Semakin masa berlalu, semakin ramai pasangan pengantin yang beranjak daripada mengadakan majlis di rumah sendiri demi merealisasikan ‘dream wedding’ ataupun perkahwinan dengan konsep impian dalam suasana yang lebih selesa.
Dalam hal ini, cukup beruntung sekali pasangan yang memilih Bangi sebagai lokasi majlis kerana pilihan dewan kahwin dengan konsep menarik di sini tidak kurang banyaknya. Nak tahu di mana tersoroknya dewan-dewan yang menarik ini? Teruskan membaca sehingga penghujung artikel untuk mencari yang bersesuaian dengan bajet anda.
Kandungan
11. Lake Cempaka Villa Bangi

Nikmati hidangan tradisional Melayu beserta dengan kambing bakar sambil menikmati pemandangan indah tasik yang tenang di sekitar dewan. Dah puas melihat pemandangan tasik, anda boleh menuju ke dewan indoor untuk merasai kesejukan ruang berpenghawa dingin.
Dewan yang memiliki kapasiti sehingga 350 tempat duduk dan mampu menampung sehingga 2000 tetamu ini juga lengkap dengan surau, tandas yang selesa dan parking kereta yang banyak.

Lake Cempaka Villa Bangi menawarkan pakej yang menarik dengan harga sewaan dewan yang bermula dari hanya RM3,000 (tertakluk kepada terma dan syarat) serta pakej katering dari hanya RM19.90/pax untuk minimum 700 tetamu yang bakal disediakan oleh pihak katering Dulang Selera by @feldadsaji.
Antara hidangan yang menjadi pujian ramai yang pernah dihidangkan pihak katering ini adalah seperti nasi khai mok, laksa Johor, masakan lemak dan banyak lagi.
Instagram: lakecempakavillaofficial
Facebook: Lake Cempaka Villa Official
Website: www.feldadsaji.com.my
Hubungi: 012 639 7296 | 03 4021 0098
Alamat: Lake Cempaka Villa Bangi by Felda D’Saji, Taman Tasik Cempaka, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
10. Veillaris Bangi

Terletak di dalam struktur bercat putih yang kelihatan klasik dan simple, Veillaris Bangi adalah sebuah lokasi event yang masih agak baru di Bandar Baru Bangi. Aura dewan ini terasa sungguh segar, seolah-olah kanvas putih yang sedia menanti untuk didekorasi indah sama ada dengan konsep perkahwinan moden ataupun tradisional.
Berkeluasan 10,200 kaki persegi, dewan ini mampu menampung sehingga 1000 orang tetamu dengan tempat meletak kereta yang luas untuk sehingga 100 buah kereta pada satu-satu masa. Ruangan di dalam dewan ini juga lengkap dengan penyejuk udara untuk keselesaan tetamu.

Selain itu, ia turut lengkap dengan fasiliti surau dan tandas. Selain dewan kahwin, Veillaris Bangi turut menawarkan perkhidmatan dekorasi, katering, penyediaan door gift dan lain-lain. Anda juga boleh merealisasikan majlis perkahwinan indah pada waktu malam yang bertemakan Starlight dengan pakej serendah RM18,900/500 pax yang ditawarkan mereka.
Instagram: veillaris
Facebook: Veillaris BANGI
Website: http://veillaris.blogspot.com
Hubungi: 017 633 7116 | 012 259 8330
Emel: veillaris@gmail.com
Alamat: Lot 6521 Jalan ABIM, Sg. Ramal Dalam (10.54 mi), 43650 Kajang, Selangor.
9. Dewan Tengku Zara Bangi

Siapa kata wedding indah seumpama dalam taman mustahil untuk dilakukan di negara yang bercuaca tidak tentu ini? Sekiranya anda menempah pakej perkahwinan yang ditawarkan di Dewan Tengku Zara Bangi, majlis yang dikelilingi oleh flora yang sedap dipandang mata ini dapat dijadikan kenyataan.
Dipercantikkan dengan hiasan gantungan bunga sakura yang umpama bercurahan dari siling, suasana di dalam dewan kelihatan cukup berseri dan elegan.
Berkaitan dengan kemudahan yang disediakan, Dewan Tengku Zara Bangi lengkap dengan kerusi Chiavary, bilik persiapan, holding room bagi tetamu VIP, permaidani merah, surau dan sebagainya.

Menawarkan pakej perkahwinan yang lengkap, dari katering, pakaian pengantin, fotografi dan sebagainya, anda tidak perlu pening kepala kerana segalanya sudah tersedia dengan sempurna pada hari majlis dijalankan.
Instagram: dewantengkuzara
Facebook: Dewan Tengku Zara Bangi
Website: https://dewantengkuzara.webs.com
Hubungi: 012 614 0151
Alamat: Lot 1513 B BT 18 1/2 Jalan Bangi Kampung Sungai Tangkas, 43000 Kajang, Selangor.
8. Bizmilla Amza Hall Kajang

Bizmilla Amza Hall Kajang menawarkan dewan yang dihias dengan penuh berseri bertemakan warna putih, krim dan warna-warni flora yang disatukan dengan sempurna, sejuk untuk dipandang.
Dengan hanya RM27,000/1000 pax, anda dapat menikmati pakej lengkap yang termasuklah dewan indah ini.

Untuk pengetahuan anda, pihak pengurusan majlis ini, iaitu Bizmilla Catering, turut memiliki banyak lagi cawangan dewan lain di sekitar Selangor dan KL, dengan pelbagai tawaran pakej perkahwinan lengkap bermula dari hanya RM25/pax (min: 1000 pax).
Facebook: Bizmilla Amza Hall Kajang
Website: https://bizmillacatering.com
Hubungi: 03 5022 3915 / 3918 (Office) | 010 369 0529
Emel: bizmillacatering@gmail.com
Alamat: Kompleks Ostia Kajang, Lot M01 Tingkat Mezzanine Jalan Cheras, Kampung Sungai Kantan, 43000 Kajang, Selangor.
7. Dewan SM Syahidzuan

Terletak bersebelahan dengan Plaza Tol Bangi adalah Dewan SM Syahidzuan yang cukup terkenal dengan pakej murah dan serba lengkap yang ditawarkan, hanya dari RM 11,865, majlis perkahwinan yang sempurna dapat direalisasikan.

Dari dewan, katering, pelamin, busana pengantin, fotografi dan banyak lagi aspek penting lain telah diselesaikan dengan pakej yang ditawarkan. Ingin mengadakan perkahwinan di sini? Boleh hubungi mereka secepat yang mungkin untuk mendapatkan lebih maklumat dan “lock” tarikh yang diingini sebelum terlepas!
Instagram: smsyahidzuan
Facebook: Dewan SM Syahidzuan
Hubungi: 013 340 7473
Alamat: A-2-1, Tingkat 2, Blok A, Ostia Bangi, Jalan P/1A, Seksyen 14, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
6. Dewan Adam Hawa

Dewan Adam Hawa adalah sebuah dewan perkahwinan yang serba lengkap dengan kemudahan seperti bilik persalinan pengantin, bilik katering, surau dan 4 buah tandas yang selesa dan bersih. Dewan juga dilengkapi dengan pendingin hawa serta tempat meletak kereta yang cukup luas.

Di samping itu, sekiranya anda memilih dewan ini sebagai lokasi majlis, khidmat RELA turut disediakan dengan percuma. Untuk pakej ‘All-In” perkahwinan yang ditawarkan, caj yang dikenakan hanyalah dari RM19.90/pax (minimum 1000 pax) yang termasuklah dewan, katering, busana pengantin dan pelamin.
Instagram: dewan_adamhawa
Facebook: Dewan Adam Hawa
Website: https://adamhawahall.com
Hubungi: 019 806 7089
Alamat: Dewan Adam Hawa, Dewan Perkahwinan Hall Bangi Lot 16050A, Jalan Rahmat, Kampung Teras Jernang, 43000 Bandar Baru Bangi, Selangor
5. MZ Garden Hall

MZ Garden Hall adalah sebuah dewan berkanopi ataupun marqueetent dengan saiz antara yang terbesar di Putrajaya dengan kemampuan untuk menampung sehingga 800 orang tetamu pada satu-satu masa.
Dewan bertema ala taman ini dihias dengan begitu indah sekali, berlantaikan rumput hijau sintetik dan bumbung yang dihias elegan dengan fairy light, pemandangannya dapat mengujakan sesiapa sahaja.

Dewan berkeluasan 15,000 kaki persegi ini turut lengkap dengan pentas yang besar (30 inci x 40 inci), tandas, surau dan pilik persalinan. Selain itu, tapak meletak kereta yang disediakan juga cukup luas.
Anda boleh memilih sama ada ingin menyewa dewan yang serba lengkap ataupun dewan yang tidak berkelengkapan.Pihak pengurusan MZ katering turut menyediakan pelbagai lagi servis lain seperti sewaan bouncy castle, katering dan banyak lagi.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh memilih daripada 3 jenis pakej perkahwinan yang ditawarkan iaitu pakej platinum, gold dan silver yang bermula dari RM17.90/pax.
Instagram: mzcateringngardenhall
Facebook: MZ Garden Hall
Website: mzgardenhallbangi.wixsite.com/mzgardenhall
Hubungi: 014 318 0070
Alamat: Lot 5057, Jalan Utama, Kampung Dato Abu Bakar Baginda, 43650 Bangi, Selangor
Waktu Operasi: Waktu Pejabat (8.30 am — 5.30 pm)
4. Mega Glory Hall

Mega Glory Hall adalah sebuah dewan berpendingin hawa yang serba lengkap terletak bersebelah sahaja dengan Jakel Bangi. Dewan berkonsep ballroom ini dihias indah dengan warna tema putih suci dan krim berserta hiasan flora untuk menaikkan seri majlis.

Cahaya mentari yang lembut juga dapat menembusi tingkap luas dari lantai ke siling dewan ini, membuatkan tetamu merasa seolah-olah menikmati makanan di taman outdoor. Harganya? Anda boleh mendapatkan pakej lengkap perkahwinan yang ditawarkan dalam harga berpatutan iaitu RM17,800 sahaja termasuk dewan, katering, busana, pelamin dan sebagainya.
Instagram: megagloryhall
Facebook: Mega Glory Hall
Hubungi: 012 613 1279 | 011 2133 6505
Alamat: A-1-8, Block A, Jalan Ostia Utama, Taman Ostia Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
3. Dewan Sri Warisan Bangi

Dewan Sri Warisan Bangi menawarkan khidmat sewaan dewan dari hanya RM2000 sehari beserta dengan bilik penginapan yang terletak di tingkat atas dewan.

Pihak Dewan Sri Warisan Bangi turut menawarkan pakej perkahwinan lengkap dalam harga yang bermula dari hanya rm18,900/800 pax. Ini termasuklah busana, dewan yang lengkap, dekorasi, laluan yang dihias dengan flora indah dan sebagainya. Bunga tangan segar dan kek kahwin 2 tingkat juga diberikan secara percuma. Murahkan?
Facebook: Dewan Sri Warisan Bangi
Website: http://www.homestaysriwarisan.com
Hubungi: 016 338 9278
Alamat: Jalan Tok Saat, Kampung Teras Jernang, 43650 Kajang, Selangor
2. Rendezvous Event Space

Bagi yang ingin mengadakan majlis dengan suasana yang lebih intim dan privasi, anda boleh memilih Rendezvous Event Space. Siapa pun akan jatuh hati melihat keindahan dekorasi dalaman dewan indoor ini yang kelihatan cukup elegan dan mewah.

Pihak Rendezvous Event Space bukan sahaja menyediakan dewan majlis, tapi juga perkhidmatan katering, dekorasi dan event planner. Untuk katering, memang tak rugi untuk ditempah memandangkan makanan yang dihidangkan sungguh enak tidak ubah seperti menikmati hidangan di hotel 5 bintang.
Instagram: rendezvouseventspace
Facebook: Rendezvous Event Space
Hubungi: 019 341 1401
Emel: rendezvous4114@gmail.com
Alamat: Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, 43000 Bandar Baru Bangi, Selangor
1. Melor Garden Wedding

Melor Garden Wedding adalah sebuah dewan kahwin dengan konsep garden wedding yang dihias kemas dan indah melahirkan suasana dan ruang yang selesa untuk tetamu. Untuk memaksimakan lagi rasa selesa, dewan turut lengkap dengan pendingin hawa.
Tetamu yang datang juga tak perlu pening kepala mencari parking, kerana ruang parking yang luas telah tersedia. Di samping itu, anda juga tidak patut melepaskan peluang untuk mendapatkan khidmat katering mereka yang cukup superb!
Dikatakan, daging yang dihidangkan pihak katering dewan ini sungguh lembut. Siapa yang tak nak menghidangkan makanan sedap untuk tetamukan?

Mengenai pakej yang ditawarkan, anda boleh mendapatkan katering, dewan dan pelamin dengan harga dari hanya RM18.90/pax (1000 pax). Lokasi dewan yang ditawarkan bukan sahaja terletak di Bangi tapi juga di Nilai 3.
Facebook: Melor Garden Wedding
Hubungi: 012 677 4294 | 017 227 1014
Alamat: 83, Jalan Melor 1, Taman Sri Melor, 43000 Kajang, Selangor
Dari dewan yang sempurna dengan dekorasi berkonsep taman Jepun hinggalah kepada yang bergaya tradisional, tepuk dada tanya selera, pilihan dewan terbaik sudah ada di depan mata, kenapa perlu buang masa?
Hubungi pihak pengurusan dewan secepat yang mungkin untuk mendapatkan promosi terbaru yang mungkin ditawarkan. Jangan lambat-lambat, takut terlepas pula tarikh yang diimpikan.