Dalam majlis pertunangan atau perkahwinan telah menjadi adat dan tradisi orang melayu menggunakan hantaran untuk kedua-dua pengantin sejak turun temurun lagi.
Hantaran ini seakan-akan menjadi kewajiban bagi majlis pertunangan atau perkahwinan yang bakal diraikan bagi kedua-dua pasangan.

Hantaran yang digubah dan dibuat semestinya mempunyai bekas tapak untuk diletakkan barang hantaran. Kebiasaannya barang-barang hantaran yang tersedia akan diletakkan di dalam dulang atau tapak yang dinamakan sebagai dulang hantaran.
Kandungan
Apa Itu Dulang Hantaran?
Dulang hantaran ialah bekas atau tapak untuk meletakkan barang-barang hantaran perkahwinan atau pertunangan untuk diberi kepada pasangan.
Kebiasaannya dulang hantaran ini mempunyai pelbagai jenis dulang mengikut tema atau kesesuaian sesuatu majlis perkahwinan itu. Ada yang meminati dengan design berkonsepkan moden, simple, ekslusif, inggeris atau tradisional dan macam-macam jenis lagi.
Pasangan pengantin biasanya akan memilih mengikut tema yang telah mereka rancang dengan mengikut warna, saiz yang bersesuaian dengan dulang tersebut. Tidak susah pun nak buat dulang hantaran, ianya cuma memakan sedikit masa sahaja.
Baca: 35 Hantaran Kahwin Yang Best Untuk Majlis Nikah Luarbiasa
Jika individu yang kreatif, mereka tidak akan mengambil masa yang lama untuk menggubah dulang hantaran, ini kerana ianya telah pun dirancang mengikut tema yang diidamkan pada hari bahagia yang dinanti-nantikan.
Sudah pasti bakal mempelai inginkan yang terbaik dalam majlis yang bakal diraikan untuk nampak lebih meriah, anggun dan menarik. Di sini kami ingin kongsikan 7 jenis dulang hantaran yang boleh anda pilih pada hari bahagia persandingan anda. Mari kita melihat satu-persatu bagi mengikuti citarasa anda.
Jenis-Jenis Dulang Hantaran Yang Popular
1. Tradisional

Pada zaman kini, ramai yang sukakan akan konsep yang berkaitan dengan tradisional. Ianya merupakan konsep keaslian kemelayuan dan tradisi orang melayu kita sejak zaman dahulu lagi. Biasanya, jika pasangan memilih konsep tradisional ini akan memilih warna dan tema emas diraja, ungu atau hijau gelap kerana ianya bersesuaian dengan konsep keaslian orang melayu ini.
Justeru itu, bagi bersesuaian dengan konsep keaslian ini, untuk menggubah dulang hantaran juga memainkan peranan dalam menuruti tema yang telah dipilih agar bersesuaian dengan konsep “Melayu Asli”. Contohnya seperti dulang hantaran yang digunakan dengan menggunakan penampi.
Lazimnya, penampi ini digunakan untuk menampi beras sebelum dimasak oleh orang terdahulu. Tetapi, sekarang ini telah diubah dijadikan sebagai dulang hantaran kerana lebih sesuai dengan simbolik “Melayu Asli” bagi tradisi orang melayu kita sendiri.
Dengan menggunakan tampi, penampakannya sangatlah unik lebih-lebih lagi dihiasi bersama bunga ros dan bunga hydrangea di atas dulang, disimpulkan pula dengan reben kecil dan disaluti bunga lavender agar nampak lebih terpesona dipandangan mata orang ramai. Untuk menyerikan lagi kemodenan dan keaslian tradisional, hiasan dulang ditambah bersama tepak sirih tradisional, bunga paha yang digubah bentuk esklusif dan bunga hidup supaya seakan-akan nampak lebih segar.
2. Moden (Terrarium)

Konsep moden menggunakan terrarium nampak lebih gah dan mahal. Dikelilingi pula bunga-bunga yang berwarna warni menyifatkan seperti di Taman Bunga yang sedang kembang mekar. Bunga ros purple yang membawa maksud cinta pandang pertama, cinta yang ikhlas antara pasangan pengantin diserikan lagi dengan bunga kekwa yang bermaksud kejujuran dan kesetiaan sang mempelai bersama yang tercinta dan saling cinta mencintai.
Disaluti juga bunga lavender yang bermaksud menghargai antara satu sama lain. Dengan menggunakan terrarium, dan meletakkan kotak berserta cincin di dalamnya ini bermaksud ikatan sebuah cinta yang bersemi untuk kekal selamanya. Cincin yang akan disarungkan di jari manis sang mempelai maka termeterailah sebuah janji di bawah payung keikhlasan untuk bercinta hingga ke syurga.
3. Hidden Hantaran

Tidak asing lagi hidden hantaran telah digunakan sejak zaman nenek moyang kita lagi. Tapi kini telah menjadi trend semula pada zaman ini kerana kebanyakan mereka lebih mahukan privasi dan merahsiakan barang-barang hantaran yang akan diberikan kepada pasangan masing-masing.
Dengan menggunakan hidden hantaran ini ianya lebih mudah kerja dan senang tidak perlu gubahan tambahan dan tidak perlu lagi memikirkan cara untuk mendekorasinya.
Ianya hanya perlu diikat simpul bentuk reben agar kelihatan kemas atau simpulan lain mengikut kreativiti masing-masing. Konsep hidden ini hanya menggunakan kain satin, chiffon, organza.
Atau untuk menampakkan lebih menarik dan paling rare sekali, ia juga boleh menggunakan kain batik. Ini akan lebih terserlah tanda simbolik ketulenan orang melayu tradisional asli kita.
4. Kotak Kayu/Pallet

Jika sang pengantin menginginkan perkahwinan yang nampak simple atau ala-ala “garden”, dengan menggunakan kotak kayu / pallet ianya akan lebih kelihatan tampak hipster. Kotak kayu itu dialasi pula bersama grass carpet, bunga tangkai, poliform.
Poliform diletakkan di ruang dalam kotak itu agar barang yang akan dimuat masuk nampak tinggi dan kemas sekali. Selain itu, gubahan kayu pallet ini akan menampakkan lagi seni ketulenan kayu yang juga simbolik kekuatan. Selain itu, gubahan kayu pallet ini lebih menggambarkan ciri-ciri alam semulajadi.
Kayu yang diperbuat daripada pokok boleh diadaptasikan sebagai reka bentuk dulang gubahan untuk barang-barang hantaran pengantin.
5. Tray

Untuk tampak kreatif dan inginkan sedikit kelainan. Terdapat banyak jenis dulang hantaran yang menggunakan tray. Dulang ini dikombinasikan dengan pelbagai jenis bentuk-bentuk yang berlainan seperti crystal tray, tray bulat, tray yang berbentuk transparent, tray besi bunga dan juga dulang perak.
Selalunya bagi pasangan yang menggubah untuk dulang hantaran pertunangan, akan menggunakan tray bulat. Ini kerana tray bulat mudah untuk diletakkan makanan-makanan seperti manisan coklat-coklat, buah-buahan anggur dan barang keperluan lain. Tray besi bunga juga adakalanya menjadi pilihan hati bagi pihak perempuan untuk gubah hantaran tersebut.
6. Dulang Bakul Rotan

Dulang bakul rotan ianya lebih mudah dibawa dan dipegang untuk membawa barang-barang hantaran. Bakul rotan mempunyai pelbagai saiz mengikut kesesuaian barangan hantaran yang hendak diberi kepada pasangan anda. Kini, sang mempelai bebas untuk memilih jenis bakul rotan yang berbeza-beza bentuknya mengikut citarasa masing-masing.
Ada yang sukakan akan bakul yang lebar, ada pula yang sukakan bakul bulat kecil yang mempunyai tangkai dan ramai juga memilih bakul yang bersegi empat kerana besar dan lebar lebih muat untuk diletakkan barangan.
Bakul rotan ini lebih cantik dengan disaluti reben-reben pada tangkainya kemudian diletakkan bunga ros dan hydrangea di setiap bakul itu. Ini akan menampakkan manis dipandangan mata orang.
7. Box Kaca

Sudah pasti box kaca menjadi pilihan hati bagi yang mengambil konsep inggeris kerana dengan penampakannya yang ekslusif dan mahal pada kaca itu lebih tertawan hati masing-masing untuk memilihnya.
Kebanyakan orang yang memilih box kaca biasanya yang mempunyai bajet yang berlebihan, mampu dan mahukan keserian lutsinar dipandangan mata orang. Box kaca juga boleh diselitkan bunga-bunga ros kecil berwarna merah atau ungu tanda cinta berputik pandang pertama.
Tips Memilih Dulang Hantaran
Rasa tidak lengkap sesebuah majlis perkahwinan itu jika tiada barang-barang hantaran. Kerana ianya tidak sangkal lagi sudah menjadi adat turun temurun orang melayu kita. Jika adanya barang hantaran, sudah pasti dan mestilah dulang hantaran diperlukan juga.
Disini kami menyediakan tips-tips memilih dulang hantaran untuk aspirasi majlis persandingan anda nanti.
Tentukan Bajet & Saiz Dulang
Dalam perkahwinan sepertimana yang kita tahu memang memerlukan bajet yang sangat besar. Jadi, kita seharusnya menggunakan bajet yang bersesuaian dan yang mampu milik untuk perkahwinan ini.
Maka, terdapat banyak dulang hantaran yang tidak perlu bajet yang mahal tapi cantik dan berkualiti. Saiz dulang juga perlu diambil kira agar bersesuaian dengan barangan yang hendak kita letak di atas dulang. Contohnya beg tangan untuk pengantin perempuan disarankan beg yang kecil agar muat untuk dihiasi di dalam dulang hantaran.
Pilih Dulang Mengikut Konsep Perkahwinan
Jenis dulang perlu diambil kira dalam penggubahan dulang hantaran supaya kena dengan tema yang telah ditetapkan. Contoh jika sang mempelai memilih tema berkonsepkan inggeris, tema perkahwinan yang moden seperti pelamin yang digubah dengan bunga-bunga seperti di taman, dan pengantin lelaki memakai pakaian coat sambil pengantin perempuan memakai gaun labuh dan dulang hantaran lebih bersesuaian dengan menggunakan box kaca.
Manakala, jika pasangan memilih konsep tradisional, pakaian yang digayakan semestinya songket yang cantik dan dulang hantaran yang bersesuaian.
Jumlah Dulang Hantaran Yang Selalu Orang Guna
Seringkali kita mendengar kebiasaannya pasangan pengantin akan memberi jumlah dulang hantaran antara 5-7 dulang. Ada juga yang memberi sehingga 7-9 dulang. Dan biasanya hantaran yang akan diberi kepada pihak lelaki melebihi 2 dulang daripada pihak perempuan.
Untuk majlis pertunangan, hantaran yang diberikan biasanya hanya 5-7 dulang sahaja tidak melebihi had. Tetapi, tidak salah pun jika nak memberi lebih kepada pasangan kita, ini kerana ianya dari hati yang ikhlas. Paling banyak dulang hantaran yang diberi 9-11 dulang mengikut persetujuan antara kedua-dua belah pihak.
Barang Wajib Dalam Hantaran
Kita jangan melupakan adat budaya melayu kita di dalam pemberian hantaran, antara hantaran adat yang wajib diberikan kepada pasangan anda iaitu:
Sirih Junjung
Sudah pasti kita tahu sirih junjung simbolik dalam hal pertunangan mahupun perkahwinan. Sirih junjung ini juga meyifatkan lambang keaslian orang melayu dalam melamar gadis.
Dengan sifat dan bentuk daunnya yang memberi maksud kedamaian, keharmonian dalam apa jua rintangan. Dilengkapi pula dengan tepak sirih dihiasi bunga artificial untuk menceriakan lagi dulang hantaran sirih junjung ini.
Al-Quran
Set Al-Quran sudah pasti menjadi kewajiban di dalam hantaran. Pemberian set Al-Quran menunjukkan kepentingan ilmu Al-Quran dalam mendidik suami atau isteri mendekatkan diri kepada Pencipta kita.
Tugas suami adalah membimbing isteri untuk membawa ke syurga. Jika suami tidak pandai membaca Al-Quran, tidak salah si isteri mengajar suami. Isteri akan mendapat lebih banyak pahala. Malahan itu juga, hubungan suami isteri akan diberkati dan diredhai Allah SWT.
Cincin/Barang Kemas

Cincin atau pun set barang kemas pasti menjadi pujaan hati sang wanita. Dengan kilauan warna emas kekuningan, ia satunya barangan berharga yang sudah pasti menjadi idaman setiap wanita. Pihak lelaki biasanya akan memberi set barang kemas atau cincin yang disusun rapi diatas dulang hantaran untuk diberi kepada sang tercinta.
Sejadah & Telekung Solat

Pemberian set lengkap dan sejadah adalah simbolik kita sebagai muslim sejati dan juga menunjukan kepentingan solat dalam mendirikan rumahtangga yang bahagia.
Malahan itu juga, pemberian set ini akan menggalakkan suami isteri untuk solat berjemaah bersama-sama. Dari situ akan mengekalkan hubungan kasih saying sambil mengeratkan silaturrahim sesame keluarga dan hidup akan diredhai oleh Allah.
Mas Kahwin
Mas kahwin pada setiap negeri berlainan. Untuk di negeri Kuala Lumpur sebanyak RM80, Selangor RM300 dan lain-lain negeri tidak sama maharnya. Kebiasaannya, pihak lelaki menggubah wang hantaran mas kahwin ini berviarasi gubahan.
Ada yang menyusun duit mas kahwin di frame, dan ada pula melipat duit itu menjadi bentuk bunga lalu dihiasi di atas dulang hantaran. Ramai juga yang menggunakan cek.
Bunga Rampai

Hantaran bunga rampai antara tradisi yang sering dijadikan hantaran wajib kerana baunya yang harum menjadi penyeri dulang hantaran. Anda juga boleh menggantikannya dengan potpourri yang dapat memberikan hasil yang sama. Maklumlah masa kini susah nak sediakan bunga rampai kerana prosesnya yang rumit dan memakan masa.
Tema Warna dan Gubahan Dulang Hantaran Popular
Dalam meniti detik-detik hari perkahwinan, semestinya setiap pasangan mempunyai tema warna yang diidami. Maklumlah majlis resepsi mesti kelihatan vogue dan menyerlah gitu.
Setiap pasangan pasti sudah mempunyai idea konsep yang diidamkan. Selapas memilih bakal pengantin perlu memastikan tema warna dan gubahan dulang bersesuaian dengan konsep.
Bagi yang memilih konsep klasik tradisional melayu, pengantin sesuai digayakan dengan warna kuning emas, ungu pekat, hijau zamrud dan maroon. Oleh itu, hiasan dulang hantaran merangkumi tepak sirih, bunga telur, bunga paha serta disaluti hiasan bunga hidup agar tampak keserlahan melayu asli itu.
Bagi yang memilih konsep perkahwinan Inggeris, disarankan memilih waran pastel seperti biru, putih, merah jambu dan hijau. Ia kelihatan nampak lebih berseri-seri kerana warna terserlah.
Baca: 26 Hantaran Tunang Yang Terbaik Untuk Pengantin Lelaki & Perempuan
Hiasan gubahan dulang ini sesuai digayakan menggunakan box kaca agar nampak lebih menonjol keekslusifnya serta disusuri bersama bunga lily, hydrangea dan ros putih. Wah! Pasti pasangan sejoli berpuas hati dengan konsep yang telah dipilih pada hari bahagia mereka.
Pada zaman ini, pasangan yang inginkan majlis yang simple dan tidak terlalu mewah boleh memilih konsep perkahwinan santai. Bagi yang memilih konsep ini, pilihan warna juga banyak boleh dipilih seperti warna peach, merah, kelabu dan lain-lain lagi. Hiasan dulang yang disarankan kayu pallet, dulang bantal atau sponge.
Antara gubahan yang semakin menjadi tren adalah hantaran kasut wanita yang dimasukkan di dalam botol kaca serta dihiasi reben kecil persis kasut Cinderella yang dicari oleh putra raja. Untuk mewujudkan lagi suasana Fairytale wedding, pastikan kasut ini digandingkan dengan mainan reben dan bekas cincin terarium.
Bajet Untuk Dulang Hantaran
Seperti yang kita tahu, setiap majlis pertunangan atau perkahwinan haruslah ada dulang hantaran sebagai lambang penghargaan buat pasangan pengantin.
Justeru itu, hal kewangan bajet perlu juga diambil kira. Langkah yang wajar adalah untuk memilih barang mengikut kemampuan.
Seperti yang disebut diatas, kebiasaanya pengantin akan memilih 5-7 dulang untuk dibuat hantaran. Untuk memudahkan anda membuat keputsan barang apa yang hendak diberi, tentukan jumlah bajet keseluruhan dan cari barang yang terbaik untuk mengisi dulang anda mengikut bajet itu.
Untuk gubahan pula, banyak Instagram vendor yang menawarkan pakej lengkap sewa dulang berserta gubahan yang cantik dan berbaloi.
Cara Berjimat Untuk Barang Hantaran
Setiap pasangan mesti mahukan yang terbaik untuk majlis istimewa mereka. Biar Nampak gah, walaupun hanya menggunakan bajet minimal.
Pertama sekali, tips berjimat dalam pembelian barang, disarankan membeli barangan hantaran sewaktu promosi atau sale.
Waktu ini barangan hantaran seperti kasut, baju, kemeja lelaki, minyak wangi semuanya boleh didapati dengan harga murah dan mampu milik.
Dulang Hantaran Dalam Islam
Hantaran perkahwinan sememangnya tidak wajib di dalam Islam. Kerana syarat sah perkahwinan hanyalah bernikah dan pihak lelaki memberi mas kahwin pada pengantin perempuan.
Merujuk kepada dulang hantaran, ianya adalah satu adat melayu yang masih digunapakai untuk mengekalkan tradisi kita bak kata pepatah tidak lapuk dek zaman.
Walaupun memberi hantaran ini adat semata-mata, tak bermaksud ia suatu yang dilarang. Di dalam Islam hantaran dulang merupakan pemberian atau hadiah yang dapat menjalinkan hubungan cinta yang baik, eratkan silaturrahim, serta membibitkan rasa kasih sayang antara kedua-dua belah pihak.
Yang penting pemberian hadiah semestinya ikhlas dan mengikut kemampuan si pemberi. Yakni pemberian mestilah ikhlas kerana Allah Taala, bukan mengharapkan pembalasan semata-mata.
Untuk yang berkemampuan sememangnya boleh memilih barangan dan dulang yang lebih mahal dan ekslusif. Untuk yang menginginkan bajet yang sederhana, ada juga bekas dulang yang nampak mahal dan ekslusif dengan harga berpatutan.
Kami mengharapkan perkahwinan kalian kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Selamat pengantin baru!