Mesti dilema untuk memilih hadiah apa yang hendak diberikan semasa ke majlis perkahwinan. Lebih-lebih lagi, kalau pengantin itu merupakan kenalan baik atau saudara rapat. Kita orang melayu penuh dengan adat dan budi bahasa. Segan jika kita bertandang ke majlis orang dengan tangan kosong.

Untuk memudahkan anda memilih dan mencari idea hadiah kahwin, saya kongsikan 21 senarai hadiah kahwin menarik dan istimewa yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian dan bajet.

Kandungan

Hadiah Kahwin Ikea

Kalau anda hendak berikan kelainan dan kejutan kepada pengantin, anda bolehlah ke  IKEA. Pelbagai jenis produk yang berkualiti dan rekaan menarik di tawarkan di sini. Anda juga boleh menemui hadiah kahwin bawah RM50 dan hadiah kahwin bajet RM200.

21. Set Pinggan Mangkuk IKEA

Hadiah Kahwin Set Pinggan Mangkuk Ikea

Kita boleh mendapatkan set pinggan mangkuk IKEA  pada harga serendah RM49 untuk set  FÖRNYAD. Harga yang sangat berpatutan dengan kualiti yang dipamerkan. Hadiah set pingan mangkuk IKEA juga boleh menjadi hadiah berguna kepada pengantin kelak apabila mereka pindah ke rumah baru.

Maklumlah, selepas berkahwin pasti saudara-mara dan rakan taulan akan berkunjung ke rumah baru. Jadi si pengantin tak perlu pening  untuk mencari pinggan mangkuk untuk menjamu tetamu nanti.

20. Gelas/Cawan IKEA

Hadiah Kahwin Set Cawan Ikea

Seterusnya, bagi mereka yang masih berkira-kira dengan bajet tetapi masih inginkan hadiah produk IKEA yang berkualiti. Jangan risau, IKEA juga menawarkan set gelas dan cawan yang sangat menarik untuk dipilih sebagai buah tangan buat pengantin.

Pilihan boleh didapati pada harga serendah RM4.90 untuk set gelas REKO. Sungguhpun harganya murah, tetapi bentuk dan keunikan koleksi gelas dan cawan-cawan di IKEA ini pastinya akan membuatkan si pengantin sangat menghargai pemberian anda.

19. Meja Sisi Katil IKEA

Hadiah Kahwin Meja Sisi Katil Ikea

Apa lagi pilihan yang ada di IKEA?. Selain daripada kelengkapan dapur sebagai pilihan hadiah buat si pengantin, kita juga boleh memilih untuk menghadiahkan perabot kepada pengantin. Pilihan meja sisi katil jenis KNARREVIK boleh didapati dengan harga serendah RM49.

Antara kelebihan lain membeli set kelengkapan perabot di IKEA ialah, cara pembungkusannya yang kemas dan praktikal membolehkan kita membawanya sebagai hadiah ke majlis kahwin. Selain itu, saya percaya meja sisi katil IKEA ini bukan sahaja mempunyai banyak fungsi dan kegunaan tetapi dengan bentuknya yang menarik, pasti dapat menambahkan seri di rumah baru si pengantin.

18. Set Meja Makan IKEA

Hadiah Kahwin Set Meja Makan Ikea

Sekiranya si pengantin tersebut merupakan saudara-mara ataupun sahabat karib kita, pastinya kita tidak akan berkira untuk mengeluarkan bajet tambahan dalam menghadiahkan sesuatu yang bukan sahaja istimewa tetapi bermanfaat.

Sebagai simbol permulaan hidup berdua si pengantin, saya cadangkan untuk memilih set meja makan untuk dua orang yang terdapat di IKEA pada harga bawah RM200 seperti MELLTORP/ADDE atau MELLTORP/NISSE dengan harga RM175 dan RM189. Pasti sesuai untuk dijadikan sebagai persediaan makan malam romantis berdua untuk si pengantin kelak.

17. Bekas Rempah & Perasa IKEA

Hadiah Bekas Rempah Ikea

Jika anda ingin mencari hadiah yang comel seperti bekas rempah atau perasa, terdapat pelbagai jenis pilihan dan rekaan cantik dan menarik yang anda boleh pilih di IKEA.

Selepas berkahwin, memasak merupakan antara aktiviti yang boleh menambat hati suami. Bekas-bekas rempah dan perasa di IKEA ini tidak mahal pun, anda boleh mendapatkannya bekas RAJTAN dengan harga serendah RM5.90 untuk 4 balang kecil.

16. Set Kutleri IKEA

Set Kutleri Ikea Hadiah Kahwin

Antara pilihan hadiah lain yang boleh didapati di IKEA ialah set kutleri. Harga yang ditawarkan bergantung kepada kelengkapan dan juga kualiti set tersebut.Anda boleh memiliki set kutleri IKEA pada harga RM19.90 untuk set MOPSIG. Semoga hadiah set kutleri IKEA memberi manfaat kepada si pengantin untuk kegunaan harian dan majlis keramaian.

15. Bantal Kusyen IKEA

Hadiah Kahwin Set Bantal Ikea

Jika anda ingin memberikan kelainan, anda boleh memilih bantal kusyen IKEA sebagai hadiah. Pelbagai corak, saiz dan warna yang ditawarkan.

Anda boleh mendapatkan bantal kusyen IKEA  pada harga serendah RM7.90 untuk jenama TURILL. Bantal kusyen yang empuk dengan corak yang menarik mampu memberikan kejutan kepada pengantin apabila membuka hadiah daripada anda.

14. Set Cadar Tilam IKEA

Hadiah Set Cadar Tilam Ikea

Ikea turut menyediakan pelbagai jenis pilihan dan corak set cadar tilam yang menarik untuk dijadikan penyeri bilik tidur si pengantin.

Harga serendah RM29.90 bagi jenis set cadar tilam RODVED pastinya membuat pengantin berasa puas hati  dan terharu dengan kualiti fabrik dan corak yang dihadiahkan.

13. Aksesori Bilik Mandi IKEA

Hadiah Kahwin Bilik Mandi Ikea

Bagi anda yang mencari hadiah rare dan unik untuk pengantin. Hadiah aksesori bilik mandi IKEA antara hadiah yang boleh dipertimbangkan. Aksesori-aksesori bilik mandi di IKEA ini bukan sahaja cantik, rekaan moden & praktikal.

Anda boleh memilikinya pada harga serendah RM3.90 seperti  tempat menyimpan syampu, sabun mandi, set pencuci muka, berus dan lain-lain produk keperluan mandi yang boleh digunakan oleh pengantin.

12. Hiasan IKEA

Hadiah Kahwin Hiasan Ikea

Hadiah hiasan dari IKEA seperti bingkai gambar kolaj IKEA boleh didapati dengan harga serendah RM29.90, lilin wangi hanya berharga RM5.90 dan tidak kurang juga koleksi jam dinding yang menarik. Ini dapat menambahkan keserian rumah dan mempunyai nilai sentimental yang tersendiri.

11. Lampu IKEA

Hadiah Kahwin Lampu Meja

Di IKEA juga, terdapat pelbagai jenis lampu hiasan yang sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah seperti lampu meja yang boleh didapati dengan harga RM15.90 jenis TVARS dan lampu lantai berharga RM39.90 jenis HOLMO dan juga lampu sorot juga sungguh menarik dan unik.


Hadiah Kahwin Konvensional

10. Periuk Nasi Elektrik

Hadiah Kahwin Periuk Nasi Eletrik

Hadiah periuk nasi elektrik merupakan hadiah yang kerap diberikan oleh tetamu. Hadiah jenis ini sangat praktikal dan bermanfaat. Si pengantin akan tersenyum lebar apabila membuka balutan hadiah daripada anda.

Terdapat pelbagai pilihan jenama tempatan dan antarabangsa serta saiz yang anda boleh pilih. Anda juga boleh mendapatkan sebuah periuk nasi sebagai hadiah pada harga bawah RM100.

9. Blender

Hadiah Kahwin Blender

Selain dari periuk nasi, blender atau mesin pengisar juga selalu dijadikan pilihan hadiah. Blender bukan sahaja berfungsi untuk mengisar bahan-bahan asas dalam masakan tetapi juga digunakan untuk membuat jus.

Dengan menghadiahkan blender sudah pasti akan memudahkan lagi kerja-kerja memasak si isteri di dapur. Selain dari membelinya di kedai barangan elektrik, anda juga boleh survey di laman sesawang yang dipercayai dan popular seperti Senheng, Shoppee, Lazada dan lain-lain. Anda juga dapat membuat perbandingan harga dan menjimatkan masa.

8. Set Tuala Mandi

Set Tuala Mandi

Set tuala mandi merupakan suatu idea pilihan hadiah yang bijak kerana boleh digunakan dalam kehidupan harian si pengantin. Kita boleh menempah set tuala mandi bersulam nama pasangan pengantin tersebut.

Selain nama, anda juga boleh menambah perkataan romantik seperti “Husband & Wife” dan “His & Hers” bagi menampakkan lagi kemesraan si pengantin baru. Terdapat pelbagai medium seperti di sosial media yang menawarkan perkhidmatan menghias set tuala mandi di Instagram yang anda boleh tempah.

7. Sejadah & Telekung

Hadiah Kahwin Set Telekung
Sumber: Telekung TEA

Anda juga boleh menghadiahkan barangan ‘islamik” seperti sejadah dan telekung. Hadiah ini pasti menjadi hadiah bermakna buat pasangan pengantin serta menambah koleksi peribadi mereka.

6. Tudung & Aksesori (Pin tudung/Kerongsang)

Hadiah Kahwin Tudung
Sumber: Dewi

Fesyen dan wanita memang tidak dapat dipisahkan. Pilihan hadiah tudung dan aksesori seperti pin tudung atau kerongsang buat si pengantin perempuan semestinya merupakan pilihan yang tepat.

Ianya lain daripada yang lain namun cukup berguna untuk kegunaan harian pengantin perempuan. Seperti juga koleksi telekung dan sejadah, pilihan tudung juga mempunyai pelbagai jenama, bentuk dan corak dengan harga yang berpatutan mengikut bajet yang telah ditentukan.

5. Coklat, Kek & Biskut

Hadiah Kahwin Coklat
Sumber: gorgeous.chocolate

Memberi coklat, kek dan biskut sebagai hadiah kahwin merupakan suatu yang unik dan kelainan.  Pelbagai bentuk hiasan, bungkusan, jenis dan perisa  yang anda boleh didapati. Untuk sentuhan yang istimewa anda boleh menempah kek dan biskut “homemade” popular di media sosial.

Anda juga boleh menempah hiasan kek tempahan dengan gambar kedua pengantin bersama ucapan selamat khusus buat raja sehari. Pilihan hiasan coklat berjenama yang pelbagai juga boleh dijadikan sebagai hadiah.

4. Duit

Duit Hadiah Kahwin

Tak sempat nak beli hadiah kahwin. Cari sahaja sampul duit raya atau sampul surat yang cantik, anda hanya perlu masukkan duit sebagai pengganti hadiah. Pasangan pengantin akan lebih menghargai pemberian anda. Jumlahnya terpulang kepada bajet dan keikhlasan anda.

3. Gift Vouchers

Hadiah Kahwin Gift Voucher

Hadiah gift vouchers juga merupakan suatu hadiah yang menarik.  Contoh yang unik adalah seperti pakej spa kecantikan, penginapan berbulan madu, pasaraya terkenal seperti IKEA, Jusco, Tesco dan sebagainya. Sudah pasti memberikan kelainan dan pengalaman yang indah buat pengantin.


Hadiah Kahwin Rare

2. Netflix Gift Cards

Hadiah Kahwin Gift Card Netflix

Beri hadiah Netflix Gift Card pun menarik. Gift card ini boleh didapati di kedai convenience store seperti 7-Eleven. Pilihan gift card bermula dari harga RM30 hingga RM51.

1. Travel Luggage

Hadiah Kahwin Travel Luggage

Pilihan hadiah travel luggage ini sungguh sesuai untuk pasangan pengantin yang suka “travel”. Bukan sahaja untuk aktiviti melancong mereka, tetapi juga bermanfaat untuk mereka yang bakal berpindah ke rumah baharu. Sudah tentunya mereka akan berterima kasih kepada anda dengan pemberian ini.

Diharap artikel ini dapat membantu anda mencari hadiah yang sesuai dan menarik untuk bakap pengantin. Hadiah kahwin menambahkan keserian majlis dan cara anda menunjukkan tanda penghargaan kepada pengantin.

Tetapi apa yang paling penting adalah kesudian anda untuk meluangkan masa menghadirkan diri ke majlis perkahwinan yang diundang.