Melayari bahtera perkahwinan bersama pasangan yang dicintai menjadi impian semua insan. Setelah melalui proses merisik dan bertunang, tibalah masa yang dinanti-nantikan untuk bergelar raja sehari. Majlis perkahwinan yang bakal melakar detik terindah sudah semestinya ingin direalisasikan dengan baik dan lancar.
Bagi mereka yang masih tercari-cari segala kelengkapan perkahwinan, kali ini kami bawakan 16 butik pengantin Kuala Terengganu yang boleh dijadikan inspirasi. Semestinya persiapan yang rapi dan terbaik menjanjikan kesempurnaan majlis buat pengantin yang sedang dirai serta tetamu yang menghadiri majlis.
Kandungan
16. Butik Perkahwinan Fidaerdy

Mempunyai belasan ribu pengikut di laman instagram ini sememangnya terkenal di pantai timur. Hasil tatarias pelaminnya kelihatan kemas dan elegan. Solekan yang dipadankan juga membuatkan si pengantin perempuan kelihatan berseri-seri di hari bahagianya.

Selain itu, butik ini juga menawarkan pilihan busana serta segala kelengkapan perkahwinan yang up-to-date. Pelbagai pilihan design pelamin yang direka seperti floral hoop, greenery dan all white sesuai dijadikan sebagai mini pelamin, pelamin rumah dan juga dewan. Busana yang disediakan juga terdapat pelbagai pilihan warna dan tema seperti gaun atau songket.
Instagram: @butik_perkahwinan_fidaerdy
Facebook: fidaerdyeksklusif
Hubungi: 019-914 1816
Lokasi: Lot 35709, Bangunan Kedai Kampung Bukit Tumbuh, Bangunan Tengku Wangsa, Jalan Tengku Ampuan Bariah, 21300 Kuala Terengganu.
15. Cinta Ayuni Bridal

Cinta Ayuni Bridal merupakan butik yang menyediakan pelbagai kelengkapan untuk majlis perkahwinan termasuk dulang hantaran, photobooth, fotografi, sewa lori, PA system dan kanopi.
Busana pengantin yang ditawarkan juga direka moden namun masih menerapkan elemen tradisional seperti songket yang diberikan nafas baru.

Pelamin juga boleh dipilih mengikut tema dan warna kesukaan yang akan disuai padan mengikut kehendak pelanggan. Harga pakej yang ditawarkan untuk set pelamin bajet serendah RM450- RM550, pelamin bajet eksklusif RM700-RM850 dan pelamin eksklusif RM1,200- RM1,400. Bagi harga pakej fotografi harga yang ditawarkan juga sangat berbaloi iaitu sekitar RM 900- RM1,000 sahaja termasuk indoor dan outdoor.
Instagram: @cintaayunibridal
Facebook: CintaAyuniBridal
Hubungi: 019-913 4843
Lokasi: 440D, Kg Losong Megat Husin, 21000 Kuala Terengganu.
Waktu Operasi: 10:00 PG – 5:30 PTG
14. Ar Rayyan Bridal

Dengan tagline ‘Merealisasikan Impian Di Hari Bahagia Anda’ butik ini menyediakan busana, pelamin dan solekan yang memukau mata.
Warna-warna busana yang terkini seperti warna nude, biru gelap dan putih menambahkan lagi keserian pasangan mempelai. Pelamin bertema rustic, greenery, all white dan pelbagai lagi boleh disediakan mengikut bajet pelanggan.

Sewaan baju pengantin yang mampu milik iaitu serendah RM400-RM800 membuatkan bakal pengantin tampil kelihatan classy dengan warna serta rekaannya.
Bagi pakej pelamin pula, harga yang ditawarkan bermula dari RM1000++ beserta dengan hiasan tirai dan bunga-bungaan di kiri kanan pelamin, meja makan beradab beserta kerusi,baju pengantin, aksesori dan barangan FOC yang lain.
Instagram: @arrayyanbridal
Facebook: AR RAYYAN BRIDAL TERENGGANU
Hubungi: 016-280 2099
Lokasi: Kg. Pengkalan Arang, 21200 Kuala Terengganu
Waktu Operasi: 10:00 PG – 5:00 PTG
13. Intrend Couture

Butik ini menyediakan pelbagai rekaan pelamin seperti kerawang, all white, garden, floral arch dan pelbagai lagi. Semua rekaannya sangat kemas dan cantik dengan sentuhan warna yang lembut dan garang.

Pengikutnya yang mencecah belasan ribu di Instagram membuatkan butik ini terkenal dan menjadi inspirasi buat pengantin yang masih mencari pakej perkahwinan yang sesuai.
Wedding dress yang disediakan boleh disewa atau customade sendiri dengan harga bermula RM300-RM1,500.
Instagram: @intrendcouture
Facebook: intrendcouture
Hubungi: 013-990 0310
Lokasi: Pt 3860, Tingkat 1 Bangunan Baru, Depan Pasar Payang, 21100 Kuala Terengganu.
Waktu Operasi: 10:00 PG – 6:00 PTG
12. RahimiMusa Bridal

Rekaan pelamin butik ini sangat memukau mata dengan design yang menarik. Warna-warna seperti hijau, putih dan coklat menambah seri lagi pada pelamin rekaanya.

Pelamin tema winter wedding, garden wedding dan kerawang menjadi pilihan kebanyakan pelanggan.
Pakaian pengantin lelaki dan wanita bercirikan moden dan tradisional juga ada disediakan di sini dengan pelbagai pilihan warna yang boleh dipilih.
Instagram: @rahimimusacreation
Facebook: RahimiMusa-Bridal
Hubungi: 013-918 7454
Lokasi: 55 Felda Jerangau Barat, 20050 Ajil, Terengganu.
11. Ema Bridal

Butik ini terletak di Marang dan dimiliki oleh Puan Ema ini menyediakan pelbagai kelengkapan majlis perkahwinan beserta pelamin serta busana design dengan warna yang terkini serta menarik.

Jika ingin tampil lain dari yang lain, butik ini juga menyediakan khemah transparent dan props untuk pengantin yang ingin mengadakan outdoor wedding seperti di tepi laut.
Instagram: https://www.instagram.com/ema_bridal/
Facebook: https://www.facebook.com/Ema-Bridal-636568606383155/
Hubungi: 014-508 1004
Lokasi: Km 24, Jln Dungun, Pantai Peranginan Kelulut, 21600 Marang ,Terengganu.
10. Nadia Darina Wedding

Hasil sentuhan butik ini sungguh luar biasa dengan konsep terkini persandingan indoor atau outdoor bakal menonjolkan lagi kemeriahan majlis. Pelbagai tema seperti garden, western atau tradisional mampu diterjemahkan dengan baik.

Busana pengantin ini juga pasti membuatkan sang mempelai teruja untuk diraikan. Butik ini turut mempunyai pengikut yang ramai di media sosialnya kerana hasil kerjanya mempunyai kelas tersendiri.
Instagram: @nadiadarinawedding
Facebook: Nadia-Darina-Wedding
Hubungi: 013-901 1802
Lokasi: Pt 1676, Taman Adis Indah, Jalan Tok Adis, Kuala Ibai, 21080 Kuala Terengganu.
9. The SS Wedding

The SS Wedding menyediakan perkhidmatan perancang perkahwinan yang mampu milik mengikut bajet anda.

Singgahsana pelaminnya sangat cantik dan busana pengantin mempunyai pelbagai warna dan design yang boleh dipilih serta sesesuaikan mengikut citarasa sang mempelai. Harga pelamin yang cantik dan trending bermula serendah RM450 sahaja.
Instagram: @the_ss_wedding
Facebook: https://www.facebook.com/TheSSWedding/
Hubungi: 019-983 8110
Lokasi: Kampung Rhu Renggeh, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu
8. Hana Wedding Planner

Butik ini menyediakan pelbagai perkhidmatan perkahwinan seperti solekan, pelamin, tatarias dan busana. Semuanya kelihatan cantik dan mewah untuk majlis raja sehari.
Tema garden, all white dan greenery juga menjadi pilihan terkini.

Busana kuning diraja, royal blue dan banyak lagi boleh dipilih di sini. Harga sewaan busana lelaki dan wanita songket bermula serendah RM350 sahaja.
Instagram: @hana_weddingplanner
Facebook: hanaweddingplanner
Hubungi: 010-912 1122
Lokasi: PT 3673-B Tingkat Atas , Gong Kapas Jln. Sultan Mohammad, 21100 Kuala Terengganu
Waktu Operasi: 9:30 PG – 6:30 PTG
7. Syuq Bridal (WeddingBySyuq)

Butik ini mampu merealisasikan perkahwinan luar biasa buat bakal pengantin yang menginginkan tema seperti garden, rustic, simple atau pelbagai lagi.
Hasil kerjanya sungguh kemas dan eksklusif seta menawarkan pilihan busana yang menawan.

Selain perkahwinan, ia juga menyediakan kemudahan untuk majlis berendoi, pertunangan dan makan malam. Butik ini turut juga menyediakan photobooth bagi mereka yang ingin mengabdikan kenangan untuk para tetamu.
Instagram: @syuq_bridal
Facebook: syuq.bridal
Hubungi: 0199335135
Lokasi: Simpang 3 Manir,21200 Kuala Terengganu
6. Maju Bridal

Diasaskan oleh seorang wanita bernama Syayusliza Yusuf sejak tahun 2010, butik ini antara yang terkenal di pantai timur.
Butik ini menyediakan perkhidmatan busana pengantin, andaman dan aksesori, pelamin dan gubahan pengantin, jahitan pakaian lelaki dan wanita serta fotografi.

Terdapat pelbagai design pelamin yang gah dan busana yang sweet look untuk pengantin tampil menawan di hari bahagia. Harga yang ditawarkan pula hanya serendah RM550 untuk set pelamin.
Instagram: @majubridal
Facebook: majubridalcouture
Hubungi: 013-9693666
Lokasi: 83 Simpang Tok Ku ,Chabang Tiga, 21000 Kuala Terengganu.
5. Butik Pengantin Hana Yasmin

Butik ini menawarkan khidmat MUA, pelamin, busana, tatarias meja pengantin dan pelbagai lagi.
Kawasan yang diliputinya adalah sekitar Kemaman, Dungun dan Kuantan. Pelbagai pakej ditawarkan samada asing atau pakej.

Bagi pakej untuk 500 pax harga bermula RM12,000 termasuk catering, hidangan pengantin, pramusaji beruniform, kanopi, pelamin, fotografi, DJ dan PA system. Selain itu terdapat juga pemberian aiskrim 300 kon secara percuma dan busana pengantin yang boleh customade sendiri.
Instagram: @butik_pengantin_hana_yasmin
Facebook: bphanayasmin
Hubungi: 018-919 8785
Lokasi: 2213 Kampung Gong Limau, Lorong Limau Cembor( Simpang Masuk Hadapan ART CAFE ) Kemaman, Terengganu.
4. Ammara Bridal House Kemaman

Perunding perkahwinan ini menyediakan pakej lengkap dengan harga yang berpatutan. Pilihan pelamin,busana dan hasil kerja MUA juga menarik dan cantik.
Bagi Pakej Silver, harganya ialah RM2,499 yang terdiri daripada pelamin panel dalam rumah 16-20kaki, hiasan makan beradab,baju pengantin dua pasang dan sekali make up.

FOC yang diberikan juga sangat berbaloi seperti set renjis, payung 2 set, bunga tangan, pahar bunga telur, alas nikah, meja nikah, pintu gerbang dan shaggy carpet 2 pcs.
Instagram: @ammarabridalhousekemaman
Facebook: ammarabridalhouse
Hubungi: 013-492 5296
Lokasi: Bandar Seri Bandi, 24220 Kemaman, Terengganu
3. Zemma Bridal

Zamma Bridal bakal mencetuskan majlis idaman mengikut citarasa pengantin atas perbincangan dan persetujuan kedua-dua belah pihak.
Selain pemasangan pelamin, busana pengantin, solekan dan andaman, butik ini juga menyediakan perkhidmatan menghias bilik pengantin.

Harga yang ditawarkan juga berpatutan iaitu RM1,399 untuk pelamin 12 kaki, busana sanding, busana akad nikah,makeup, pintu gerbang hiasan makan beradab.
Zemma Bridal juga ada memberi khidmat dan kelengkapan FOC seperti menyediakan alas akad nikah, tempat bunga pahar, payung, aksesori dan bunga tangan.
Instagram: @zemmabridal
Facebook: Zemma-Bridal
Hubungi: 013-937 4933
Lokasi: Kampung Batu Enam, 21200 Kuala Terengganu, Terengganu
2. La Bridal

Untuk mereka yang menginginkan pelamin yang mewah dah gah, butik ini ada kepakarannya.

Pelbagai tema dan warna yang disediakan bagi memuaskan kehendak pelanggan. Busana di butik ini juga menarik dan trending mengikut design terkini.
Instagram: @la.bridal
Facebook: La-Bridal
Hubungi: 014-500 5222
Lokasi: Jalan Kuala Hiliran, Kampung Kuala Hiliran, 20300 Kuala Terengganu.
Waktu Operasi: 10:00 PG – 11:00 MLM
1. Kak Siti Sireh Pinang Bridal

Mempunyai belasan ribu pengikut di Instagram, butik ini sangat terkenal dengan hasil kerja yang kemas dan polos. Pelamin yang indah dan menyerlah dengan hiasan bunga-bungaan yang merata menjadi pilihan pelanggan. Busana yang pelbagai juga disediakan.

Butik ini menawar Pakej Pelamin Rumah Eksklusif bernilai serendah RM 2,000+ dengan design pelamin garden terkini full covered, kerusi terkini, hiasan meja beradab atau hiasan bilik pengantin dan sepasang baju sanding beserta makeup untuk sekali yang diberi percuma, sepasang baju nikah, shaggy karpet dan alas dulang hantaran.
Instagram: @kaksitisirehpinang
Facebook: kaksitisirehpinangbridal
Hubungi: 019-398 9807
Lokasi: Lot 2122-A Jalan Wakaf Mempelam, 21400 Kuala Terengganu
Waktu Operasi: 10.00 PAGI – 6.00 PTG
Perkahwinan yang bahagia merupakan rezeki yang tidak ternilai dari Allah s.w.t. Hidup berpasangan sudah pasti ada pasang surutnya kerana lelaki dan wanita masing-masing mempunyai karakter berbeza.
Namun dengan ikatan perkahwinan ini akan menjadikan segala perbezaan sebagai satu elemen indah yang boleh diterima oleh pasangan masing-masing dengan sifat tolak ansur dan sabar.
Oleh itu, sudah pastinya gerbang perkahwinan ini mahu diabadikan dengan baik agar segala memori terpahat utuh diminda hingga ke anak, cucu dan cicit.
Dengan perkongsian ini kami harap mampu membantu anda melangsungkan hari bahagia dengan jayanya. Kami mengambil kesempatan ini mengucapkan “Selamat Pengantin Baru dan Selamat Berbahagia”!