif dan mewah. Antara pakej yang yang ditawarkan oleh butik ini adalah pakej foto dan video untuk tunang, nikah dan resepsi.

Butik Pengantin Klang Azika Collection & Beauty Gambar - Baju Pengantin

Pakej foto dan video untuk tunang atau nikah ini berharga RM2,199 termasuk sesi potret, storybook album, frame dan pendrive manakala pakej foto dan video untuk resepsi pula berharga RM2,399 juga termasuk sesi potret, storybook album, frame dan pendrive.

Lokasi: No 31F, Jalan Mahkota 1, Taman Mutiara Bukit Raja, Off Jalan Meru, 41050 Klang

Waktu Operasi: 12 pagi – 9 malam

Facebook: Azika Collection & Beauty

Instagram: @azika.omar

Hubungi: 019-2851182

Email: azikacollection@ymail.com


Kami juga ingin berkongsi beberapa tips kepada bakal pengantin yang sedang menyiapkan persiapan untuk majlis perkahwinan nanti.

Bakal pengantin perlu sediakan checklist lengkap berserta bajet agar tidak berbelanja lebih dari bajet yang ditetapkan.

Selain itu, gunakan khidmat wedding planner bagi memudahkan segala urusan majlis bagi anda yang sibuk atau yang inginkan kelainan. Mereka akan merancang apa yang terbaik untuk mengikut spesifikasi yang anda inginkan.

Baca: 17 Butik Pengantin Bangi Yang Menarik Untuk Perkahwinan Luarbiasa

Anda juga perlu memilih wedding planner yang dipercayau berdasarkan maklumbalas daripada mereka  yang telah menggunakan perkhidmatannya. Pilih yang terbaik sebelum membuat keputusan.

Akhir sekali, berbelanjalah dengan bijak untuk mengelakkan dari berlakunya sebarang pembaziran kerana sesebuah majlis yang diberkati itu adalah yang sikit belanjanya. Semoga segala urusan bakal-bakal pengantin dipermudahkan dan diredhai oleh Allah SWT.