Dalam sesebuah majlis keramaian seperti perkahwinan, pertunangan, aqiqah dan sebagainya, katering memainkan peranan penting untuk menyediakan santapan buat para tamu yang hadir.

Pilihan makanan yang pelbagai dan lazat membuat majlis yang berlangsung menjadi lebih bermakna. Dengan penyediaan makanan beserta dekorasi yang menarik, majlis yang berlangsung akan kelihatan ceria dan sempurna.

Bagi pihak tuan rumah pula, sudah pasti mereka menginginkan yang terbaik buat ratusan atau ribuan kenalan yang dijemput supaya keenakan juadah yang dinikmati akan terpahat dalam ingatan mereka.

Untuk merealisasikan kehendak tuan rumah yang masih mencari pakej katering, terdapat 12 katering murah KL yang menjanjikan harga yang murah dan berpatutan di sekitar kawasan ibu kota.

Kandungan

12. Suri Catering & Event Services Sdn Bhd

Suri Catering & Event Services Sdn Bhd
Sumber: Suri Catering & Event Services

Ditubuhkan pada tahun 1989 juga berdaftar di bawah Kementerian Kewangan Malaysia, ia sudah mencecah 26 tahun dalam menjadi syarikat perkhidmatan catering dan pengurus majlis.

Baca: 17 Dewan Kahwin KL Yang Menarik

Sebagai syarikat yang terkenal, pengikutnya di laman Instagram hampir mencecah 17 ribu. Malah, penyanyi No.1 negara Dato’ Sri Siti Nurhaliza juga pernah menggunakan khidmat syarikat ini.

Suri Catering & Event Services Sdn Bhd Katering Kahwin
Sumber: Suri Catering & Event Services

Servis yang disediakan merangkumi majlis individu, perkahwinan termasuk korporat. Buat yang ingin mencuba, syarikat ini memberi peluang untuk hadir sesi “Food Tasting” bagi merasai sendiri makanan sebelum booking. Untuk majlis perkahwinan, diskaun sebanyak RM2,000 ditawarkan semasa menempah.

Pelanggan boleh memilih dekorasi menarik seperti Garden, Arabian dan sebagainya. Harga ditawarkan untuk mendapat majlis yang sempurna serendah RM15,500 yang dilengkapi dengan kek pengantin 3 tingkat dan coffee corner.

Facebook: suricateringevent

Instagram: @suricateringevent

Tel: 019-262 2590

Lokasi: Wisma Suri, No. 19-1, Jalan 2A/6, Taman Setapak Indah, Setapak Kuala Lumpur.

Waktu operasi: 9 pagi – 5 petang


11. Mak Iti Catering & Services

Mak Iti Catering Amapng
Sumber: Mak Iti Caterer

Pemiliknya merupakan seorang yang peramah, Mak Iti Catering & Services menyediakan segala kelengkapan majlis perkahwinan dari pelamin, make up, gubahan dan semestinya catering.

Terdapat banyak pilihan pakej antaranya Pakej Katering Standard RM7,555 untuk 800pax dan RM8,555 untuk 1000pax, Pakej Dewan Standard RM8,555 bagi 800pax dan RM9,555 bagi 1000pax. Pakej Dewan Lengkap RM13,888 untuk 800pax dan RM14,888 untuk 1000pax.

Mak Iti Catering Ampang Makanan
Sumber: Mak Iti Caterer

Selain majlis perkahwinan, ia juga menyediakan perkhidmatan bagi majlis “Open House” dengan harga RM13 hingga RM37 sekepala dengan citarasa menu yang pelbagai.

Facebook: makiticaterer

Instagram: @mak_iti_caterer

Tel: 016-348 2482

Lokasi: Medan Selera Pandan Angsana Hilir, Jalan Hilir 7, Kampung Pandan, 55100 Kuala Lumpur.

Waktu operasi: 9 pagi – 5 petang


10. Alamritz Catering & Wedding Planner

Alamritz Catering & Wedding Planner Kuala Lumpur
Sumber: Alamritz Catering & Wedding Planner

Berpengalaman dalam pelbagai majlis koporat, keunikan syarikat ini juga boleh menyediakan hidangan dari makanan tampatan hingga ke barat.

Alamritz Catering & Wedding Planner KL
Sumber: Alamritz Catering & Wedding Planner

Para pelanggan juga boleh memilih tema yang disukai dan berbincang dengan perancang perkahwinan di sini. Harga yang ditawarkan juga berpatutan. Untuk jamuan, harga ditawarkan dari RM40- RM50/pax.

Facebook: Alamritz Catering Wedding Planner

Tel: 019-642 1766

Lokasi: No. 2 Jalan Dungun, Bangunan Malaysian Re, 50490 Kuala Lumpur.


9. Mutiara Catering & Event

Mutiara Catering & Event Kuala Lumpur Susunan Meja
Sumber: Mutiara Catering & Event

Mempunyai lebih 14 ribu rakan di laman Facebook, syarikat ini menyediakan khidmat catering yang lengkap. Pakej untuk tahun 2020 sudah dibuka untuk tempahan.

Harga yang ditawarkan sangat istimewa iaitu RM6,999 untuk 300pax, RM7,999 untuk 500pax dan RM11,999 untuk 1000pax adalah sangat berbaloi.

Mutiara Catering & Event Kuala Lumpur
Sumber: Mutiara Catering & Event

Bagi pelanggan yang memilih pakej untuk 1000pax, 2 unit meja VIP dan PA system serta DJ diberikan secara percuma. Malah, kek pengantin percuma juga turut diberikan untuk  pelanggan 500pax dan 1000pax.

Bagi yang mahu pakej lengkap termasuk fotografi, persalinan pengantin, tatarias dan lain-lain, harga yang diberikan bermula dari  RM13,999 hingga RM24,999.

Facebook: mutiara catering event

Instagram: @mutiara.catering.event

Website: mutiaracatering.blogspot.com

Tel: 017-629 9684

Lokasi: Lot 2906, Jalan 7/71B, Pinggir Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur.


8. Felda D’Saji (Official)

Felda D'Saji Katering KL
Sumber: Felda D’Saji (Official)

Felda D’Saji dimiliki oleh FELDA merupakan salah satu cabang perniagaan syarikat catering dan cafeteria. Turut dikenali ramai dengan 19 ribu rakan di Facebook, ia menawarkan pelbagai jenis makanan dan paling istimewa ialah kambing bakar batu.

Katering Kahwin Felda D'Saji Kuala Lumpur
Sumber: Felda D’Saji (Official)

Ia juga menyediakan dewan majlis yang luas dan selesa. Untuk mereka yang berminat menggunakan khidmat syarikat ini untuk majlis perkahwinan, harganya bermula dari RM28,000.

Facebook: felda dsaji

Instagram: @feldadsaji

Website: www.feldadsaji.com.my

Tel: 03-2692 5397

Lokasi: Jalan Maktab (123.92 km) 54000 Kampong Datok Keramat, Kuala Lumpur.


7. Dewan Gezal Minhat

Dewan Gezal Minhat KL
Sumber: Dewan Gezal Minhat

Tatrias dan pelamin yang indah dan cantik di samping makanan yang enak menjadi keutamaan syarikat ini. Kebanyakan konsep yang dibawa ialah perkahwinan dalam garden yang dipenuhi rimbunan bunga yang segar dan mekar.

Dewan Gezal Minhat KL Makanan
Sumber: Dewan Gezal Minhat

Dengan pelamin yang gah dan makanan yang pelbagai, harga yang ditawarkan untuk 500pax bernilai RM16,450.

Facebook: gezalminhat

Instagram: @gezalminhat

Tel: 016-772 8120

Lokasi: Tingkat 6 Prima Wisma LJT Lorong Perak, Taman Melawati, 53000 Kuala Lumpur.


6. Anjung Eksklusif Catering Venture

Anjung Eksklusif Catering Venture KL
Sumber: Anjung Eksklusif Catering Venture

Menitikberatkan mutu, kebersihan dan citarasa dalam servisnya, ia menerajui banyak majlis koporat seperti TNB, Maybank, PERKIM dan lain-lain.

Ia merupakan syarikat penuh bumiputera menyediakan segala kelengkapan sesebuah majlis termasuk kompang dan door gift. Bagi yang mahu sesi food testing juga boleh membuat tempahan.

Anjung Eksklusif Catering Venture Makanan
Sumber: Anjung Eksklusif Catering Venture

Makanan disediakan selain dari nasi beriani ialah asam pedas dan sambal paru yang menjadi kegemaran Malaysia.

Facebook: anjung catering

Tel: 011-2371 7328/011-6279 6220

Lokasi: 71, Jalan Pasir Tengah, Kg Pasir Baru, Petaling, 58200 Kuala Lumpur.


5. Ekhwan Catering

Ekhwan Catering
Sumber: Ekhwan Catering

Ekhwan Catering menawarkan pelbagai pakej mengikut kemampuan para pelanggannya. Bukan sahaja menyediakan makanan, mereka turut menyediakan dewan bagi memudahkan urusan majlis yang bakal dijalankan.

Apakah pakej yang ditawarkan oleh Ekhwan Catering ini? Antaranya termasuklah pakej ekonomi, pakej dewan dan juga pakej kanopi daripada harga serendah RM12 sehingga RM18.50 untuk satu kepala.

Ekhwan Catering Kuala Lumpur
Sumber: Ekhwan Catering

Menu utama yang disediakan ialah nasi seperti nasi beriani, nasi minyak nasi tomato atau nasi Mandy. Untuk lauknya pula merangkumi daging beriani, daging kari, daging kurma ataupun daging rendang.

Menu makanan untuk pasangan mempelai pula ialah ayam golek, ikan siakap, udang panjat dan pelbagai lagi makanan yang melazatkan. Pencuci mulut juga disediakan buat tetamu undangan.

Facebook: ekhwancatering

Website:  ekhwan.my

Hubungi: 03-7725 0313

Alamat: 2996, Jalan Penchala Indah 6, Kg Sg Penchala, 60000 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap Hari (24 Jam)


4. Zarlith Events and Management Sdn Bhd

Zarlith Events And Management Sdn Bhd
Sumber: Zarlith Events And Management

Mempunyai rakan di Facebook melebihi 100 ribu orang membuktikan syarikat ini sudah terkenal di serata Malaysia. Ia mampu memberikan sentuhan magis dalam tatarias, pelamin serta makanan yang disediakan.

Zarlith Events And Management Katering Kahwin
Sumber: Zarlith Events And Management

Menyediakan konsep hiasan dari warna yang cerah sehingga ke warna gelap mengikut citarasa pelanggan.

Facebook: zarlith

Website: zarlith.blogspot.com

Tel: 03-6285 9666

Lokasi: No.11, Jalan Helang Belalang 4, Kepong, 52100 Kuala Lumpur.


3. Enak Rasa

Enak Rasa Page KL
Sumber: Enak Rasa Page

Berpengalaman dari 2006, Salmi Hasim merupakan founder syarikat ini.

Enak Rasa Page KL Makanan
Sumber: Enak Rasa Page

Untuk pakej Lavender, harga ditawarkan RM14.50/pax minimum 1000pax dan bagi yang mahu pakej lengkap termasuk servis bridal dan fotografi, harga yang ditawarkan ialah RM21.90/pax minimum 1000pax.

Facebook: katering enak rasa

Website: jomkahwin.com.my

Tel: 016-258 0734

Lokasi: No. 3, Jalan Lintang 1 Off Jalan Lintang 68100 Kuala Lumpur.

Waktu operasi: 8:30 pagi – 6 petang


2. Warisan Baiduri Sdn Bhd-Katering

Warisan Baiduri Sdn Bhd Katering
Sumber: Warisan Baiduri Sdn Bhd – Katering

Sudah memulakan perniagaan semenjak tahun 1988, kini syarikat Warisan Baiduri semakin mengukuh dengan mempunyai kompleks sendiri yang dinamakan Dewan Perdana Indera. Dewan eksklusif ini boleh dijadikan tempat meraikan sesebuah majlis.

Warisan Baiduri Sdn Bhd Katering Kahwin
Sumber: Warisan Baiduri Sdn Bhd – Katering

Konsep yang dibawa mampu memberikan impak hebat kepada para hadirin dengan keindahan pelamin serta dekorasi majlis.

Harga yang ditawarkan juga berpatutan. Untuk mendapatkan harga pakej yang lebih lanjut, pelanggan boleh menghubungi terus syarikat ini.

Facebook: Warisan-Baiduri-Sdn-Bhd-Katering

Instagram: @dewanperdanaindera

Website: www.warisanbaiduri.com.my

Tel: 03-6187 6790

Lokasi: Kompleks Warisan, Lot 420, Lorong Batu Geliga 2, Taman Melewar Indah, 53000 Kuala Lumpur.

Waktu operasi: 9 pagi – 5 petang


1. Nasi Briyani Ipoh

Nasi Briyani Ipoh Dewan
Sumber: Nasi Briyani Ipoh

Nasi Briyani Ipoh semestinya terkenal dengan nasi biryaninya yang mempunyai citarasa tersendiri. Menyediakan khidmat penghantaran di kawasan sekitar dan juga catering untuk pelbagai majlis. Bagi majlis perkahwinan, harga yang ditawarkan bermula RM12/pax ke atas.

Nasi Briyani Ipoh Katering Kahwin
Sumber: Nasi Briyani Ipoh

Konsep perkahwinan idaman boleh diterjemahkan mengikut kehendak pelanggan. Para pelanggan boleh berhubung terus dengan pihak syarikat untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.

Facebook: Nasi Briyani Ipoh

Tel: 012-274 7575

Lokasi: No. 1, Jalan Kolam Air Lama, Ampang Jaya, 68000 Ampang.

Waktu operasi: 11 pagi – 11 malam


Para mempelai semestinya mahu melakarkan kenangan terindah dalam memori mereka sebagai raja sehari. Sekiranya menerima pujian dalam sesebuah majlis yang dijayakan, ianya sudah pasti memberikan kepuasan hati bagi pihak tuan rumah serta mempelai yang dirai.

Baca: 13 Butik Pengantin KL Yang Menarik & Popular

Bagi mereka yang masih belum berjumpa dengan pakej yang terbaik untuk kelengkapan majlis perkahwinan, jawapannya ada pada kesemua 11 syarikat catering yang dinyatakan. Anda boleh meninjau dan memilih salah satu katering murah KL yang menjadi idaman hati.

Diharapkan majlis yang telah disusun atur akan berlangsung dengan lancar dan teratur. Doa kami semoga semua perancangan majlis mendapat keberkatan Allah s.w.t di samping restu kedua orang tua. Selamat Pengantin Baru.