Setelah lama bersulam cinta bersama pasangan, tibalah masa untuk bersatu melalui pernikahan yang seterusnya disambut dengan penuh gilang-gemilang dalam majlis perkahwinan. Namun begitu, bukan mudah untuk melaksanakan rancangan ini tanpa sebarang kerumitan.
Sudah semestinya anda ingin merealisasikan konsep yang diinginkan, lengkap dengan segala keperluan perkahwinan lain dalam harga yang bersesuaian dengan bajet yang ditetapkan bukan?
Untuk memudahkan anda dalam merancang majlis perkahwinan impian, di dalam artikel kali ini kami menyenaraikan 17 dewan kahwin KL yang terbaik bukan sahaja dari segi konsep, kelengkapan dan tawaran pakejnya, tapi juga kerana harga yang sangat berpatutan dengan kualiti yang ditawarkan.
Kandungan
17. Dewan Lanai Anggun

Terletak di Selayang Heights, Dewan Lanai Anggun menawarkan pakej perkahwinan yang lengkap dari dewan yang siap didekorasi indah dengan gabungan konsep moden dan klasik, hinggalah kepada katering, penyediaan pelamin yang bergaya eksklusif, fotografi, busana dan sebagainya.
Melalui pakej yang ditawarkan juga, anda akan diberikan pelbagai lagi perkhidmatan dan kemudahan percuma lain seperti khidmat DJ, PA sistem, pelayan tetamu yang berpakaian uniform, kek 3 tingkat, kuih-muih tradisional dan lain-lain.

Berkaitan saiz dewan ini sendiri, ianya berkeluasan 900 kaki persegi dan mampu memuatkan sehingga 40 buah meja dengan kapasiti sehingga 1000 orang pada satu-satu masa. Cukup luas untuk sebuah majlis perkahwinan besar-besaran.
Website: dewan lanai anggun
Hubungi: 019 288 3757
Emel: lanaianggun.bridalista@gmail.com
Alamat: Radius Residence(Commercial Lot) Jalan SH 1/3 Persiaran Kayangan Selayang Heights, Kuala Lumpur, Malaysia 68100
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am — 5.00 pm)
16. Dewan Pengantin Mahar Cinta KL

Segala keperluan perkahwinan anda, dari dekorasi, lokasi hinggalah kepada makanan, semuanya akan diuruskan dengan penuh komited oleh pihak pengurusan Dewan Pengantin Mahar Cinta KL.
Harga yang dikenakan untuk pakej perkahwinan yang ditawarkan juga sangatlah berpatutan. Inginkan lebih sebab untuk mendapatkan perkhidmatan mereka? Anda juga akan dapat menikmati banyak perkhidmatan dan kemudahan percuma seperti PA system, DJ, kek 3 tingkat dan banyak lagi.

Berkenaan dengan kemudahan yang terdapat di dewan ini, ianya lengkap dengan tempat meletak kereta yang luas, surau dan bilik persalinan.
Tertarik untuk menggunakan perkhidmatan Dewan Pengantin Mahar Cinta K.L.? Anda boleh menghubungi mana-mana nombor yang dipaparkan di bawah untuk mengetahui promosi terbaru atau menetapkan masa untuk melawat lokasi.
Facebook: Dewan Pengantin Mahar Cinta K.L
Website: dewanmaharcinta.com
Hubungi: 017 278 2704 | 016 244 7204 | 017 607 1291
Emel: sham0004@yahoo.com | dewanmaharcinta0004@gmail.com
Alamat: Lot 1866, Jalan Harmonis 4, Taman Harmonis, Gombak, Kuala Lumpur, Malaysia 53100
15. Sumira Place – Banglo Gardens

Jangan lepaskan peluang untuk mengadakan majlis perkahwinan dalam suasana penuh eksklusif di tepian kolam renang, dalam majlis bertema taman di banglo Sumira Place.
Dapatlah tetamu dan pengantin melihat keindahan air kolam yang sungguh mendamaikan jiwa sambil menikmati juadah enak yang dihidangkan servis katering Sumira Place.
Ruangan di dalam banglo juga tidak kurang menariknya dan sungguh selesa untuk dijadikan tempat rehat sementara menanti kedatangan pengantin.

Mengenai pakej yang ditawarkan, perkhidmatan mereka adalah merangkumi pelamin persandingan, pelamin mini untuk pernikahan, kerusi VIP untuk istiadat merenjis / bersalaman, PA sistem, iklan LED di pintu masuk, 5 set kanopi, stesen buffet, meja hidangan pengantin dan tetamu, pelayan beruniform dan banyak lagi.
Facebook: Sumira Place – Banglo Gardens
Hubungi: 019 333 2520
Emel: chefhalim@ymail.com
Alamat: No.10, Jalan Persiaran Titiwangsa, Kuala Lumpur, Malaysia
14. Dewan Perkahwinan Chef Halim

Terletak di Selayang Capitol Kompleks, Dewan Perkahwinan Chef Halim adalah sebuah lokasi majlis yang dihias dengan tema ala-taman indah melalui dekorasi floral dan warna tema yang sejuk dipandang.
Harga pakej yang ditawarkan juga cukup berpatutan dan boleh dikatakan antara yang termurah untuk jemputan sehingga 1000 orang.
Bukan sahaja murah, keselesaannya tidak ubah seperti mengambil pakej yang mahal memandangkan dewan lengkap dengan penyejuk udara, parking yang luas untuk kemudahan tetamu, kerusi meja yang sudah siap dihias, walkway yang berlampu chandelier dan banyak lagi.

Antara kemudahan lain yang disediakan Dewan Chef Halim adalah surau, bilik hotel untuk pengantin, team koordinator majlis, penyediaan jurunikah dan sebagainya.
Telah memiliki pengalaman hampir 2 dekad dalam industri katering dan penganjuran majlis perkahwinan, kualiti perkhidmatan yang ditawarkan mereka pasti tidak akan mengecewakan.
Facebook: Dewan Perkahwinan Chef Halim
Hubungi: 019 333 2520 | 019 264 2520 | 019 216 2520
Emel: chefhalim@ymail.com
Alamat: LG-06, Selayang – Kepong Highway, Selayang Capitol, Taman Selayang Jaya, 68100 Batu Caves, Selangor
13. De’ Orchid Gombak

Memasuki ruang dewan De’ Orchid Gombak, tidak ubah seperti berada di dalam taman yang indah, dihias dengan begitu teliti di setiap sudut, jika anda mengidamkan perkahwinan yang sempurna, inilah antara dewan terbaik yang boleh dipilih.
Pihak pengurusan dewan De’ Orchid Gombak turut menawarkan pakej lengkap untuk memudahkan bakal raja sehari dalam perancangan majlis seperti khidmat dekorasi pelamin, kek pengantin, dekorasi meja beradap, fotografi, pembantu beruniform, kelengkapan dewan, PA sistem dan sebagainya. Siap dengan parking crew lagi.

Untuk pengetahuan anda, De’ Orchid Gombak turut memiliki sebuah lagi lokasi dewan lain yang terletak di tingkat 3, M3 Mall, Taman Melati KL dengan nama Dewan De’ Orchid M3lati.
Facebook: De’ Orchid Gombak
Website: www.deorchid.com.my
Hubungi: 019 203 2706
Alamat: PT 5642, Tapak Dewan Keramaian, Kuala Lumpur, Malaysia 53100
Waktu Operasi: Isnin — Jumaat (9.00 am — 6.00 pm) | Sabtu, Ahad (Tutup)
12. Ali Grand Hall AGH

Telah memulakan operasi dari tahun 2014 lagi, Ali Grand Hall Sdn Bhd kini telah memiliki 17 buah dewan untuk disewa yang turut ditawarkan lengkap dengan pakej perkahwinan.
Dengan pakej yang bermula dari hanya RM11.90/pax, anda bukan sahaja mendapat dewan yang berhawa dingin, tapi juga khidmat katering, rekaan pelamin, PA sistem, dekorasi, busana pengantin dan sebagainya! Lain macam murahnya bukan?

Yang menariknya, kalau bernasib baik, anda mungkin boleh mendapat promosi seperti pemberian gift percuma satu set busana pengantin, kek 2 tingkat, dome VIP dan sebagainya.
Antara lokasi dewan Ali Grand Hall yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur adalah seperti di Wangsa Maju, AEON AU2, Shamelin Mall, Melawati Mall dan AEON Alpha Angle.
Instagram: @aligrandhall
Facebook: Ali Grand Hall AGH
Website: aligrandhall.my
Hubungi: 012 337 9107 | 012 331 5457
Emel: aligrandhall@gmail.com
Alamat: Lot F52-F56, Level 1, 6, Jalan Taman Setiawangsa, Au 2, 54200 Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
11. Restoran Terapung D’Saji KL Titiwangsa

Untuk sebuah majlis dengan suasana yang berbeza daripada biasa, penuh dengan ketenangan dan keindahan alam semula jadi, tiada yang lebih sempurna daripada Restoran Terapung D’Saji KL Titiwangsa.
Bukan sekadar menyajikan pemandangan yang indah, ruangan santapannya juga dihias dengan penuh elegan dan mewah untuk mewujudkan suasana majlis yang eksklusif.

Dapat memuatkan sehingga 1000 tetamu pada satu-satu masa, Restoran Terapung D’Saji KL Titiwangsa turut lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti surau, bilik VIP, bilik persalinan dan lain-lain lagi.
Facebook: Restoran Terapung D’Saji KL Titiwangsa
Website: feldadsaji.com.my
Hubungi: 03 4021 0098
Emel: dsajikltitiwangsa@felda.net.my
Alamat: Lot 143, Seksyen 87,Restoran Terapung, Kuala Lumpur, Malaysia 53200
10. The Wedding Heritage Bungalow

The Wedding Heritage Bungalow memiliki 3 cawangan banglo mewah yang disediakan khas untuk majlis perkahwinan iaitu di Jalan Semarak, Kota Damansara dan Putrajaya.
The Wedding Heritage Bungalow turut menawarkan pakej “Kahwin Cuci Tangan” yang mana kesemua keperluan penting majlis perkahwinan telah disediakan, ini termasuklah homestay, katering, kanopi, pelamin persandingan, solekan, dekorasi, bilik persiapan pengantin, RELA dan sebagainya.

Nak kahwin dalam suasana eksklusif di halaman yang berkolam renang? Booking The Wedding Heritage Bungalow secepat mungkin! Dengan lebih daripada 46 ribu pengikut di FB, ramai yang teringin untuk menjadikan banglo ini sebagai lokasi wedding mereka, takut terlepas pula nanti.
Instagram: thewedding_heritage
Facebook: The Wedding Heritage Bungalow
Website: theweddingheritage.com
Hubungi: 016 679 0091
Emel: admin@theweddingheritage.com
Alamat: Jalan Semarak, Kuala Lumpur, Malaysia 55330
9. Cassa Detik

Menawarkan lokasi acara untuk pelbagai jenis majlis, dari majlis kecil (sehingga 100 orang tetamu) hinggalah kepada majlis yang dapat menampung 1000 pax pada satu-satu masa, Cassa Detik adalah salah satu pilihan yang boleh memenuhi apa sahaja keperluan majlis anda.
Dengan trademark “Luxurious yet affordable,” atau “mewah namun berpatutan,” anda dapat menikmati pelbagai kemudahan di bawah satu bumbung yang sama.

Mereka menawarkan pakej perkahwinan yang lengkap, merangkumi pelamin, solekan, dekorasi, katering, jurugambar dan sebagainya.
Dalam bab makanan, anda pasti tak akan kecewa, dikatakan 95% pelanggan terus tertarik untuk mendapatkan perkhidmatan mereka sebaik merasai makanan yang dihidangkan, terutama sekali menu ayam masak merah serainya. Yang penting, layanan pelanggan yang diberikan mereka, sangat memuaskan hati!
Instagram: cassadetik
Facebook: Cassa Detik
Website: cassadetik.com
Hubungi: 017 680 1336
Emel: info.cassadetik@gmail.com
Alamat: Cassa Detik Venue @ Ballroom, Bangsar | Dahlia Hall, Sg Besi | Glass Box, Cyberjaya I Glass Hall, Cheras I Light Box, T6 & Any Venue
8. Dewan Sri Iskandar Setiawangsa

Dewan Sri Iskandar Setiawangsa adalah sebuah dewan berhawa dingin yang luas dengan kapasiti sehingga 3000 pax (setting buffet) atau 100 tetamu (dome setting) pada satu-satu masa.
Lengkap dengan bilik persalinan untuk perempuan dan lelaki, surau, bilik VIP dan juga tempat meletak kereta yang mampu menampung sehingga 600+ kereta.
Selain sewaan dewan, mereka turut menawarkan pakej perkahwinan yang boleh disesuaikan dengan bajet dan keperluan majlis anda.

Mengenai lokasinya pula, cukup mudah diakses kerana terletak berhampiran dengan Lebuhraya Duta Ulu-Kelang (Duke) dan Kuala Lumpur Middle Ring Road 2 (MRR 2).
Berminat untuk menyewa dewan ini atau ingin mengetahui lebih lanjut tentang pakej yang ditawarkan? Anda boleh terus walk-in sahaja ke pejabat mereka pada waktu pejabat.
Facebook: Dewan Sri Iskandar, Setiawangsa
Website: www.sriiskandar.com
Hubungi: 03 4260 3777 | 012 338 6478 | 019 336 0114 | 019 336 2048
Emel: mysriiskandar@gmail.com
Alamat: Ground Floor, Dewan Sri Iskandar, Jalan Setiawangsa 8 & 13, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur, Malaysia 54200
Waktu Operasi:9.00 am — 6.00 pm
7. Rumah Tamu Datin Halijah

Anda bersama pasangan memiliki jiwa yang klasik? Kalau begitu, Rumah Tamu Datin Halijah adalah lokasi yang paling menarik untuk diadakan majlis perkahwinan.
Mengetengahkan konsep 3 dalam 1, iaitu lokasi majlis yang bergaya tradisional Melayu, dihias dengan mewah dan dikelilingi oleh taman yang menghijau. Kedengaran seperti majlis perkahwinan impian anda? Book cepat-cepat ya.

Selain lokasi yang menarik, mereka turut menawarkan pakej perkahwinan yang lengkap merangkumi dekorasi, katering, PA sistem dan sebagainya. Mengenai kapasiti dewannya pula, ia mampu menampung dalam sekitar 1000 ke 1500 orang pada satu-satu masa.
Instagram: rumahtamu
Facebook: Rumah Tamu Datin Halijah
Website: rumahtamu.rtdh.com.my
Hubungi: 019 217 0507
Alamat: 116, Jalan Taman Dato Senu, Sentul Pasar, 51000 Kuala Lumpur
6. TM Convention Centre

Memiliki reka bentuk yang futuristik, tiada lokasi yang lebih gah untuk dijadikan tempat majlis persandingan penuh gilang-gemilang selain daripada TM Convention Centre.
Dewan yang baru siap dibina pada tahun 2011 ini merupakan salah satu event venue yang mendapat permintaan tertinggi untuk pelbagai jenis acara.

Saiz hallnya cukup luas untuk menampung ramai tetamu. Selain itu, ia juga lengkap dengan fasiliti seperti tempat meletak kereta yang luas, surau dan tandas yang selesa.
Instagram: tmconventioncentre
Facebook: TM Convention Centre
Website: tmconventioncentre.my
Hubungi: 03 2240 1007 | 03 22401004
Emel: tmcc@tm.com.my
Alamat: Jalan Pantai Baharu, 50672 Kuala Lumpur
5. Q Sha Catering – Dewan Qaseh

Tak sampai RM16,000 boleh dapat pakej perkahwinan lengkap untuk 1000 pax? Macam tak percaya, tapi inilah yang ditawarkan Q Sha Catering – Dewan Qaseh.
Dewan yang terletak di Restoran Nelayan Gombak ini menawarkan pakej lengkap yang merangkumi dewan banquet, busana pengantin, pelamin lengkap, set makanan VIP / meja beradab, solekan, dekorasi meja dan kek 2 tingkat, PA sistem, DJ, hidangan buffet dan pelbagai kelengkapan dewan lain. Tak perlu fikir apa-apa lagi.

Kemudahan lain yang turut disediakan adalah 200+ parking berbumbung, surau dan bilik VIP untuk persiapan pengantin.
Tergoda dengan pakej mereka? Contact pihak Q Sha Catering terlebih dahulu untuk mendapatkan info atau promosi terbaru.
Facebook: Q Sha Catering – Dewan Qaseh
Website: Restorannelayangombak.com.my
Hubungi: 019 293 1397 | 013 223 7228 | 013 296 7228 | 011 3761 0213
Alamat: Batu 8 3/4, Jalan Gombak, Kuala Lumpur, Malaysia 53000
4. Dewan Besar Tun Rahah

Dewan Besar Tun Rahah adalah sebuah dewan di bawah pengurusan Felda D Saji Sdn. Bhd. yang cukup luas sehingga mampu menampung 1000 pax pada satu-satu masa.
Memiliki aura elegan dan mewah, dewan ini dapat merealisasikan majlis perkahwinan bergaya eksklusif yang diidamkan. Lengkap dengan pelbagai fasiliti seperti surau, bilik VIP, bilik persalinan dan banyak lagi.

Anda juga boleh mendapatkan pakej lengkap perkahwinan yang termasuklah dewan eksklusif, busana, solekan, katering dan sebagainya.
Facebook: Dewan Besar Tun Rahah
Website: feldadsaji.com.my
Hubungi: 012 921 4691
Emel: chenor.cr@felda.net.my
Alamat: Menara Yayasan Tun Razak, 200, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, 55100 Kuala Lumpur
3. Kampung Pengantin Kuala Lumpur

Kampung Pengantin Kuala Lumpur menawarkan konsep urban garden wedding yang mana anda boleh memilih sama ada dewan yang telah dihias penuh dengan keindahan flora di Sacred Garden ataupun menyambut majlis di Wedding Terrace yang terletak di bahagian Sky Garden.

Setiap ruang yang ditawarkan bakal membuat anda jatuh cinta sampai terbawa ke mimpi dek kerana ketelitian dekorasinya yang tidak ubah seperti dalam dunia khayalan.
Instagram: kampungpengantin
Facebook: Kampung Pengantin Kuala Lumpur
Website: http://kampungpengantin.com/
Hubungi: 016 555 8035 | 016 251 8035
Alamat: Jalan 3/23D, Taman Danau Kota, Kuala Lumpur, Malaysia 53300
2. Golden Chersonese Media Hall

Ramai yang tidak tahu tentang kewujudan dewan Golden Chersonese Media Hall yang terletak di tingkat 10 Maju Tower di Maju Junction. Dekat mall? Mesti mahalkan? Tidak sama sekali, untuk sebuah dewan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan, harga yang ditawarkan sangat berpatutan.
Dapat menampung sehingga 350 pax pada satu-satu masa, dewan ini telah tersedia lengkap dengan kelengkapan seperti 35 buah meja, kerusi yang siap berlapik, meja gifts, PA sistem, dapur, bilik persalinan, bilik VIP, meja buffet dan sebagainya.

Di samping itu, pihak pengurusan dewan turut menyediakan papan tanda di bahagian parking. Memandangkan kedudukan dewan ini yang berada di dalam pusat membeli-belah, tidak sukar untuk tetamu yang datang mendapatkan tempat meletak kereta.
Instagram: goldenchersonese
Facebook: Golden Chersonese Mediahall
Hubungi: 03 2772 8888 | 03 2772 8500
Emel: gchall@majujunction.com
Alamat: Parkson Maju Junction, Level 10, 1001, Jalan Sultan Ismail, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur
1. Glasshouse at Seputeh

Nak dapat title “Wedding of the Year?” Glasshouse at Seputeh adalah lokasi majlis yang paling sempurna.
Dengan namanya, “glasshouse,” majlis perkahwinan anda seolah-olah diadakan di dalam hutan rimba kerana dari dalam dewan yang berdinding dan bersiling kaca ini, anda dapat melihat keindahan flora dan fauna di sekitar puncak bukit Seputeh.

Sambil tenggelam dalam keindahan alam semula jadi ini, anda boleh merasai kesegaran dewan yang berpendingin hawa. Perlukan lebih sebab untuk booking lokasi ini?
Dengan dekorasi dalamannya yang begitu menarik di setiap sudut dan pencahayaan natural yang datang daripada setiap arah, hasil foto/video yang dapat diambil dan dirakamkan di dalam Glasshouse ini sungguh menakjubkan, tak perlu menunggu saat ‘golden hour.’
Instagram: glasshouseatseputeh
Facebook: Glasshouse at Seputeh
Website: www.glasshouse.my
Hubungi: 012 521 8855 | 012 515 1866 | 010 948 2878 | 017 444 3047
Emel: glasshouse@designerfinish.com.my
Alamat: 17, Lorong Syed Putra Kiri, Taman Persiaran Desa, Kuala Lumpur, Malaysia 50460
Sudah menemui lokasi yang berjaya menggoda hati dan pandangan mata? Jangan buang masa lagi, booking appointment atau terus setkan tarikh majlis ingin dilaksanakan dengan pihak pengurusan dewan tersebut. Kalau anda pun boleh jatuh cinta, tidak mustahil ramai lagi yang tertarik dengan dewan dan pakej yang sama.
Diharapkan artikel dewan kahwin KL ini dapat sekaligus menghilangkan kepeningan anda dalam menguruskan hal majlis perkahwinan supaya dapat kelihatan luar biasa berseri di hari persandingan nanti. Semoga perancangan anda menuju ke gerbang perkahwinan dipermudahkan.