Majlis perkahwinan yang sempurna sudah semestinya menjadi impian semua bakal pengantin. Salah satu perkara yang menjadi tanda tanya ialah di mana mahu mendapatkan pakej catering yang murah, menarik dengan harga yang berbaloi.
Bagi memastikan kelangsungan majlis berjalan dengan lancar, pihak pengantin perlu memilih sebuah syarikat yang bermutu dalam memberikan perkhidmatan catering yang terbaik.
Menjadi harapan bagi pihak pengantin untuk mendapatkan servis yang dapat membantu mereka menguruskan majlis yang gilang gemilang.
Bagi mereka yang tinggal di kawasan Selangor, terdapat 20 senarai pilihan katering murah Selangor yang terbaik untuk anda pilih tanpa ragu-ragu. Perkongsian kami pada kali ini memberi cadangan untuk membantu anda membuat pilihan pakej yang terbaik bagi menyempurnakan majlis yang dinanti-nantikan.
Kandungan
20. Pok De Catering

Menjanjikan kenangan terindah untuk para pelanggan, Pok De Catering yang sudah berpengalaman luas menyediakan pelbagai pakej untuk pelanggan.

Harga yang ditawarkan bermula dari RM12/pax untuk Pakej Standard hingga RM20/pax untuk Pakej Berlian dengan minimum tempahan untuk 1000pax.
Facebook: pokdecatering
Tel: 03-8737 3981
Lokasi: GL 28,30,32 Jalan Cuepacs 2A, Taman Koperasi Cuepacs, 43000 Kajang, Selangor
Waktu operasi: 9 pagi – 6 petang
19. HS Nada Catering & Services

Sudah bertapak selama 30 tahun di Malaysia, ia merupakan syarikat pengeluar daging halal. Syarikat bumiputera ini sangat terkenal dalam industri ternakan dan daging.
Menyediakan beberapa jenis perkhidmatan dan salah satunya ialah pakej catering. Pakej menu utama yang istimewa ialah kambing panggang dan kambing golek yang sesuai untuk majlis perkahwinan, aqiqah,rumah terbuka dan hari keluarga.

Untuk kambing tempatan, upah yang dikenakan ialah RM1,200- RM1,800 seekor manakala kambing Australia/ NZ (sejuk beku) RM700 – RM1,500 seekor.
Bagi upah memasak sahaja seperti kuzi, sup, biryani dan kurma cas yang dikenakan sebanyak RM300- RM500 seekor dan upah merempah, bakar, dressing, gravy, sos, peralatan dan arang sebanyak RM500 – RM700 seekor. Selain itu, pakej ekonomi juga ditawarkan dengan harga serendah RM6.50 sekepala dan pakej premium bermula dari RM20 ke atas.
Facebook: daginglembusegarhsnada
Website: www.hsnada.com.my
Tel: 019-219 6635 / 03-6138 7681
Lokasi: No. 2, Wisma Nada, Jalan 11 Selayang Baru, 68100 Batu Caves, Selangor.
Waktu operasi: 9 pagi – 7 ptg
18. Nurul Izzah Catering

Diusahakan oleh Haji Haron Khamis, syarikat ini merupakan perusahaan keluarga yang bermula sejak tahun 2003. Merupakan seorang bekas guru, pensyarah dan pegawai di Kementerian Pendidikan Malaysia, kini beliau fokus penuh pada perniagaannya.

Syarikat ini turut menyediakan khidmat katering untuk majlis perkahwinan, korporat, aqiqah dan lain-lain.
Harga istimewa ditawarkan untuk pakej bertunang iaitu RM45/pax untuk 100pax dan RM49/pax untuk majlis aqiqah. Bagi pakej perkahwinan, terdapat banyak pilihan antaranya Pakej Kristal RM19.70/pax hingga ke Pakej Diamond RM55.90/pax.
Facebook: nurulizzahcatering
Website: www.nurulizzahcatering.com.my
Tel: 03-8068 6410
Lokasi: No. 94, Jalan Tempinis, Kg.Tengah A, 47150 Puchong, Selangor
Waktu operasi: 8:30 pagi – 5 petang
17. ABS Catering

Dimiliki oleh Aimall Berkat & Services milik bumiputera, ia mempunyai tenaga kerja yang mahir dan berpengalaman. ABS Catering menyediakan pelbagai jenis juadah untuk majlis di rumah anda.
Pakej menarik merangkumi pelamin, makanan, tatarias, DJ dan sebagainya. Harga bermula dari Pakej Saffron RM8.80/pax, Pakej Emas berharga RM9.80, RM14.80 untuk Pakej Platinum dan pakej serba lengkap dan sempurna berjumlah RM19.80/pax iaitu Pakej Eksklusif.
Facebook: abscatering
Tel: 016-335 8070
Lokasi: No. 7, Jalan JU 1 Taman Jasa Utama, 68100 Batu Caves, Selangor.
Waktu operasi: 12 tghari – 11:59 malam
16. Djarilicious Catering

Bermula pada 2009, Djarilicious mula mengambil tempat dengan menyediakan perkhidmatan catering untuk pelbagai majlis. Pakej Birthday Ready & Go berharga RM450. Untuk pakej Tunang dan Nikah, harga yang ditawarkan bernilai RM4,490.

Bagi majlis perkahwinan, harga bermula dengan pakej katering dan deko RM19,900 sehingga pakej lengkap bernilai RM25,500 yang merangkumi menu ala kampung, menu diraja, pelamin dan tatarias, kelengkapan pengantin dan lain-lain.
Facebook: djarilicious
Instagram: @djarilicious_catering
Website: https://djariartz.com/
Tel: 03-8730 1711
Lokasi: No. 30-G, Jln kajang Perdana 3/2, Kajang Perdana, 43000 Kajang, Selangor
Waktu operasi: 9:30 pagi – 6 petang
15. KHK Katering dan Wedding Planner

Dengan motto “service beyond satisfaction,” KHK Katering dan Wedding Planner berjaya memuaskan hati ramai pelanggannya dan ini terbukti daripada testimoni yang diterima. Katering ini sememangnya menawarkan pelbagai hidangan makanan yang menarik untuk majlis perkahwinan.
Nasi yang dihidangkan oleh katering ini termasuklah nasi minyak Basmathi Pusan sebanyak 80%, dan bakinya adalah nasi putih. Menu lain yang ditawarkan pula merangkumi ayam, daging, ulam-ulaman, buah-buahan, minuman kordial, kuih-muih, cendol dan sebagainya. Jumlah hidangan khas dibuat adalah untuk sehingga 1000 orang tetamu manakala 10 orang untuk meja beradab.

Di samping itu, pihak katering ini juga menawarkan perkhidmatan penyediaan kanopi. Sekiranya anda berminat, bolehlah melayari laman Facebook KHK Katering dan Wedding Planner atau hubungi sahaja mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai harga dan juga menu makanan dengan lebih terperinci.
Facebook: khkfoods
Website: khkfood.com
Hubungi: 017-361 1688
Emel: kamarudinabdghafur@gmail.com
Alamat: Lot 4487, Jalan Garoda, Batu 9, Kampung Kebun Baru, 42500, Telok Panglima Garang, Selangor.
Waktu operasi: Setiap Masa (24 jam)
14. Afdhal Catering

Memiliki seramai 22,721 pengikut di Facebook, Afdhal Catering berjaya memperoleh ramai pelanggan di atas perkhidmatan yang disediakan.

Katering ini bukan sahaja menyediakan hidangan makanan buat tetamu undangan, bahkan menawarkan perkhidmatan DJ dan juga PA system bagi menceriakan lagi suasana majlis. Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang menu makanan dan butiran perkhidmatan yang lain, anda boleh terus menghubungi pihak Afdhal Catering.
Facebook: Afdhal-Catering
Instagram: @afdhalcateringbridal
Hubungi: 03-6039 9595
Emel: afdhalcatering@gmail.com
Alamat: No.3-1, Jalan DC 4/1, Desa Coalfields, 47000, Sg.Buloh, Selangor.
Waktu operasi: Rabu – Isnin (9 pagi – 5 petang) | Selasa (Tutup)
13. Sutera Catering

Memiliki seramai 44,472 orang pengikut di laman Facebook, Sutera Catering.com amat popular dalam kalangan mereka yang berada di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
Kepelbagaian pakej yang ditawarkan membolehkan para pelanggannya untuk memilih dengan lebih mudah mengikut bajet yang ditetapkan.

Apakah pakej yang disediakan? Pakej yang ditawarkan bermula dari harga RM6,700 sahaja. Mereka turut menawarkan pakej lengkap bajet berharga RM13,500 serta pakej lengkap dewan yang berharga RM15,500.
Kesemua pakej yang ditawarkan adalah untuk menjamu sehingga 1000 orang tetamu. Sutera Catering.com juga sering membuat pakej promosi bagi menarik perhatian ramai pelanggan.
Facebook: suteracatering
Website: suteracatering.com
Hubungi: 017-945 6068
Emel: kateringsutera@gmail.com
Alamat: No. 22F Jalan DC 4/3 Taman Desa Coalfields, Desa Coalfields, 47000 Sungai Buloh, Selangor
Waktu operasi: Setiap Hari (24 jam)
12. D’Qayangan Catering

D’Qayangan Catering menawarkan pakej harga yang amat berpatutan. Jika anda mempunyai bajet yang setara dengan harga yang mereka tawarkan, segeralah menghubungi pihak katering ini.

Dengan harga serendah RM5,000, anda boleh memperoleh pakej hantar untuk tetamu seramai 1000 orang.
Selain pakej hantar, katering ini juga menawarkan pakej dewan atau kanopi daripada harga serendah RM6,900 sehingga RM15,900.
Facebook: DQayangan-Catering
Hubungi: 013-384 8515
Emel: dqaynagan@gmail.com
Alamat: 22A-F, Jalan DC 4/3, Desa Coalfield, 47000 Sungai Buloh, Selangor.
Waktu operasi: Rabu-Isnin (10 pagi – 6 petang)
11. RMC Catering and Services Sdn Bhd

Mempunyai pengalaman selama 18 tahun, katering ini menyediakan perkhidmatan bukan sahaja untuk majlis perkahwinan, bahkan untuk majlis persendirian dan juga majlis korporat.

Anda perlu menghubungi pihak katering ini terlebih dahulu untuk mengetahui menu yang disyorkan bersesuaian dengan majlis yang hendak dijalankan.
Facebook: foodbyRMC
Instagram: @foodbyrmc
Website: rmccatering.com.my
Hubungi: 012-330 5752 / 012-368 5752
Emel: operations@rmccatering.com.my
Alamat: 30, Jalan Industri 1/4,Taman Perindustrian USJ 1, 47600 Subang Jaya, Selangor.
Waktu operasi: Isnin-Jumaat (10 pagi – 6 petang) & Sabtu (9pagi – 1 tengahari)
10. Acik Catering

Buat anda yang mahukan penjimatan dalam pengurusan majlis perkahwinan, Acik Catering ada solusinya. Pelbagai pakej yang menarik ditawarkan oleh katering ini. Pakej yang disediakan hanyalah serendah RM8.30 sahaja untuk satu kepala.

Antara pakej yang ditawarkan termasuklah pakej katering asas yang berharga RM8,300, pakej katering zamrud berharga RM8,800 serta pakej katering delima yang berharga RM9,800.
Tambahan lagi, buat mereka yang ingin membuat tambahan set dewan, harga yang ditawarkan hanyalah serendah RM1,600 sahaja, manakala untuk set kanopi, katering ini memberikan harga yang berpatutan iaitu serendah RM2,200.
Facebook: AcikCatering
Hubungi: 011-2701 6709
Alamat: 16058 Taman Alam Shah, Klang, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 5 petang)
9. Dhiya Event and Catering

Memiliki seramai 15,054 pengikut di laman Facebook, Dhiya Event and Catering meraih pelbagai ulasan yang memuaskan oleh para pelanggannya.

Dengan trademark “Di sini Dhiya membawa kebahagiaan,” katering syarikat ini menyediakan pelbagai hidangan dan juga layanan pramusaji yang sangat mesra. Salah satu pakej lengkap yang ditawarkan adalah pakej ekonomi yang berharga RM15,900.
Facebook: dhiyaeventcatering
Instagram: @dhiya_event_catering
Hubungi: 016-606 1625
Emel: caterersdhiya@gmail.com
Alamat: 15A Jalan Harmoni 1B/KU 3 Klang Commercial Centre, 41050 Klang, Selangor.
Waktu operasi: Selasa – Jumaat (7 pagi – 8 malam)
8. Hot Catering

Idamkan majlis perkahwinan di banglo mewah atau di kelab Golf? Hot Catering boleh merealisasikan impian anda. Katering ini menawarkan perkhidmatan penyediaan hidangan makanan minimum 1000 orang tetamu undangan di dalam suasana yang penuh eksklusif.

Selain majlis perkahwinan, anda juga boleh membuat majlis akad nikah, majlis malam berinai dan majlis resepsi di banglo yang ditawarkan pada harga yang bermula dari hanya RM26,000.
Facebook: Pakejperkahwinanlengkap2019
Website: sericempaka2u.blogspot.com
Hubungi: 016-873 4032
Emel: sales.hotcatering@gmail.com
Alamat : No.214-B, Jalan Kapar Ku 13, Pekan Kapar, Selangor, Taman Sentosa, 42200 Kapar, Selangor
7. Al Fateh Catering and Event

Telah ditubuhkan sejak tahun 2017, Al Fateh Catering and Event menyediakan enam pakej yang menarik buat anda yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan.
Pakej yang ditawarkan termasuklah pakej Asas, Standard, Promosi, Eksklusif, Sri Balqis serta Sri Istana. Pakej ini bermula dari harga serendah RM8.80 sehinggalah RM16.80 sekepala.

Bukan itu sahaja, buat anda yang mahukan perkhidmatan kanopi, anda diberikan tiga pilihan pakej iaitu pakej patio, arabian dan juga transparent. Khemah mini marque juga disediakan dengan harga bermula RM28,000 untuk 1000 pax.
Facebook: alfatehcateringofficial
Instagram:@alfatehcateringofficial
Email: alfatehcateringevent@gmail.com
Hubungi: 019-267 6564
Alamat: No.57, Jalan BSC 2B/1, Bandar Seri Coalfields Sungai Buloh, 47000 Sungai Buloh, Selangor.
Waktu operasi: Setiap Hari (9 pagi – 6 petang)
6. MZ Catering

Mempunyai pengalaman melebihi 11 tahun, MZ Catering mempelopori perniagaan makanan yang meluas seperti kafe, dewan majlis dan juga penghantaran makanan ke rumah.
Terdapat pelbagai tawaran pakej yang menarik dari majlis yang kecil seperti hi-tea hingga majlis yang gilang gemilang iaitu perkahwinan mewah. Ianya 100% milik bumiputera yang juga dijamin halal.

Bagi majlis pernikahan, harga yang ditawarkan bermula dari RM13.90/pax hingga RM31.50/pax. Untuk pelanggan yang berminat dengan pakej perkahwinan, ia bermula dengan pakej Silver berharga RM17.90/pax untuk 1000pax.
Kemudian, pakej Gold lengkap berjumlah RM23.90/pax minimum 1000pax dan pakej Platinum eksklusif bernilai RM34.90/pax untuk 1000pax.
Facebook: mzcateringbangi
Instagram: @mzcateringngardenhall
Website: https://mzcatering.com/
Tel: 014-318 0070
Lokasi: Lot 5057 Jalan Besar, Kg Dato Abu Bakar Baginda, 43650 Bangi, Malaysia
Waktu operasi: 8 pagi – 10 malam
5. Awan Catering

Dengan moto “Biar Semua Tetamu Puas Makan”, syarikat ini memastikan kuantiti makanan untuk para hadirin sentiasa cukup di sesebuah majlis.
Menawarkan harga yang berpatutan dengan servis dan team yang cekap menjadikan ia terkenal hingga mempunyai lebih 10 ribu rakan di Facebook.

Harga bermula dari pakej bajet yang murah bernilai RM6.90/pax untuk 1000pax. Bagi pakej catering rumah, harga yang ditawarkan bermula dari RM11.90/pax dan pakej dewan bermula dari RM10.90/pax.
Istimewanya, pelanggan boleh membuat tempahan untuk merasai makanan dulu sebelum menempah.
Facebook: awancatering
Website: www.awancatering.com
Tel: 017-631 2005
Lokasi: T3-1D Tingkat 1, Kompleks Amaniah, Jalan Batu Caves, 68100 Batu Caves Selangor
Waktu operasi: 9 pagi – 6 petang
4. D Ara Catering

Terletak di Petaling Jaya, syarikat ini menawarkan pelbagai pakej dengan harga yang berpatutan. Untuk pakej makanan dan kanopi, harga bermula RM14.90/pax hingga RM16.90/pax yang turut dilengkapi dengan pelayan beruniform, kek pengantin 3 tingkat dan doorgift.

Bagi pakej makanan dan dewan, harganya ialah RM13.90/pax sehingga RM15.90/pax dilengkapi dengan alas meja dan fresh flower sebagai hiasan untuk menaikkan seri majlis.
Facebook: dAraCatering
Website: www.daracatering.com
Tel: 019-336 0324
Lokasi: Lot 1029, Jalan Cempaka, Kayu Ara, 47400 Petaling Jaya, Malaysia
Waktu operasi: 11 pagi – 8 malam.
3. Al Barakah Catering

Bermula dari tahun 1998, ia terkenal dengan keenakan nasi bukharinya. Pakej yang ditawarkan untuk majlis perkahwinan super jimat iaitu serendah RM5.50/pax.

Bagi pakej perkahwinan canopy, harga bermula dari RM8.80/pax sehingga RM10.50/pax dilengkapi dengan bubur, air mineral dan juga kompang. Untuk pakej dewan pula, harganya cuma RM8.70/pax hingga RM10.50/pax.
Facebook: albarakahcatering
Website: www.abcatering.biz
Tel: 012-370 0356
Lokasi: Jalan TP 10, Taman Tun Perak, 48000 Rawang, Selangor
2. Arbe Catering , Weddings & Events

Arbe Catering menyediakan pelbagai jenis juadah untuk semua majlis. Menawarkan pelbagai pilihan pakej. Antaranya yang ekonomi seperti pakej Asas A berharga RM10/pax minimum 100pax dan Asas B RM11.50/pax.

Bagi pakej perkahwinan dewan, harganya bermula dari RM13/pax sehingga RM21/pax termasuk lauk pengantin dan peralatan buffet.Untuk pakej perkahwinan kanopi pula, harga yang ditawarkan bermula dari RM15.50/pax sehingga RM21.50/pax minimum 1000pax.
Facebook: arbecatering
Website: www.arbecatering.com
Tel: 03-8737 6539 / 019-286 1654
Lokasi: Lot 6, Jalan Kelisa 2, Sg. Tangkas 43000 Kajang, Selangor.
Waktu operasi: 8 pagi – 5 petang
1. Raja Briyani Catering

Menggunakan tagline ‘Katering Bajet No 1’ Lembah Klang, ia menawarkan harga yang sangat berpatutan buat para pelanggan.

Untuk hidangan tetamu, set makanan pengantin, kelengkapan majlis serta air mineral yang diberikan secara percuma, pakej Temenggung ini bernilai RM9.90/pax minimum 1000pax. Bagi pakej Bendahara, harganya ialah RM11.50/pax dan pakej Mahligai berharga RM15.90/pax.
Facebook: rajabriyanicatering
Instagram: @rajabriyanicatering
Website: rajabriyanicatering.wordpress.com
Tel: 03-8211 0451/ 013-270 0571
Lokasi: 25, Jalan Mahkota 2, Bandar Mahkota Cheras, 43200 Kajang, Selangor
Waktu operasi: 8 pagi – 6 petang
Perkahwinan yang kekal ke syurga menjadi impian setiap pasangan suami isteri. Cinta yang disemai bakal membuahkan kebahagiaan yang abadi. Oleh itu, doa dari tetamu yang hadir turut menjadikan perkahwinan lebih bermakna. Justeru, tuan rumah perlu memberikan yang terbaik untuk jemputan yang dipanggil atas kesudian mereka hadir memeriahkan majlis.
Pilihan catering yang terbaik adalah penting bagi tetamu kerana kehadiran mereka menjadi saksi ikatan cinta yang terbina.
Semoga dengan perkongsian katering murah Selangor pada kali ini dapat membantu serba sedikit untuk anda melakukan pilihan yang tepat untuk majlis anda. Diharapkan segala perancangan dan susun atur majlis akan berlangsung dengan jayanya dan terpahat utuh di minda sang mempelai.