Penang merupakan antara negeri yang menjadi tempat pereka fesyen melakarkan karya mereka.
Di sini terdapat banyak butik pengantin yang terkenal dan juga merupakan hub pengantin yang menawarkan pelbagai khidmat perkahwinan menjadi pilihan bakal pengantin di bahagian utara Malaysia seperti Penang, Kedah dan Perlis.
Kali ini kami akan kongsikan senarai 13 Butik Pengantin Penang yang popular & menarik.
Kandungan
13. Butik Pengantin Kaledross

Butik ini telah mula bertapak di Penang semenjak 23 Julai 2018 lagi, kini telah berjaya membuka dua lagi cawangan iaitu di Kuala Lumpur dan juga Sungai Petani. “Your Happily-Ever-After Starts Here” adalah slogan atau konsep yang diketengahkan oleh butik ini.

Memastikan setiap impian bakal pengantin tercapai adalah kelebihan yang ada pada mereka. Butik ini menawarkan pakej perkahwinan yang lengkap seperti dekorasi pelamin, baju pengantin (lelaki & perempuan), gubahan hantaran, dinner dress, make-up service dan andaman rambut.
Tel: 017-470 4890 / 019-400 1234
Facebook : Kaledross Weddings
Instagram : @kaledrossweddingsandevents
Alamat : 882B, Jalan Balik Pulau, Taman Seri Sayang, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang.
12. Sayang Bridal House

Butik pengantin ini menyediakan khidmat perunding perkahwinan. Sentuhan magis mereka pasti memberikan anda sebuah pengalaman dan kenangan terindah sebagai raja sehari.
Diikuti lebih dari 19 ribu pengikut di ruangan facebook cukup membuktikan Sayang Bridal House mendapat kepercayaan rakyat utara sebagai pilihan.

Butik ini juga menawarkan pakej perkahwinan lengkap merangkumi gubahan hantaran, fotografi, catering dan kanopi. Bukan itu saja, rekaan dan hiasan pelamin, solekan pengantin serta busana bagi kedua-dua belah pengantin yang terkini dan trending juga ada disediakan.
Tel: 012-531 4610/ 012-963 8061
Facebook : Sayang Bridal House
Instagram : @sayang-bridal-house-butik-pengantin
Alamat : No.77 Persiaran Pokok Sena, Pusat Perniagaan Pokok Sena, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.
11. BusanaPesona TerunaDara

Butik yang bertempat di Bayan Lepas ini dibuka setiap hari kecuali Isnin dan Jumaat. Mereka menawarkan pakej perkahwinan bajet serendah RM2,000 untuk majlis di rumah dan bakal pengantin akan mendapat set pelamin, hiasan meja makan, hiasan bilik tidur, hiasan meja kek, baju sanding lelaki & perempuan bersama aksesori dan make up sekali.

Butik ini juga ada menawarkan majlis perkahwinan di dewan mewah dengan bajet serendah RM3,000. Pakej ini termasuk set pelamin, hiasan meja makan, hiasan meja kek, laluan red carpet, bunga walkway, arch pagola, baju sepasang bersama aksesori dan 1 kali make up. Photobooth juga akan diberikan secara percuma buat bakal pengantin samada indoor atau outdoor tertakluk kepada pakej yang diambil.
Tel : 019-431 5260
Facebook : Busana Pesona TerunaDara
Instagram : @busanapesonaterunadara
Alamat : 26, Tingkat Teluk Kumbar 4, Kampung Nelayan, 11920 Bayan Lepas, Pulau Pinang
10. Butik Astana Primadona

Berpengalaman lebih 7 tahun dalam arena perunding perkahwinan. Butik ini menawarkan solekan cantik serta hiasan pelamin yang serba mewah dan ekslusif untuk majlis di rumah mahupun dewan atau hotel.
Menggunakan dedaun hijau dan bunga berwarna pastel sebagai hiasan pelamin cukup memberikan impak anggun dan segar untuk majlis raja sehari anda.

Selain itu, Butik Astana Primadona turut menyediakan servis sewaan busana pengantin. Kebanyakan tema busana yang diketengahkan oleh butik ini bertemakan Songket Melayu Klasik moden.
Tel: 017-492 7326
Facebook: Zuraprimadona
Alamat: No 23 Tingkat 1 Taman Aman Puter, Kepala Batas, Pulau Pinang.
9. Secret Garden Bridal House

Butik ini mempunyai kepakaran dalam dekorasi pelamin untuk pelbagai majlis lebih-lebih lagi majlis raja sehari. Pelbagai set pelamin serta dekorasi yang memukau mata yang dipaparkan di facebook dan instagram butik ini. Rata-rata dekorasi yang diketengah adalah bertemakan garden, fresh flower dan pastel yang mana tema ini sangat trending masa kini.

Selain itu, di sini turut menawarkan pakej hiasan bilik pengantin, meja beradab, photobooth, red carpet dan candybuffet. Bukan itu saja, bakal pengantin juga boleh mendapatkan khidmat solekan dan tatarias pada harga RM400.
Tel: 012-452 1830
Facebook: Secret Garden Bridal House
Instagram: @secretgardenbridalhouse
Alamat: 1005, Jln Kubang Semang, Permatang Pauh, Pulau Pinang.
8. Butik Istana Pengantin @LiaSyaliaBridal

Penampilan merpati dua sejoli di majlis raja sehari semestinya akan menjadi tumpuan utama. Busana yang menawan serta solekan yang professional sudah pasti akan menambahkan lagi seri pengantin. Oleh itu,memilih busana dan solekan yang tepat adalah sangat penting.

Butik yang berpengalaman selama 7 tahun sebagai pakar perunding perkahwinan juga menawarkan khidmat makeup artist. Bukan itu saja, Butik Istana Pengantin@LiaSyaliaBridal turut terkenal dengan dekorasi pelamin yang berkonsepkan garden dan pastel flower, photobooth rustic paller serta hiasan meja makan yang menarik. Apa yang lebih menarik di butik ini adalah mereka sentiasa hadir dengan promosi hebat untuk bakal pengantin.
Tel: 012-400 4769
Facebook: Lia Syalia Bridal
Alamat: No 121 Jalan Dr Awang, sungai Nibong Kecil, Taman Melati, Bukit Jambul, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.
7. Terapuri Bridal

Terapuri Bridal dimiliki sepenuhnya oleh Jimmie Aszmi dan mula bertapak dalam arena pakej perkahwinan pada tahun 2015 lagi.
Berani dalam mengetengahkan konsep lain dari yang lain, idea dekorasi pelamin yang “fresh and clean” serta rekaan busana muslimah yang diberi sentuhan moden ternyata memberi tuah kepada pemilik butik ini kerana mendapat permintaan yang tinggi setiap kali musim perkahwinan.

Bukan itu saja, konsep busana pengantin yang bercirikan klasik seperti songket masih tetap menjadi pilihan pereka fesyen setiap kali menghasilkan busana.
Tel: 010-464 1922
Facebook: Terapuri Bridal
Alamat: 23a, Tingkat 1, Lorong Bertam Indah 4/9, Taman Bertam Indah, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.
6. Aku Terima Nikahnya

Di sini, bakal pengantin bakal menikmati pakej yang perkahwinan lengkap yang merangkumi sesi photography, set pelamin, busana pengantin, wedding cake, hiasan pintu gerbang, laluan red carpet, pillar walkway dan meja beradab dengan harga yang berpatutan iaitu serendah RM 9,499.

Bukan itu saja, melalui pakej, bakal pengantin akan diberi pakej katering untuk 500 pax. Di butik ini juga hadir dengan beberapa pakej lain seperti pakej rumah, pakej dewan, pakej dewan besar dan pakej diamond.
Antara servis lain yang ditawarkan adalah sewaan atau tempahan busana pengantin seperti gaun, songket, moden dan tradisional, pakej solekan dan tatarias serta hiasan kereta pengantin.
Tel: 018-316 5802
Facebook: Aku Terima Nikahnya
Alamat: No.2, Cangkat Bukit Belah, 11950 Pulau Pinang.
5. Romantis Bridal Boutique & Studio

Berpengalaman sejak dari tahun 2005 sehingga ke hari ini cukup memberikan kelebihan kepada Romantis Bridal Boutique & Studio dalam pengurusan pakej perkahwinan. Menawarkan konsep majlis perkahwinan lengkap serta lain dari kebiasaan.

Pakej yang dimaksudkan adalah “ALL IN ONE” yang menyediakan pakej lengkap termasuk venue, meja, kerusi, katering, crew, meja VIP, dekorasi pelamin, meja makan, sesi fotografi termasuk album, DJ & PA system serta chalet dan villa adalah antara kelengkapan majlis yang diberikan.
Tel: 0 16-410 2520
Facebook: Romantis Studios
Alamat: Persiaran Kelicap, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.
4. Jalinan Kasih

Mula beroperasi pada tahun 1992 dan kini mempunyai pengikut lebih dari 6 ribu di facebook dan 2 ribu di instagram.
Butik ini menyediakan pelbagai pakej perkahwinan yang merangkumi pakej lengkap mahupun pakej secara berasingan.

Pakej yang paling menarik yang ditawarkan oleh Jalinan Kasih adalah pakej lengkap dengan harga serendah RM3,000 sehingga RM13,000. Pakej ini dilengkapi dengan hiasan pelamin, hiasan meja makan, hiasan meja kek, set katering, busana pengantin, aksesori serta banyak lagi.
Tel: 016-440 3484 / 017-436 9495 /017-476 5006
Facebook: Jalinan Kasih
Instagram: @jalinankasihexclusive
Alamat: Jalan Tun Dr Awang Bayan Lepas, 11900 George Town, Pulau Pinang
3. Putree Pelamin, Photo & Bridal House

Mula berkecimpung dalam arena wedding planner pada 2010 dan kini berjaya mengembang sayap perniagaan dengan membuka cawangan lain di Selangor.
Putree Pelamin, Photo & Bridal House membawa misi sebagai One Stop Wedding Solution dan merealisasikan setiap impian bakal pengantin untuk mengadakan sebuah majlis perkahwinan yang tampak eksklusif dan mewah.

Apa yang istimewanya butik ini adalah teknik photografi yang digunakan adalah high end digital bridal photography yang menghasilkan photo album yang cantik dan unik. Di sini juga ada menyediakan pakej perkahwinan yang dilengkapi pakej dewan, homestay, busana pengantin yang trending, set pelamin mewah, baju gaun, photostudio, solekan dari MUA yang professional , gubahan hantaran serta banyak lagi.
Tel: 04-646 789/ 012-508 3503
Facebook: Putree Bridal
Instagram: @putree_bridal
Alamat: H-2-1, Lorong Bayan Indah 2, Bay Avenue, 11900 Bayan Lepas, 11900 Pulau Pinang.
2. Damaisy Bridal

Butik ini menawarkan elemen fresh flower, konsep taman dan warna pastel dalam dekorasi pelamin serta kepakaran photographer dalam menghasilkan photoshoot indoor ataupun outdoor yang unik serta menarik.

Selain dari pakej pelamin dan photography, Damaisy Bridal turut menyediakan perkhidmatan lain seperti busana pengantin, gubahan hantaran dengan rekaan terkini, solekan tatarias pengantin dan juga untuk majlis berendoi (baby shower).
Tel: 013 7013 690/013 731 8382
Facebook: Damaisy Bridal
Instagram: @damaisybridal
Alamat: 2602, Jalan Gelugor, 13300 Tasek Gelugor, Pulau Pinang
1. Butik Pengantin Bunga Qaseeh

Menawarkan pakej perkahwinan yang lengkap dan pakej katering untuk pelbagai majlis sememangnya akan memudahkan urusan anda untuk bergelar raja sehari.

Bagi bakal pengantin yang bajet, anda boleh dapatkan pakej super jimat dan berpatutan di butik ini.
Tel: 019-417 4878
Facebook: Butik Jalinan Mesra Pengantin
Alamat: No 3009, Jalan Rozhan,Alma Jaya,14000 Bukit Minyak, Pulau Pinang.
Jika dilihat trend terkini, kebanyakan butik pengantin bukan saja menawarkan pilihan busana dan solekan buat bakal pengantin.
Bahkan rata-rata butik pengantin sekarang menyediakan perkhidmatan wedding planner yang menguruskan persiapan serta majlis perkahwinan lengkap bagi memudahkan urusan bakal pengantin.
Baca: 10 Butik Pengantin Kulim Khas Untuk Persiapan Bakal Pengantin
Boleh dikatakan dari A-Z. Tiada yang terkecuali. Dengan perkongsian 15 Butik pengantin Penang | Popular & Menarik original dari kami ini dapat membantu semua bakal pengantin dalam membuat persiapan untuk bergelar raja sehari.