Hari perkahwinan anda bakal menjelang tidak lama lagi dan anda pening memikirkan idea untuk rekaan kad jemputan kahwin? Jangan risau kerana terdapat banyak design kad kahwin yang simple dan cantik yang boleh anda pilih!

Kad kahwin bukan sekadar menjemput para tetamu, tetapi ia mestilah cantik untuk dilihat, kreatif dan berinformasi, supaya maklumat atur cara majlis jelas dan mudah untuk dibaca. Terdapat banyak pilihan yang anda boleh pilih dan kad kahwin tak semestinya formal dan plain.
Kami sediakan untuk anda idea idea design kad kahwin yang sangat kreatif dan menarik untuk inspirasi bagi anda yang bakal naik ke jinjang pelamin!
Kandungan
36. Floral

Siapa tak suka bunga ? Sedap mata memandang, simple dan sangat cantik! Dengan corak printed floral sebagai latar belakang kad kahwin anda, ia membawa konsep yang minimal dan feminin.
Kelebihan tema floral adalah anda hanya perlu meletakkan design floral pilihan anda dibahagian depan kad dan mengisi atur cara dan peta di bahagian dalam.
35. Kartun

Comel kan? Design kartun ini memang tengah trending kebelakangan ini. Ia tampil memberi visual yang simple dan cantik dengan pilihan warna pastel yang lembut yang pelbagai, serta lukisan kartun yang menambat perhatian para tetamu yang menerima kad kahwin seperti ini.
Idea seperti ini juga sangat bagus sebab ada sesetengah tetamu yang menjadikan kad ini untuk sebagai penanda buku dan tak kurang juga yang memilih untuk menyimpannya sebagai memori. Bagus kan? Tak la terbuang sahaja kad kahwin begitu sahaja.
34. Melayu Klasik

Bagai pinang dibelah dua, sama cantik sama padan! Begitulah pepatah melayu. Design klasik menekankan konsep yang tradisional dan penuh dengan corak sesuai dengan tema yang dipilih.
Rekaan ini sangat sesuai bagi mereka yang memilih tema perkahwinan yang menonjolkan seni melayu lama seperti konsep Minangkabau. Barulah namanya raja sehari kan.
33. Chinese

Bagi mereka yang inginkan kelainan atau berkahwin dengan pasangan berlainan bangsa. Chinese design ini sangat sesuai buat pilihan anda.
Penggunaan tema kad berwarna merah yang melambangkan kekayaan serta gabungan design konsep alam semulajadi seperti buluh muda, ikan koi dan air terjun pasti menjadikan kad tampil meriah dan cantik. Sangat minimalis tetapi tetap menarik!
32. Indian

Antara kad kahwin berlainan bangsa yang boleh dijadikan pilihan adalah Indian design. Masyarakt majmuk di Malaysia melahirkan kepelbagaian budaya dan kesenian yang unik. Jadi tidak salah jika kita menggabungkan konsep kepelbagaian ini dalam menghasilkan kad kahwin yang kreatif, cantik dan unik.
Antara elemen popular yang sering menjadi pilihan adalah seperti penggunaan warna emas, unggu, hijau atau gabungan warna bulu merak serta design kerawang, bunga-bunganaan dan lain-lain lagi.
31. Hipster

Siapa kata tema hipster tak dapat sambutan? Bagi mereka yang datang dari jurusan seni sudah pasti mereka ingin menghasilkan design kad kahwin dengan sentuhan sendiri. Konsep DIY ini bukan sahaja murah dan menjimatkan tetapi tampil memberi konsep yang berbeza dari kebiasaan.
Dengan mengunakan kad art yang boleh didapati di kedai-kedai barangn seni, anda hanya perlu mereka layout, mengisi informasi majlis dan cetak! Cepat dan mudah namun tetap menarik perhatian!
30. Tradisional

Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Konsep tradisional masih utuh didalam masyarakat melayu terutamanya dalam hal perkahwinan.
Design kad tradisional selalunya menekankan corak kerawang dan batik serta warna warna lembut pastel yang menghasilkan unsur tradisional.
29. Geometri

Bentuk geometri yang ringkas dengan pilihan warna-warna menarik serta penggunaan daun paku pakis di atas kad kahwin boleh menjadikan kad kelihatan elegen dan moden.
28. Daun

Hijau adalah warna yang cukup lembut dan tenang buat mata yang memandang. Jadi apa kata kita pilih konsep tropical iaitu menjadikan daun-daun sebagai hiasan kad kahwin anda. Ia juga murah dan ringkas.
Dengan penggunaan spektrum warna hijau dan biru yang pelbagai, pasti kad anda menghasilkan visual yang sangat unik dan berseni.
27. Clapboard

Design clapboard untuk kad kahwin anda ? Bagi penggemar movie, design kad kahwin ini antara design yang anda boleh pilih.
Ruangan hadapan kad direka dengan poster ‘filem’ hari perkahwinan anda dan di belakang kad boleh diisi atur cara majlis dan maklumat berkenaan hari persandingan anda. Tak salah pun nak merasa jadi hero dan heroin, and action!
26. Songket

Selain dari konsep melayu klasik dan tradisional, konsep songket juga boleh digunakan untuk rekaan kad kahwin anda. Khas bagi mereka yang menyukai design ini kerana lebih formal dan tradisional.
Dengan cetakan berasaskan songket digandingkan kombinasi warna yang menarik disertakan juga jenis font dan gambar yang bersesuaia menjadikan tema songket tak kurang cantik dan hebat.
25. Islamik

Design kad kahwin bertemakan islamik juga menjadi pilihan dikalangan bakal pengantin. Ia bukan sahaja kemas dengan susunan corak yang seragam yang indah seperti yang kita sering lihat di dalam masjid-masjid besar di Malaysia.
Konsep warna yang lembut dapat menyejukkan mata yang melihatnya. Design ini menggabungkan elemen islam seperti bahasa arab dan tulisan khat. Anda juga boleh memilih untuk menggunakan kalendar masihi kombinasi tahun hijrah supaya konsep kad kahwin islamik anda lebih terserlah!
24. Mr & Mrs

Bagi yang mengimpikan perkahwinan berkonsepkan garden wedding, design ini memang sesuai untuk anda!
Pasti anda akan menyarungkan sut tuxedo dan gaun dengan veil berwarna putih seperti yang kita biasa lihat. Pemilihan warna seperti off-white, soft pink dan hitam disertakan dengan bouquet dan cincin pasti menjadi satu template yang menawan dan simple!
23. Kain Lace

Kad kahwin bertemakan kain? Mahalnya! Tak semua orang mempunyai bajet yang sama tapi tak semestinya anda tak boleh memilih design ini. Cetakan corak laces yang dimuatkan di atas kad sebagai frame memberi ilusi seakan akan kad anda dibaluti kain lace.
Memilih warna pastel seperti turquoise dan latar belakang kad berwarna putih dapat menaikkan lagi seri kepada kad kahwin anda. Sungguh ringkas dan mudah!
22. Batik

Jarang sekali kita lihat atau menerima kad kahwin bertemakan batik. Kalau anda bakal berkahwin, apa kata anda cuba design ini pula? Baru lain dari yang lain!
Ia bukan sahaja simple tapi kemas dengan gabungan warna samada lembut ataupun cerah dan corak batik yang tidak berat, tak mustahil anda juga memiliki kad kahwin yang tampak eksklusif!
21. Walimatul Urus

Bagi mereka yang mempunyai bajet yang lebih untuk kad kahwin, tak salah kalau nak bermewah untuk hari bahagia anda.
Design sebegini sesuai bagi jenis kad sekeping seperti poskad ataupun yang dilipat dua. Pilihan kad berkualiti tinggi seperti kertas ivory atau platinum white menjadi pilihan.
20. Sampul Surat

Dah alang alang nak menghantar kad kahwin tu, hantar sahaja dalam bentuk sampul surat! lain dari yang lain.
Design sampul surat lama dengan jalur merah, biru dan putih menghiasi setiap sisi kad menjadikan kad anda cukup ringkas dan sempoi. Untuk lebih menarik, anda juga boleh menambah corak setem dan menjadikan ruang tengah kad untuk gambar anda dan pasangan.
19. Bil Elektrik

Siapa kata bil elektrik tak boleh dijadikan aspirasi kad kahwin? Anda hanya perlu mengubah suai maklumat didalam bil menjadi details berkaitan hari perkahwinan anda.
Barulah rare! Idea seperti ini bukan sahaja jimat belanja tapi juga menghiburkan hati para jemputan bila menerima kad kahwin anda. Dengan modal RM150 anda boleh dapat sebanyak 200 kad jemputan!
18. Pos laju

Ingat pos laju untuk hantar barang je ke? Kad kahwin pun boleh! Memang pelik tetapi unik. Sesuai tema ini bagi mereka yang berkhidmat di Pos Laju Malaysia atau pun yang bertemu jodoh sewaktu berada di cawangan pos laju.
Design kad seperti ini boleh dijadikan tambahan elemen penceritaan sewaktu ucapan majlis perkahwinan ataupun tayangan video semasa majlis resepsi.
17. Buku Sekolah

Siapa kat sini yang kahwin dengan cinta hatinya dari bangku sekolah? Apa kata anda pilih konsep kad kahwin menggunakan kulit buku tulisan waktu anda sekolah dulu. Ini juga antara idea yang sangat jimat, istimewa dan mudah didapati di kedai kraftangan.
Dengan menggunakan brown paper dan rekaan design yang ringkas, sekadar memuatkan maklumat tentang majlis anda pasti kad kahwin anda tampil unik. Untuk lebih cantik, baluti dengan kertas doily.
16. Cadbury Chocolate

Kepada semua peminat tegar coklat diluar sana, kini anda boleh kongsikan coklat kegemaran anda dihari bahagia dengan menggunakan template design kertas balutan coklat Cadbury! Kenapa tidak bukan? Barulah namanya pasangan yang sweet!
15. Tema Bola

Makan bola, tidur bola, hidup bola, semuanya bola. Kenapa kad kahwin pun tak bola? Inilah masanya bagi bakal pengantin lelaki menggunakan peluang ini untuk berkongsi kegilaan anda terhadap bola sepak dengan rekaan kad kahwin yang sebiji seperti tiket perlawanan bola.
Rekaan pasukan bola sepak kegemaran anda boleh diadaptasikan di atas kad kahwin barulah fanatik bola sepak bro!
14. Iphone

Bagi peminat telefon pintar Iphone yang sentiasa menjadi bualan mulut diluar sana. Anda berpeluang untuk mencurahkan kreativiti di hari bahagia anda dengan mencetak kad kahwin berupa Iphone.
Kebetulan Apple pun dah lancarkan Iphone 11 kan? Jadi idea ini sangat segar dan terkini buat anda.
13. Marble Design

Berkonsepkan rekaan marble yang disemarakkan dengan sentuhan keemasan menjadikan kad jemputan anda sangat elegan dan mewah.
Tanpa hiasan yang berat dan warna yang dihasilkan tampak mewah tanpa perlu berbelanja lebih.
12. Passport

Sesuai bagi pasangan yang suka travel. Percaya atau tidak rekaan ini sangat hangat dipasaran.
Design Kad berukuran passport dengan contoh cap passport negara-negara yang dilawati ! Sungguh kreatif bukan? Pasti terpacul dari mulut tetamu jemputan “sah kaki melancong!”
11. Simple

Inginkan sesuatu yang jauh lebih simple? Anda boleh memilih hiasan kad jenis design ringkas ini kerana coraknya yang tidak terlalu menonjol.
Sekadar hiasan bunga dan nama pasangan pengantin, sesuai untuk yang inginkan kad yang sangat murah dan boleh dicetak dengan jumlah yang banyak.
10. Rustic

Satu lagi pilihan yang boleh DIY. Sangat mudah dan boleh buat sendiri bagi yang pandai menggunakan adobe photoshop.
Anda hanya perlukan brown paper dan benang ala ala tali untuk dijadikan hiasan tambahan di atas kad kahwin anda.
9. White Royal Gold

Dengan warna putih sebagai feature color dan disulami warna emas sebagai tulisan, kad kahwin anda akan kelihatan cukup mewah, simple dan menawan.
Boleh dicetak di atas kad yang dilipat dua atau pun sekeping seperti design yang lain. Penggunaan kertas yang premium seperti ivory paper menaikkan lagi design eksklusif.
8. Teddy Bear

Alahai comelnya! Pasti cair hati yang melihatnya. Dengan warna yang terang dan ceria, kad bertemakan kartun teddy bear ini pasti memberikan gambaran akan betapa comelnya pasangan pengantin ini.
Mudah dan ringkas tetapi sangat mencuit hati bagi sesiapa yang menerimanya.
7. Cartoon Sketch

Bagi pasangan yang pandai melukis, kenapa tidak anda lukis rekaan kad kahwin anda. Lukisan simple mempamerkan kartun pasangan lelaki dan wanita dan sedikit maklumat tentang majlis sudah cukup untuk dijadikan sumber inspirasi anda seperti gambar di atas.
6. Ribbon

Dengan menambah ribbon di atas muka hadapan kad anda akan menciptakan rasa yang lebih formal dan elegan.
Sesuai bagi majlis yang akan dilangsungkan di dewan hotel atau ballroom dengan tema pemakaian dinner’s jacket dan evening gown.
5. Soalan Peperiksaan
Ini baru betul rare . Anda hanya memerlukan template direka didalam Word dan kertas A4 dan printer. Cukup kreatif dan tidak membazir wang. Kad berupa kertas tu nanti mudah pula dikitar semula.
4. Boarding Pass

Bakal suami encik pilot? Atau mempunyai kisah percintaan jarak jauh? Maka design kad ini sangat sesuai bagi mengambarkan cinta anda dan pasangan. Unik dan sangat cantik. Boleh dibingkaikan buat kenang-kenangan.
3. Kad Pengenalan (IC)

Berbeza dengan kad kahwin yang dicetak di atas artcard atau platinum white, design ini menggunakan kad yang tebal dan selalunya datang dalam bentuk bookmark.
Jadi para jemputan boleh simpan kad kahwin anda. Tidaklah bazir terbuang kan? Paling best, ia sangat compact dan kemas.
2. Sketch

Bagi sesiapa yang mempunyai bakat seni halus, abadikan bakat anda di atas kad kahwin. Yang seronok tentang idea ini adalah anda bebas untuk melakar apa sahaja untuk menjadi center piece kad anda.
1. Kad Elektronik

Dengan pelbagai template jemputan boleh didapati dalam internet, anda hanya perlu tambah butiran, gambar, warna dan font pilihan dan anda mempunyai kad jemputan yang menarik perhatian para jemputan.
Cantikkan rekaan kad kahwin di atas ? Jadikan ia inspirasi bagi hari bahagia anda. Tidak perlu risau sekiranya anda ada konsep yang tersendiri kerana terdapat banyak kedai percetakan yang sudi untuk merealisasikan idea dan kreativiti anda.
Diharapkan dengan perkongsian ini, anda dapat mencari ilham rekaan kad kahwin anda nanti. Kami ucapkan selamat pengantin baru dan semoga berjaya melangsungkan hari istimewa bersama pasangan!