Cinta dan mencintai merupakan fitrah setiap manusia. Malah, menjadi impian setiap pasangan yang bercinta untuk menamatkan teka-teki hubungan mereka sehingga ke jinjang pelamin.
Rata-rata bakal raja sehari berasa teruja menanti detik bersejarah dalam hidup mereka yang menyatukan dua hati dalam ikatan suci. Bagi menyempurnakan impian mereka, persiapan untuk menanti detik yang ditunggu-tunggu haruslah sempurna.
Pelamin, solekan, andaman, tatarias, jurufoto dan catering menjadi agenda terpenting bagi bakal mempelai agar kelihatan berseri dan indah bagi tatapan ribuan tetamu yang hadir.
Bagi bakal pasangan mempelai di selatan tanah air terutamanya di Melaka, terdapat 15 butik pengantin yang boleh dijadikan rujukan dan pastinya akan merealisasikan majlis gilang-gemilang anda.
Kandungan
15. Butik Iwanna Andaman Melaka

Mempunyai lebih 2000 pengikut di laman Instagram membuktikan butik ini terkenal bagi penduduk sekitar Melaka. Butik ini menawarkan khidmat wedding planner yang pastinya memberikan servis terbaik buat para mempelai.

Khidmat MUA, aksesori dan busana pengantin pastinya mengikut citarasa terkini dengan harga mampu milik. Ia turut menyediakan pakej pelamin yang berbaloi dengan harga kurang dari 2 ribu ringgit.
Facebook: butikiwannaandamanmelaka
Instagram: @butik.iwanna.andaman.melaka
Tel: 019-260 5135 / 012-620 5136
Alamat: Lot A 2, Bazarniaga, Jalan Pantai Peringgit, Bukit Baru, 75150 Melaka.
14. Andaman Seri Pengantin

Merupakan sebuah butik pengantin yang sudah berpengalaman lebih dari 11 tahun sudah pastinya lali dengan kehendak utama pelanggan.
Mementingkan kualiti kerja di samping menjanjikan harga yang jauh lebih rendah menjadikannya terpahat di hati pelanggan.

Pakej yang ditawarkan serendah RM 600 sehingga RM 3,500 merangkumi solekan, busana pengantin lelaki dan wanita beserta aksesori dan lain-lain. Selain harga durian runtuh, ia juga menjanjikan khidmat mesra pelanggan.
Facebook: Andamanseripengantin
Tel: 011-1128 5684
Alamat: 70-1, Jalan CB1, Taman Cheng Bistari, 75250 Melaka.
13. Butik Pengantin Nurul

Menjanjikan hari sejarah paling indah buat pasangan mempelai, butik ini menjadi pilihan dengan pelbagai busana moden dan tradisional yang menjamin keserian buat pengantin.
Ianya terbukti dengan melihat hasil seni Andaman dalam laman sosial mereka. Malah, mereka seringkali menjadi salah satu vendor dalam Pameran Pengantin di Melaka.

Turut menyediakan khidmat MUA serta pelamin eksklusif menurut kehendak pelanggan. Ianya adalah pilihan paling tepat bagi pengantin wanita yang berhijab dengan slogannya “Inspirasi Busana Pengantin Berhijab”.
Facebook: butikpengantinnurulmelaka
Instagram: @butikpengantinnurul
Tel: 014-617 7609/ 014-607 7609
Alamat: 7-1, Jalan KF 1, Kota Fesyen, MITC ,75450 Melaka.
12. Weddings By Elamour

Weddings By Elamour segah namanya apabila membuatkan bakal pengantin pasti teruja dengan hasil eksklusif pelamin mereka.
Mempunyai pengikut seramai lebih 18 ribu di Instagram, menunjukkan kehebatan mereka dalam seni hiasan majlis pernikahan dan resepsi buat bakal raja sehari. Selain itu, ia juga menyediakan khidmat MUA, fotografi dan busana pengantin lelaki dan wanita.
Perkhidmatan solekan mereka juga merangkumi pelbagai majlis seperti pertunangan, makan malam, hari graduasi dan lain-lain.

Pastinya harga yang ditawarkan turut selaras dengan kehendak pelanggan. Bagi pakej perkahwinan di rumah, harga bermula serendah dari RM2200 yang menjanjikan set persandingan di atas pelamin yang mewah.
Facebook: ByElamour
Instagram: @weddingsbyelamour
Tel: 014-224 6632 / 010-435 8507
Alamat: Taman Bukit Katil Damai 2, 75450 Melaka.
11. Intan Bridal House

Dimiliki oleh seorang jejaka tampan, butik ini sangat popular dengan puluhan ribu pengikutnya di laman Instagram. Bagi pasangan yang mahu merasai perkahwinan bak kayangan, Intan Bridal House mampu merealisasikan kehendak pelanggan.
Dengan dress pengantin yang seindah puteri serta kot setampan putera mampu meberikan impak ‘wow’ pada hari persandingan kedua mempelai. Pelamin yang direka turut menjadikan butik ini mempunyai identiti sendiri kerana keindahan dan keaslian dalam hasil rekaanya.

Ia juga menyediakan pakej catering serta MUA. Menariknya, pelanggan boleh customade dress mereka mengikut citarasa pilihan mereka. Harga yang ditawarkan untuk pakej eksklusif bermula dari RM3 000 dengan hasil yang begitu mengujakan.
Facebook: ikhwanmohamadofficial
Instagram: ikhwanmohamad_official
Tel: 018-324 6885/ 0186668213
Alamat: 52-1, Jalan Kejora 2, Taman Tanjung Minyak Perdana, Bandar Melaka.
Waktu operasi: 10:00 PG – 6:00 PTG
10. Sanggul Lintang Wedding Concept

Sanggul Lintang Wedding Concept mengenengahkan konsep Kemelayuan dalam busana moden songket pengantin.
Keunikan butik ini adalah ia menyediakan busana buat si comel lelaki dan perempuan yang menjadi penyeri sebagai flower girl & boy dalam majlis resepsi kedua mempelai.

Selain perkahwinan, ia juga menyediakan perkhidmatan untuk majlis berendoi, pertunangan, majlis keramaian dan banyak lagi. Pakej yang ditawarkan pastinya menepati pilihan bakal pengantin dua sejoli.
Facebook: SanggulLintangWedding
Instagram:@sanggul_lintang
Tel: 010-273 7856
Alamat: No 5 – 1, Jalan BU 5, Taman Bachang Utama, 75250, Bachang, Melaka
9. Butik Awal D’Touch Bridal

Sentuhan butik ini sangat dinantikan kerana mempunyai variasi dalam pilihan busananya. Sudah pasti semua pengantin mahu tampil cantik pada hari bahagia mereka. Terdapat pelbagai warna dan pattern untuk pelanggan membuat pilihan.

Ia juga memberikan sentuhan terbaik dalam hasil seni pelamin yang eksklusif. Tatarias juga dilengkapi dengan MUA yang berpengalaman serta perhiasan yang glamor.
Facebook: ButikAwalDtouchBridal
Tel: 013-883 6497
8. Nosha Bridal

Bagi yang menginginkan pakej yang murah dengan hasil yang terbaik, Nosha Bridal merupakan pilihan yang tepat. Menyediakan pakej yang sememangnya lengkap dengan set pelamin, busana, catering, khemah dan lain-lain.

Harga yang ditawarkan untuk pakej ekonomi serendah RM9,900 untuk 500pax sehingga pakej Eksklusif Mawar berharga RM15,900 untuk 1000pax. Pakej ini turut menyediakan kek pengantin yang merupakan pelengkap dalam sebuah majlis perkahwinan.
Bagi yang mahu pakej andaman sahaja, harga pakej rumah bermula dari RM2,000 sehingga RM3,800 bagi pakej dewan.
Facebook: Nosha-Bridal
Instagram: @nosha_bridal
Tel: 011-2783 7043
Alamat: SI 450 Taman Serulung, Jalan Seruling Jaya 15, 78300 Masjid Tanah,Melaka
7. Leeya Hamid Wedding Planner

Semestinya setiap pasangan mempunyai citarasa sendiri untuk diraikan dalam majlis perkahwinan mereka. Bagi mereka yang mempunyai budjet yang tinggi atau rendah, butik ini mampu menyelaraskan kehendak anda.
Menyediakan pelamin yang memukau mata tetamu serta busana dan solekan yang cantik sangat diidamkan oleh para pengantin.

Jadi, pakej yang ditawarkan di rumah sangat berbaloi iaitu serendah RM1,700. Bagi pakej pelamin khemah, harga ditawarkan hanya RM2,000.
Menjadi trend perkahwinan di dewan, harga yang diberikan Cuma RM3,500 lengkap dengan bunga tangan serta pintu gerbang. Di samping aksesori yang menawan, pelamin juga dilengkapi dengan bunga-bunga yang mekar dan indah.
Facebook: leeyabridalmelaka
Instagram: @leeya_bridal_melaka
Tel: 019-4768787
6. Adra Safiyyah Bridal

Dengan kepelbagaian busana di butik Adra Safiyyah Bridal, sang pengantin boleh menyesuaikan pilihan busana rekaan serta warna yang diminati.

Menjanjikan harga yang berpatutan, bakal pengantin boleh mendapatkan servis lengkap seperti catering, cameraman, make up mahupun jahitan pakaian di sini.
Kebanyakan pelamin yang dipaparkan bermotifkan flora yang mampu menaikkan seri si pengantin apabila bersanding nanti.
Facebook: adrasafiyyahbridal
Tel: 017-227 1447
Alamat: Krubong Jaya, 75260 Melaka.
5. Adam Hawa Wedding Concept

Sekiranya ingin memiliki perkahwinan ala ala artis, butik Adam Hawa adalah jawapannya. Mempunyai kelas tersendiri dengan bertemakan moden berkonsep garden, perkahwinan yang berlangsung pasti akan terpahat di memori para tamu yang hadir.

Merupakan sebuah syarikat catering, wedding venue, serta wedding planner & bridal, ia turut menyediakan pakej lengkap termasuk dewan resepsi di Melaka Mall, Ayer Keroh.
Harga yang ditawarkan sangat berpatutan untuk 1000pax RM22,000 dan RM24,000 di Hawa Garden Hall termasuk free gifts iaitu sesi fotografi dan videografi majlis persandingan.
Facebook: adamhawa.weddingconcept
Instagram: @adamhawa.weddingconcept
Tel: 017-473 0369
Alamat: Level G Melaka Mall 75450 Malacca City
Waktu operasi: 12:00 PTG – 8:00 PTG
4. Edragallery Bridal

Mempunyai sentuhan magis pada rekaan pelamin menjadikan butik ini sebagai pilihan buat mereka yang masih mencari khidmat bridal.

Fokus utama untuk memberi yang terbaik buat para mempelai sudah pasti menjanjikan busana serta solekan yang turut mampu memukau tetamu yang hadir.
Facebook: Edragallery-Bridal
Tel: 019-696 2752
Alamat: Kota Fesyen Mitc
3. Delima Andaman (Melaka)

Menjanjikan harga yang lebih ekonomi, butik ini diusahakan oleh seorang wanita yang terletak di daerah Jasin.

Selain menawarkan pakej yang murah, ia juga memberikan khidmat solekan, pelamin dan busana pengantin.
Facebook: delimaandaman
Instagram: @delima_andaman
Tel: 012-694 2082
Alamat: JC 2364 (Atas) , Jalan PPJ 3, Pusat Perniagaan Jasin, 77000 Melaka Jasin
2. Rizkwan Concept Bridal

Rizkwan Concept Bridal bakal membawa pasangan dua sejoli ke alam perkahwinan nan indah dengan busana yang manis digayakan oleh mempelai.

Di samping itu, ia turut menyediakan pelamin dan solekan yang bersesuaian dengan tema pilihan pengantin.
Facebook: rizkwan.bridal
Instagram: @rizkwanconcept
Tel: 012-328 9676 / 012-348 9676
1. Galeri Primadona

Menggunakan trademark ‘Dijamin Harga Mampu Bayar’, butik ini menjadikan pengantin persis primadona dengan bayaran yang berpatutan.

Masih menjalankan promosi bagi tahun 2019, tempahan boleh dilakukan di butik atau secara dalam talian. Para pengantin yang memilih butik ini pastinya berpuashati dengan servis yang diberikan.
Facebook: Galeri-Primadona
Instagram: @galeriprimadona
Tel: 019-614 4116
Alamat: No. 32, Jalan PJ 14, Taman Pengkalan Jaya, Ayer Molek, Melaka
Sekiranya perjalanan majlis berjalan dengan lancar beserta restu dari kedua pihak keluarga, ianya pasti menjanjikan kenangan terindah dalam hidup pengantin. Bahtera perkahwinan yang berlayar dengan penuh cinta akan menambahkan lagi rencah dalam kehidupan.
Semoga dengan perkongsian sebanyak 15 butik pengantin Melaka ini dapat memberikan cadangan yang terbaik buat para mempelai melakukan persediaan akhir sebelum bertukar status dari bujang kepada berkahwin.
Kesemua butik yang disebutkan ini pasti mampu menyediakan perkhidmatan terbaik bagi pengantin yang masih tercari-cari andaman pilihan. Semoga segala rancangan yang telah diatur dapat berlangsung dengan baik dan mudah. Kami titipkan doa agar masjid yang didirikan berkekalan sehingga ke syurga.