Hantaran kahwin merupakan adat bagi orang Melayu. Tak sah kahwin kalau tidak ada dulang hantaran.

Tapi terpulang kepada pilihan masing-masing, sama ada ingin mengikut adat atau tidak. Trend hantaran berubah mengikut zaman. Sekarang ini trend yang paling popular adalah hidden hantaran! Apa itu Hidden hantaran ?

Hidden Hantaran - Featured Image
Sumber: The Deco People

Hidden hantaran berbeza dari hantaran konvensional, kerana konsepnya yang menjadikan barangan hantaran sebagai rahsia dengan membalutnya seperti hadiah. Trend ini dapat mengekalkan privacy pasangan pengantin dan mengelakkan barangan hantaran mereka menjadi bualan para tetamu.

Hidden hantaran ini sangat mudah, simple dan minimalist namun elegant serta tampak mewah. Perkongsian kali ini, kami bawakan idea “21 Hidden Hantaran” yang boleh menjadi sumber inspirasi bagi mereka yang bakal mendirikan masjid.

Kandungan

Hidden Hantaran Simple

21. Silver

Hidden Hantaran Silver
Sumber: oneoaq

Tema hidden hantaran warna silver sering menjadi pilihan kerana warna ini melambangkan kemewahan dan menimbulkan rasa yang sangat elegan. Pilihan fabrik seperti satin atau sutera menaikkan lagi elemen mewah yang ingin ditonjolkan.

Anda boleh menghiasi bahagian atas bungkusan hantaran anda dengan gabungan bunga lavender berwarna ungu dan rona warna kontra putih bunga hydrangea supaya hantaran anda tampak lebih cantik.

Pilihan warna perak yang lebih terang untuk dulang menjadikan hantaran anda cukup sophiticated. Warna ini versatile sama ada anda memilih untuk mempamerkan kesenian melayu yang cukup menyerlah atau majlis bertemakan English Wedding.

20. Orange

Hidden-Hantaran-Oren
Sumber: cairaweddstyled

Tak ramai yang berani mengayakan tema hidden hantaran warna orange, tetapi dengan rona warna yang betul dan pemilihan kain yang sesuai boleh menjadikan hantaran anda sangat menarik. Warna yang bertenaga seperti orange ini boleh dipadankan dengan warna kelabu yang klasik.

Pilihan fabrik tema orange yang licin dan berkilat diselitkan dengan hiasan bunga hasil tangan berwarna kelabu matte menjadikan warna orange ini sangat sesuai bagi majlis perkahwinan yang diadakan pada waktu malam. Bukan sahaja menyerlah namun menarik serta tidak menyakitkan mata.

19. Hijau

Hidden Hantaran Tema Hijau
Sumber: nulavvy

Warna hijau yang melambangkan ketenangan dan menyegarkan ini juga boleh dijadikan sebagai tema hidden hantaran anda. Hidden hantaran warna hijau ini sangat versatile dan sesuai dipadankan dengan pelbagai rona warna sama ada warna lembut atau terang.

Baca: 36 Design Kad Kahwin Yang Simple & Menarik

Kombinasi sulaman fabrik hijau dan kain lace berwarna putih memberikan kesan visual yang menarik serta sesuai untuk majlis yang bertemakan warna putih.

Hiasan daun-daun kecil bersama bunga berwarna putih yang disempurnakan di atas dulang berwarna perak yang terang menjadikan hantaran anda sedap mata memandang.

18. Pink

Hidden Hantaran Pink
Sumber: momentsbybiela

Sememangnya warna pink dan wanita tidak boleh dipisahkan. Tak kira rona warna yang lembut atau striking, warna pink sentiasa sesuai digunakan dalam majlis perkahwinan.

Menginginkan suatu kelainan dari segi visual, anda boleh menggunakan bekas hidden hantaran berbentuk bulat serta gubahan bunga ros merah sebagai centerpiece bagi menyerlahkan lagi design hantaran anda.

17. Putih

Hidden Hantaran Tema Putih
Sumber: weddingtouch_by_aida

Warna putih melambangkan kesucian serta bersifat universal kerana mudah dipadankan dengan pelbagai jenis warna mengikut tema perkahwinan yang dipilih.

Gabungan kain putih dengan kain lace berwarna merah jambu yang berona lembut serta diserikan dengan kehadiran bunga baby breath dan dedaun kecil memberikan suatu kelainan jika hidden hantaran anda dipadankan dengan dulang diperbuat daripada kayu yang bersifat neutral. Kontra warna yang wujud pasti menaikkan lagi balutan kain warna putih hidden hantaran anda.

16. Brown Gold

Hidden Hantaran Brown
Sumber: rentdecocreative

Tema brown gold sememangnya warna yang in trend. Anda hanya perlu pandai mencari padanan warna yang sesuai seperti warna ungu lilac atau ungu orkid.

Gabungan pilihan warna yang sejuk dengan warna brown gold ini membuatkan hantaran anda nampak lively dan tidak terlalu suram.

15. Merah

Hidden Hantaran Kain Merah
Sumber: touch_by_elyn

Warna merah melambangkan keghairahan dan cinta. Pilihan warna merah ini dapat menghagatkan lagi tema hidden hantaran anda. Inginkan kelainan tekstur hidden hantaran anda, gantikan kain fabrik satin atau sutera dengan kain linen.

Tekstur kain linen yang lebih kasar dapat menaikkan lagi seri hantaran apabila digubah dengan bunga ros kertas merah. Tema hidden hantaran ini sesuai bagi majlis yang berkonsepkan simple dan sederhana.

14. Mint Green

Hidden Hantaran Mint Green
Sumber: weddinggaloresdnbhd

Bagi peminat warna pastel, tentunya warna mint green boleh dijadikan sebagai pilihan. Warna yang terang dan sejuk mata memandang ini sesuai dipadankan dengan warna putih mutiara.

Tambahan hiasan manik pada hantaran anda akan menampakkan kelainan serta menyerlahkan lagi design hidden hantaran anda.

13. Hitam

Hidden Hantaran Hitam
Sumber: hantaranmurahletopz

Warna yang elegan ini amat sesuai dijadikan sebagai tema hidden hantaran untuk pengantin lelaki. Kombinasi warna midnight black dengan warna white cream atau ivory white. Pasti hantaran anda akan tampak lebih maskulin dan bergaya.


Hidden Hantaran Bercorak

12. Biru & Bercorak

Hidden Hantaran Desing Biru
Sumber: tandmedoorgift

Selain warna yang neutral, tema biru ini juga sesuai digandingkan dengan pelbagai warna. Biru keemasan berserta corak lace dan polkadot menambahkan seri hantaran tanpa perlu menambah elemen hiasan yang lain.

Anda hanya perlu melihat tutorial simpulan kain yang kreatif di media sosial dan mencubanya sendiri!

11. Songket Tradisional

Hidden Hantaran Songket Tradisional
Sumber: mymanahrahman

Songket sering berkait rapat dengan perkahwinan orang melayu. Corak rumit memaparkan ciri-ciri unik identiti orang melayu sekaligus mencerminkan cita rasa budaya yang cukup asli dan klasik!

Pelbagai corak dan motif yang boleh dipilih, dari susunan bunga penuh atau bunga berterabur hinggalah kepada unsur tumbuhan dan alam. Songket memang “tak lapuk dek zaman” dan kekal relevan.  Hidden hantaran anda pasti nampak versatile selain dapat mengekalkan adat dan tradisi.

10. Songket Moden

Kain Songket Hidden Hantaran
Sumber: momentsbybiela

Penggunaan rekaan songket moden sebagai tema hidden hantaran akan menjadikan rekaan gubahan hantaran anda tampak klasik, mewah dan lebih eksklusif. Gabungan rekaan moden dan tradisional ini amat sesuai bagi anda yang memang mempunyai bajet yang lebih dan inginkan suatu kelainan.

Hiasan kain songket itu juga boleh dijadikan hadiah sebagai tanda penghargaan atas ikatan kekeluargaan yang bakal terjalin di antara kedua buah keluarga.

9. Kain Batik

Hidden Hantaran Batik
Sumber: Jomkita.my

Hantaran menggunakan kain batik ini cukup sesuai bagi pihak pegantin lelaki yang akan bertukar dulang dengan bakal pengantin perempuan. Dengan menggunakan kain batik, anda tidaklah membazir kerana kain batik yang menjadi balutan hantaran itu boleh digunakan semula.

Kain batik juga sinonim dengan budaya orang melayu yang datang dalam pelbagai motif samada organik seperti daun sireh dan bunga raya ataupun geometrik seperti pucuk rebung.

Pelbagai corak yang boleh dipilih, menjadikan batik sangat sesuai dijadikan kain balutan hantaran anda. Pemilihan warna, corak dan motif yang menarik pasti menjadikan hantaran anda lain daripada yang lain!

8. Mixed Pattern

Hidden Hantaran Corak Unik
Sumber: hantaranmurahletopz

Bagi mereka yang sukakan warna yang pelbagai namun masih mahukan balutan yang tampak kemas dan seragam.

Corak mixed pattern  ini mungkin apa yang anda cari! Gabungan motif corak geometrik seperti empat segi dengan hiasan motif floral serta kombinasi rona warna cerah dan lembut seperti dusty pink dan ocean blue sebagai kain pembalut hidden hantaran anda pasti memukau sesiapa yang memandangnya!


Hidden Hantaran Luar Biasa (Rare)

7. Marvel

Hidden Hantaran Marvel Design
Sumber: hiddenhantaransg

Buat bakal isteri yang berkahwin dengan bakal suami yang meminati karakter dari filem Marvel. Anda boleh cuba idea ini! Anda boleh menggunakan kain atau  kertas balutan hadiah premium bermotifkan adiwira Marvel.

Inginkan yang lebih menarik, anda boleh membalut setiap hantaran anda dengan setiap karakter Marvel yang berbeza! Pasti bakal suami anda tersenyum gembira atas ingatan anda kerana menghargai hobi beliau.

6. Kertas Balut Putih

Hidden Hantaran Kertas Putih
Sumber: aifnulwedding

Kemas, bersih dan cukup minimalist. Dengan bajet serendah RM100, anda boleh jadikan kertas balut premium putih sebagai bungkusan hantaran anda. Kertas balut putih datang dalam pelbagai tekstur dan rekaan yang pelbagai serta rona warna yang berbeza.

Padanan balutan hidden hantaran anda dengan reben berwarna pastel akan  menjadikan hantaran anda nampak mewah tanpa berbelanja mahal. Tambahan hiasan bunga-bunga putih kecil di setiap hujung dulang hantaran dapat menghasilkan visual hantaran yang lebih menyerlah.

5. Brown Wrapping Paper

Hidden Hantaran Brown Wrapping Paper
Sumber: hantaran_my

Tidak salah kita gunakan brown wrapping paper sebagai balutan hantaran kahwin. Bukan sahaja murah dan mudah didapati tetapi sesuai juga dipadankan dengan pelbagai hiasan mengikut kreativiti anda.

Pemilihan benang rami dan bunga kertas sebagai hiasan tambahan menjadikan  gubahan anda lebih artistik dan memukau mata yang memandang!

4. Tropical

Hidden Hantaran Tropikal
Sumber: dewlang

Pilihan kain balutan design tropical kehijauan yang bercorak daun kelapa, bunga-bunga tropika seperti orkid dan marigold sangat sesuai dijadikan tema hidden hantaran bagi pasangan yang memilih tema garden wedding.

Anda juga boleh gunakan kain satin berwarna jingga gelap sebagai pelengkap dekorasi, jika anda inginkan konsep seperti hutan hujan tropika.

3. Arabic

Hidden Hantaran Arabic Design
Sumber: urbansitydesign

Bagaimana pula dengan tema ala ala arab? Anda boleh memilih tema ini jika anda inginkan kelainan.

Penggunaan kain motif artistik yang menerapkan corak pengulangan geometri dan pola kombinasi dengan tema flora serta kombinasi warna hitam, putih dan emas menjadikan konsep arab ini lebih terserlah.

2. Lace

Hidden Hantaran Lace
Sumber: gubahansripermaisuri.kl

Pening juga memikirkan kain motif apa nak digunakan untuk balutan hantaran kan? Kain lace boleh menjadi salah satu pilihan anda.

Gabungan warna putih kekuningan dan riben pearl white, anda sudah dapat menghasilkan satu hantaran yang cukup menarik dan ringkas.

1. Gift Box

Hidden Hantaran Kotak Gift Box
Sumber: byamalinayusri

Hidden hantaran dengan konsep “gift box” pasti dapat memudahkan kerja mengubah hantaran anda.

Terdapat pelbagai pilihan bentuk kotak hadiah yang boleh dipilih. Kotak hadiah dihiasi dengan bunga kertas pelbagai warna mengikut citarasa menjadikan hidden hantaran anda tampak cantik dan menawan.

Baca: 26 Hantaran Tunang Sesuai Untuk Pengantin Lelaki & Perempuan

Kami harap dengan contoh idea yang disediakan, anda dapat mencari inspirasi bagi hidden hantaran anda. Terdapat banyak lagi contoh idea-idea yang menarik dan kreatif yang anda boleh cari selain dari apa yang kami senaraikan.

Penggunaan kain sebagai hiasan utama hantaran menjadikan gubahan hantaran lebih fleksibel dan mudah dibuat  mengikut citarasa dan kreativiti anda. Tidak kira apa pun rekaan dan motif yang anda pilih, Kami ucapkan selamat pengantin baru di hari bahagia anda!