Sebuah mahligai perkahwinan bukan hanya sekadar lafaz “Aku Cinta Padamu” tetapi lebih daripada itu. Dalam membina rumahtangga setiap pasangan perlu membuat persiapan dari segi mental, fizikal dan rohani. Setiap apa yang dilakukan ianya memerlukan pengorbanan dan komitmen dari kedua-dua belah pihak.
Bermula dari proses suai kenal melalui fasa pertunangan, persiapan kelengkapan perkahwinan, semasa majlis berlansung dan yang lebih penting adalah dalam fasa membina sebuah keluarga yang mawadah, rahmah & sakinah. Kami sediakan perkongsian 11 butik pengantin Sungai Petani yang menarik untuk rujukan anda.
Kandungan
11. Butik Pengantin Sireh Junjong

Butik ini dimiliki sepenuhnya oleh seorang jejaka bernama Nasir Amie. Beliau merupakan seorang akauntan namun memiliki minat yang tinggi dalam bidang solekan dan tatarias.
Beliau memberikan fokus utama terhadap solekan pengantin, hiasan pelamin serta tempahan atau sewaan busana pengantin.

Sudah lebih 1000 mempelai yang telah menggunakan perkhidmatan beliau sepanjang 4 tahun butik ini ditubuhkan. Bahkan ramai juga artis tanah air yang mendapatkan sentuhan magis beliau bagi sebarang acara ataupun majlis serta anugerah.
Facebook: Butik Sireh Junjong
Instagram: @butiksirehjunjong
Tel: 017-490 0957
Waktu operasi: Khamis – Selasa, 10 pg – 6.30 ptg
Alamat: Jalan Bakar Arang, 08000 Sungai Petani, Kedah.
10. Butik Pengantin & Kecantikan Azliana Azizan

Tampil berseri-seri di hari majlis raja sehari adalah suatu kewajiban bagi seorang wanita. Kerana di situlah terletaknya sebuah keyakinan untuk menyantuni ratusan para tetamu yang hadir.
Dengan perkhidmatan solekan dan tatarias pengantin yang ditawarkan oleh butik ini, masalah penampilan bukan lagi penghalang.

Butik Pengantin & Kecantikan ini mula ditubuhkan pada tahun 2010 oleh pengasas utamanya iaitu Azliana Azizan.
Baca: 29 Baju Bridesmaid Menarik | Inspirasi Tema & Warna Trending
Butik ini menawarkan pelbagai perkhidmatan atau pakej perkahwinan buat bakal mempelai. Antara perkhidmatan di butik ini adalah dekorasi pelamin rumah serta dewan, solekan dan tatarias pengantin, photography, lukisan inai serta banyak lagi.
Facebook: Butik Pengantin Azliana Azizan
Website: azlianaazizan.blogspot.com
Tel: 017-402 2273
Alamat: No.82A, 1st Floor, Jln Permai 1, Tmn Desa Permai,08000 Sungai Petani, Kedah.
9. Mazz Abdul Bridal House

Merupakan butik pengantin yang popular di Sungai Petani. Mempunyai pengikut lebih dari 15 ribu di laman social serta feedback yang positif dari pelanggan menjadikannya sebagai pilihan bakal pengantin.
Solekan dan tatarias yang menambahkan lagi seri pengantin, tidak bercapuk apabila berpeluh, nampak neutral dan harga berpatutan menjadi faktor utama perkhidmatan mereka menjadi pilihan utama bakal mempelai.

Bahkan di sini juga bakal pengantin boleh mendapatkan servis pakej busana pengantin lengkap dengan aksesori, photographer serta pakej dekorasi pelamin yang “Grand”.
Facebook: Mazz Abdul Bridal House
Instagram: @mazzabdul_bridal/
Tel: 013-755 3392
Waktu operasi: Khamis – Selasa, 10 pagi – 6.30 ptg
Alamat: 18a Taman Cindai Jaya, 08000 Sungai Petani, Kedah.
8. Chenta Bridal House

Menyediakan pakej perkahwinan lengkap iaitu Pakej Raja Sehari (Rumah) antara pakej yang menarik ditawarkan oleh butik ini.
Dengan bajet serendah RM10,000 bakal mempelai tak perlu risau lagi untuk membuat segala persiapan kerana pakej ini sudah merangkumi set katering untuk 1000 pax, pramusaji, kanopi 4 biji termasuk meja, kerusi, kipas dan scalop mengikut tema majlis anda, pelamin rumah, hiasan meja makan beradab seta 3 biji meja khas untuk VIP.

Anda juga boleh dapatkan Pakej Kenduri Murah serendah RM700 yang meliputi pelamin bajet, 1 pasang baju sanding, makeup beserta bunga tangan dan payung secara percuma.
Facebook: Chenta Bridal House
Instagram: @chentabridalspa
Website: chentabridalhouse.blogspot.com
Twitter: @chentabridal
Tel: 019-550 4273
Alamat: 195,196 & 197, Tingkat 1, 08000 Sungai Petani, Kedah.
7. Erizwan Bridal House

Sungguh manis dan anggun kedua mempelai apabila menyarung persalinan dari Erizwan Bridal House.
Rekaan yang terkini, jahitan yang kemas serta konsep busana yang menggabung elemen songket tradisional melayu dan moden sangat kena dengan citarasa fesyen masa kini.

Ditambah pula dengan set pelamin yang mewah dan eksklusif semestinya memberi sebuah pengalaman bergelar raja sehari yang terindah.
Butik ini juga menawarkan servis pakar perunding berkenaan rekaan busana, dekorasi pelamin dan banyak lagi bagi melengkapkan persiapan majlis perkahwinan anda.
Facebook: Erizwan Bridal House
Instagram: @erinbridalgallery
Tel: 019-566 4193
Waktu operasi: Khamis – Selasa, 10 pagi – 6.30 ptg
Alamat: 29,Tingkat 1, Jln Permatang Gedong, Tmn Sejati Indah, Sungai Petani, Kedah.
6. Istana Mahligai

Sebuah nama yang tidak lagi asing dalam bidang perundingan perkahwinan. Butik ini telah ditubuhkan pada 02 May 2012, pelbagai pakej perkahwinan bagi melengkapkan persiapan untuk bergelar raja sehari ada ditawarkan di sini.

Antara perkhidmatan yang menarik ditawarkan di sini adalah tempahan atau sewaan busana, hiasan bilik tidur, dekorasi pelamin, gubahan hantaran. Selain dari itu, mereka juga menawarkan perkhidmatan mencetak kad kahwin, fotografi dan banyak lagi.
Facebook: Galery Pengantin Istana Mahligai
Tel: (Badariah Islam) 0134918448 / (Sham Islam) 012539751
Alamat: No 20, 1st Floor Taman Tuanku Haminah, Jalan Kelab Cinta Sayang, 08000 Sungai Petani, Kedah.
5. Primadona Creation Too

Bersanding di pelamin yang serba indah dan mewah dan digandingkan pula dengan persalinan busana pengantin ala-ala sang puteri adalah impian kebanyakan bakal mempelai.
Butik pengantin yang diterajui oleh abang Zai mampu menukarkan dewan yang kosong kepada sebuah singgahsana tuan puteri yang serba indah.

Kepakaran beliau dalam dekorasi pelbagai jenis pelamin sememangnya diakui. Kebanyakkan tema yang digunakan adalah fairytale, garden, prince foyer dan banyak lagi. Tak kurang juga rekaan busana pengantin dari butik ini turut mendapat perhatian kerana rekaan yang ditampilkan agak berlainan dan unik.
Facebook: Primadona Creation
Instagram: @zaiprimadona
Tel: 012-535 4979
Alamat: 312d Tgkt 1 Jalan Kg Baru, Sg Petani, Kedah.
4. Butik Andaman Muslimah V2 Sungai Petani

Sebuah butik pengantin yang menawarkan servis perunding perkahwinan yang menguruskan keseluruhan persiapan majlis raja sehari anda.
Antara servis yang ditawarkan di sini adalah pakej katering, dekorasi photobooth, photographer, dekorasi pelamin, dekorasi tempat dan majlis, makeup artist, gubahan hantaran dan banyak lagi.

Pakej yang paling menarik yang ditawarkan di butik ini adalah dekorasi pelamin yang berkonsep glam, garden, warna pastel, eksklusif serba mewah dan terkini.
Di instagram mereka juga terdapat pelbagai jenis tema dan konsep yang digunakan bagi memenuhi citarasa bakal mempelai.
Facebook: Butik Andaman Muslimah V2
Instagram: @v2_weddingplanner
Tel: 019-436 8288
Alamat: 69, Level 1, Jln Cemara 1, Tmn Cemara, Sg Petani, Kedah.
3. Butik Pengantin Mewangi Cinta

Satu lagi bukti di mana sentuhan ataupun hasil tangan seorang lelaki adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan.
Dimiliki oleh seorang jejaka bernama Fakri Abdulllah, butik ini sememangnya terkenal dengan dekorasi pelamin yang serba indah dengan tawaran harga yang berpatutan.

Bukan itu sahaja, butik ini turut hadir dengan pakej solekan dan andaman serta busana pengantin. Bagi bakal mempelai yang merancang untuk menjimatkan bajet tetapi masih inginkan busana serta pelamin yang eksklusif, bolehlah berunding dengan butik ini.
Facebook: Mewangi Cinta SP
Instagram: @mewangicinta
Tel: 013-564 3038
Waktu operasi: Setiap hari, 11.00 pagi – 6 ptg.
Alamat: 12B Jalan Kelab Cinta Sayang Taman Tuanku Haminah, 08000 Sungai Petani, Kedah.
2. Butik Pengantin Vieda

Merakam detik-detik indah di hari bahagia sebagai kenangan di hari tua antara perkara yang perlu dimasukkan ke dalam checklist perkahwinan.
Butik ini ada menawarkan pakej photography, tema dan konsep serta tempat anda boleh tentukan atau berbincang dengan pihak butik sendiri.

Selain itu, butik ini turut dikenali sebagai butik yang pakar dalam bidang solekan. Bukan itu saja, bakal mempelai juga boleh mendapatkan perkhidmatan dekorasi pelamin serta busana pengantin di sini.
Facebook: Butik Pengantin Vieda
Instagram: @butikpengantinvieda
Website: butik-pengantin-vieda.business.site
Tel: 010-563 0697
Waktu operasi: Isnin – Ahad, 11 pagi -6 ptg.
Alamat: No 197, Jalan Batik 2/1a, Taman Batik, 08000 Sungai Petani, Kedah.
1. Eszz Ibrahim Wedding

Satu nama yang cukup popular dan menjadi sebutan di Sungai Petani. Bahkan satu Malaysia sedang mengintai perkhidmatan busana pengantin ini. Mempunyai lebih dari 240 ribu pengikut instagram cukup membuktikan bahawa butik ini sememang cukup luar biasa.
Eszz Ibrahim Wedding adalah hasil titik peluh seorang jejaka yang bernama Ismail Ibrahim iaitu merupakan chef yang berpengalaman selama 7 tahun di syarikat perkapalan.

Berbekalkan minat yang mendalam dan sokongan kuat daripada keluarga serta rakan, beliau mula melangkah ke dalam bidang fesyen tanpa ragu-ragu. Konsep yang menggabungkan rekaan moden dan tradisional adalah teknik utama dalam rekaan busana di butik beliau selain daripada konsep “Sarat” seperti penggunaan ropol,renda serta lace.
Bagi bakal pengantin yang berminat untuk bergaya ala-ala artis di majlis raja sehari, anda boleh dapat perkhidmatan busana dari butik ini dengan harga RM500 sehingga RM1,700 untuk busana lelaki dan perempuan beserta aksesori lengkap.
Facebook: Eszz Ibrahim Wedding
Instagram: @eszzibrahim
Tel: 017-918 0121
Waktu operasi: Selasa – Ahad, 10 pagi – 6 ptg.
Alamat: 10A, Jalan Kampung Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah.
Persiapan perkahwinan merupakan suatu perkara yang perlu diberikan perhatian oleh kedua-dua belah pihak pengantin bagi memastikan perjalanan majlis dapat dilakukan dengan sempurna.
Dengan adanya perkongsian 11 Butik Pengantin Sungai Petani yang menarik ini, kami berharap ia dapat membantu semua bakal pengantin dalam menyiapkan semua kelengkapan majlis raja sehari anda.