Apabila menyentuh bab perkahwinan, sememangnya debaran yang dirasakan buat bakal pengantin bukan hanya ketika menanti saat-saat bergelar suami isteri, tetapi turut terkesan dengan persiapan perkahwinan yang perlu dirancang. Siapa yang tak mahu kelihatan berseri pada hari bahagia bukan? Kalau boleh semuanya perlu sempurna dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Itu belum dikira lagi bab solekan, baju pengantin, pelamin, hantaran dan pelbagai aspek lain, tentu semuanya perlu cantik dan gah. Jangan bimbang, buat mereka yang sedang merancang untuk berkahwin terutamanya pasangan yang berada di Taiping Perak, di sini kami kongsikan 9 butik pengantin yang boleh dijadikan pilihan buat majlis perkahwinan anda nanti.

Kandungan

9. Rosriz Wedding

Butik Pengantin Taiping Rosriz Wedding Baju

Rosriz Wedding ini bukan calang-calang butik pengantin, berdasarkan slot review dan feedback yang diterima daripada pelanggan, rata-ratanya memuji dan berpuas hati dengan perkhidmatan mereka.

Ini kerana Rosriz terkenal dengan servis mereka yang terbuka menerima idea-idea daripada bakal pengantin tentang konsep perkahwinan yang mereka inginkan dan pada masa yang sama sangat mesra pelanggan.

Rosriz Wedding Taiping Pelamin

Tambahan pula, Rosriz menawarkan pakej lengkap buat majlis pertunangan, pernikahan dan persandingan sekali gus dengan harga mampu milik.

Antara aspek yang termasuk di dalam pakej yang ditawarkan Rosriz Wedding ialah seperti andaman lengkap pengantin dari segi solekan dan busana pengantin, dekorasi dewan/pelamin bersama peralatan lengkap persandingan, bunga tangan dan pelbagai lagi. Jadi tidak peninglah bakal pengantin nanti, segalanya telah diatur dengan rapi oleh Rosriz Wedding.

Instagram: @rosriz_wedding

Facebook: rosrizwedding

Hubungi: 012-4120393 / 012-5594897

Alamat: No 7A, 1st floor Jalan Susur Simpang, Taiping, Perak

Waktu Operasi: Isnin-Sabtu (11 am-6 pm)


8. Butik Pengantin Allysha

Butik Pengantin Allysha Pelamin Sanding

Apa yang menarik tentang butik pengantin Allysha ini adalah konsep rekaan perkahwinan yang cuba diketengahkan, iaitu kebanyakan rekaan pelamin atau busana pengantin yang ditawarkan boleh disifatkan sebagai moden kontemporari.

Baca: 17 Baju Nikah Simple & Elegen Untuk Ratu Sehari

Uniknya ialah pereka bijak menggabungkan konsep ini bersama warna-warna terang seperti merah, biru, hijau dan pelbagai lagi bersama dengan warna putih  bagi menaikkan lagi seri majlis.

Butik Pengantin Taiping Allysha Bridal

Bukan itu sahaja, pakej lengkap perkahwinan yang ditawarkan merangkumi konsep ala-ala ‘beach wedding’ dan ‘garden wedding’ juga, jadi ini berita baik buat bakal pengantin di luar sana yang mengingingkan perkahwinan yang lain daripada yang lain. Jika mahu, hubungi saja mereka!

Instagram: @butik_pengantin_allysha

Facebook: Syilayacob

Hubungi: 012-5067170

Alamat: No 164, Jalan Taman Mas 1, Taman Mas, 34000 Taiping, Perak


7. Chinta Bridal

Butik Pengantin Chinta Bridal

Chinta Bridal merupakan antara butik andaman popular yang sering dijadikan pilihan pengantin di sekitar Perak. Ini kerana, berbeza dengan butik-butik pengantin yang lain, Chinta Bridal mempunyai perkhidmatan pelbagai jenis katering buat bakal pengantin selain daripada perkhidmatan lengkap majlis perkahwinan yang biasa ditawarkan.

Jadi, pakej perkahwinan yang lengkap bersama servis katering dapat memudahkan lagi perancangan majlis.

Menariknya, untuk busana persandingan pengantin, konsep rekaan yang mereka tawarkan adalah konsep tradisional yang banyak bermain dengan elemen songket. Namun, rekaan gaun pengantin yang moden turut disediakan.

Butik Pengantin Chinta-Bridal-Baju-Songket

Bakal pengantin bukan sahaja boleh menyewa busana pengantin sedia ada, tetapi juga boleh menempah rekaan-rekaan baru daripada mereka. Tidak ketinggalan, Chinta Bridal turut menawarkan perkhidmatan dandanan hantaran daripada pelbagai jenis konsep dan rekaan mengikut cita rasa pengantin.

Instagram: @chinta_bridal

Facebook: chintaweddingplanner

Hubungi: 011-2615 5388

Alamat: 427 ,Lorong Teratai, Kamunting Perak, Taiping, Perak


6. Itasha Wedding

Butik Pengantin itashawedding

Kepakaran Itasha Wedding ialah untuk merealisasikan impian bakal-bakal pengantin dengan dekorasi pelamin yang wow, busana rekaan pengantin yang meletup dan andaman pengantin yang gorgeous.

Mempunyai pengalaman selama lebih 14 tahun di dalam merancang perkahwinan, serta sentiasa komited dalam memberikan yang terbaik buat pelanggan mereka, tidak hairanlah Itasha Wedding mampu mengekalkan rekod bersih sepanjang perkhidmatan mereka di dalam dunia perancang perkahwinan.

itashawedding Bridal Pelamin Taiping Perak

Malahan, di dalam pakej lengkap perkahwinan yang mereka tawarkan seperti set lengkap busana pengantin lelaki dan perempuan, katering, pelamin eksklusif, PA system/DJ, bakal pengantin juga akan diberi meja kek yang telah dihias dan lauk pengantin secara percuma.

Apa yang lebih menarik, mereka kerap memberi harga promosi pada waktu-waktu bertuah (Happy Hour) atau pada tarikh-tarikh popular yang sering dipilih bakal pengantin untuk melangsungkan majlis. Pakej Bridal yang ditawarkan boleh didapati pada harga serendah RM1,919.

Instagram: @itashawedding

Facebook: itashawedding

Hubungi: 018-776 4005

Alamat: Batu 17 pengkalan baru, Kampong Pantai Remis, Perak


5. Butik Pengantin Mya Irdina

Butik Pengantin Mya Irdina Pelamin

Butik Pengantin Mya Irdina ini merupakan perunding perkahwinan yang cukup berpengalaman dalam menyediakan pakej perkahwinan yang lengkap mengikut bajet dan keperluan pengantin.

Pakej yang ditawarkan lengkap dan sempurna yang merangkumi segala aspek penting yang perlu ada di dalam sesebuah majlis perkahwinan tersebut.

Butik Pengantin Mya Irdina Pelamin Sanding

Ini termasuk dengan busana dan andaman pengantin, dekorasi pelamin, hantaran, doorgift, katering dan pelbagai lagi dan didatangkan  pada harga antara 10ribu hingga 14ribu ringgit. Mahal sangat ke? Jangan bimbang, kebanyakan pelanggan mereka sangat berpuas hati dengan pakej-pakej tersebut, setanding dengan harga dan kualiti yang mereka tawarkan.

Instagram: @butikmyairdina_ipoh_perak

Facebook: Butik pengantin mya irdina Ipoh

Hubungi: 016-6770318

Alamat: 45, Medan Stesen 19/3, Station 18, Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (10 am – 6 pm)


4. Takteh Bridal

Takteh Bridal Pelamin Tunang

Merupakan antara butik pengantin yang ‘top of the list’ di Taiping terutamanya, Takteh Bridal menawarkan pakej lengkap perkahwinan buat bakal pengantin di luar sana. Sungguhpun beroperasi luar daripada kawasan Kuala Lumpur, tetapi rekaan pelamin da busana pengantin yang ditawarkan sangat in-trend.

Nama mereka mula melonjak naik apabila diberi kepercayaan untuk mendekorasi dan merancang majlis pertunangan usahawan terkenal Dato Alha Alfa dan pasangannya Alin Ismail.

Butik Pengantin Taiping Takteh Bridal

Turut menjadi pelanggan tetap buat tempahan busana dan pelbagai acara seumpamanya ialah selebriti Mia Ahmad. Jadi buat pengantin di luar sana yang mengimpikan perkahwinan bak selebriti, cepat-cepat buat tempahan dengan Takteh Bridal.

Instagram: @taktehbridal

Facebook: Takteh-Bridal-Wedding-Planner-Taiping

Hubungi: Shaliza Ariffin-  0125157217

Alamat: No 20, Lorong Koperasi 1, Medan Koperasi, Kg Jambu, Taiping, Perak


3. FF Wedding Couture

FF Wedding Couture Baju Pengantin Taiping

Pasti rambang mata melihat koleksi busana pengantin lelaki dan perempuan yang dimiliki oleh FF Wedding Couture ini.

Ini kerana setiap rekaan mereka menampilan ciri-ciri keanggunan dengan sentuhan tradisional klasik ataupun moden, mengikut citarasa pilihan pengantin. Selain itu, mereka turut berpengalaman di dalam mendekorasi pelamin daripada pelbagai jenis tema dan konsep.

FF Wedding Couture Taiping

Kongsikan saja idea impian perkahwinan  dengan mereka, pasti FF Wedding Couture dapat merealisasikannya. Tambahan pula, keistimewaan yang ada pada mereka juga adalah kepakaran di dalam bidang dandanan dan solekan pengantin bersesuaian dengan konsep perkahwinan, ini kerana mereka mendapat banyak kerjasama daripada ramai makeup artist tempatan yang cukup berbakat dan popular. Tentu berseri pengantin di hari bahagia nanti !

Instagram: @ffweddingcouture

Facebook: ffweddingcouture

Hubungi: 012-574 1262

Alamat: No 11 Jalan Persiaran Kamunting, Kamunting

Waktu Operasi: Selasa- Ahad (10 am – 6.30 pm)


2. Binari Butik

Binari Butik Taiping

Butik Binari merupakan pilihan yang tepat buat bakal pengantin di luar sana yang sememangnya sedang mencari-cari pakej lengkap perkahwinan buat hari bahagia mereka. Memiliki 5 cawangan seluruh Malaysia, tentunya populariti yang diraih bertepatan dengan kualiti perkhidmatan yang mereka tawarkan.

Apa yang lebih menarik, Butik Binari mempunyai laman webnya yang tersendiri yang memudahkan lagi urusan bakal pengantin di dalam pemilihan pakej-pakej perkahwinan yang ditawarkan.

Binari Butik Taiping Sewa Pelamin

Butik Binari juga menjadi pilihan ‘favorite’ kerana butik ini kerap mengadakan harga promosi dan menawarkan pelbagai hadiah-hadiah percuma buat para pelanggan mereka. Jangan terkejut sekiranya bakal pengantin dapat menempah pakej perkahwinan lengkap dengan harga serendah RM800++ sahaja.

Instagram: @binaributik

Facebook: butikbinari4

Laman web: binari.my

Hubungi: 012-614 8328 / 012-554 9948

Alamat: No. 5, Regat Kamunting, 34600 Taiping, Perak

Waktu Operasi: Isnin – Ahad ( 10 am – 8 pm)


1. Butik Pengantin Cikgu Mie

Butik Pengantin Cikgu Mie Taiping

Dimiliki oleh seorang guru yang dikenali sebagai Cikgu Azmi Azis, Butik Pengantin Cikgu Mie kini semakin mendapat tempat dalam kalangan bakal-bakal pengantin di sekitar Perak. Profesion beliau sebagai guru tidak menghalang kreativitinya di dalam merancang sesebuah majlis perkahwinan.

Butik Pengantin Cikgu Mie Pelamin

Ini kerana kebanyakan pelanggan memuji keramahan pemilik butik dalam melayani pelbagai idea dan impian perkahwinan mereka, selain servis katering yang sedap dan rekaan busana serta pelamin yang eksklusif sesuai dengan harga yang ditawarkan.

Instagram: @butik_pengantin_cikgu_mie

Facebook: Butik Cikgu Mie

Hubungi:  012-589 7095

Alamat: No 5 A,Lorong Damai 2,Taman Damai 1, Simpang, Perak


Demikianlah sedikit perkongsian maklumat tentang butik-butik pengantin yang popular dan berkualiti di sekitar Taiping Perak ini. Dalam pada kita sibuk memilih butik pengantin atau perancang perkahwinan buat hari bahagia kita nanti, bakal pengantin perlulah sentiasa peka dengan kualiti yang ditawarkan sama ada bersesuaian ataupun tidak dengan harga.

Baca: 10 Butik Pengantin Ipoh Yang Menarik Untuk Perkahwinan Luarbiasa

Selain daripada perlu memastikan bahawa tempahan yang dibuat haruslah lengkap dan lokasinya juga berdekatan dengan majlis. Ini penting bagi mengelakkan sebarang permasalahan daripada terjadi. Apa-apa pun semoga berjaya merealisasikan impian perkahwinan anda dan selamat pengantin baru!