Ingin meraikan majlis perkahwinan terindah dengan konsep Garden Wedding? Tiada lokasi yang lebih tepat daripada Putrajaya yang mendapat gelaran sebagai “ Bandar Pintar Dalam Taman” ini.
Dari harga serendah RM3,500 hinggalah kepada perkahwinan yang disambut penuh elegan mencecah lebih RM40,000, pilihan dewan dan pakej kahwin di Putrajaya cukup tidak mengecewakan.
Namun begitu, bukan semua menjanjikan kualiti yang diimpikan, supaya tidak kecewa dengan pilihan yang dibuat, anda boleh memilih daripada 15 dewan kahwin Putrajaya terbaik dan terkenal yang disenaraikan.
Kandungan
15. Ambassador Putrajaya

Dari hanya serendah RM17,000, anda dapat menikmati pakej perkahwinan lengkap berkonsep eksklusif termasuklah dewan Ambassador Putrajaya yang diuruskan di bawah Hanana Group.
Dewan yang disediakan tidak ubah seperti sebuah grand ballroom yang bertaraf 5 bintang lengkap dengan kerusi chiavari gold.

Melalui pakej yang ditawarkan juga, anda boleh mendapatkan pelamin yang dihias mengikut citarasa sendiri, busana pengantin, katering dan sebagainya. Jurugambar turut disediakan secara percuma.
Selain dewan Ambassador, di bawah pengurusan yang sama turut menawarkan beberapa lagi dewan lain seperti dewan mini Dirgahayu Putrajaya dan juga dewan berkonsep garden wedding di Lugar de La Boda, Puchong.
Instagram: hnweddingexclusive | Ambassador Putrajaya
Facebook: Dewan Perkahwinan & Seminar Di Putrajaya
Website: https://www.hananagroup.com
Hubungi: 017 234 5297
Emel: info@hananagroup.com
Alamat: NO 92C ,Jalan Perak Jalan Diplomatik ,Presint 15, Putrajaya, Wilayah Persekutuan, 62050
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 6.00 pm) | Cuti Umum (Tutup)
14. Dewan Sri Melati Putrajaya

Dari harga sewa sekitar RM3,500 anda dapat meraikan majlis perkahwinan di sebuah bandaraya yang gah di Dewan Sri Melati Putrajaya.
Sekiranya memilih dewan ini sebagai lokasi majlis, anda boleh mendapatkan khidmat katering yang dipilih sendiri, namun begitu, kelengkapan lain seperti meja dan kerusi perlu disewa sekali bersama dengan dewan.

Secara keseluruhannya, dewan ini dapat memuatkan sehingga 450 orang tetamu berdiri dan 600 orang tetamu di ruang duduk. Mengenai tempat meletak keretanya pula, cukup luas dan lengkap dengan laluan pejalan kaki.
Website: Portal Perbadanan Putrajaya
Alamat: Presint 3, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia
13. A Park Garden Wedding

Menampilkan suasana kedesaan, A Park Garden Wedding menjanjikan sebuah majlis yang dapat melahirkan rasa teruja sesiapa sahaja yang datang.
Mana tidaknya, pemandangan di sekitar venue ini cukup mempesonakan dengan kolam-kolam air, pokok besar yang menghijau di samping pokok yang berbunga, sambil meraikan majlis para tetamu dapat tenggelam di dalam keindahan alam semula jadi venue ini.

Dengan kawasan sekitar yang seindah ini, tidak perlulah anda dan pasangan mencari lokasi lain untuk berfotografi memandangkan keindahan tamannya sudah cukup sempurna untuk sesi bergambar.
Walaupun majlis diadakan di dalam khemah, suhu di dalamnya cukup dingin untuk para tetamu menjamu selera dalam keadaan yang penuh keselesaan.
Kemudahan shuttle turut disediakan untuk membawa tetamu dari tempat meletak kereta ke ruang majlis. Berkaitan dengan pakej yang ditawarkan, anda boleh memilih daripada 3 pakej berbeza dengan harga yang bermula dari RM24,000.
Instagram: a.park.events
Facebook: A-Park
Website: A-Park.my
Hubungi: 012 206 7735 | 011 1028 5151
Emel: events@a-park.my
Alamat: 3275, Jalan Pulau Meranti, Kampung Pulau Meranti, 47100 Puchong, Selangor
12. Dewan Banquet Astana Cyberjaya

Dewan Banquet Astana Cyberjaya menawarkan khidmat sewaan dewan yang serba lengkap dengan kemudahan seperti VIP holding room, bilik persalinan, PA sistem, meja dan kerusi yang telah didekorasi, photo booth dan banyak lagi.
Dalam satu harga sewaan dewan yang ditawarkan, dewan turut dilengkapi dengan dekorasi pelamin, pintu gerbang yang ditata dengan bungaan indah, walkway berkarpet merah dan dihiasi gubahan bunga, meja kek yang diberikan sentuhan indah dan lain-lain.

Selain sewaan dewan yang serba lengkap, anda juga boleh membuat pilihan daripada pelbagai pakej perkahwinan lengkap yang ditawarkan untuk sekurang-kurangnya 500 pax. Pakej ini adalah termasuk busana, solekan, fotografi, videografi dan sebagainya.
Instagram: dewancyberjaya
Facebook: Dewan Banquet Astana Cyberjaya
Website: https://sriastana.com/
Hubungi: 03 8063 3020
Emel: dewancyberjaya@gmail.com
Alamat: Promenade @ Garden Residence , Persiaran Utara, Cyberjaya
11. Dewan Seri Seroja

Dewan Seri Seroja adalah sebuah dewan yang cukup sesuai untuk anda yang ingin mengadakan majlis kecil-kecilan dalam aura mewah seperti sebuah dewan hotel 5 bintang.
Memuatkan sehingga 25 buah meja (10 pax semeja), walaupun bersaiz kecil, suasana di dalam dewan terasa cukup selesa dengan kedudukan siling yang tinggi supaya ruangan kelihatan luas pada pandangan mata.

Berkenaan dengan tempat parking keretanya, cukup banyak dan ini termasuklah dengan parking basement yang boleh dimasuki secara percuma.
Website: www.ppj.gov.my
Hubungi: 03 8000 8000
Alamat: Jalan Diplomatik 2/2, Diplomatik Presint, 62050 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
10. BoraOmbak Marina Putrajaya

Untuk sebuah majlis yang disambut dengan penuh gah, tiada lokasi lain yang lebih tepat daripada BoraOmbak Marina Putrajaya yang terletak bersebelahan sahaja dengan Hotel Pullman Putrajaya.
Menyajikan pemandangan indah air tasik yang dapat dilihat melalui tingkap luas dari siling ke lantai, dengan suasana dewan yang kelihatan elegan dan classy, atmosfera di sekitar dewan ini dapat membuatkan sesiapa sahaja jatuh cinta.

Kaya dengan pencahayaan natural yang datang daripada tingkap dewan yang luas, foto-foto yang diambil di dalam dewan ini sungguh tidak mengecewakan. Anda juga boleh memilih untuk menempatkan pelamin dengan berlatar belakangkan pemandangan Marina.
Facebook: BoraOmbak Marina Putrajaya
Website: www.boraombak.com
Hubungi: 03 8893 5303
Alamat: No.1, Jalan P5/5, Precinct 5, 62200 Putrajaya
Waktu Operasi: Selasa — Ahad (11.00 am — 6.00 pm) | Isnin (Tutup)
9. Dewan Tentda Merah

Dewan Tentda Merah adalah sebuah dewan indah dengan dekorasi dan kelengkapan bertaraf 5 bintang dalam harga yang sangat berpatutan.
Dengan siling yang dihiasi dengan lampu mewah chandelier dan laluan yang dihamparkan karpet merah, keindahan dekorasinya dapat membuatkan sesiapa yang datang terasa seperti pengantin.
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa jenis dewan yang ditawarkan iaitu Dewan Tentda I yang berkeluasan 156.82 meter persegi dan juga Dewan Tentda II yang berkeluasan 141.77 meter persegi. Turut disediakan di sini adalah Tentda VIP Suite (95 meter persegi).

Untuk majlis perkahwinan, anda boleh memilih pakej Resepsi Perkahwinan yang bermula dari hanya RM11,900 untuk kedua-dua buah dewan, suite VIP, set pelamin, pintu gerbang, katering dan sebagainya.
Facebook: Dewan Tentda Merah, Cyberjaya
Website: tentdamerah.com
Hubungi: 019 269 4352 | 019 357 9591
Alamat: 4803-0-03 CBD Perdana 1, Persiaran Flora, Cyberjaya
8. Namida Garden & Events

Namida Garden & Events menawarkan pakej perkahwinan yang lengkap dengan dewan indah berkonsep taman dan rustic, menjanjikan keselesaan optimum kepada setiap tetamu.

Mampu menampung sehingga 1000 pax pada satu-satu masa, dewan ini cukup luas untuk meraikan majlis perkahwinan secara besar-besaran. Harganya? Bermula hanya daripada RM26.50/pax.
Facebook: Namida Garden & Events
Hubungi: 011 1061 1062 | 019 265 5233
Alamat: No. 33 Jalan Stesen ERL, Kota Warisan, Sepang, Malaysia 43900
7. Dewan Sri Siantan Perbadanan Putrajaya

Dewan Sri Siantan Perbadanan Putrajaya adalah sebuah dewan luas yang dapat memuatkan sehingga 1000 pax pada satu-satu masa dengan harga bermula dari RM8,000.

Suasana di dalam dewan ini kelihatan cukup mewah dengan siling tinggi dan pencahayaan yang romantik bersesuaian dengan majlis untuk meraikan cinta raja sehari. Lokasinya, bertentangan dengan Istana Kehakiman Putrajaya di Persiaran Perdana.
Website: http://www.ppj.gov.my/cpnavigation/general/Borang_Sewaan_Dewan_PPj_2016.pdf
Alamat: Presint 3, 62675 Putrajaya, Selangor
6. Laman Warisan Putrajaya

Walaupun di dalam kawasan bandar, tidak mustahil untuk anda menyambut hari terindah di dalam suasana yang tenang persis di kawasan kampung, dikelilingi oleh dusun buah-buahan dan taman herba.

Untuk suasana seindah ini, anda boleh memilih Laman Warisan Putrajaya sebagai lokasi majlis perkahwinan. Berkaitan dengan pakej yang ditawarkan, harganya bermula dari serendah RM25/pax yang termasuklah dewan, makanan dan pelamin.
Hubungi: 03 8887 7772
Alamat: No 7, Jalan P16, Presint 16, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
5. Soireelab Putrajaya

Berkeluasan 2222 kaki persegi, Soireelab Putrajaya adalah adalah sebuah venue acara yang sesuai untuk diadakan majlis perkahwinan. Disempurnakan lagi dengan pemandangan tasik Putrajaya, setiap sen yang dikeluarkan untuk menyewa event space ini terasa cukup berbaloi.

Berkaitan dengan pakej yang ditawarkan, anda boleh mendapatkan dewan yang lengkap dengan pelamin, hiasan bunga segar, makanan dan sebagainya dari hanya RM50/pax. Apa-apa pun, hubungi pihak Soireelab Putrajaya terlebih dahulu untuk mendapat tawaran harga terbaik, mana tahu kalau ada promosikan?
Facebook: Soireelab Putrajaya
Hubungi: 016 645 0223
Emel: hello@soireelab.my
Alamat: C1-1-6, Ayer @8, Presint 8G, Putrajaya, Wilayah Persekutuan
Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00 am — 11.00 pm)
4. Riyaaz Event Space

Memang leceh kalau terpaksa duduk jauh dari lokasi majlis atau kena bayar lebih untuk penginapan keluarga dan bridesmaid kan? Untuk memudahkan urusan, anda boleh memilih Riyaaz Event Space.
Pihak pengurusan menawarkan pelbagai perkhidmatan dalam satu pakej lengkap seperti penginapan homestay selama 3 hari 2 malam, lengkap dengan wedding venue, katering, pelamin, busana, make-up, PA sistem, fotografi, videografi dan doorgift. Apa lagi yang masih tak cukup?

Nak lebih sebab buat event dekat sini? Artis seperti Syukri Yahya, Fattah Amin dan Fazura juga pernah mengadakan majlis mereka di Riyaaz Event Space. Kalau anda inginkan majlis perkahwinan yang sempurna bertaraf selebriti dan lengkap dengan penginapan, tak perlu pandang tempat lain lagi.
Instagram: riyaazeventspace
Facebook: Riyaaz Event Space
Hubungi: 012 369 3697
Alamat: 64F, Jalan Pulau Meranti, 47100 Puchong, Selangor
3. The Parley Event Space

The Parley Event Space adalah sebuah dewan acara berkeluasan 1400 kaki persegi yang dapat memuatkan sehingga 100 orang tetamu pada satu-satu masa, cukup sesuai untuk majlis kecil yang ingin diraikan dalam suasana penuh “simple and sweet” dengan konsep yang elegan.

Mengenai caj yang dikenakan, cukup berpatutan. The Parley Event Space menawarkan pakej perkahwinan lengkap dengan katering dari hanya RM3500 sahaja untuk 100 pax. Untuk pakej yang ditawarkan ini anda turut mendapat dewan yang berpendingin hawa, meja dan kerusi (VIP dan tetamu), dekorasi meja, pelamin, staff, PA sistem dan lain-lain.
Instagram: theparley.eventspace
Facebook: The Parley – Event Space
Hubungi: 017 234 9431
Emel: parleymalaysia@gmail.co
Alamat: Presint 15, Presint Diplomatik, Putrajaya, Wilayah Persekutuan, 62502
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am — 12.00 am)
2. Wilqadry

Wilqadry menawarkan dewan kahwin dengan pakej yang lengkap dari A ke Z. Ya, bukan sahaja penyediaan dewan eksklusif, tapi juga segala keperluan perkahwinan penting yang lain, dari katering dengan hidangan yang membuatkan tetamu tak henti-henti memuji, pelamin indah yang sentiasa menjadi subjek foto, PA sistem, kad kahwin dan banyak lagi.
Yang menariknya, untuk sebuah dewan semewah ini, harga pakej yang dikenakan hanyalah dari RM28,000 sahaja untuk 1000 pax. Kalau bernasib baik, anda mungkin dapat menikmati promosi dengan diskaun sehingga RM3,000.

Menarik bukan? Untuk kelainan, anda boleh mendapatkan pakej perkahwinan malam (Night Experience) dari harga hanya RM15,000 yang akan disusun atur di bahagian halaman, lengkap dengan sistem pencahayaan yang menarik dan juga pancuran air.
Facebook: Wilqadry
Website: www.wilqadry.com
Hubungi: 012 284 8985
Alamat: C-1-01, IOI Conezion – IOI Resort City, Putrajaya, Wilayah Persekutuan, 62502
1. Cyberview Resort & Spa

Untuk sebuah majlis perkahwinan dengan pesona tersendiri, anda boleh menjadikan Cyberview Resort & Spa sebagai lokasi majlis. Dengan kawasan taman yang luas berumput hijau yang sentiasa ditemani tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa, majlis perkahwinan dapat diraikan dengan penuh kedamaian.
Dewan tertutup pula dihias dengan sempurna, berkonsep elegan dengan sentuhan flora yang digubah indah.
Ini hanyalah salah satu konsep yang mungkin anda inginkan, namun begitu, anda boleh juga merelisasikan apa sahaja tema majlis yang diimpikan dengan bantuan koordinator perkahwinan yang disediakan pihak hotel.

Selepas seharian kepenatan dengan sambutan majlis, pasangan pengantin boleh mendapatkan rawatan spa yang ditawarkan resort untuk mengembalikan kelegaan badan.
Facebook: Cyberview Resort & Spa
Website: cyberviewresort.com
Hubungi: 03 8312 7088
Emel: wedding@cyberviewresort.com
Alamat: The Lodge, Persiaran Multimedia, Cyber 7, 63000 Cyberjaya, Selangor
Untuk sebuah majlis yang hanya disambut sekali dalam seumur hidup, tiada lokasi yang lebih sempurna untuk diadakan majlis perkahwinan selain daripada Putrajaya.
Menyajikan lanskap indah di setiap pelusuk bandar, sepanjang perjalanan menuju ke dewan majlis perkahwinan sudah cukup menarik untuk mencipta memori yang indah dalam fikiran tetamu yang dijemput.
Oleh itu, apa lagi yang difikir-fikirkan? Kalau dah jumpa dewan kahwin Putrajaya yang menarik hati, booking dengan secepat yang mungkin supaya tidak melepas tarikh yang diidamkan.