Cinta itu ibarat manisan. Perkahwinan pula merupakan salah satu agenda pemanis dalam percintaan. Menjadi idaman semua bakal pengantin untuk tampil tampan dan cantik pada hari terpenting dalam hidup mereka.
Sebagai raja sehari, pastinya mengimpikan majlis yang telah diatur berlansung lancar dan tersusun bagi memuaskan hati pihak tuan rumah serta ribuan tetamu yang dijemput memeriahkan majlis.
Persiapan dari segenap sudut termasuk pelamin, tatarias solekan, busana perkahwinan dan jurufoto perlu diambil kira dari segi kualiti serta kos yang ditawarkan. Bagi mereka yang tinggal di sebelah utara tanah air, kali ini kami kongsikan 10 pilihan butik pengantin Kulim yang mampu membantu merealisasikan perkahwinan gilang-gemilang anda.
Kandungan
10. Butik Yana Creations
Mempunyai lebih dari 6000 pengikut di laman sosialnya menunjukkan butik ini terkenal di kalangan penduduk utara. Ia menyediakan perkhidmatan perkahwinan professional. Majlis kelihatan cantik dan manis dengan design pelamin yang memukau dan eksklusif.
Busana yang disediakan ada bewarna terang dan lembut dengan design yang klasik serta terkini menyebabkan butik ini menjadi pilihan popular.
Promosi yang diberikan sungguh menarik iaitu hanya RM800 untuk dua busana lelaki dan perempuan beserta aksesori lengkap yang boleh dibooking di butik atau secara dalam talian sahaja.
Instagram: @butikyanacreations_official
Facebook: yanacreations
Contact: 012-482 5337
Lokasi: No.4, Lorong Kucai 2,Taman Kucai, Lunas,09600 Kedah.
Waktu Operasi: 9:00 PG – 7:00 PTG (Selasa Tutup)
9. Butik Pengantin Darleena Balqis
Butik ini menyediakan pelbagai servis berkaitan perkahwinan seperti deco pelamin rumah, dewan dan kanopi. Selain itu, ia turut juga menyediakan mini pelamin tunang dan majlis berendoi.
Menjadi trend terkini majlis perkahwinan yang menyediakan sebuah photobooth untuk tetamu santai bergambar dan ianya juga turut disediakan oleh butik ini.
Bagi mereka yang tidak mahir menyediakan hantaran, khidmat gubahan hantaran juga disediakan selain hias meja beradab dan kamar pengantin. MUA yang berpengalaman juga akan menaikan lagi seri wajah pengantin.
Pelbagai warna tema pelamin mampu disediakan samada plain white atau campuran variasi warna dari saiz kecik hingga besar semuanya ada.
Bagi pakej pelamin 10fit, hias meja beradab, satu pasang baju sanding lelaki dan perempuan beserta aksesori harga yang ditawarkan cuma RM1000 termasuk percuma bunga tangan, paying dan meja kek. Bagi pakej dewan bajet, harganya serendah RM 2599 yang dilengkapi dengan pelamin 30fit, walkway 12 stand, pintu gerbang dan red carpet.
Instagram: @darleenabalqis7767
Facebook: DarleenaBalqis
Contact: 019-319 3181
Lokasi: No 592 B Tingkat 2,Taman Kemuning, 09000 Kulim
8. Butik Pengantin Lidelina Collection
Berpengalaman lebih dari 10 tahun, sudah pastinya butik yang diasaskan pada tahun 2002 ini mampu membantu dari segi tatarias, pelamin dan juga catering. Sekali pandang pengantin yang disolek oleh MUA ini kelihatan sangat mulus dan cantik.
Hasil solekannya mampu mengukir senyuman buat pengantin sepanjang majlis dilangsungkan. Pelamin simple sehingga gah juga boleh dipilih untuk menyerikan lagi majlis dengan pelbagai tema boleh disediakan samada di rumah atau di dewan.
Busana pengantinnya juga mempunyai pelbagai pilihan seperti songket dan gaun yang diberi suntikan moden pastinya menambah keindahan sang mempelai. Bagi harga mini pelamin nikah, tawaran yang bermula RM299 adalah sangat berbaloi.
Instagram: @butik_li_delina_collection
Facebook: lidelinacollection
Contact: 019-411 9030
Lokasi: Taman semarak 09000 kulim kedah
7. Butik Pengantin Aura Dynares
Butik Aura Dynares yang bertapak di Pulau Pinang ini menyediakan beberapa jenis perkhidmatan. Antaranya ialah pelamin dewan, pelamin rumah, mini pelamin, meja damai, busana pengantin dan makeup.
Pelamin yang bertema floral hoop, bertirai atau menggunakan prop disediakan oleh butik ini. Bagi pengantin yang bersaiz XL, busana yang indah turut disediakan dengan pelbagai pilihan warna menarik.
Instagram: @butik_pengantin_auradynares
Facebook: adbutikpengantin
Contact: 017-458 4266
Lokasi: 1709, Jalan Kulim,Taman Machang Bubok 14000 Bukit Mertajam
6. The White Teratak Wedding & Event
Butik The White Teratak ini menyediakan perkhidmatan busana, tatarias serta pelamin buat mempelai.
Baca: 27 Baju Songket Pengantin Untuk Inspirasi Busana Perkahwinan Anda
Selari dengan namanya The White Teratak, kebanyakan pilihan yang disukai oleh pengantin yang menggunakan khidmatnya ialah pelamin atau busana bewarna putih.
Melambangkan kesucian cinta, pelaminnya direka gah dan tampak begitu indah dengan bunga-bungaan yang lebat di setiap penjuru pelamin.
Instagram: @thewhiteteratak
Facebook: thewhiteteratak
Contact: 017-429 8776
Lokasi: No 962,Jalan Lembah Impiana 6, Taman Lembah Impiana 09000 Kulim
Waktu Operasi: 11:00 PG – 6:00 PTG (Selasa Tutup)
5. D Teruna Dara Wedding & Decor
Dengan tagline Quality Not Quantity sememangnya hasil rekaan pelamin dari butik ini akan membuat anda terpaku. Dengan pengikut seramai lebih 15 000 orang, tidak hairan butik ini menjadi pilihan.
Tatarias pelamin yang direka sangat luar biasa dengan warna-warna menarik digunakan seperti warna basic putih dan hitam serta warna pastel yang lembut.
Bunga-bungaan yang sarat di pelamin menonjolkan identiti butik ini yang mampu memberikan kepuasan buat sang mempelai yang bersanding ibarat berada di taman bunga.
Instagram: @dtdweddingdecor
Facebook: D Teruna Dara Wedding & Decor
Contact: 019 4659191
Lokasi: No. 120/122, Lorong Putra A/1, Pusat Perniagaan Putra, Kilang Lama 09000 Kulim
Waktu Operasi: 11:00 PG – 6:30 PTG
4. Mirabilia Concept
Butik Mirabilla menyediakan khidmat pelamin, hantaran, fotogragi serta bunga telur dengan harga berpatutan.
Konsep pelamin yang dibawa simple dan nampak comel buat mempelai dengan penggunaan bantal yang bertulisan ‘Mr Right dan Mrs, Always Right’. Lokasi majlis samada di rumah atau di dewan kedua-dua mampu disediakan.
Instagram: @mirabilia_concept
Facebook: Mirabilia Concept
Contact: 013-403 4370
Lokasi: 963 jalan lembah impiana 6 taman lembah impiana 3 09000 Kulim
Waktu Operasi: 11:00 PG – 6:30 PTG
3. Emma Sharmieza Wedding Concept
Bagi mereka yang menginginkan singgahsana pelamin bak kayangan, butik yang terletak di Kulim ini mampu membuatkan anda terpegun. Dengan pelbagai konsep pelamin yang boleh direka, si pengantin pasti berasa seperti berada di taman rimbunan bunga.
Wedding planner ini mementingkan keindahan pelamin agar tampil menjadi simbol terindah buat mempelai di hari bahagia mereka.
Instagram: @emmasharmieza
Facebook: emma sharmieza
Contact: 017-488 8739
Lokasi: 928 jalan lembah impiana 5, taman lembah impiana lll (396.82 km) 09000 Kulim
2. Butik Pengantin Qaseh Safa
Butik Qaseh Safa menyediakan khidmat wedding planner yang memberi fokus pada pelamin dan busana pengantin. Harga yang ditawarkan untuk pelamin yang indah dan baju yang cantik amat berpatutan.
Untuk satu pasang baju pengantin lelaki dan perempuan beserta aksesori, pelamin di rumah, pintu gerbang, beserta dua paying percuma harganya hanya RM999. Bagi majlis yang dirai di dewan, harga yang diberikan ialah RM2000 sahaja termasuk red carpet, lapan walkway flower dan juga pintu gerbang.
Instagram: @qasehsafabridal
Facebook: Butik Pengantin Qaseh Safa
Contact: 0136999493
Lokasi: no 6, taman seri akasia, jalan pondok labu (396.47 km) 09000 Kulim
Waktu Operasi: 10:00 PG-5.30 PTG
1. Impian Kasih Ella
Dengan tagline ‘Kami berikan servis TIPTOP dengan harga yang MELETOP’ membuatkan butik ini menjadi salah satu pilihan perancang perkahwinan yang popular dengan lebih 6000 pengikut di laman Instagram.
Busana yang disediakan sangat cantik dengan gaun pengantin yang kembang dan juga pakaian songket tradisional yang menjadi pilihan ramai bakal pengantin. Pilihan warna juga disediakan yang disediakan dapat membuat bakal pengantin rambang mata untuk memilih.
Bagi set mini pelamin, harga yang ditawarkan terlajak murah bermula dari RM199. Pelanggan boleh memilih samada mahu pelamin yang simple atau complicated. Kedua-duanya pasti istimewa untuk meraikan sang mempelai.
Instagram: @impiankasihellaweddingplanner
Facebook: Impian Kasih Ella
Contact: 019-477 6705
Lokasi: No 111 Tingkat Atas,Jalan Lunas,Taman Sri Seladang (397.20 km) 09600 Kulim
Ikatan cinta yang terjalin akan tersimpul erat sampai akhir hayat apabila kedua-dua pihak menjalankan tanggungjawab dengan baik. Bagi melakar memori terindah majlis pernikahan dan persandingan ini, amatlah penting untuk bakal pengantin memilih wedding planner yang mampu memberikan servis terbaik.
Baca: 17 Baju Nikah Simple & Elegen Yang Sesuai Untuk Ratu Sehari
Bagi penduduk di bahagian utara, anda boleh jadikan sepuluh butik ini sebagai inspirasi dan kalua berminat anda boleh memilih mana-mana satu butik yang selari dengan citarasa dan bajet. Semoga segala persiapan anda dipermudahkan. Kami doakan agar ikatan suami isteri yang bakal terbina akan kekal hingga jannah. InsyaAllah!