Perkhidmatan katering dapat memudahkan urusan buat mereka yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan. Hidangan makanan yang menyelerakan untuk pengantin dan tetamu undangan perlu dititik beratkan agar perkara yang tidak diingini boleh dielak.

Hal ini demikian kerana hidangan yang disediakan oleh katering untuk sesuatu majlis acap kali dijadikan bahan cerita buat para tetamu yang hadir.

Usah risau, buat anda yang berada di sekitar Shah Alam, di sini, kami telah menyediakan sebanyak 20 pilihan katering Shah Alam yang popular dan menarik dengan tujuan untuk memudahkan urusan anda membuat perbandingan dan keputusan yang terbaik.

Kandungan


11. Nurrins Catering and Wedding Planner

Nurrins Catering & wedding planner Shah Alam
Sumber: Nurrins Catering & Wedding Planner

Nurrins Catering yang mempunyai 18,625 pengikut di laman Facebook, berjaya memperoleh pelbagai testimoni yang positif daripada pelanggannya. Katering ini menyediakan pelbagai jenis hidangan untuk majlis perkahwinan.

Baca: 11 Katering Murah Di Selangor Yang Menarik & Istimewa

Untuk menu makanan pengantin, katering ini menawarkan hidangan udang berhias, ikan 3 rasa, gubahan buah, dessert dan juga lauk dari menu utama.

Nurrins Catering & wedding planner Makanan Katering
Sumber: Nurrins Catering & Wedding Planner

Antaranya menu utama yang ditawarkan termasuklah pemilihan nasi, anda boleh membuat pilihan sama ada nasi beriani, nasi Arab mahupun nasi minyak. Di samping itu, untuk hidangan lauk-pauk, katering ini menawarkan lauk ayam, daging dan kambing Kuzi sebanyak 50% buat pelanggannya.

Pencuci mulut juga disediakan sebagai pelengkap menu makanan yang disediakan. Ingin tahu harga yang ditawarkan? Hubungi segera pihak Nurrins Catering and Wedding Planner.

Facebook: Nurins Catering

Hubungi: 019-209 5111

Emel: nurrinscatering@yahoo.com.my

Alamat: No. 5, Lorong Samudera 9/1, 42300 Bandar Puncak Alam.

Waktu operasi: Setiap hari (24 jam)


10. Teaffani Catering

Teaffani Catering Shah Alam
Sumber: Teaffani Catering

Idamkan katering bertaraf profesional? Kami perkenalkan kepada anda servis yang hebat daripada Teaffani Catering. Katering ini pernah menerima anugerah perkhidmatan cemerlang peringkat Asia dan anugerah panduan perjalanan mewah.

Teaffani Catering
Sumber: Teaffani Catering

Bukan sahaja majlis perkahwinan, katering ini juga menyediakan perkhidmatan untuk majlis hari jadi, majlis makan malam dan sebagainya. Anda boleh menghubungi pihak Teaffani Catering untuk maklumat lanjut mengenai menu hidangan dan juga harga yang ditawarkan.

Facebook: teaffanicatering

Website: teaffani.com

Hubungi: 03-5569 8186

Emel: info@teaffani.com

Alamat: No.8 Jalan Pelukis U1/46A, Temasya 18, Section U1, Glenmarie, 40150 Shah Alam.

Waktu operasi: Isnin-Sabtu (9.00am-7.00pm) |  Ahad (Tutup)


9. Sidah Restoran and Catering

Sidah Restoran & Catering Shah Alam
Sumber: Sidah Restoran & Catering

Seiring dengan misi “kepuasan anda adalah matlamat kami,” majoriti pelanggan berkongsi kepuasan hati mereka terhadap hidangan yang telah disediakan oleh Sidah Restoran and Catering melalui laman Facebooknya.

Sidah Restoran & Catering Katering Shah Alam
Sumber: Sidah Restoran & Catering

Syarikat katering ini bukan sahaja menyediakan perkhidmatan katering untuk majlis perkahwinan, malahan juga khidmat sewaan khemah dan dewan, dekorasi pelamin, servis jurusolek serta pakaian pengantin.

Facebook: SidahCatering

Hubungi: 016-277 5585

Emel: sidah-catering@hotmail.com

Alamat: No. 2,4,6,8 Jalan Zirkon F7/F, Seksyen 7, 40000 Shah Alam.


8. Cahaya Kristal Event and Catering Sdn. Bhd.

Cahaya Kristal Event & Catering Sdn Bhd
Sumber: Cahaya Kristal Event & Catering Sdn Bhd

Cahaya Kristal Event & Catering Sdn. Bhd. telah menerima pujian daripada ramai pelanggan mereka kerana hidangan makanan mereka yang sungguh menyelerakan.

Buat pengetahuan anda, syarikat ini tidak tertumpu kepada perkhidmatan katering sahaja, mereka juga menyediakan pakej yang lengkap untuk majlis perkahwinan seperti dekorasi pelamin, penyediaan busana pengantin, servis solekan, perkhidmatan jurugambar, DJ serta PA sistem.

Cahaya Kristal Event & Catering Sdn Bhd Shah Alam
Sumber: Cahaya Kristal Event & Catering Sdn Bhd

Harga yang ditawarkan pula hanyalah serendah RM13,900 sehingga RM16,500 sahaja. Sekiranya anda tidak mahu membuat bayaran penuh, katering ini memberi peluang untuk pelanggannya membayar secara ansuran.

Facebook: cahayakristalkatering

Website: www.cahayakristal.com.my

Hubungi: 03-7832 2453

Emel: info@cahayakristal.com.my

Alamat: No. 4, Jalan Utarid U5/29, Mahsing Integrated Industrial Park, Seksyen U5, 40150 Shah Alam.

Waktu operasi: Setiap Hari (9 pagi – 10 malam)


7. Shahmie Catering and Event Sdn. Bhd.

Shahmie Catering & Event Sdn Bhd Shah Alam
Sumber: Shahmie Catering & Event Sdn Bhd

Shahmie Catering and Event Sdn. Bhd. menawarkan hidangan makanan yang menarik buat tetamu undangan, bahkan juga menyediakan dekorasi pelamin, busana pengantin, fotografi, videografi, kad kahwin, pakej berbulan madu dan sebagainya.

Shahmie Catering & Event Sdn Bhd Shah Alam
Sumber: Shahmie Catering & Event Sdn Bhd

Selain majlis perkahwinan, syarikat ini juga sedia memberikan perkhidmatan mereka untuk majlis pertunangan dan nikah, majlis aqiqah dan doa selamat serta majlis korporat.

Facebook: ShahmieCateringEvent

Hubungi: 010-602 0200

Emel: admin@shahmiecatering.com.my

Alamat: A-17, 2nd Floor, Jalan Nautika A U20/A, TSB Commercial Centre Sungai Buloh, 40160 Shah Alam.

Waktu operasi: Isnin-Sabtu (9.00am-5.00pm) Ahad (Tutup)


6. Ridhwan Catering and Event Planner

Ridhwan Catering & Event Planner Shah Alam
Sumber: Ridhwan Catering & Event Planner

Ridhwan Catering and Event Planner telah diperkenalkan sejak tahun 2017 lagi. Katering ini menawarkan perkhidmatan penyediaan makanan untuk pelbagai majlis seperti majlis perkahwinan, nikah, tunang, doa selamat dan lain-lain.

Ridhwan Catering & Event Planner Katering Shah Alam
Sumber: Ridhwan Catering & Event Planner

Bukan itu sahaja, katering ini juga boleh memberikan pakej perkahwinan yang lengkap buat bakal raja sehari. Ingin tahu lebih lanjut? Anda bolehlah hubungi pihak katering dengan segera.

Facebook: ridhwancatering

Instagram: @ridhwancatering

Website: ridhwancateringservices.blogspot.com

Hubungi: 0172881167

Emell: ridhwancatering@gmail.com


5. Sajian d-Hidang Catering

Sajian d-Hidang Catering
Sumber: Sajian d-Hidang Catering

Sajian d-Hidang Catering ini berjaya memperoleh banyak pujian daripada para pelanggannya atas hidangan makanan yang enak dan menyelerakan. Dengan pengalaman lebih daripada 15 tahun, katering ini memiliki pelanggan tetapnya sendiri.

Sajian d-Hidang Catering Shah Alam
Sumber: Sajian d-Hidang Catering

Jika mahukan hidangan dimasak oleh tukang masak yang bertaraf profesional, anda boleh jadikan Sajian d-Hidang Catering ini sebagai salah satu pilihan katering buat majlis perkahwinan anda.

Facebook: sajiandhidang.my

Hubungi: 03-5510 3773

Emel: order@sajiandhidang.my

Alamat: No. 33, 35, & 37, Jalan Tukul P15/P, Seksyen 15, 40200 Shah Alam.

Waktu operasi: Setiap hari (24 Jam)


4. Manisa Catering

Manisa Catering Shah Alam
Sumber: manisakatering.com.my

Manisa Catering telah diperkenalkan pada tahun 1987 oleh Allahyarham A.Ghani bin Harun yang kini diteruskan oleh anaknya sendiri, Maliza A.Ghani.

Katering ini pernah menyediakan katering bagi majlis yang dianjurkan oleh Jabatan Kementerian Pertanian, Jabatan Imigresen, SimeDarby, Maybank dan banyak lagi syarikat berprestij tinggi yang lain.

Manisa Katering Shah Alam
Sumber: manisakatering.com.my

Di samping itu, katering ini menyediakan pelbagai pakej menarik bagi memudahkan pelanggannya. Antara perkhidmatan yang disediakan termasuklah penyediaan makanan secara buffet, hidang, eksklusif, majlis Hi-Tea, majlis perkahwinan dan sebagainya.

Facebook: manisakateringrestaurant

Website: manisakatering.com.my

Hubungi:  012-369 8244

Emel: malizaghani@yahoo.com

Alamat: No.4 Jalan Nova K U5/K, Subang Bestari Shah Alam.


3. Katering PakDin

Katering PakDin Shah Alam
Sumber: Katering PakDin

Katering PakDin menawarkan perkhidmatan kateringnya untuk pelbagai majlis. Bagi yang memiliki citarasa utara, inilah pilihan yang terbaik buat anda.

Katering PakDin Shah Alam Makanan Pengantin
Sumber: Katering PakDin

Pilihan menu makanan yang hendak disediakan adalah mengikut jenis majlis yang bakal diraikan dan juga berdasarkan kehendak pelanggan. Di samping itu, Katering PakDin turut mendapat pujian ramai melalui Facebooknya apabila berjaya menghidangkan makanan yang lazat dan menyelerakan untuk pelanggannya.

Facebook: KateringPakDin

Instagram:@kateringpakdin

Hubungi: 019 225 3736

Emel: kateringpakddin@gmail.com

Alamat: 14 Jalan Nova U5/63, 40150 Shah Alam

Waktu operasi: Setiap Hari (9 pagi – 10 malam)


2. Kuzie Catering

Kuzie Catering
Sumber: Kuzie Catering

Kuzie Catering diasaskan oleh arwah YM Raja Rosly Bin Raja Mazlan atau dikenali sebagai “Pak Engku.” Kini, anaknya menyambung legasi perniagaan katering arwah ayahnya.

Berpengalaman mencecah 25 tahun, Kuzie Catering kekal kukuh berdiri sebagai katering yang menyediakan hidangan makanan untuk majlis perkahwinan yang kemudiannya berkembang dalam bidang “wedding planner”.

Kuzie Catering Shah Alam
Sumber: Kuzie Catering

Tidak hanya tertumpu kepada majlis perkahwinan, katering ini juga sedia berkhidmat untuk majlis tunang, cukur jambul, korporat dan juga hari jadi.

Sekiranya anda ingin mendapatkan katering yang amat berpengalaman menyediakan hidangan untuk majlis anda, bolehlah dapatkan maklumat yang lebih lanjut di Facebook mereka.

Facebook:kuziecatering

Instagram: @kuziecateringofficial

Hubungi: 03-5518 4580

Emel: kuziecatering@yahoo.com.my

Alamat: Kuzie Catering, 58 Jalan Bagan Nira 26/8, 40400 Shah Alam.


1. Rose Katering

Rose Katering Shah Alam
Sumber: Rose Katering

Rose Katering telah ditubuhkan sejak tahun 2011 lagi, dengan pengalaman yang mencecah hampir 10 tahun dalam dunia perniagaan katering, boleh dikatakan syarikat katering ini adalah antara yang paling berpengalaman.

Rose Katering Shah Alam Hidangan Pengantin
Sumber: Rose Katering

Menawarkan khidmat katering bukan hanya untuk majlis perkahwinan sahaja, malah untuk majlis korporat, majlis khas, majlis acara dan sebagainya. Selain itu, katering ini turut menyediakan pelbagai pakej seperti pakej Full Seated Dome, pakej perkahwinan ekonomi, pakej untuk majlis kesyukuran dan lain-lain lagi. Harga yang ditawarkan pula merangkumi pelbagai peringkat mengikut pakej yang disediakan.

Facebook: rose.katering

Website: www.rosekatering.com

Hubungi: 012-554 5452

Alamat: No 12-G Jalan PPAJ 1/1 Pusat Perdagangan Alam Jaya, 42300 Bandar Puncak Alam.

Waktu operasi: Setiap Hari (24 Jam)


Mencari katering yang terbaik bukanlah mudah apabila kita harus merancang pakej apa yang ingin dipilih, menu dan harga yang bertepatan dengan majlis yang hendak dijalankan.

Oleh itu, diharapkan dengan entri katering shah alam kami kali ini dapat membantu memudahkan urusan majlis anda dalam mencari servis katering yang terbaik.