Majlis perkahwinan yang indah sudah semestinya menjadi impian pasangan pengantin. Diraikan hanya sekali dalam seumur hidup, tidak hairan kenapa ramai sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk meraikan majlis yang terindah ini. Namun begitu, walaupun telah mengeluarkan belanja yang besar, tidak kurang ramainya yang dikecewakan kerana kualiti yang tidak seindah khabar.

Untuk mengelakkan hal ini daripada terjadi kepada ramai bakal pengantin, kami menyenaraikan 12 dewan kahwin Shah Alam terbaik untuk dijadikan pilihan majlis istimewa anda nanti.

Kandungan

12. The Venue Shah Alam

Dewan Kahwin The Venue Shah Alam
Sumber: The Venue Shah Alam

The Venue Shah Alam adalah sebuah dewan kahwin berhawa dingin yang ditawarkan dengan pakej perkahwinan lengkap yang bermula dari sekitar RM18,000+ untuk 1000 pax.

Melalui pakej ini, segala kemudahan seperti katering, pelamin, pelayan tetamu, persembahan kompang secara live, bilik hotel dan sebagainya telah disediakan.

The Venue Shah Alam Venue Kahwin
Sumber: The Venue Shah Alam

Mengenai dekorasinya, dewan The Venue Shah Alam dihias dengan menggabungkan warna tema putih berseri dan konsep hiasan beraura tradisional.

Antara fasiliti yang disediakan adalah seperti surau, parking yang luas, bilik VIP dan lobi yang selesa.

Instagram: thevenueshahalam

Facebook:  The Venue Shah Alam

Hubungi: 019 8585 825 | 019 8585 375

Alamat: No 15, Jalan 15/22, Tiong Nam Industrial Park, Seksyen 15, 40000 Shah Alam.


11. Dewan Seri Hatinie

Dewan Seri Hatinie Shah Alam
Sumber: Dewan Seri Hatinie

Dewan Seri Hatinie adalah sebuah dewan 2 tingkat yang terletak di Seksyen 15, Shah Alam. Menawarkan lokasi yang selesa untuk majlis perkahwinan yang dapat menempatkan sehingga 3000 tetamu, pihak dewan turut menyediakan pakej lengkap perkahwinan, nikah, tunang, berendoi dan sebagainya.

Baca: 14 Butik Pengantin Di Shah Alam Yang Menarik

Melalui pakej perkahwinan lengkap yang ditawarkan, anda bukan sahaja tidak perlu membuang masa menguruskan isu katering, tapi juga hal-hal lain seperti dekorasi dan kelengkapan dewan, solekan, jurugambar/juruvideo, DJ, kek, busana pengantin dan lain-lain.

Dewan Kahwin Seri Hatinie Shah Alam
Sumber: Dewan Seri Hatinie

Untuk pengetahuan anda, pemilik Dewan Seri Hatinie ini iaitu Wan Hatinie Wan Pa adalah seorang bekas pensyarah yang telah menyambung legasi perniagaan restoran milik keluarganya iaitu Restoran Hatinie yang cukup terkenal dengan keenakan hidangan mereka. Ini sudah semestinya membuktikan yang sajian katering mereka bakal membuat anda tersenyum puas hati.

Facebook: Dewan Seri Hatinie

Hubungi: 017 256 2825

Alamat: Lot 46, Jalan 15/22, Tiong Nam Industrial Park, Seksyen 15, Shah Alam.

Waktu operasi: Isnin — Sabtu (9.00 am — 6.00 pm) | Ahad (Tutup)


10. D’Tahta Wedding Venue

D’Tahta Wedding Venue Shah Alam
Sumber: D’Tahta Wedding Venue

D’Tahta Wedding Venue menawarkan dua dewan berbeza iaitu White Hall dan Garden Hall yang terletak hanyalah bersebelahan antara satu sama lain, kedua-dua dewan ini juga boleh dibuka untuk digabungkan menjadi sebuah dewan yang luas.

D’Tahta Wedding Venue Dewan Kahwin Shah Alam
Sumber: D’Tahta Wedding Venue

Apa bezanya 2 buah dewan ni? Untuk pengetahuan anda, White Hall adalah dewan yang diberikan sentuhan glamour bergaya Inggeris dengan warna tema putih, manakala Garden Hall pula adalah dewan yang dihias dengan konsep taman hijau yang mendamaikan jiwa. Dimiliki oleh usahawan terkenal Malaysia, Mona Din dan dewan ini sudah mula beroperasi dari bulan Februari 2018 lagi.

Instagram: dtahtaweddingvenue

Facebook: D’Tahta Wedding Venue

Hubungi: 011 1131 3164

Emel: dtahtawedding@gmail.com

Alamat: Level 1, CentralWalk @ i-City, Persiaran Multimedia, Seksyen 7, 40000 Shah Alam.


9. Kiambang Event & Space

Kiambang Event & Space Shah Alam
Sumber: Kiambang Event & Space

Ingin menaiki Vellfire semasa perarakan pengantin? Perkhidmatan ini hanya ditawarkan dalam pakej yang disediakan oleh Kiambang Event & Space.

Kiambang Event & Space Dewan Kahwin Shah Alam
Sumber: Kiambang Event & Space

Melalui pakej yang sama juga anda dapat menikmati perkhidmatan dan kemudahan lain seperti dewan yang berhawa dingin, katering untuk 1000 pax, kek kahwin, dekorasi dewan, pelayan beruniform, busana pengantin, solekan pengantin dan banyak lagi.

Facebook: Kiambang Event & Space

Website: https://kiambangeventspace.blogspot.com/

Hubungi: 012 302 4322

Emel: kiambangeventspace@gmail.com

Alamat: Jalan Platinum 7/58, 40000 Shah Alam.


8. Tirai Ratu Wedding Hall

Tirai Ratu Wedding Hall Shah Alam
Sumber: Tirai Ratu Wedding Hall

Memiliki pengalaman dalam mengendalikan majlis untuk Istana Negara, perkahwinan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle, Sultan Kedah, Sultan Perak dan banyak lagi, tiada kesangsian dalam menjadikan Tirai Ratu Wedding Hall sebagai pilihan utama untuk anda mendapatkan majlis perkahwinan yang sempurna dalam setiap aspek.

Tirai Ratu Wedding Hall Dewan Kahwin Shah Alam
Sumber: Tirai Ratu Wedding Hall

Dewan dan kanopi yang disediakan Ratu Wedding Hall ini dihias dengan gaya penuh eksklusif bertemakan Inggeris Moden.

Kedengaran seperti konsep yang anda inginkan? Selain penyediaan lokasi majlis, mereka turut menawarkan pakej lengkap perkahwinan yang termasuklah pelamin, kek pengantin 3 tingkat, hand bouquet, solekan, busana dan sebagainya.

Facebook: Tirai Ratu Wedding Hall

Website: www.ritacollection.blogspot.com

Hubungi: 018 221 3936

Emel: tirairatueventhall.official@gmail.com

Waktu operasi: Isnin (9.00 am — 5.00 pm) | Selasa — Jumaat (11.00 am — 6.00 pm) | Sabtu (11.00 am — 3.00 pm)

Alamat: No. 12A-G, Jln Setia Dagang AJ U13/AJ, Seksyen U13, Setia Alam, 40170 Shah Alam.


7. KACH’e Wedding & Event Space

KACH’e Wedding & Event Space Shah Alam
Sumber: KACH’e Wedding & Event Space

Inginkan dewan yang kelihatan segar bukan hanya kerana dekorasinya tapi juga kerana keadaan dewan yang masih baru? Tak perlu cari tempat lain lagi, KACH’e Wedding & Event Space adalah event venue yang dicari.  Dewan ini lengkap dengan pendingin hawa, kerusi chivari dan banyak lagi.

KACH’e Wedding & Event Space Dewan Kahwin Shah Alam
Sumber: KACH’e Wedding & Event Space

Melalui pakej perkahwinan lengkap yang mereka tawarkan pula anda akan mendapat pelamin yang direka dengan citarasa sendiri, khidmat katering daripada syarikat dengan pengalaman lebih 15 tahun, dekorasi yang menarik di setiap sudut dewan, busana pengantin yang mempesonakan dan banyak lagi.

Instagram: kache_eventhall

Facebook: KACH’e Wedding & Event Space

Hubungi: 019 285 1182 | 011 1536 4577

Emel: kacheevent@yahoo.com

Alamat: No 36 Jalan Serendah 26/41, Sekitar 26, Seksyen 26, 40400 Shah Alam.


6. Villa SRI Event Space by Canopy Haven

Villa SRI Event Space by Canopy Haven Shah Alam
Sumber: Villa SRI Event Space by Canopy Haven

Villa SRI Event Space by Canopy Haven menawarkan 2 pilihan pakej iaitu Pakej Asas dan Pakej Lengkap Gold. Pakej Asasnya merangkumi villa/laman kahwin, katering, DJ, PA sistem, RELA serta pelamin dan dekorasi percuma.

Untuk pakej yang seterusnya pula iaitu Pakej Lengkap Gold, lengkap dengan segala kemudahan yang ditawarkan dalam Pakej Asas, namun dengan tambahan busana pengantin, jurugambar dan servis solekan.

Villa SRI Event Space by Canopy Haven Dewan Shah Alam
Sumber: Villa SRI Event Space by Canopy Haven

Bagaimana pula dengan konsepnya? Villa ini dihias dengan tema ala-taman, berlantaikan rumput hijau, dan berkanopi putih, dengan dekorasi indah yang mewujudkan suasana penuh magikal.

Facebook: Villa SRI Event Space by Canopy Haven

Website: https://canopyhaven.blogspot.com

Hubungi: 016 310 9395

Alamat: Kg Baru Subang, 40150 Shah Alam.


5. Astana Wedding Place & Function Space

Astana Wedding Place & Function Space Shah Alam
Sumber: Astana Wedding Place & Function Space

Astana Wedding Place & Function Space menawarkan dewan yang dihias dengan elegan untuk sebuah majlis perkahwinan eksklusif.

Dengan pakej perkahwinan yang ditawarkan, antara yang akan disediakan adalah pelamin, dekorasi dewan, 35 buah meja dan 350 kerusi yang kesemuanya beralas, servis katering, kek pengantin dan banyak lagi.

Astana Wedding Place & Function Space Dewan Kahwin Shah Alam
Sumber: Astana Wedding Place & Function Space

Tertanya-tanya tentang kemudahan dewan? Cukup lengkap, fasiliti yang disediakan adalah seperti bilik persediaan, surau, tandas, tempat meletak kenderaan, PA sistem, skrin projektor dan banyak lagi.

Instagram: astanaweddingplace_

Facebook: Astana Wedding Place & Function Space

Website: http://www.astanaweddingplace.com

Hubungi: 03 7873 0784 | 017 365 7721 | 018 263 3163

Emel: astana.anira@gmail.com

Alamat: Jalan Iktisas, Seksyen 14/6, 40000 Shah Alam.


4. Dewan Kahwin Shah Alam

Dewan Kahwin Shah Alam
Sumber: Dewan Kahwin Shah Alam

Merancang untuk menjemput ramai tetamu di hari perkahwinan? Anda boleh menjadikan Dewan Kahwin Shah Alam di bawah kelolaan Fasz Creative Wedding sebagai salah satu pilihan utama.

Dewan ini dikatakan antara yang terbesar di Shah Alam, namun yang menariknya, harga yang dikenakan adalah antara yang paling murah. Dewan yang ditawarkan mereka lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti kerusi chiavari, surau, tandas, bilik VIP dan lain-lain.

Dewan Kahwin Shah Alam Pelamin
Sumber: Dewan Kahwin Shah Alam

Dengan pengalaman melebihi 10 tahun, anda tidak tersalah pilih sekiranya mengambil pakej perkahwinan yang ditawarkan. Melalui pakej ini juga, anda akan diberikan kek 3 tingkat secara percuma.

Facebook: Dewan Kahwin Shah Alam

Website: http://www.faszcreativeweddings.com/

Hubungi: 019 301 2777

Alamat: Kompleks Perkim Selangor Jalan Liku 8/1 Seksyen 8, 40000 Shah Alam.


3. Suria Grand Ballroom

Dewan Kahwin Suria Grand Ballroom
Sumber: Suria Grand Ballroom

Suria Grand Ballroom menawarkan dewan berkonsep moden untuk majlis perkahwinan yang bergaya eksklusif.

Dewan Kahwin Shah Alam Suria Grand Ballroom
Sumber: Suria Grand Ballroom

Dewan ini turut lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti penyejuk udara, PA sistem, bilik persalinan, bilik VIP, surau dan parking yang sangat luas. Dah habis majlis? Tak perlu bersusah-payah mengemas kerana semuanya akan diuruskan pihak pengurusan Suria Grand Ballroom sendiri.

Instagram: suriagrandballroom

Facebook: Suria Grand Ballroom

Website: www.suriagrandhall.com.my

Hubungi: 018 400 4857 | 018 400 7115

Emel: thespaceshahalam@gmail.com

Alamat: Space U8, Section U8, Shah Alam.


2. Laman Kayangan Shah Alam

Laman Kayangan Shah Alam
Sumber: Laman Kayangan Shah Alam

Terletak di lokasi strategik di Shah Alam, Laman Kayangan Shah Alam adalah sebuah dewan kahwin bergaya eksklusif yang dihiasi dengan gantungan chandelier dan pelbagai lagi dekorasi yang menaikkan seri dan atmosfera elegannya.

Dewan Kahwin Laman Kayangan Shah Alam
Sumber: Laman Kayangan Shah Alam

Percayalah, semua tetamu yang melangkah masuk ke dalam dewan ini pasti akan terpesona. Selain dewan yang indah, Laman Kayangan Shah Alam turut menawarkan pakej perkahwinan lengkap yang termasuklah katering, pelamin, dekorasi, busana pengantin, PA sistem, kelengkapan dewan dan servis fotografi.

Instagram: lamankayanganshahalam

Facebook: Laman Kayangan Shah Alam

Website: www.lamankayangan.com.my

Hubungi: 012 253 3973 | 019 250 3090 | 03 5885 9224

Emel: sales@greatcreation.com

Alamat: Laman Kayangan Shah Alam, Lot 4, Jalan 7/52 Off Jalan Persiaran Kayangan, Seksyen 7, 40000 Shah Alam.


1. Black Pearl Events

Black Pearl Events Shah Alam
Sumber: Black Pearl Events

Inginkan dewan dengan konsep lebih unik dan hipster daripada yang biasa dilihat? Anda boleh booking dewan Black Pearl Events.

Dekorasi dalamannya dikuasai oleh warna hitam namun dihidupkan dengan tona kayu dan simen yang cerah, tingkapnya juga luas dari lantai mencecah ke siling.

Sentuhan dalaman yang cukup urban, sesuai untuk meraikan pengantin yang masih berjiwa muda. Fasilitinya juga tidak mengecewakan, ruang parking yang disediakan sangat banyak sehingga mampu menampung 200 kenderaan pada satu-satu masa.

Black Pearl Events Dewan Kahwin Shah Alam
Sumber: Black Pearl Events

Selain dewan yang menarik, Black Pearl Events turut menawarkan pakej perkahwinan yang lengkap dalam harga yang berpatutan bersesuaian dengan keunikan dan keselesaan yang ditawarkan.

Facebook: Black Pearl Events – formerly known as Colosseum Events

Hubungi: 014 719 1564 | 010 445 0313

Emel: https://blackpearlevents.my

Alamat: PT 16859, Jalan Penyair U1/44, Glenmarie, Shah Alam.

Waktu operasi: Isnin — Jumaat (10.00 am — 8.00 pm) | Sabtu — Ahad (10.00 am — 6.00 pm)


Dah jumpa dewan dengan konsep yang diinginkan? Atau mungkin juga pakej yang paling membuatkan anda rasa senang hati?

Jangan buang masa lagi, hubungi pihak pengurusan secepat yang mungkin untuk menetapkan tarikh yang dinginkan atau merancang perjumpaan untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang apa yang mereka tawarkan.

Baca: 17 Dewan Kahwin Menarik Di Kuala Lumpur

Diharapkan, artikel ini dapat memudahkan proses pemilihan anda dan pasangan demi mendapatkan majlis perkahwinan yang sempurna.