Pening kepala memikirkan lokasi perkahwinan yang terlampau banyak ditawarkan di KL? Tak perlu risau lagi, dalam artikel ini, kami menyenaraikan 13 dewan kahwin yang paling popular dan menarik untuk anda pilih bagi meraikan hari yang terindah ini bersama pasangan tercinta.

Tak perlu pandang tempat lain lagi, dewan-dewan yang kami senaraikan ini bukan sahaja menawarkan fasiliti yang serba lengkap untuk keselesaan semua tapi juga ditawarkan dalam harga yang cukup berpatutan dengan kualiti yang ditawarkan. Teruskan membaca senarai dewan kahwin Ampang ini untuk mencari venue yang bersesuaian dengan keperluan dan bajet anda.

Kandungan

12. Laman Nur Kasih Wedding Garden

Laman Nur Kasih Wedding Garden Ampang
Sumber: Laman Nur Kasih Wedding Garden

Laman Nur Kasih Wedding Garden adalah sebuah lokasi untuk anjuran majlis yang terletak di sebuah villa indah yang dikelilingi oleh halaman yang luas.

Sekiranya anda bercadang untuk mengadakan majlis berkonsepkan taman indah ala-ala kampung, inilah antara lokasi terbaik yang boleh dipilih. Pihak pengurusan turut menyediakan pakej perkahwinan taman dengan harga semurah RM18.80/pax (minimum 1200 pax).

Dewan Laman Nur Kasih Wedding Garden Ampang
Sumber: Laman Nur Kasih Wedding Garden

Secara keseluruhannya banyak lagi pakej lain yang ditawarkan bermula daripada pax minimun sekitar 500 orang. Mengenai kemudahan yang ditawarkan, villa ini lengkap dengan tempat meletak kereta yang luas, homestay, surau, bilik pengantin yang selesa dan banyak lagi.

Instagram: lamannurkasih

Facebook: Laman Nur Kasih Wedding Garden

Hubungi: 013 385 1213

Alamat: Lot 10750, Jalan Felcra Semungkis, Batu 14 Hulu Langat, 43100 Hulu Langat, Selangor


11. Dewan Perdana Suria

Dewan Perdana Suria Ampang
Sumber: Dewan Perdana Suria

Dewan Perdana Suria adalah sebuah dewan moden yang beraura sofistikated, cukup sesuai untuk pasangan yang ingin mengadakan majlis perkahwinan yang gah.

Berkarpet merah serta lengkap dengan pendingin hawa, keselesaan yang dapat dinikmati sepanjang majlis dijalankan bakal menjadi salah satu memori yang sukar dilupakan.

Dewan Kahwin Perdana Suria Ampang
Sumber: Dewan Perdana Suria

Pihak dewan turut menyediakan pelbagai pilihan katering dan juga wedding planner untuk kemudahan anda dalam merancang majlis perkahwinan yang sempurna.

Instagram: themzh2

Facebook: Dewan Perdana Suria

Website: http://www.mzhfunction.blogspot.com

Hubungi: 03 4107 8580

Emel: info.mzhfunction@gmail.com

Alamat: Lot 330, Batu 8, Jalan Ulu Kelang, Ulu Kelang, Kuala Lumpur, 68000

Waktu Operasi: Isnin – Khamis (9.00 am — 12.00 pm, 2.00 pm — 4.00 pm) | Jumaat (9.00 am — 12.00 pm, 2.30 pm — 4.00 pm) | Sabtu (9.00 am — 12.00 pm – Jika Tiada Event) | Sabtu & Cuti Umum (Tutup)


10. Dewan Perkahwinan Raintree Club Ampang Hilir

Dewan Perkahwinan Raintree Club Ampang Hilir
Sumber: Dewan Perkahwinan Raintree club Ampang Hilir

Terletak di dalam keindahan tropika bersebelahan dengan Jalan Ampang Hilir, Dewan Perkahwinan Raintree Club Ampang Hilir bukan sahaja berlokasi strategik tapi juga menjanjikan atmosfera yang tenang untuk sebuah majlis indah.

Dapat memuatkan dari 800 ke 1000 orang tetamu pada satu-satu masa. Dewan dengan reka bentuk klasik ini secara keseluruhannya dapat menempatkan 34 set meja dan sebuah meja pengantin.

Dewan kahwinan Raintree Club Ampang Hilir
Sumber: Dewan Perkahwinan Raintree club Ampang Hilir

Untuk mengadakan majlis perkahwinan di sini, anda boleh mendapatkan pakej perkahwinan Raintree yang ditawarkan, cukup lengkap bukan sahaja dengan dewan, tapi juga katering, pelamin dan dekorasi. Dulang hantaran juga akan dihiaskan dengan bungaan segar.

Facebook: Dewan Perkahwinan Raintree club Ampang Hilir

Website: http://raintree.com.my

Hubungi: 03 4257 9066 | 014 693 0920 (Whatsapp)

Emel: admin@raintree.com.my | hanie@raintree.com.my

Alamat: Lot 1002, Jalan Wickham, Desa Pahlawan, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 10.00 am – 6.00 pm


9. Dewan Ampang Eksklusif – Lavender Garden

Dewan Ampang Eksklusif Dewan Kahwin Ampang
Sumber: Dewan Ampang Eksklusif – Lavender Garden

Nikmati dekorasi dewan perkahwinan yang indah ala taman Inggeris sekiranya anda memilih untuk meraikan hari yang terindah di Dewan Ampang Eksklusif – Lavender Garden.

Anda boleh mendapatkan pakej all-in-one ataupun yang mereka namakan sebagai ‘Pakej Tidur Lena’ kerana anda tak perlu pening kepala memikirkan setiap inci majlis. Kenapa? Ini kerana anda dapat tidur lena memandangkan pihak dewan akan menguruskan segala aspek penting majlis perkahwinan supaya berjalan dengan sempurna.

Dewan Eksklusif Dewan Kahwin Ampang
Sumber: Dewan Ampang Eksklusif – Lavender Garden

Antara yang termasuk di dalam pakej lengkap ini adalah katering, bilik persalinan, busana pengantin, pelamin yang dihias dengan konsep moden, eksklusif, terkini, make-up, dekorasi dan sebagainya.

Instagram: lavendergardenhall

Facebook: Dewan Ampang Eksklusif – Lavender Garden

Hubungi: 017 212 1185

Alamat: 17-1, Ampang Waterfront 1, Ampang Waterfront, Ampang, Kuala Lumpur 68000


8. Sangkot The Garden Wedding Place

Sangkot The Garden Wedding Place Ampang
Sumber: Sangkot The Garden Event Place

Ingin menyambut majlis perkahwinan di tengah-tengah bandar tapi mendambakan suasana yang jauh dari hiruk-pikuk kota? Anda tidak tersalah pilih sekiranya mengadakan majlis di Sangkot The Garden Wedding Place.

Dikelilingi oleh hutan hijau di Hulu Langat, tetamu dapat menikmati keindahan alam semula jadi sambil bersantapan. Di sini, anda dapat mengadakan majlis yang berkonsep klasik dengan sentuhan moden.

Dewan Kahwin Sangkot The Garden Wedding Place Ampang
Sumber: Sangkot The Garden Event Place

Anda boleh memilih sama ada pakej Sangkot Garden ataupun Sangkot Villa, dengan pilihan waktu majlis sama ada siang atau malam dari harga yang bermula sekitar RM19/pax. Bukan itu sahaja, pihak pengurusan dewan juga bakal menambahkan lagi fasiliti di sini dengan kemudahan seperti spa tradisional dan khidmat rawatan Melayu untuk menyempurnakan lagi pengalaman anda yang memilih untuk menganjurkan majlis di sini.

Instagram:  sangkotplace

Facebook: Sangkot The Garden Event Place

Hubungi: 019 236 5160 | 012 602 5382

Emel: sangkotplace@gmail.com

Alamat: Lot 5373 Batu 15, Dusun Tua, 43100 Hulu Langat, Selangor


7. Villa Cinta Nirwana

Villa Cinta Nirwana Ampang
Sumber: Villa Cinta Nirwana

Jangan terkejut bila mendengar harga pakej yang ditawarkan Villa Cinta Nirwana, dengan pakej yang super lengkap dari katering, pelamin, busana, make-up, peralatan majlis, set meja pengantin dan banyak lagi keperluan penting lain, termasuklah penginapan selama 2 hari 1 malam, segalanya disediakan dalam harga hanya RM22.80/pax.

Villa Cinta Nirwana Dewan Kahwin Ampang
Sumber: Villa Cinta Nirwana

Semurah ini untuk kesemua kelengkapan ni? Macam tak percaya kan? Untuk lebih keyakinan anda boleh singgah ke hq dan butik mereka bagi mendapatkan lebih maklumat serta sesi merasa makanan di lokasi beralamat G-08 Jalan Pandan Prima 2, Taman Pandan Prima 68000, Ampang (Nirwana Caterer Sdn. Bhd.).

Facebook: Nirwana Caterer & Deco

Hubungi: 016 446 8503 | 03 9200 1176

Emel: nirwanacaterer2014@gmail.com

Alamat: Jalan Kuari Sungai Long, 43100 Hulu Langat, Selangor


6. 9kedondong

9kedondong Dewan Kahwin
Sumber: 9kedondong

Memang banyak pilihan lokasi untuk mengadakan majlis perkahwinan di KL ni, tapi 9kedondong adalah salah satu lokasi yang boleh dijadikan pilihan utama kerana pelbagai bonus yang ditawarkannya.

9kedondong Dewan Kahwin Ampang
Sumber: 9kedondong

Antaranya adalah khemah yang lengkap dengan aircond, banglo yang sempurna dengan pelbagai fasiliti (ruang solat, bilik pengantin yang eksklusif, bilik tetamu dll.), tawaran pakej perkahwinan all-in, lokasi yang terletak tidak jauh dari Taman Tasik Hilir untuk sesi fotografi outdoor pengantin dan banyak lagi.

Facebook: 9Kedondong

Hubungi: 012 727 8311 | 017 225 0705 | 03 4256 8311 | 016 886 8311

Emel: 9kedondong.enquiry@gmail.com

Alamat: 9, Jalan Kedondong, Ampang Hilir, 55000 Kuala Lumpur


5. Duchess Place

Duchess Place Dewan Kahwin Ampang
Sumber: Duchess Place Kuala Lumpur

Duchess Place adalah sebuah lokasi majlis yang terletak di kawasan banglo dengan halaman luas yang mampu menampung sehingga 1500 tetamu. Ruang dalam banglo ini memiliki sentuhan dekorasi dalaman yang mewah dengan lampu chandelier dan set perabot berwarna putih.

Antara konsep majlis perkahwinan yang boleh dijadikan realiti di sini adalah konsep Inggeris ataupun garden wedding dengan penggunaan khemah marquee yang dihias penuh seri di kawasan halaman.

Duchess Place Dewan Kahwin Ampang Pengantin
Sumber: Duchess Place Kuala Lumpur

Setiap sudut khemah juga cukup selesa untuk tetamu kerana lengkap dengan pendingin hawa. Untuk melihat sendiri keindahan banglo ini, anda boleh menuju ke lokasinya yang terletak bersebelahan dengan Menara Perkeso, Jalan Ampang.

Instagram: duchessplacekl

Facebook: Duchess Place Kuala Lumpur

Hubungi: 017 2100 295 | 017 2100 295 | 012 2693 800 | 012 2693 800

Alamat: No. 285, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur


4. RISDA Catering And Event – RCE

RISDA Catering And Event RCE Dewan Kahwin
Sumber: RISDA Catering And Event

RISDA Catering And Event – RCE menawarkan pakej perkahwinan eksklusif berserta dengan dewan yang dihias indah, mempesonakan pandangan mata sesiapa sahaja yang memandang.

RISDA Catering And Event RCE Dewan Kahwin Ampang
Sumber: RISDA Catering And Event

Antara dewan yang ditawarkan adalah Dewan Gemalasari Risda yang terletak di Jalan Ampang dan juga Dewan Samudera RISTEC yang terletak di Port Dickson.

Anda boleh mendapatkan pakej yang lengkap dengan pelbagai lagi perkhidmatan lain seperti pengurusan majlis, katering, kelengkapan persandingan dan sebagainya dalam harga yang sangat berpatutan.

Facebook: RISDA Catering And Event – RCE

Website: https://risda-catering-and-event.business.site/

Hubungi: 013 345 1680

Alamat: Hevea 5, Tingkat 1, Bangunan RISDA, Jalan Ampang, Ampang, Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap Hari (8.30 am – 5.30 pm)


3. Dewan JPS Ampang

Dewan Kahwin JPS Ampang
Sumber: Dewan JPS Ampang

Dewan JPS Ampang adalah sebuah dewan kahwin luas yang lengkap dengan penyejuk udara. Memuatkan banyak meja untuk tetamu, anda juga boleh menempatkan booth makanan di sisi dewan untuk memudahkan akses.

Dewan Kahwin JPS Ampang Hall
Sumber: Dewan JPS Ampang

Dewan ini juga lengkap dengan kemudahan seperti tandas serta surau yang terletak di sebelah dewan, cukup selesa untuk tetamu yang hadir. Di samping itu, tempat meletak keretanya juga cukup banyak.

Facebook: Dewan Auditorium JPS Ampang

Hubungi: 011 2871 2247

Alamat: Jalan Air Bukit Off KM 7 Jalan Ampang Selangor, 68000 Kuala Lumpur


2. Dewan Serbaguna Tasik Ampang Hilir

Dewan Serbaguna Tasik Ampang Hilir
Sumber: Dewan Serbaguna Tasik Ampang Hilir

Raikan hari yang terindah dalam kehidupan anda bersama pasangan tercinta dengan mengadakan majlis perkahwinan di lokasi yang menarik, menyajikan pemandangan air tasik yang tenang di Dewan Serbaguna Tasik Ampang Hilir.

Dewan Kahwin Serbaguna Tasik Ampang Hilir
Sumber: Dewan Serbaguna Tasik Ampang Hilir

Bukan sahaja terletak di tepian tasik, saiz dewan juga cukup luas untuk menampung ramai tetamu yang dijemput. Di ruang luarnya terdapat taman permainan kanak-kanak dan tempat meletak kereta yang luas.

Facebook: Dewan Serbaguna Taman Tasik Ampang Hilir

Hubungi: 03 4251 4615

Alamat: Jalan Kedondong, Desa Pahlawan, 55000 Kuala Lumpur


1. Tepian Rimba Villa

Tepian Rimba Villa Ampang
Sumber: Tepian Rimba Villa

Lokasi yang lengkap dengan bilik studio untuk persiapan pengantin, villa 3 tingkat dan lain-lain lagi, Tepian Rimba Villa bukanlah sekadar venue biasa. Team Tepian Rimba Villa turut menawarkan pakej yang serba-serbi lengkap untuk sebuah majlis yang sempurna tanpa cela.

Dengan promosi yang diadakan, dari hanya RM17.90/pax anda boleh mendapatkan pakej yang lengkap dari kanopi yang elegan, katering, pelamin, archway, welcome sign, 6 set walkway, photobooth dan lain-lain lagi.

Tepian Rimba Villa Ampang Dewan Kahwin
Sumber: Tepian Rimba Villa

Tidak cukup dengan itu, suasana di sekitar majlis juga dapat membuatkan anda terasa seolah-olah berada di pusat peranginan, dengan pancuran air dan pemandangan bukit-bukau penuh kehijauan serta kolam-kolam air.

Instagram: tepianrimbavilla

Facebook: Tepian Rimba Villa

Website: http://www.tepianrimba.com

Hubungi: 019 817 5114

Emel: tepianrimba@gmail.com

Alamat: Batu 11, Hulu Langat, Cheras, Selangor, 43100


Temui dewan kahwin yang sesuai dengan bajet dan konsep yang anda inginkan? Jangan buang masa lagi, contact pihak pengurusan secepat yang mungkin untuk mendapatkan promosi yang terbaru dan juga menetapkan tarikh yang diidamkan.

Baca: 13 Butik Pengantin KL Yang Menarik & Popular

Dari dewan kahwin di tepi tasik yang tenang hinggalah kepada kawasan yang menyajikan pemandangan rimba hijau, tiada apa yang mustahil untuk dicapai demi sebuah majlis perkahwinan yang sempurna di sekitar Ampang.