Ingin memiliki “wedding of the year” menjadi igauan dan impian buat mereka yang bakal berkahwin. Memiliki busana yang menarik dan pelamin seperti mahligai yang indah, dapat merealisasikan istilah “raja sehari” untuk bakal pasangan mempelai.
Butik pengantin dijadikan sebagai satu platform buat pasangan yang hendak berkahwin agar impian mereka berjaya dikecapi.
Bagai “cendawan tumbuh selepas hujan”, perniagaan butik pengantin kian pesat diperkenalkan di setiap pelosok negeri di negara kita, tidak terkecuali, di Kuantan, Pahang.
Buat bakal pengantin yang berada di Kuantan, usah risau! Di sini, kami senaraikan 10 butik pengantin Kuantan untuk memudahkan anda membuat pilihan.
Kandungan
10. Eksotik Collection

Setanding dengan nama butik yang diberi, keunikan pelamin yang disediakan berjaya menarik hati sesiapa sahaja yang memandang.
Rekaannya yang tersendiri memukau ramai pelanggan untuk mencurahkan pujian di ruangan review Facebook mereka. Tambahan lagi, butik ini juga menyediakan pakej yang menarik seperti pelamin dewan 30-35 kaki, makeup dan pakaian untuk nikah dan sanding, meja beradab dan juga aksesori dengan harga serendah RM5,500.

Sekiranya anda mengimpikan pelamin yang menarik dan mengikut bajet anda, inilah antara butik yang boleh dijadikan pilihan. Butik ini berjaya memperoleh seramai 12,509 pengikut di laman Facebook dan 4,471 pengikut di Instagram.
Sekiranya anda berminat, anda disarankan untuk membuat tempahan secara online untuk mendapatkan pakej dalam harga yang jauh lebih murah berbanding harga pakej yang ditawarkan sekiranya walk-in.
Facebook: EksotikCollections
Instagram: @eksotik.collections
Hubungi: 019-960 3017
Emel: eksotiksales@gmail.com
Alamat: No B6, tingkat bawah, Lorong Sungai Isap Jaya 1, Kuantan.
Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi – 6:30 petang)
9. Shah Hawa Bridal

Shah Hawa Bridal memfokuskan servis mereka dalam aspek wedding deco, makeup, gubahan bunga dan fotografi. Perkhidmatan mereka bukan sahaja di Kuantan, mereka juga memberi pakej yang sama di Pekan, Kemaman, Lepar dan Cherating.
Untuk pengetahuan anda, harga yang ditawarkan untuk hiasan perkahwinan adalah berdasarkan lokasi yang anda idamkan sama ada di rumah anda sendiri, porch, kanopi, dewan ataupun outdoor.

Ingin mendapat solekan dengan hasil yang bertaraf professional? Shah Hawa Bridal merupakan pilihan yang tepat kerana mereka menyediakan jurusolek mereka sendiri iaitu @ciwa_mua Sekiranya anda jatuh hati dengan hasil tangan butik ini, anda boleh terus dapatkan maklumat terperinci dengan cara menghubungi mereka melalui butiran di bawah.
Facebook: shahhawabridal
Instagram: @shahhawabridal
Email: chewa92@yahoo.com
Hubungi: 013-370 8392
Alamat: 24, Indian Town, Jalan Putra Square 3, 25200 Kuantan.
Waktu operasi: Selasa- Ahad (10 pagi – 8 malam) | Isnin (Tutup)
8. Elzawa Couture

Elzawa Couture telah ditubuhkan oleh pereka fesyen dan “wedding planner” yang bernama Izyan Sulaiman.
Apa yang menariknya, butik ini berkonsepkan “Bridal Muslimah”. Beliau menawarkan pakaian pengantin wanita yang menutup aurat dengan sempurna.

Sekiranya anda amat menitikberatkan rekaan busana yang menepati syariah Islam, anda bolehlah berkunjung ke Elzawa Couture. Selain busana pengantin, butik ini juga menyediakan pakej pertunangan, perkhidmatan make-up, hantaran dulang dan pelamin.
Facebook: elzawacouture
Instagram: @elzawa_couture
Email: izyan.elzawac@gmail.com
Hubungi (WhatsApp): 010-988 8168
Alamat: B78 Tingkat 1, Lorong Pandan Damai 1/17, Taman Pandan Damai, Kuantan.
Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi – 6:30 petang)
7. Ckin Anggun Collection

Butik pengantin ini bukan sahaja menawarkan pakaian pengantin, bahkan pelamin, photobooth, hiasan meja makan beradab, doorgift, hantaran, red carpet, bunga tangan, catering dan juga bilik persiapan pengantin, kesemuanya di dalam 1 pakej yang sama.

Jumlah harga untuk kesemuanya hanyalah RM19,990 termasuklah katering untuk 1000 orang tetamu. Bukan itu sahaja, butik ini juga menyediakan dewan khas untuk majlis perkahwinan.
Facebook: ckinangguncollection
Instagram: @ckinangguncollection
Email: ckinangguncollection0@gmail.com
Hubungi: (Amel) 014-5115587/(Ida) 019-932 0162
Alamat: A203 Kampung Catin, 28400 Mentakab.
Waktu operasi: Setiap hari (11 pagi – 5 petang)
6. Butik Pengantin Dhameia Kuantan

Butik ini menyediakan pakej lengkap yang merangkumi pemasangan pelamin, kanopi, aksesori perkahwinan, meja makan beradab dan juga busana pengantin.
Harga yang ditawarkan oleh butik ini amat sesuai dengan kualiti perkidmatan yang disediakan.

Apa yang menariknya, buat anda yang tinggal di Kuantan, tiada caj pengangkutan dikenakan untuk pemasangan kanopi.
Facebook: Butik Pengantin Dhameia Kuantan
Email: dhameiaktn26100@gmail.com
Hubungi: 018-905 2959
Alamat: No. 9a/1242, Kampung Chengal Lempong, 26100 Kuantan
5. Teratak Bridal House

Pelamin yang direka bentuk oleh butik ini sangatlah cantik dan tampak indah sekali. Di samping itu, hiasan lain yang menambahkan lagi seri majlis seperti cahaya lampu, bunga-bungaan dan lain-lain juga dapat dimiliki mengikut bajet anda.

Anda ingin membuat majlis perkahwinan di tepi pantai mahupun hotel? Tiada masalah. Butik ini menerima tempahan untuk mengadakan majlis sama ada di rumah, hotel, pantai dan sebagainya.
Facebook: teratakbridalhouse
Instagram: @teratakbridalhouse
Website: www.planyourwedding.my
Email: teratakbridalhouse@gmail.com
Hubungi: 019-965 5528
Alamat: A-7, Tingkat Mezzanine, Jalan Stadium,bukit Ubi, Kuantan.
Waktu operasi: Setiap hari (24 jam)
4. De Tanjak by Syazwan Yusoff

Dengan pengikut seramai 28,600 orang di laman Facebook, populariti butik De Tanjak by Syazwan Yusoff tidak boleh dipertikaikan lagi. Pakej yang disediakan terbahagi kepada dua, iaitu pakej ekonomi dan juga pakej luxury.
Anda boleh memilih mengikut bajet yang telah dirancang. Butik ini juga menyediakan servis dekorasi majlis perkahwinan dan pakaian pengantin yang kelihatan anggun buat bakal pasangan mempelai.

Seiring dengan konsep butik ini iaitu “membantu pasangan untuk merealisasikan majlis perkahwinan yang akan menjadi kenangan terindah dan abadi selamanya,” butik ini menerima pujian ramai pelanggan kerana rekaan pelamin mereka yang sangat kreatif dan menarik.
Facebook: detanjakbridal
Instagram: @detanjak_bridalgallery
Email: dean_syazz@yahoo.com.my
Hubungi: 017-648 0809
Alamat: A 27 Jalan Sungai Isap Jaya 2 Kuantan
Waktu operasi: Selasa-Sabtu (10 pagi – 6 petang) Isnin (Tutup)
3. Sejoli Cinta Wedding Planner

Memiliki review yang sangat baik di laman Facebook, membuktikan butik pengantin ini tidak pernah mengecewakan pelanggan yang pernah mendapatkan perkhidmatan mereka.
Butik ini menawarkan perkhidmatan “wedding planner”, menerima tempahan gubahan hantaran perkahwinan dan juga menyediakan pakaian pengantin.

Sekiranya anda mahu kelihatan jelita di hari bahagia, butik ini juga menyediakan khidmat jurusolek professional. Setiap orang berbeza-beza citarasanya, walau apa pun yang anda impikan, berkemungkinan besar butik ini boleh merealisasikan impian anda.
Jika anda berminat untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci seperti gambar-gambar testimoni mengenai majlis perkahwinan yang pernah diuruskan oleh butik ini, anda boleh melayari laman Facebook dan Instagram mereka.
Facebook: sejolicinta23
Instagram: @sejolicinta
Email: sejolicinta_23@yahoo.com
Hubungi: 011-3982 3382
Alamat: B-574 Ground Floor Kuantan City Jalan Berserah, Kuantan.
2. Kayuwoods Kuantan

Mencari kad kahwin yang menarik? Kayuwoods Kuantan menawarkan reka bentuk yang tampak simple tetapi amat cantik dengan harga yang berpatutan. Bukan itu sahaja, butik pengantin ini juga menyediakan servis “wedding planner”, rekaan pelamin dan juga gubahan bunga-bungaan yang segar.

Jika anda mahukan majlis perkahwinan yang bertemakan “English style”, butik ini sedia membantu anda dengan menyediakan pelamin yang kelihatan indah mengikut tema yang diimpikan.
Facebook: kayuwoods
Instagram: @kayuwoods
Email: hellokayuwoods@gmail.com
Hubungi: 017-957 5166
Alamat: 5 Bangunan LKNP Kuantan
Waktu operasi: Isnin- Sabtu (10 pagi – 6 petang) Ahad (Tutup)
1. Seri Andaman 3R by Riffai Couture

Riffai couture telah diperkenalkan oleh Datuk Mohd Riffairudin. Bermula dari bawah, beliau asalnya hanyalah merupakan pembantu jurusolek, yang kemudiannya mula menjinakkan diri dalam bidang rekaan fesyen dan “wedding planner”.
Kini, beliau berjaya memiliki empat buah butik berjenama sendiri. Bukan sahaja menyediakan pakaian pengantin, bahkan juga pakej lengkap untuk majlis perkahwinan.

Antaranya termasuklah penyediaan katering, jurugambar, candybooth, jurusolek, kanopi dan juga dekorasi. Sekiranya anda mencari pakej lengkap perkahwinan, inilah butik yang boleh dipertimbangkan.
Memiliki seramai 5,904 pengikut di laman Facebook, sungguh banyak testimoni pelanggan yang berpuas hati dengan kualiti perkhidmatan yang mereka tawarkan.
Facebook: Seriandaman3R
Instagram: @seriandaman3r_by_riffaicouture
Hubungi: 012-989 8686
Emel: imagal1979@yahoo.com
Alamat: Seri Andaman 3R No 37 Stadium Darul Makmur, Kuantan.
Waktu operasi: Isnin-Sabtu (11.00 am- 7.00 pm) | Ahad (Tutup)
Perancangan untuk membuat majlis perkahwinan tidak semudah yang disangka. Dengan bantuan perancang perkahwinan, majlis perkahwinan yang anda dan pasangan idamkan boleh menjadi kenyataan.
Apa yang harus anda lakukan hanyalah memilih butik pengantin yang menarik hati dan mengikut bajet yang ditetapkan.
Kami berharap entri 10 Butik Pengantin Kuantan yang popular dan menarik ini sedikit sebanyak boleh meringankan beban anda dan pasangan untuk memilih dan merancang majlis dengan lebih baik dan mudah.