Doorgift adalah hadiah kecil dari pihak pengantin kepada tetamu sebagai tanda terima kasih di atas kehadiran mereka memeriahkan majlis. Kebiasaannya doorgift ini akan diberi pada akhir majlis iaitu setelah bersalam-salaman dengan ibu bapa atau ahli keluarga pengantin. Ada juga di sesetengah majlis, doorgift akan terus diletakkan di atas meja makan. Terpulang kepada cara pemberian doorgift majlis masing-masing.
Doorgift bukanlah sesuatu perkara yang wajib tetapi ianya sekadar memenuhi adat semata-mata. Bila dilihat pada trend terkini agak janggal sekiranya tiada sebarang doorgift diberikan kepada tetamu kerana adat ini sudah lama dipraktikkan dalam masyarakat kita.
Jika zaman dulu, telur pindang atau telur rebus antara doorgift yang popular. Namun kini, trend ini sudah berubah mengikut perkembangan zaman. Pada perkongsian kali ini kami bawakan 47 idea doorgift yang menarik untuk inspirasi majlis kahwin anda nanti!
Kadang-kadang terdapat lebih daripada 2 atau 3 jenis doorgift disediakan dalam satu majlis perkahwinan. Doorgift dibahagikan mengikut umur, status dan hubungan pengantin dengan tetamu.
Sebagai contoh, lollipop atau coklat bar untuk tetamu kanak-kanak manakala tetamu dewasa akan diberikan doorgift standard dan jika ada tetamu jemputan VIP, doorgift khas seperti minyak wangi, bekas kristal atau sebagainya disediakan.
Selain dari tetamu VIP, tetamu dari bahagian keluarga pengantin juga akan menerima hadiah yang sama. Tapi terpulang kepada bajet dan pilihan masing-masing. Secara ringkasnya pilihan doorgift yang boleh anda berikan kepada tetamu nanti sememangnya banyak. Pilihan doorgift ini boleh dipecahkan kepada 3 bahagian iaitu doorgift makanan, barang bukan makanan dan rare.
Kandungan
Doorgift Makanan
Makanan merupakan pilihan popular yang sering dijadikan sebagai doorgift kahwin. Selain daripada mudah didapati dan kosnya yang murah, doorgift seperti ini juga boleh dilakukan secara DIY ataupun ditempah. Maka tak hairanlah kenapa makanan sering dijadikan doorgift dalam majlis perkahwinan.
47. Bunga Telur

Bunga telur adalah idea doorgift yang telah digunakan dalam majlis perkahwinan sejak zaman dahulu lagi. Bunga telur selalunya diberikan kepada tetamu ketika majlis menepung tawar. Tetapi boleh sahaja kalau nak berikan kepada setiap tetamu yang hadir.
Kalau nak lebih istimewa lagi, gunakan telur itik sebagai bunga pahar yang yang diletakkan di pelamin untuk majlis menepung tawar dan telur ayam untuk semua tetamu yang hadir. Ada juga tuan rumah yang menggunakan telur pindang atau telur puyuh sebagai bunga telur.
46. Cookies

Cookies antara doorgift yang dipopularkan sekitar tahun 2013. Selain daripada mudah disediakan, terdapat ramai juga vendor goodies diluar sana yang menyediakan pakej doorgift cookies yang lengkap.
Beraneka jenis cookies boleh dipilih dan anda boleh memilih sama ada cookies ini dibungkus di dalam kotak khas, balang, plastik atau paper bag.
45. Macarons

Tentu comel apabila macarons yang berwarna-warni ini dijadikan sebagai doorgift. Bukan kanak-kanak sahaja yang teruja dengan pemberian doorgift jenis ini, tetamu dewasa juga turut sama merasakannya.
Terdapat pelbagai jenis perisa, size dan cara ianya dibungkus. Jika anda mempunyai bilangan tetamu yang tidak ramai, boleh sahaja mencuba untuk buatnya sendiri. Bahan-bahannya sungguh mudah, hanya menggunakan telur putih, serbuk almond, gula icing dan gula castor.
44. Chocolate Bar

Chocolate bar antara doorgift yang trending beberapa tahun yang lepas dan kini ia tetap menjadi pilihan utama.
Hanya bermodalkan RM2, chocolate bar yang lengkap dengan kotak yang cantik sudah siap sedia untuk diagihkan. Nak lebih eksklusif? Tambah sahaja reben dan tag bersempena majlis anda.
43. Mini Cupcakes

Merupakan doorgift yang sangat digemari oleh semua golongan tak kira usia. Anda boleh menyediakannya secara DIY untuk penjimatan yang berganda.
Sekiranya anda kesuntukan masa, apa kata serahkan saja tugas ini kepada bakery yang anda boleh temui di laman sosial. Banyak pilihan perisa, bentuk dan bungkusan yang anda boleh pilih sesuai dengan tema dan bajet anda.
42. Bahulu

Kuih warisan yang tak pernah diluput dek zaman bahkan kuih ini turut dipopularkan sebagai buah tangan ataupun doorgift bagi majlis-majlis besar.
Untuk membuktikan bahawa anda anak Melayu yang masih berpegang teguh pada adat, apa kata jadikan bahulu sebagai doorgift utama.
41. Madu

Sekiranya anda berminat untuk memberikan doorgift manisan kepada tetamu yang hadir, madu dalam balang mini adalah idea yang paling tepat dan menarik.
Untuk dapatkan madu yang berkualiti tinggi, pemilihan vendor perlu dititikberatkan. Banyak pilihan vendor dengan review positif yang anda boleh cari di laman sosial instagram dan FB.
40. Marshmallow

Penyediaan doorgift kahwin berasaskan marshmellow sememangnya mudah dengan kos yang murah dan yang paling penting adalah doorgift ini boleh DIY sahaja. Senang sangat! Nak nampak lebih personalized anda hanya perlu tambah customized sticker dan juga reben.
39. Pulut Kuning

Pulut kuning mempunyai signifikasi yang tersendiri dalam adat Melayu dan sering digunakan di dalam acara perkahwinan, pertunangan dan juga cukur jambul.
Ianya juga merupakan simbolik sebagai tanda kesyukuran memperoleh sesuatu yang dihajati dan juga diberikan kepada tetamu sebagai tanda terima kasih. Jadi elok benarlah jika pulut kuning ini dijadikan doorgift untuk majlis perkahwinan anda nanti.
38. Dadih

Idea yang paling ringkas, mudah disediakan serta dapat mejimatkan kos perbelanjaan. Selain itu, dadih juga amat digemari bukan saja oleh kanak-kanak bahkan juga orang dewasa. Dengan bajet sekitar RM200, lebih dari 1000 bekas kecil dadih dapat disediakan untuk para tetamu.
37. Asam atau Jeruk

Asam biasanya dikaitkan dengan orang yang mengidam. Jarang sekali dilihat asam diberikan di majlis perkahwinan sebagai doorgift. Apa kata untuk majlis perkahwinan anda nanti berikan asam di dalam jar atau bungkusan plastik istimewa sebagai doorgift yang unik.
Selain itu, buah mangga muda yang dicampur dengan serbuk asam, buah asam boy serta cili padi adalah resepi terbaik untuk doorgift majlis anda. Nak lebih meriah jangan lupa tampal stiker customumized bersempena majlis perkahwinan anda.
36. Kurma

Bulan ramadhan adalah bulan di mana kurma sering dijadikan buah tangan ataupun agihan kepada orang ramai. Jarang sekali dapat dilihat makanan sunnah ini pada bulan-bulan yang lain.
Baca: 12 Gubahan Hantaran Coklat | Design Menarik & Luarbiasa
Apatah lagi untuk dijadikan doorgift majlis perkahwinan. Jom cipta kelainan dengan mengagihkan kurma di majlis anda nanti. Nak nampak mahal dan eksklusif? Mudah saja, anda hanya perlukan printed box ataupun jar untuk mengisi kurma.
35. Kacang, Maruku atau Kerepek

Kacang, maruku atau kerepek merupakan kudapan yang sering dijadikan sebagai doorgift bajet dan juga doorgift DIY. Selain daripada mudah didapati dan menjimatkan kerana anda boleh membelinya ini secara borong.
Doorgift ini juga boleh dibungkus dalam pelbagai cara seperti kotak berhias, balang kaca atau plastik, bekas plastik berbentuk kon dan yang paling trending sekarang adalah bungkusan ziplock paperbag.
34. Lollipop Cool Edible Flower Lollipop

Lollipop Cool Edible Flower Lollipop adalah idea yang cukup menarik untuk dijadikan doorgift bagi anda seorang yang berjiwa halus dan berseni. Ketelitian dalam setiap rekaan menjadikan ia manisan yang agak mahal.
Lolipop ini lebih sesuai dijadikan doorgift istimewa khusus untuk rombongan pihak pengantin lelaki atau perempuan dan juga kenalan yang terdekat saja.
33. Pop corn

Jika anda sukakan sesuatu yang ringkas dengan bajet yang kecil, popcorn adalah idea yang terbaik untuk dijadikan doorgift.
Biasanya popcorn ini didatangkan dengan balang ataupun ziplock paperbag. Untuk memudahkan kerja anda, tempah saja doorgift popcorn ini secara online.
32. Kristal

Idamkan majlis perkahwinan yang tampak elegant serta mewah? Kristal adalah doorgift yang tepat bagi merealiasikan impian anda.
Sinaran yang ada pada Kristal serta perincian pada setiap rekaannnya mampu meningkatkan lagi nilai eksklusif majlis anda. Kebiasaannya set Kristal ini lebih sesuai untuk tetamu VIP dan premium saja.
Doorgift Barang
31. Sabun

Jika anda mencari doorgift bukan makanan yang istimewa, sabun merupakan doorgift yang anda boleh pertimbangkan. Bukan sahaja wangi, ianya juga boleh dibentuk dalam pelbagai rekaan, dan terdapat banyak jenis haruman yang dipilih.
30. Set Tasbih

Walaupun dikatakan agak cliché namun set tasbih tetap menjadikan pilihan sesetengah pengantin dalam penyediaan doorgift bagi majlis perkahwinan terutamanya mereka yang berpewatakan Islamik. Selain itu, penyediaan doorgift agak simple berbanding yang lain.
29. Scented Candle

Scented candle adalah idea doorgift yang agak ringkas tetapi mempunyai daya tarikan yang tersendiri.
Reka bentuk yang pelbagai serta haruman yang semerbak setelah ia dinyalakan pasti memikat hati sesiapa sahaja untuk memilikinya. Sangat sesuai untuk dipasang di bilik tidur untuk impak romantik.
28. Perfume

Satu lagi idea doorgift yang menarik yang boleh anda buat bagi melengkapkan lagi majlis perkahwinan anda iaitu pemberian perfume. Pemberian ini pastiya menjadi bualan para tetamu kerana semua orang sukakan wangian.
Untuk menyenang kerja pengagihan doorgift, pemilihan perfume untuk tetamu hendaklah menjuruskan kepada wangian unisex. Bau yang sesuai adalah lavender, vanilla serta wangian ros.
27. Batu Akik (Agate Stones)

Doorgift yang sedang hangat diperkatakan dan kehadiran agate stones pada tahun ini membuatkan ramai tercari-cari vendor yang membekalkan batu agate ini untuk dijadikan doorgift mewah.
Gelang tangan atau tasbih antara doorgift istimewa yang diperbuat daripada batu agate. Selain itu, batu ini turut dijadikan barang hias rumah seperti frame gambar dan banyak lagi. Doorgift seperti ini lebih sesuai diberikan kepada tetamu VIP sahaja kerana harganya yang agak mahal.
26. Mugs

Idea yang tak pernah lapuk dek perkembangan trend zaman kini iaitu pemberian mugs sebagai hadiah mahupun doorgift. Mungkin anda dah biasa lihat mugs dijadikan doorgift atau cenderahati bagi apa-apa majlis termasuklah majlis perkahwinan.
Untuk menjadikan pemberian ini lebih istimewa, anda boleh customized mugs tersebut bersempena dengan majlis anda. Pastinya pemberian anda akan dikenang senantiasa lebih-lebih lagi pada setiap kali mugs anda digunakan untuk menghilang dahaga. Idea yang simple tapi sangat bermanfaat.
25. Set Toiletries Hotel

Idea untuk menjadikan set toiletries hotel sebagai doorgift adalah idea yang paling bijak dan terbaik! Siapa je yang tak sukakan set hotel yang lengkap dengan shampoo, shower gel, body lotion dan juga sabun kan? Setiap kali menginap di hotel pasti set ini menjadi rebutan dan ia sering dibawa pulang sebagai tanda kenang-kenangan.
Bukan itu saja, set ini sebenarnya memudahkan urusan ketika hendak travel kerana ianya lengkap dan mudah dibawa ke mana-mana kerana saiznya yang kecil.
Sekiranya anda berhajat untuk menjadikan set hotel ini sebagai doorgift majlis anda sila sediakan bajet lebih kerana set ini agak mahal. Atau anda juga boleh jadikan ia sebagai doorgift untuk tetamu VIP dan untuk kenalan yang terdekat sahaja.
24. Jam Ikea

Semua orang tahu bahawa IKEA adalah tempat atau lubuk barangan rumah. Semuanya boleh didapati di sana dari sekecil-kecil barang hingga sebesar-besar perabot.
Jam dinding Ikea jenama RUSCH antara trend barang rumah yang popular dijadikan cenderahati kepada tetamu. Nak lebih eksklusif? Apa kata anda tambah sahaja reben dan metal tag bersempena majlis perkahwinan anda.
23. Bunga Rampai

Penyediaan bunga rampai sebagai doorgift boleh dipelbagaikan. Yang paling simple anda boleh DIY mini sachet atau meletakkannya dalam bekas kaca atau plastik yang berhias.
Nak jadikan ia lebih eksklusif? Gunakan fresh flower untuk hiasan sachet atau gunakan bekas kristal.
22. Surah Yassin

Pasangan yang Islamik biasanya akan memilih doorgift yang bukan saja berbentuk makanan atau mempunyai nilai sentimental semata-mata. Mereka turut mementingkan sesuatu yang boleh memberikan saham akhirat. Set surah yassin antara doorgift yang menepati ciri-ciri tersebut.
Nak dapatkan set surah yassin yang cantik dan eksklusif amatlah mudah. Ramai vendor di luar sana yang membekalkan cetakan surah yassin yang ready stock mahupun custom made. Dengan modal RM2 sahaja, anda boleh dapatkan set surah yassin yang lengkap berkotak serta berstiker.
21. Stiker

Tak lengkap rasanya cenderahati ataupun doorgift tanpa stiker ibarat kumbang tanpa si bunga. Stiker memainkan peranan yang penting dalam menaikkan seri doorgift serta memberikan impak personalized terhadap doorgift yang diberikan kepada tetamu.
Stiker customized ini biasanya akan ditampal di paperbag, kotak ataupun plastik pembungkus doorgift. Terdapat banyak design stiker yang lawa dan cantik.
Doorgift Rare
Orang zaman sekarang bila ditilik dan diperhatikan sememangnya sukakan sesuatu yang viral dan rare. Apa yang tidak pernah atau jarang dilakukan, itulah yang akan mereka buat termasuklah dalam bab penyediaan doorgift.
Baru-baru ini telah viral beberapa jenis doorgift yang rare di berikan kepada tetamu ketika majlis perkahwinan berlangsung. Idea fresh ini sememangnya menarik dan menjadi bualan ramai.
20. Telur Mentah

Jika dulu telur rebus dan telur pindang adalah perkara wajib yang dibawa pulang oleh tetamu. Namun kini telur mentah yang diletakkan di dalam sarungnya pula dijadikan buah tangan atau doorgift kepada tetamu.
Tampak lucu bukan? Namun ia adalah idea yang menarik yang boleh ditiru untuk majlis perkahwinan anda nanti. Tapi jangan lupa pula letak sticker “Telur Mentah” takut anak-anak kecil buat main lambung-lambung nanti.
19. Maggi

Sebut saja maggi, pasti terbayang semangkuk maggi bersama telur separuh masak dan diganding pula dengan sirap limau. Pastinya memikat selera sesiapa sahaja. Jadi apa kata untuk majlis perkahwinan anda nanti jom jadikan sepaket maggi sebagai doorgift.
Hanya berbajetkan RM0.70 saja untuk satu doorgift yang sungguh berbaloi. Dahlah dapat kecilkan bajet, maggi ini pula sangat berguna sebagai penyelamat di saat-saat kegawatan ekonomi di hujung bulan sementara menunggu gaji masuk hihi. Nak lebih menarik letak saja maggi di dalam kotak atau paperbag.
18. Roti Gardenia

Ini idea doorgift yang “Fresh From The Oven”. Sebungkus roti Gardenia sebagai santapan untuk sarapan pagi dan dicicah pula dengan kari ayam atau dijadikan sandwich.
Idea ini bukan saja rare bahkan boleh mengeyangkan seisi sekeluarga. Kalau anda ada bajet yang besar, roti Gardenia amat disyorkan untuk dijadikan doorgift.
17. Kicap

Memang sangat rare bila bahan masakan pula dijadikan sebagai doorgift bagi majlis perkahwinan. Kicap antara keperluan dapur yang sering menjadi pilihan. Ada beberapa brand digemari yang boleh anda pilih antaranya Jalen, Tamin dan beberapa jenama lain lagi.
Doorgift kahwin sebegini sangat praktikal kerana selain daripada bermanfaat untuk aktiviti memasak doorgift ini turut didatangkan dengan bungkusan botol mini yang cantik dan boleh di custommade mengikut citarasa anda dan pasangan.
16. Sos cili

Selain daripada kicap, sos cili dalam botol mini turut menjadi sasaran para pengantin. Didatangkan dengan kotak yang eksklusif yang berukiran nama anda dan pasangan, doorgift sebegini sememangnya tampak gah dan rare.
15. Serbuk Kunyit
Aduh comel betul bila paperbag doorgift berisi dengan serbuk kunyit. Memang rare lah! Mak-mak yang selalu berkampung di dapur pasti sukakan idea ini.
Senang kerja nak memasak nanti. Pastikan serbuk kunyit Adabi ye. Ianya diyakini bersih dan halal. Tambahan pula, ianya adalah produk keluaran Muslim.
14. Gula Putih

Di tengah-tengah ekonomi makin merosot, elok sangatlah gula putih dijadikan sebagai doorgift. Bukan saja rare bahkan sangat berguna untuk keperluan dapur.
Jika anda sukakan sesuatu yang lain dari yang lain, gula putih sememangnya idea yang terbaik kerana jarang orang buat tau. Tapi anda harus ingat untuk angkut semua doorgift ini anda memerlukan abang-abang sado. Berat tau!
13. Senduk Masak

Idea senduk masak sebagai doorgift semakin mendapat sambutan. Bukan saja comel bahkan bertambah rare bila nama anda dan pasangan ada terukir di situ. Nak tempah senduk masak khas untuk majlis anda? Cari sahaja di laman sosial, pasti anda akan menemuinya.
12. Air Mineral

Air mineral mungkin nampak biasa tapi ia jarang dijadikan sebagai doorgift majlis perkahwinan. Nak tambah rare tampal saja sticker yang tertulis nama anda dan pasangan.
11. Ubat gigi
Doorgift ubat gigi memang rare dan terbaik! Tak perlu yang bersaiz besar, cukup saja ubat gigi yang bersaiz kecil, ringan dan mudah dibawa semasa travel.
10. Susu Tin Pekat
Idea doorgift susu tin pekat untuk majlis perkahwinan anda nanti merupakan suatu idea yang unik. Cukup dengan paperbag custommade nama anda dan pasangan pada tin susu pekat, doorgift anda pasti menjadi bualan ramai nanti.
9. Jem

Dengan harga kurang dari RM6, jem merupakan idea doorgift yang menarik dan bermanfaat. Sekarang ini banyak kedai yang menjual jem dengan harga murah. Tambah saja stiker dan reben untuk sentuhan peribadi.
8. Tuala Muka

Tuala muka antara doorgift yang digemari ramai. Sangat murah dan juga praktikal untuk dibawa ke mana-mana.
Untuk menjadikan doorgift ini lebih istimewa, tambah saja jahitan khas ataupun sulaman bersempena majlis anda. Pasti tetamu akan terkenangkan majlis anda setiap kali menggunakannya.
7. Kipas Tangan

Doorgift yang cukup popular di zaman 90an suatu ketika dulu. Tetapi sekarang doorgift sebegini jarang dilihat di majlis-majlis perkahwinan.
Inginkan kelainan, anda boleh jadikan kipas tangan sebagai cenderahati buat tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan anda nanti. Pasti tetamu pulang dengan senyuman.
6. Key Chain

Keychain adalah simbolik kepada aktiviti pelancongan. Biasanya ia dijadikan sebagai buah tangan kepada saudara mara setelah pulang dari melancong. Setakat ini memang jarang dapat lihat keychain dijadikan doorgift majlis perkahwinan.
Apa kata untuk majlis anda nanti cipta satu kelainan. Custommade keychain yang berfigura kartun pengantin yang tertulis nama anda dan pasangan. Sweet kan!
5. Mini Kalendar

Mini kalendar ini boleh dijadikan sebagai idea doorgift. Pastikan tarikh kalendar dibuat untuk tahun depan jika anda bakal berkahwin pada tahun ini misalnya. Jadi tetamu boleh menyimpannya untuk digunakan pada tahun hadapan.
Pelbagai jenis design atau bentuk mini kalendar yang boleh dipilih mengikut kesesuaian bajet. Hadiah seperti ini bukan sahaja ringan tetapi tidak mengambil ruang yang banyak untuk disimpan.
4. Mini Sejadah

Murah, bermanfaat dan ada ganjaran besar menanti anda sekiranya mini sejadah yang anda hadiahkan kepada tetamu digunakan untuk ibadah harian mereka. Mini sejadah ini sangat berguna ketika bermusafir atau melancong.
Sangat mudah dibawa kerana saiznya yang sederhana kecil. Hanya bermodalkan RM2.50 saja untuk sediakan doorgift sebegini atau nak lebih murah anda boleh ke Masjid India atau Jalan Tar untuk mendapatkannya pada harga borong.
3. Magnet Peti Sejuk

Siapa yang tak suka bila dapat doorgift yang boleh dijadikan hiasan. Lebih-lebih lagi magnet peti sejuk yang customized dengan rekaan yang menarik.
2. Salt Pepper
Satu lagi idea menarik untuk doorgift majlis perkahwinan anda iaitu bekas letak lada hitam dan garam. Terdapat bermacam macam jenis bentuk yang ada di luar sana. Yang bestnya bekas salt & pepper ini boleh didapati hanya RM3 sahaja satu set.
1. Mini Cactus

Pernah tak dapat mini cactus bila hadir ke majlis perkahwinan? Tentu tak pernah, bukan? Jadilah inilah masanya untuk mencipta suatu kelainan dengan menjadikan mini cactus sebagai doorgift untuk majlis perkahwinan anda nanti.
Pendek kata terlalu banyak pilihan doorgift kahwin yang anda boleh jadikan inspirasi untuk majlis bahagia yang bakal tiba nanti. Jika anda seorang yang kreatif dan inovatif hatta batu di tepi jalan juga boleh dijadikan doorgift buat tetamu. Ini kerana kreativiti dan semangat adalah faktor utama dalam menghasilkan sesuatu.
Tetapi sekiranya anda seorang yang sibuk dan tidak mempunyai masa untuk menguruskan doorgift ini sendiri, apa kata anda minta bantuan adik beradik ataupun tempah saja doorgift ini melalui vendor-vendor yang ada di luar sana. Ianya lebih mudah, menjimatkan masa serta tenaga.
Tips dari kami untuk anda yang sedang membuat persiapan majlis perkahwinan, rancanglah sebaik mungkin terutamanya apabila melibatkan wang. Pilihlah vendor yang menawarkan harga yang berpatutan dan sila bandingkan dahulu harga yang ditawarkan oleh vendor. Jadilah pembeli yang bijak!
Selain itu, dalam menyediakan doorgift buat tetamu ikutlah bajet dan kemampuan anda dan pasangan. Jangan disebabkan hendak nampak gah di mata tetamu, anda tersepit dengan hutang di kemudian hari.
Berbelanjalah dengan berhikmat kerana kehidupan selepas majlis perkahwinan lebih memerlukan wang. Dan akhir kalam, kami mengucapkan selamat pengantin baru kepada semua bakal-bakal pengantin di luar sana dan semoga perkahwinan anda diberkati dan kekal hingga ke syurga. Amiin!