Dewasa kini, penggunaan kek kahwin dalam sesebuah majlis kahwin sudah menjadi satu perkara biasa dalam kalangan masyarakat. Pada waktu dahulu, pulut kuning yang digunakan untuk memeriahkan sesebuah majlis perkahwinan bagi acara penutup. Seiring dengan peredaran masa, penggunaan pulut kuning digantikan pula dengan kek untuk majlis tampak moden dan mewah.
Tidak kiralah majlis perkahwinan itu diadakan secara kecil-kecilan ataupun secara besar-besaran, penggunaan kek sudah menjadi satu perkara yang mesti ada kerana ianya menjadi tumpuan utama para tetamu yang hadir.
Selain dapat berkongsi kek dengan tetamu semasa majlis memotong kek, hiasan design kek yang cantik dan menarik serta mengikut tema perkahwinan juga menjadi penyebab utama kenapa perlu adanya kek dalam setiap majlis perkahwinan. Berikut merupakan 29 Kek Kahwin Simple dengan tema dan pattern yang sesuai dan popular yang boleh dijadikan rujukan untuk bakal pengantin.
Kandungan
29. Putih & Emas
Gabungan warna putih dan warna emas menjadikan kek fondant ini kelihatan eksklusif dan cantik. Bahagian bawah yang dihiasi dengan manik-manik kecil dan pada bahagian tengahnya dihiasi dengan warna emas berserta corak dedaunan menjadikan kek ini bukan sahaja kelihatan simple tetapi menarik.
Bunga yang berwarna putih dibahagian atas melengkapkan lagi rekaan kek ini menjadikan kek ini sebuah kek yang sesuai bagi mereka yang inginkan kek kahwin yang bergaya mewah.
Baker: @pretty.baker
28. Bunga Ros Putih
Design kek ini sangat sesuai bagi mereka yang sukakan gaya moden dan kelihatan elegan. Hiasan fondant yang beralun dan berlapis-lapis disertakan hiasan bunga ros putih sudah cukup menjadikan kek ini kelihatan menarik dengan gayanya yang tersendiri tanpa memerlukan hiasan yang berlebihan.
Walaupun hanya menggunakan warna putih dan warna hijau, kek ini sudah mampu kelihatan menyerlah. Kek seperti ini amat sesuai bagi mereka yang mengadakan majlis perkahwinan tema Garden Outdoor.
Baker: @pretty.baker
27. Putih & Merah
Gabungan warna vintage ini menjadikan kek kahwin kelihatan mewah. Lapisan paling bawah dihiasi dengan design icing berwarna merah seperti kuntuman bunga ros yang cantik, menyerlahkan lagi keindahan kek. Bakal pengantin yang menggemari benda-benda klasik selalunya menjadikan warna ini sebagai pilihan utama mereka.
Baker: @pretty.baker
26. Bunga Ros Pink
Bagi mereka yang menggunakan tema taman untuk majlis perkahwinan nanti, kek ini adalah yang paling sesuai untuk dijadikan pilihan. Kek kahwin 2 tingkat berwarna pink dan dipenuhi dengan hiasan icing kuntuman bunga-bunga ros kecil ini membuatkan ia kelihatan seperti sebuah taman bunga ros yang cantik.
Baker: @hamka.kitchen
25. Floral Pastel
Walaupun hanya kek 1 tingkat, design kek ini sudah cukup untuk dijadikan sebagai pilihan. Lukisan bunga yang yang dilukis dengan icing dan hiasan bunga segar yang memenuhi bahagian atas kek membuatkan kek ini kelihatan ringkas tetapi tetap anggun.
Baker: @wafiyskitchen
24. Putih & Bunga Ros
Kek kahwin 2 tingkat ini disaluti dengan buttercream berwarna putih dan dihiasi dengan icing bunga ros yang berwarna merah. Kek topper di bahagian atas terukir dengan perkataan “Selamat Pengantin Baru” melengkapkan kek ini dengan gaya yang ringkas tetapi tetap menarik perhatian.
Baker: @julaihatariman
23. Marble Merah & Putih
Kek ini disaluti dengan gabungan warna fondant yang menarik. Bagi mereka yang inginkan sesuatu yang bertema kebaratan, kek ini sememangnya menjadi pilihan. Alunan fondant yang beralun dibahagian tepi setiap kek sudah cukup menjadikan kek ini kelihatan sangat elegan.
Baker: @banker2baker
22. Putih Kuning & Mutiara
Kek kahwin yang bertemakan gabungan 2 warna lembut menyaluti kek 2 tingkat ini dan ditambah pula dengan hiasan kuntuman bunga ros putih serta susunan mutiara menjadikan kek ini nampak cantik dan kemas.
Baker: @banker2baker
21. Putih & Bunga Daisy
Bunga daisy juga seringkali dijadikan pilihan untuk hiasan kek. Bagi mereka yang gemarkan sesuatu yang menarik tetapi tidak terlalu padat dengan hiasan.
Kek 1 tingkat yang dihiasi dengan kuntuman bunga daisy boleh dijadikan pilihan. Ditambah pula dengan kek topper yang ditulis dengan nama pasangan menyerikan lagi kek ini.
Baker: @banker2baker
20. Hitam & Emas
Warna hitam sememangnya merupakan warna yang amat jarang sekali digunakan. Bagi mereka yang menginginkan kelainan dalam majlis perkahwinan mereka dengan tema warna hitam, kek ini boleh dijadikan pilihan kerana gabungan warnanya yang unik.
Pemilihan bunga berwarna putih untuk kek 1 tingkat ini amat bersesuaian dengan gabungan warna pada kek ini.
Baker: @weddingcake_klangvalley
19. Putih & Bunga Orkid
Kek yang sangat ringkas tetapi tetap mampu mencuri tumpuan para tetamu yang hadir. Kek 2 tingkat ini cukup hanya dihiasi dengan sedikit warna emas dan gabungan bunga pada bahagian sisinya. Kek ini sangat bersesuaian bagi mereka yang mencari kek yang simple.
Baker: @weddingcake_klangvalley
18. Putih & Floral
Kek buttercream berbentuk silinder berwarna putih dengan kuntuman-kuntuman bunga di atasnya membuatkan kek ini kelihatan seperti sebuah pasu yang dipenuhi bunga.
Dengan hiasan kek topper berbentuk kuntuman-kuntuman bunga menjadikan kek ini kelihatan sangat cantik walaupun ringkas. Kek ini amat bersesuaian bagi mereka yang sangat meminati tema floral.
Baker: @sugarpapee
17. Putih & Ungu
Gabungan warna cerah dan terang ini merupakan gabungan warna yang yang sangat sesuai.
Bagi menjadikan kek ini lebih menarik, hiasan seperti bunga dan kek topper ditambah sebagai penyeri. Apa yang membuatkan kek ini istimewa adalah calitan icing pada kek tersebut yang kelihatan seperti lukisan abstrak.
Baker: @canteksekali
16. Light Peach & Orange
Gabungan warna yang juga jarang sekali digunakan. Kek 2 tingkat ini sememangnya mampu untuk dijadikan pilihan kerana dekorasi kuntuman icing bunganya yang cantik.
Baker: @canteksekali
15. Pelangi & Bunga Segar
Kek 1 tingkat berwarna pelangi tanpa adanya icing yang menutupi ini amat sesuai bagi mereka-mereka yang menyukai tema yang ceria. Pada bahagian atasnya pula dipenuhi dengan hiasan bunga-bunga segar.
Baker: @marinahzahari
14. Putih & Buah-buahan
Kek buttercream berwarna putih ini dihiasi dengan buah-buah berries yang segar. Drip jem buah pada bahagian tepinya menjadikan kek ini kelihatan sangat sedap. Manik yang menghiasi bahagian bawah setiap tingkat menjadikan kek ini kelihatan mewah.
Baker: @rrcc_official
13. Geometrik Hexagon
Design kek yang jarang dilakukan. Tidak memerlukan hiasan yang lain. Cukup dengan hanya rekabentuk hexagon membuatkan kek ini kelihatan sangat unik.
Baker: @petitesallemy
12. Biru Laut
Warna biru laut sememangnya menjadi pilihan bagi yang sukakan warna-warna yang lembut dan tenang. Kek 2 tingkat ini disaluti dengan icing yang kelihatan seperti lautan. Hiasan kuntuman-kuntuman bunga diletakkan sebagai pelengkap kepada kek ini.
Baker: @_thelayers
11. Lavender
Warna lavender sememangnya satu warna yang tidak asing lagi. Kek 1 tingkat berwarna lavender dengan hiasan kuntuman-kuntuman bunga berkembang ini amat sesuai bagi mereka yang menjadikan ungu sebagai warna tema majlis.
Baker: @_thelayers
10. Dusty Blue
Design kek yang ringkas dengan menggunakan warna biru sebagai warna asas. Gabungan warna dua jenis bunga pada bahagian atasnya juga sangat bersesuaian dengan warna kek ini. Penggunaan macaron sebagai hiasan tambahan juga menyerikan lagi kek ini.
Baker: @_thelayers
9. Daun Putih
Satu design kek yang baru dengan menjadikan daun sebagai tema. Helaian-helaian daun yang menutupi bahagian kek dengan hiasan sekuntum bunga yang kembang sudah cukup menjadikan kek ini kelihatan sangat eksklusif.
Baker: @redbakes
8. Dusty Pink
Design kek 1 tingkat dengan tema dusty pink yang menarik ini mampu mencuri tumpuan sesiapa yang memandangnya. Dengan warna pink lembut dan hiasan bunga-bunga segar diatasnya menjadikan kek ini kelihatan sungguh anggun.
Baker: @_thelayers
7. Kelabu & Bunga Ros
Design kek buttercream 1 tier yang tinggi. Dihiasi pula dengan lukisan dan hiasan bunga-bungaan. Kek ini amat bersesuaian kepada mereka yang gemarkan hiasan-hiasan yang banyak memenuhi kek.
Baker: @putriraihanah
6. Floral Klasik
Menggunakan warna cream sebagai warna tema. Gabungan warna dan dekorasi pada kek ini membuatkan kek ini kelihatan sungguh menyerlah dan amat sesuai bagi mereka yang menginginkan gaya klasik dan moden.
Baker: @putriraihanah
5. Red Kebaya
Kek 1 tingkat berwarna pink yang dipenuhi dengan kuntuman bunga-bunga daripada icing dan ditambah lagi dengan manik-manik yang tersusun indah pada bahagian bawah kek membuatkan kek ini kelihatan sangat istimewa.
Baker: @rarakitchy
4. Kelabu & Bunga Ros
Satu lagi kek yang menggunakan warna kelabu dan bunga ros sebagai sebagai dekorasi tetapi dengan design yang ringkas. Kuntuman-kuntuman bunga yang cantik memenuhi bahagian atas kek.
Baker: @rarakitchy
3. Bunga Ros Pastel
Kek 1 tingkat berwarna pastel dengan hiasan kuntuman bunga ros pada bahagian sisi dan bahagian atas kek. Design kek ini amat sesuai bagi mereka yang gemarkan warna-warna pastel yang lembut sebagai tema.
Baker: @rarakitchy
2. Peach & Ungu
Kek ini kelihatan elegan dengan gabungan warna peach dan ungu serta hiasan kuntuman bunga yang sangat cantik memenuhi bahagian sisi dan atas kek dan drip cream dari bahagian atas. Design kek ini amat sesuai bagi mereka yang gemarkan tema klasik.
Baker: @rarakitchy
1. Bunga Ros Oren
Kek fondant sudah semestinya cantik dengan kekemasannya. Rekaan kek dengan dekorasi riben dibahagian bawah dan kuntuman-kuntuman bunga pada bahagian atas kek meyerlahkan gaya ringkas kek ini tetapi masih lagi kelihatan moden.
Baker: @hanimscake
Kami senaraikan di atas beberapa jenis rekaan kek kahwin yang boleh dijadikan rujukan buat mereka yang ingin memilih kek kahwin yang sesuai untuk mahligai yang bakal dibina nanti.
Kebanyakan kek kahwin berwarna putih kerana warna putih sememangnya warna yang sinonim dengan majlis perkahwinan. Selain daripada senarai yang diberikan, masih terdapat banyak lagi pilihan rekaan lain yang boleh dijadikan pilihan.
Tips Menempah Kek Kahwin
Bagi memastikan bakal pengantin membuat pilihan kek yang tepat, terdapat beberapa tips yang anda boleh ikuti.
Selidik Latar Belakang Pembuat Kek
Pertama, selidik dahulu tentang pembuat kek yang ingin ditempah. Pastikan pemiliknya boleh dipercayai dan seringkali mendapat maklum balas yang positif daripada pelanggan untuk mengelakkan sebarang masalah seperti kerosakan kek dan sebagainya.
Pilih Bentuk & Design Kek Sesuai Dengan Tema Majlis
Kek kahwin juga boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan design, sama ada yang ringkas ataupun kompleks. Anda boleh memilih untuk menempah kek jenis 1, 2, 3 ataupun 4 tingkat. Terpulang kepada bajet dan pilihan citarasa anda. Pemilihan warna hiasan, design kek kahwin yang sesuai dan tidak kelihatan terlalu kontra dengan warna tema perkahwinan mampu menyerlahkan lagi majlis perkahwinan.
Kenal Pasti Bajet Kek Kahwin
Harga bagi setiap kek sudah semestinya tidak sama. Harga ditetapkan mengikut tema, jenis dan design kek yang dipilih. Anggaran harga bagi kek kahwin ini, bermula dari ratusan ringgit dan boleh mencecah sehingga ribuan ringgit. Pilihlah kek yang bersesuai supaya bukan sahaja cantik tetapi cukup untuk tetamu yang hadir serta tidak melebihi bajet yang telah ditetapkan
Pilih Jenis Kek Ikut Lokasi Majlis Perkahwinan
Terdapat berbagai jenis kek kahwin yang boleh didapati seperti buttercream, fondant, foam dan cupcake yang boleh dijadikan pilihan. Untuk mendapatkan lebih kepastian, berbincanglah dengan pembuat kek tentang jenis kek yang sesuai dengan lokasi majlis perkahwinan anda. Selalunya, kek fondant yang dijadikan pilihan bagi mereka yang mengadakan majlis perkahwinan secara outdoor kerana ianya sesuai untuk pelbagai keadaan.
Pilihan Perisa Kek Yang Sesuai & Popular
Selain daripada warna, pemilihan perisa juga merupakan perkara yang penting. Antara perisa-perisa yang popular menjadi pilihan adalah Red Velvet, coklat, vanila, Victoria Sandwich, lemon dan lobak merah. Perisa-perisa ini juga boleh digabungkan dengan filling dan frosting seperti chocolate ganache, peanut butter, salted caramel, raspberry, cream cheese dan sebagainya untuk menjadikan kek itu lebih sedap dan berperisa.
Semoga bakal pengantin yang masih lagi tercari-cari kek yang sesuai untuk majlis mereka nanti akan dapat mendapat idea daripada senarai pilihan ini dan dapat mencari tema dan design yang sesuai untuk kek perkahwinan mereka.