Sudah semestinya setiap lelaki dan perempuan mengimpikan majlis hari bahagia bersama sang tercinta dengan begitu meriah sekali. Persiapan hari bersejarah itu haruslah sempurna, lebih-lebih lagi ianya menjadi tatapan ribuan tetamu yang hadir bagi memeriahkan majlis pasangan mempelai itu.
Tempat yang indah lagi menarik, boleh membuatkan pasangan mempelai selesa untuk majlis yang grand itu nanti. Survey lah tempat lebih awal supaya tidak kelam kabut. Jangan tunggu sehingga majlis hampir tiba, bimbang nanti dewan yang diingini penuh ditempah orang. Terutama jika majlis anda dirancang ketika cuti umum, lagipun ramai bakal pengantin yang memilih untuk adakan majlis kahwin di dewan berbanding di rumah.
Bagi pasangan yang mencari dewan dan perkhidmatan katering di kawasan Gombak dan area sekitarnya. Kami senaraikan 11 Dewan Kahwin Gombak yang menarik untuk majlis gilang gemilang nanti. Bolehlah anda melihat mana-mana dewan yang berkenan di hati untuk hari bahagia anda nanti!
Kandungan
11. Ibunda Catering Wedding Events

Mempunyai melebihi 3 ribu pengikut di laman facebook, Ibunda Catering Wedding Events ini boleh dijadikan pilihan. Mereka juga telah beroperasi selama 9 tahun serta menawarkan perkhidmatan pakej perkahwinan lengkap termasuklah dewan, pelamin, kanopi kerusi meja dan sebagainya.

Dewan yang tersergam indah dan mempunyai penghawa dingin amatlah sesuai untuk menyambut majlis perkahwinan disertai ribuan tetamu yang hadir. Busana pengantin ada juga disediakan dengan menggunakan fesyen terkini! Yang lebih menarik, food tasting juga disediakan! Jadi, pasangan mempelai boleh merasa kesedapan makanan tersebut sebelum membuat pilihan yang tepat.
Facebook: Ibunda Catering
Instagram: @ibundacateringweddingevents
Hubungi: 012-312 4123
Alamat: Capitol Selayang Hall LG23, Kompleks Selayang Capitol, 68100 Batu Caves.
10. Dewan Beringin Taman Sri Gombak

Dewan ini merupakan dewan yang popular di sekitar Gombak, ribuan penyewa telah menggunakan khidmat sewa dewan ini untuk majlis perkahwinan yang indah gilang gemilang.
Baca: 17 Dewan Kahwin KL | Venue Perkahwinan Menarik Di Kuala Lumpur
Harganya yang sangat berpatutan dan sangat sesuai untuk pasangan mempelai yang ingin menjimatkan kos.

Jumlah kapasiti muat untuk 1,500 orang iaitu sebanyak 60 buah meja dan 600 buah kerusi. Dewan ini mempunyai penghawa dingin dan tempat letak kereta juga ada disediakan. Lokasinya juga amat strategik dan mudah untuk dicari. Dewan ini juga menyediakan bilik persalinan, tandas dan pentas utama. Pasangan pengantin juga boleh terus bersiap di situ.
Facebook: Dewan Beringin Taman Sri Gombak
Hubungi: 03-61204904
Alamat: Jalan SG 1/12, Taman Seri Gombak, 68100 Batu Caves.
9. Dewan Gzam Sireh Mempelai

Sebut sahaja Gzam Sireh Mempelai, pasti ramai yang teruja. Khidmat perkahwinan yang ditawarkan sangat eksklusif pada harga mampu milik. Bukan sahaja terkenal di seluruh negara, malah ramai artis tempatan mengambil perkhidmatan katering Gzam Sireh Mempelai ini di hari bahagia mereka.
Perkhidmatan dewan yang indah bak istana, hiasan pelamin yang cantik, santapan makanan yang pelbagai membuatkan yang menggunakan khidmat mereka. Mereka juga mempunyai seramai 4 ribu lebih pengikut di instagram.

Selain itu, mereka juga menawarkan khidmat makeup artis, set baju pengantin fesyen terkini dan PA sistem yang lengkap sebagai penyeri majlis. Warna-warna pastel sering dijadikan pilihan untuk menaikan seri wajah raja sehari. Sesuai dengan motonya ‘’Merealisasikan Impian Hari Bahagia Anda’’
Facebook: Dewan-Gzam-Sireh-Mempelai
Hubungi: 017-3998454
Alamat: Lot 46053-c, Jln Binjai Kg Sg Tua Batu 9 Off Jln Ulu Yam, 68100 Batu Caves.
8. Laman Pengantin Ummi Farsha

Laman yang indah lagi mempesonakan, lagi indah andai pasangan mempelai bersanding di atas pelamin yang tersergam indah di laman pengantin ini. Laman pengantin ini juga menawarkan khidmat katering dan dewan yang besar serta berhawa dingin serta kipas angin.
Tempat ini juga ada menyediakan pakej busana pengantin yang cantik menepati citarasa bakal mempelai. Bilik persiapan, surau dan juga tempat letak kereta ada disediakan secara percuma. Paling istimewa dalam pakej ini ada persembahan silat dan kompang secara live yang pasti akan membuatkan majlis perkahwinan sangat meriah.

Di sini turut menyediakan bahagian dekorasi, seperti photobooth, instant photo, karaoke, PA sistem dan juga pengacara majlis.
Facebook: Laman-Pengantin-Ummi-Farsha
Hubungi: 012-2652057 (Izwan Sharif)
Alamat: Lot 4702 Jalan Sungai Tua, Batu 8 Kg Mahkota, 68100 Batu Caves.
7. Dewan Qaseh @Restoran Nelayan Gombak

Dewan Qaseh yang terletak di Restoran Nelayan Gombak ini merupakan antara dewan yang popular kerana menu steamboat yang berpatutan. Dewan Banquet ini mempunyai penghawa dingin siap bersama dekorasi yang cantik serta pelamin dengan pakej penuh bersama busana pengantin berkonsep tradisional dan moden yang boleh dipilih oleh bakal mempelai.

Di sini juga ada diberi khidmat MUA bagi menaikkan seri wajah pengantin. Harga pakej catering bermula dari RM15,000 untuk 1000pax. Dewan ini bukan sahaja untuk majlis kahwin malah turut juga digunakan untuk majlis makan malam, seminar dan lain-lain lagi.
Terdapat 400 ruang parkir kereta berbumbung yang selesa untuk para tetamu, PA sistem dan pengacara majlis juga turut ada di dalam pakej ini.
Instagram: @nelayan_steamboat_gombak
Hubungi: 03-61858400
Alamat: 2058, Jalan Gombak, Kampung Sungai Chinchin.
6. Dewan MPS Taman Gombak

Dewan ini merupakan dewan di bawah pengurusan Majlis Perbandaran Selayang. Anda perlu membuat tempahan awal kerana dewan ini sering menjadi rebutan untuk pelbagai majlis seperti perkahwinan dan sebagainya. Ramai penyewa telah menggunakan khidmat sewa dewan ini untuk majlis perkahwinan yang indah gilang gemilang. Harganya yang sangat berpatutan sangat sesuai untuk pasangan mempelai yang ingin menjimatkan kos.
Dewan ini boleh memuatkan 30 buah meja dan 300 buah kerusi. Dewan yang berhawa dingin ini juga menyediakan tempat letak kereta serta lokasinya juga amat strategik dan mudah untuk dicari. Kemudahan lain seperti bilik persalinan, tandas dan pentas utama juga disediakan bagi memudahkan pasangan pengantin untuk bersiap.
Alamat: Jalan 7, Taman Gombak, 68100 Batu Caves.
Website: mps.gov.my
5. Dewan Seri Siantan
Dewan seri siantan merupakan dewan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Selayang. Terdapat kolam renang yang cantik di bahagian luar dewan dan bangunan penginapan serta sesuai untuk pelbagai jenis majlis.
Facebook: Kompleks Sukan Seri Siantan
Hubungi: 03-61884079
Alamat: Jalan Sungai Tua, Taman Selayang, 68100 Batu Caves.
4. Dewan Datin Seri Banquet Centre

Dewan yang terletak di tempat yang strategik amat memudahkan orang untuk hadir ke majlis.

Dewan serbaguna ini boleh memuatkan banyak kerusi dan meja, amatlah sesuai untuk mereka yang mahu menjemput ribuan orang.
Facebook: Datin Seri Banquet Centre
Alamat: Jalan Kerdas 4, Batu 6 ¾, Jalan Gombak.
3. Cultural and Arts Centre, UIA Malaysia
Dewan ini terletak di dalam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA). Bukan sahaja menyediakan khidmat sewa dewan untuk majlis keraian seperti majlis perkahwinan tetapi juga untuk majlis-majlis lain. Suasana dewan ini tampak luas dan mempunyai kemudahan tempat letak kereta yang banyak. Sebut sahaja UIA, ramai yang mengenali universiti ini dan sudah pasti para tetamu mudah untuk ke majlis anda itu nanti.
Email: citra@iium.edu.my
Hubungi: 03-64216733/6736
Alamat: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Jalan Gombak, 53100 Selangor
2. Dewan Serbaguna Taman Melati Impian
Merupakan dewan dibawah pentadbiran DBKL yang dibuka pada orang ramai untuk pelbagai majlis perkahwinan atau sebagainya. Struktur dewan yang besar pada harga sangat berpatutan serta mempunyai kelengkapan tempat letak kereta, bilik persalinan dan surau.
Pelamin boleh dibuat besar dan tinggi kerana kawasannya yang luas.
Facebook: Dewan Serbaguna Taman Melati
Hubungi: 03-6189 5469
Alamat: Jalan Madrasah, Gombak Setia, 53100 Kuala Lumpur.
1. De’ orchid gombak setia
Raikan cinta di De’ Orchid Gombak Setia. Dewan Eksklusif yang berkonsepkan Garden ala English ini menawarkan pakej yang menarik dan mampu milik. Konsep garden yang dipenuhi dengan bunga-bungaan yang berwarna warni lagi membuatkan pengantin tampak berseri di hari yang istimewa itu.
Lokasi dewan ini sangat strategik dan luas. Dewan ini juga mempunyai pakej kahwin lengkap seperti katering, pakej pelamin, busana pengantin, fotografi & videografi. Pengikut di dalam instgramnya juga mencecah 3 ribu ini menunjukkan ramai penggemar dewan ini. Testimoni yang ada menyatakan kepuasan hati servis De’ Orchid ini.
Facebook: De’ Orchid Gombak
Instagram: @deorchid_gombak
Hubungi: 019-203 2706
Alamat: Jalan Dewan, Gombak Setia, 53100 Kuala Lumpur
Sedikit tips untuk pasangan yang sedang membuat persiapan majlis perkahwinan, buatlah persiapan awal sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum majlis. Buat kaji selidik beberapa dewan atau khidmat catering supaya anda dapat menilai khidmat terbaik.
Elakkan dari pembaziran, kerana persiapan selepas kahwin lebih memerlukan duit. Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu setiap pasangan untuk memilih dewan terbaik pada majlis hari bahagia itu nanti. Didoakan semoga urusan perkahwinan dipermudahkan oleh Allah SWT. Semoga jodoh panjang dan berbahagia till Jannah! Aminnn.