Impian untuk bergelar raja sehari dan diraikan dalam majlis yang gilang gemilang menjadi impian semua bakal pengantin.

Busana pengantin, aksesori, solekan dan tatarias, katering, tempat resepsi, photografi serta dekorasi harus disiapkan dari awal untuk memastikan majlis berjalan lancar. Dalam entri kali ini kami kongsikan 14 butik pengantin Shah Alam menarik yang anda boleh rujuk.

Kandungan

14. Ryn’s Avenue

Butik Pengantin Ryn’s Avenue Shah Alam
Sumber: Ryns Avenue

Pakar dalam menghasilkan dekorasi dewan serba mewah dan eksklusif bagi majlis perkahwinan sememangnya menjadi identiti atau kelebihan Ryns Avenue.

Baca: 12 Dewan Kahwin Terbaik Di Shah Alam

Berbekalkan lebih dari 7 tahun pengalaman sebagai pakar perunding perkahwinan, menjadikan Ryns Avenue lebih kreatif dalam merealisasikan setiap idea dan impian bakal pengantin bagi sebuah majlis yang diidamkan.

Butik Pengantin Ryn’s Avenue Shah Alam Gambar Baju Pelamin
Sumber: Ryns Avenue

Lihat saja bukti di facebook dan instagram mereka, pelbagai rekaan pelamin yang cukup eksklusif serta dekorasi dewan yang classy cukup memukau mata.

Maka tak hairanlah mereka diikuti lebih 20 ribu pengikut di media social. Kepakaran mereka bukan hanya tertumpu pada dekorasi pelamin dan dewan semata bahkan mereka juga pakar dalam solekan, busana pengantin dan sebagainya.

Tel: 012-380 1811

Facebook: Rynsavenue

Instagram: @rynsavenuewedding

Alamat: 13B, Jalan Tungku Ampuan Zabedah, Seksyen 9, 40100, Shah Alam.


13. Aminol Shima Wedding Couture (ASWC)

Aminol Shima Wedding Couture Shah Alam
Sumber: Aminol Shima Wedding Couture

Aminol Shima Wedding Couture adalah butik yang paling popular dan trending di Shah Alam. Walaupun baru bertapak selama 5 tahun namun ia sudah mempunyai lebih 60 ribu pengikut di laman sosial.

Butik Pengantin Aminol Shima Wedding Couture Shah Alam
Sumber: Aminol Shima Wedding Couture

Menawarkan pakej perkahwinan yang pelbagai iaitu bermula dengan pakej makeup artis, dekorasi majlis samada di dewan atau di rumah, busana pengantin lelaki atau perempuan, katering, fotografi indoor ataupun outdoor.

ASWC Open Day menawarkan promosi perkahwinan lengkap, promosi deco pelamin dan majlis sebanyak 50%, sewaan busana mewah bermula dari RM500, free food testing serta free gift yang bervariasi seperti fotografi, baju customade, makanan untuk majlis nikah 100 pax serta doorgift majlis.

Tel: 017-320 9269

Facebook: Aminol Shima Event

Instagram: @aminolshimaweddingcouture

Alamat: No. D, H16/H, 5-1, Persiaran Serai Wangi, Seksyen 16, 40200 Shah Alam.


12. Milabridal

Butik Pengantin Milabridal Shah Alam Baju Dan Pelamin
Sumber: Milabridal

Menyediakan solekan dari MUA yang professional, crew deko majlis dan pelamin yang kreatif serta pilihan pakej perkahwinan yang pelbagai mengikut bajet yang ditawarkan cukup memberikan kelebihan kepada bakal pengantin. Pendek kata, pakej yang ditawarkan di sini sangat mampu milik.

Butik Pengantin Menarik Milabridal Shah Alam Baju Dan Pelamin
Sumber: Milabridal

Dengan bajet RM2,500 bakal pengantin dapat merasai pakej majlis di dewan yang dilengkapi dengan busana sanding & aksesori lelaki perempuan yang elegan, pelamin dewan bersaiz 35-40 kaki yang eksklusif, make up, laluan redcarpet, pintu gerbang serta percuma set bantal nikah. Bukan itu saja, bagi bakal pengantin yang ingin menjimatkan kos perkahwinan, anda boleh cuba pakej super jimat yang bermula dari RM600-RM1,800.

Tel: 019-230 6264

Facebook: Mila Bridal

Alamat: No A0 – 09 Block A Glenview Business Centre Jalan 49 off Jalan Kuari Taman Pinggiran Cheras, Kuala Lumpur.


11. Dsadar Bridal Shah Alam

Dsadar Bridal Shah Alam Pengantin
Sumber: Dsadar Bridal Shah Alam

Butik ini mengetengahkan konsep melayu klasik bagi koleksi busana pengantin mereka. Busana yang bermotifkan songket melayu klasik serta kebaya menjadi “trademark” mereka.

Hampir 90% koleksi busana di sini sememangnya mengunakan kain songket tetapi rekaan atau pattern busana tersebut dimodenkan. Memang tampak eksklusif dan cukup memikat hati dengan sekali pandang.

Dsadar Bridal Shah Alam Butik Pengantin
Sumber: Dsadar Bridal Shah Alam

Jangan risau, walaupun busana di sini sememangnya eksklusif tetapi harga yang ditawarkan adalah mampu milik.

Bagi bakal pengantin yang teringin untuk menyarung busana dari butik ini anda boleh mencuba sewaan combo dengan bajet serendah RM850 untuk koleksi ekslusif & koleksi ekonomi ataupun koleksi ekslusif & koleksi nikah.

Tel: 011-2806 8590

Facebook: Dsadarbridal

Instagram: @dsadar_republic

Alamat: No 17A Jalan Pelabur B 23 /B, 40300 Shah Alam.


10. Fiqrah Anggun

Butik Pengantin Fiqrah Anggun Shah Alam
Sumber: Fiqrah Anggun

Menyediakan kelengkapan majlis perkahwinan yang indah dan serba lengkap buat bakal pengantin adalah misi utama Fiqrah Anggun. Terkenal dengan servis katering makanan sedap di Lembah Klang, kini Fiqrah Anggun mula menyediakan pakej busana pengantin.

Butik Fiqrah Anggun dimiliki sepenuhnya oleh pasangan suami isteri iaitu Effa dan Kamarul. Butik sudah beroperasi hampir 13 tahun lamanya bermula pada tahun 2006 lagi. Kini, mereka sudah berjaya mengendalikan lebih dari 10,000 majlis perkahwinan.

Butik Pengantin Fiqrah Anggun Shah Alam Gambar Pelamin
Sumber: Fiqrah Anggun

Promosi terkini yang ditawarkan oleh butik Fiqrah Anggun adalah pakej perkahwinan lengkap bermula Rm7,500 merangkumi katering, busana, pelamin, deko dewan majlis, makeup, aksesori dan yang menariknya bakal pengantin diberikan kek 2 tingkat secara percuma.

Tel: 012-359 4524

Facebook: Fiqrah Anggun Official Page

Alamat: No 109 Jalan Utama, Kg. Melayu Subang Tambahan,Shah Alam.


9. Hasif Hafiz Boutique

Butik Pengantin Hasif Hafiz Boutique Shah Alam
Sumber: HasifHafiz Boutique

Hasil tangan dua jejaka idaman iaitu Hasif dan Hafiz sememangnya halus dan mengagumkan.

Setiap rekaan busana yang dihasilkan dipuji ramai dan rata-rata feedback yang diberikan oleh customer dari butik ini sangat berpuashati.

Baca: 11 Katering Shah Alam Yang Terbaik Untuk Majlis Perkahwinan

Hasif Hafiz Boutique bukan hanya bertumpu kepada pakej perkahwinan sahaja tetapi mereka juga pernah terlibat dengan fashion show yang mengumpulkan ramai pereka fesyen terkenal di tanah air.

Butik Pengantin Hasif Hafiz Boutique Shah Alam Baju Pelamin

Berbalik pada pakej perkahwinan yang ditawarkan, di sini bakal pengantin boleh mendapatkan perkhidmatan sewaan/tempahan busana pengantin yang dijamin puas hati dengan harga yang cukup murah dan berbaloi-baloi.

Terutamanya ketika promosi kaw-kaw dijalankan. Dengan bajet serendah RM2,200 bakal pengantin akan diraikan dengan busana pengantin dan dekorasi pelamin yang mewah.

Tel: 017-653 9267

Facebook: Hasif Hafiz Boutique

Instagram: @hasifhafizboutique

Alamat: H&H Boutique, D-8-2 Alam Avanue 1, Jalan Serai Wangi H16/H,Persiaran Selangor, 40200 Shah Alam.


8. Butik Andaman Pengantin & Fotografi Seriheza

Butik Pengantin Seriheza Shah Alam Pelamin
Sumber: Seriheza

Dengan trademark “dimana impian raja seharimu terlaksana indah”, Butik Andaman Pengantin & Fotografi Seriheza menawarkan pelbagai pakej perkahwinan untuk majlis bajet rendah, sederhana dan mewah. Dengan kata mudahnya, pakej yang disediakan adalah mampu milik bagi semua bakal pengantin.

Butik Pengantin Seriheza Shah Alam
Sumber: Seriheza

Keistimewaan yang ada pada butik ini adalah mereka sering mengadakan promosi dengan harga yang berpatutan tetapi kualiti tetap diutamakan.

Antara promosi terkini yang ditawarkan adalah Pakej Gempak 2019 yang merangkumi makeup sanding, 1 set busana pengantin lelaki perempuan, aksesori lengkap, kasut pengantin perempuan, payung, shawl serta veil dengan harga RM850.

Tel: 016 977 2878/012 669 6920

Facebook: Seriheza Professional Wedding Planner

Instagram: @helmijebat

Alamat: Butik Pengantin & Fotografi SERIHEZA, Lot 3708, Lorong Abdullah, Jalan Kebun, Seksyen 30, Shah Alam.


7. D’Yusza Galeri Pengantin (SACC Mall, Shah Alam)

D’Yusza Galeri Pengantin Shah Alam
Sumber: D’Yusza Galeri Pengantin

Sebuah butik pengantin yang dimiliki sepenuhnya oleh Saliza Shamsuddin. Di mana butik ini dikatakan antara butik pengantin yang popular di Shah Alam.

Popularitinya dalam menghasil set dekorasi pelamin yang indah menggunakan fresh flower ataupun artificial flower sememangnya tidak dapat dinafikan lagi.

D’Yusza Galeri Pengantin Shah Alam Pelamin
Sumber: D’Yusza Galeri Pengantin

Bukan itu saja, servis solekan dan tatarias di butik ini turut menjadi pujian ramai kerana penggunaan tema atau konsep “fresh look” dan “doll” bagi menaikkan lagi seri pengantin. Perkhidmatan photographer bagi sesi photoshoot indoor ataupun outdoor turut disediakan.

Tel: 019-336 7716

Facebook: D’Yusza Galeri Pengantin

Alamat: Lot BR-13@Barika, Tingkat 2, SACC Mall, 40000 Shah Alam.


6. Butik Pengantin Marlynn Afzan

Butik Pengantin Marlynn Afzan - Main Image
Sumber: Butik Pengantin Marlynn Afzan

Butik ini dikatakan viral dan sering menjadi sebutan apabila dikaitkan dengan pakej perkahwinan. Busana yang direka kebanyakkannya bermotifkan songket melayu asli tetapi diberikan sentuhan moden.

Butik Pengantin Marlynn Afzan Pelamin Image
Sumber: Butik Pengantin Marlynn Afzan

Manakala dekorasi pelamin yang dihasilkan pula cukup trending dan eksklusif. Selain itu, solekan dan andaman pengantin juga merupakan kepakaran mereka. Butik mereka yang beroperasi dari jam 10 pagi hingga 6.00 petang pada setiap hari kecuali hari isnin.

Tel: 016-635 7422

Facebook: Butik Pengantin Marlynnafzan

Instagram: @butikmarlynnafzan

Alamat: No.233, Jalan Tun Abdul Razak, Taman Andalas Jaya, 41200 Klang.


5. Butik Pengantin Cinta 2 Collection

Butik Pengantin Cinta 2 Collection Shah Alam
Sumber: Butik pengantin cinta2collection

Busana pengantin yang dijahit atau disewakan tidak mengira size badan di butik ini memberikan banyak pilihan kepada bakal pengantin.

Butik Pengantin Cinta 2 Collection Shah Alam Pelamin
Sumber: Butik pengantin cinta2collection

Menyediakan busana plus size merupakan kelebihan yang ada pada Butik Pengantin Cinta 2 Collection. Selain itu, di butik ini turut menawarkan makeup atau tatarias pengantin yang dikendalikan oleh MUA yang professional.

Tel: 012-259 2204

Facebook: Butik Pengantin Cinta2collection

Instagram: @zakiahbahari

Alamat: No 26-1 jalan 14/ku 4 Taman Sementa Bestari Batu, 5, Jalan Kapar, Kawasan 18, 41400 Klang.


4. Butik Ratu Ayu – Wedding Planner

Butik Ratu Ayu Wedding Planner Pelamin
Sumber: Butik Ratu Ayu – Wedding Planner

Sebuah butik pengantin yang mengutamakan kepuasan dan citarasa mewah pelanggan. Yang paling menarik mengenai butik ini adalah pakej Dewan TKR.

Pakej Dewan TKR merupakan pakej perkahwinan serba lengkap dan mewah ala-ala majlis perkahwinan artis dengan harga mampu milik iaitu RM 15,800 untuk 500 pax dan RM19,800 untuk 1000 pax.

Butik Ratu Ayu Wedding Planner Shah Alam
Sumber: Butik Ratu Ayu – Wedding Planner

Pakej Dewan TKR Exclusive ini merangkumi pakej katering, pelayan, set pelamin mewah, dekorasi majlis, solekan dari MUA profesional, photographer untuk sesi photoshoot indoor dan outdoor, kehadiran DJ & PA system, alunan kompang, rela untuk mengawal keselamatan dan lalu lintas, serta kemudahan lain seperti toilet, surau, Vip Room & fully aircond. Butik ini turut menawarkan pakej spa dan facial treatment khas untuk menaikkan lagi seri pada wajah pengantin.

Tel: 018-219 2113

Facebook: Azza Ratu Ayu

Instagram: @azza_ratuayu

Alamat: 188a Jalan Teluk Pulai, 41100 Klang.


3. Layqaa Weddings

Layqaa Itsnanalahboutique Shah Alam
Sumber: Layqaa Weddings

Sebuah majlis perkahwinan yang indah akan lebih bermakna jika semua perjalanan majlis berlangsung dengan jayanya.

Kepada bakal pengantin yang ingin mendapatkan  busana muslimah yang cantik serta patuh syariah, Layqaa Weddings  merupakan sebuah butik yang mengutamakan rekaan busana muslimah patuh syariah yang cantik, menawan dan memikat hati.

Layqaa Butik Pengantin Itsnanalahboutique Shah Alam
Sumber: Layqaa Weddings

Rekaan busana pengantin di butik ini kebanyakannya menggunakan motif lace, glitter dan diserikan pula dengan bunga 3D. Selain itu, di sini turut menawarkan dua pakej lain iaitu nikah attire dan reception attire yang berharga RM1,599 & RM1,899 untuk busana pengantin lelaki dan perempuan, busana custom made di mana pengantin berhak menentukan design yang diingini, free shawl dan veil.

Tel: 010-457 0750

Instagram: @itsnanalahboutique

Alamat: No. 34A & B, Jalan Alfa C U6/C, Desa Subang Permai, 40150 Shah Alam.


2. A One Wedding Gallery

Butik Pengantin A One Wedding Gallery Shah Alam Baju
Sumber: A One Wedding Gallery

Membawa misi sebagai pakar perunding perkahwinan yang menyediakan pakej perkahwinan  termurah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan juga Putrajaya.

A One Wedding Gallery kini mula mendapat kepercayaan ramai pasangan untuk menguruskan persiapan majlis mereka dari A-Z.

Butik Pengantin A One Wedding Gallery Shah Alam
Sumber: Sumber: A One Wedding Gallery

Pakej perkahwinan lengkap yang ditawarkan oleh A One Wedding Gallery merangkumi katering, kelengkapan dewan majlis, kanopi, dekorasi pelamin yang gah dan mewah, busana pengantin lelaki dan perempuan, solekan dan tatarias, jurugambar dan PA system.

Bukan itu saja melalui pakej lengkap ini juga, bakal pengantin turut diberikan videographer yang akan merakam detik-detik indah saat ijab dan kabul selesai.

Tel: 019-268 0878

Facebook: A One Wedding Gallery

Website: a-one-wedding-gallery.business.site

Alamat: 17 Jalan Anggerik Aranda C/31C Kota Kemuning Shah Alam, 40460 Shah Alam.


1. Butik Andaman Mawar Biru

Butik Andaman Mawar Biru Shah Alam Baju Pengantin
Sumber: Butik Andaman Mawar Biru

Sebuah butik pengantin yang masih mengekalkan ciri melayu klasik dalam rekaan serta setiap hasil kerja mereka.

Jika diperhatikan busana pengantin yang dihasilkan oleh Butik Andaman Mawar Biru rata-ratanya menggunakan motif songket melayu klasik dan dekorasi pelamin turut menyelitkan elemen yang sama iaitu berkonsepkan singgahsana raja melayu terdahulu.

Butik Andaman Mawar Biru Shah Alam
Sumber: Butik Andaman Mawar Biru

Namun bagi bakal pengantin yang bercitarasa moden, anda boleh memilih dekorasi yang bertemakan sebuah taman. Antara pakej perkahwinan lain yang ditawarkan di sini adalah pakej katering, solekan dan andaman.

Tel: 019-219-828-7 (Kak Sue) & 012-249-626-0 (Nurul)

Facebook: Butik Mawar Biru

Instagram: @andaman_mawar_biru

Alamat: Jalan Iskandar, Kampung Bukit Kapar, 40150 Kapar, Selangor


Jika persiapan majlis perkahwinan diuruskan dengan baik dan teratur serta mendapat kerjasama jitu dari pasangan dan keluarga, pasti keseluruhan majlis akan berjalan dengan lancar. Dan setiap detik yang terakam pada hari bahagia ini akan terus kekal bersemadi di dalam ingatan.

Baca: 13 Butik Pengantin KL Yang Menarik & Popular

Diharapkan dengan perkongsian 14 butik pengantin menarik di Shah Alam ini dapat membantu bakal pengantin untuk memulakan persiapan. Kami doakan agar majlis perkahwinan anda diberkati dan bahtera yang dilayar bersama ini terus kekal sehingga ke syurga.