Makeup pengantin merupakan suatu perkara yang wajib dalam aspek perkahwinan. Semua wanita pasti ingin tampil cantik dan menawan dengan solekan, tak kira bagi yang biasa makeup ataupun tidak.
Pemilihan makeup pengantin amat penting, bukan sahaja dapat menaikkan seri wajah, gambar yang diambil juga akan nampak lebih menarik dengan padanan pakaian pengantin yang dipilih.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa solekan sememangnya dapat menambahkan seri kepada wajah dan mampu menutup cela yang membuatkan wanita berasa hilang keyakinan diri. Dengan adanya solekan, ia dapat membantu memberi keyakinan pada wanita dan menjadikan wajah tampil presentable. Lebih-lebih lagi bagi wanita yang bakal berkahwin.
Baca: 17 Baju Nikah Simple & Elegen Yang Sesuai Untuk Ratu Sehari
Banyak sebenarnya aspek yang perlu dititikberatkan. Solekan yang tidak sesuai akan menjadikan wajah anda nampak tenggelam serta hilang seri wajah asli. Adakalanya, sampai tak nampak wajah asal dan yang paling ditakuti oleh wanita ialah kulit muka menjadi rosak dan bermasalah.
Bagi yang masih mencari makeup pengantin, kami ingin berkongsi informasi yang kami rasa semua wanita perlu tahu secara am. Agar anda boleh memberitahu kepada makeup artist, jenis style makeup apa yang anda mahukan. Tak salah untuk kita mempunyai citarasa sendiri dan mengetahui jenis makeup apa yang kita mahukan.
Apa yang paling utama, adakah anda berasa puas hati dengan hasil solekan yang diterima. Bayaran makeup artist yang berpengalaman dan popular bukannya murah. Kami harap anda tampil menawan sewajar dengan nilai wang yang anda bayar.
Lihat senarai 18 makeup artist yang mahir dan tips make up sesuai mengikut kulit wajah bagi transformasi yang sempurna supaya anda tampil menawan dan cantik di hari bahagia nanti!
Kandungan
18. @Warnabilla
Bagi yang mengenali makeup artist Warnabilla pasti sudah tahu betapa susahnya untuk mendapatkan khidmat makeup beliau. Bermula dengan harga RM700, tak hairan mengapa beliau mengenakan cas sebegitu kerana selebriti seperti Nadia Nisa dan Elfira Loy pun menggunakan khidmat mereka.
Feature utama Warnabilla dalam menyolek adalah konsep menggunakan warna nude. Warna neutral seperti warna rose, beige dan peach digunakan untuk hasil solekan yang sempurna. Bedak asas atau foundation pula selalunya dipilih mengikut warna yang paling dekat dengan warna kulit anda.
Penggunaan mascara dan blush mengikut warna neutral sesuai dengan warna kulit anda pada kadar yang sangat sedikit menjadikan anda kelihatan natural. Untuk lipstick pula, bagi hasil yang neutral, sapukan lip gloss. Less is more!
Instagram: @warnabilla
17. @Shahirah Awang
Bagi mereka yang mempunyai kulit wajah berminyak, Shahirah Awang mungkin makeup artist yang anda cari. Kebanyakan hasil solekannya menggunakan matte makeup. Kelebihan makeup jenis matte ini akan menghasilkan porcelain look, jadi muka anda tidak nampak berminyak dan berkilat.
Solekan anda juga akan tahan lebih lama jadi sesuai lah bagi bakal pengantin yang akan berjam-jam menangkap gambar bersama para tetamu. Perasan tak orang makeup ada kesan retak di bahagian hujung kelopak mata? Matte makeup sesuai untuk hasil yang sangat licin dan mengelakkan cela akibat solekan yang tidak konsisten sapuannya.
Instagram: @syahirahawang.makeup
16. @Ieqaitsme
Barisan selebriti seperti Wany Hasrita dan Erra Fazira antara nama terkenal yang disolekkan oleh Ieqa.
Solekannya sesuai untuk yang berkulit kuning langsat, gabungan warna sejuk atau terang yang diadun pada bahagian kelopak mata menciptakan kontra yang seimbang pada hasil penuh solekan wajah. Bagi yang mencari complexion sponge make up tu, boleh mendapatkan info lebih lanjut di Intagram beliau!
Instagram: @ieqaitsme
15. @KikaMuhammad
Bagi yang meminati adik beradik Ruhanies dan Risteena dan juga Bella Astilah, bolehlah nak cuba hasil solekan KikaMuhammad. Hasil wajah yang neutral tanpa sentuhan yang banyak pada wajah menjadikan anda nampak ceria dan segar.
Penggunaan contour di bahagian hidung untuk nampak mancung serta padanan blusher merah jambu menyerlahkan lagi bentuk pipi anda seperti barbie look.
Instagram: @kikamohdmakeupartist
14. @Bellahudd
Solekan Tasha Shilla yang mencuri pandangan setiap lelaki adalah merupakan hasil solekan makeup artist yang bernama Bellahudd! Bukan sahaja Tasha Shilla, artis veteran seperti Fauziah Daud atau Kak Ogy juga turut menggunakan khidmat beliau.
Solekan yang tebal tapi mengabungkan kombinasi dewy primer dan matte foundation dengan kadar solekan yang sangat nipis supaya hasil masih tampak natural dan berseri.
Instagram: @bellahudd
13. @Anis Sulaiman
Bagi yang berada di sekitar daerah Gombak, nama makeup artist Anis Sulaiman mungkin biasa anda dengar.
Melihat hasil solekannya di Instagram, sudah cukup memberikan anda gambaran style makeup yang diketengahkan. Solekannya sungguh sesuai bagi anda yang sukakan makeup jenis heavy. Solekannya bukan sahaja cantik tetapi menarik.
Instagram: @makeupby_anissulaiman
12. @MayangSari
Makeup artist Mayangsari menyediakan khidmat solekan di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Teknik shading di bahagian pipi dan hidung sesuai bagi anda yang ingin nampak menyerlah tetapi masih kekal ayu.
Penggunaan lipstick warna nude dengan warna blusher yang terang menjadikan hasil solekan nampak menarik dan tidak terlalu heavy.
Instagram: @makeup_mayangsari
11. @Blush By Syafiqah
Selebriti tanah air seperti Mira Filzah juga turut menggunakan khidmat solekan dari makeup artis ini.
Apa yang boleh dilihat tentang solekan Syafiqah ialah penggunaan foundation yang minima mengikut tona kulit dan aplikasi blusher yang tidak terlampau terang serta sapuan warna lipstik yang bersesuaian menghasilkan solekan yang natural dan sweet look.
Beliau juga turut menggunakan bulu mata palsu dalam solekkannya. Pemilihan bulu mata yang tidak terlalu panjang untuk hasil yang menawan tetapi masih nampak asli.
Instagram: @blushbysyafiqah
10. @Mafarikha
Konsep solekan yang dibawakan oleh makeup artist ini sangat menarik dan natural. Penekanan makeup pada mata dengan penggunaan bulu mata palsu menyerlahkan lagi hasil solekan dengan warna lipstik yang tidak begitu terang. Sesuai untuk anda yang menggemari teknik solekan jenis ini.
Instagram: @mafarikha
9. @Eypahana
Jurusolek artis Eypahana secara sambilan ini memberikan khidmat solekan di sekitar kawasan Johor Bahru dan Singapura.
Gaya solekannya menggunakan teknik solekan shimmer yang berkilau menyerlahkan lagi wajah dan sesuai untuk majlis malam agar nampak glam dan eksotik. Jika anda bakal buat majlis bertema Bollywood! Makeup artis ini yang anda cari.
Instagram: @eypahana
8. @Fiqahafizi
Bagi yang duduk di sekitar kawasan Shah Alam, anda boleh mempertimbangkan khidmat makeup artist ini. Wawa Zainal dan Syafiqah Aina pun menggunakan khidmat cik Fiqa ini. Apa yang boleh dikatakan dengan hasil solekan cik Fiqa ni ialah High Definition makeup. Selalunya hasil sebegini dapat kita lihat didalam televisyen atau wayang.
Teknik makeup ini dapat menyembunyikan kesan wrinkle pada lapisan makeup walaupun sapuan makeup nampak heavy. Makeup jenis HD ini dapat menghasilkan wajah anda nampak berseri dan flawless.
Instagram: @fiqahafizi
7. @Leenzakaria
Selebriti seperti Neelofa, Lisa Surihani dan Nora Danish antara wajah-wajah terkenal yang disolek oleh Leen. Teknik solekan matte dilihat menjadi gaya signature Leen. Matte adalah gaya yang paling popular dikalangan makeup artist kerana boleh dikenakan secara daily basis dan juga untuk sesuai bagi look yang dramatic bagi sesebuah majlis.
Matte makeup yang bersifat versatile dengan gabungan warna-warna yang bold yang pelbagai, menghasilkan solekan yang berbeza mengikut citarasa anda tanpa menghilangkan seri asli wajah. Di samping memberikan kesan yang berani tapi lembut pada masa yang sama dan sesuai bagi majlis siang mahupun malam.
Instagram: @leenzakaria
6. @Makeupbynadianordin
Nadia Nordin ini mempunyai pengalaman menyolek artis seperti Bella Astilah dan Wany Hasrita. Kebolehan Nadia menyolek dengan pelbagai teknik menjadikan portfolionya mempamerkan hasil yang hybrid.
Beliau juga bijak menekankan aspek smokey look yang menyerlahkan sentuhan makeup seksi pada wajah dengan memberi perincian pada warna solekan yang gelap pada mata dan bibir.
Namun, apa yang membezakan makeup artis ini dengan yang lain adalah kelebihannya dalam menghasilkan rupa neutral dan lembut walaupun smokey look dikenakan pada bahagian mata. Aksesori tambahan seperti bulu mata palsu yang tidak terlalu panjang serta eyeliner melengkapkan lagi tatarias pada wajah. Kontra yang seimbang dicapai dengan kombinasi makeup yang hybrid ini.
Instagram: @makeupbynadianordin
5. @Shazreenyanashukri
Shazreen ini bukan sahaja makeup artist tetapi juga mengendalikan kelas teknik solekan. Beliau juga pemilik barangan penjagaan wajah yang bernama Dermova.
Bila melihat dilaman sosial Instagramnya, Shazreen suka mengenakan makeup yang berkonsep matte dan shimmer eyes. Sesuai untuk hari perkahwinan anda nanti.
Penggunaan eyeshadow shimmer yang berkilat digabungkan dengan matte coklat yang sangat lembut pada mata, sapuan lipstik warna nude dengan countouring pada bahagian tulang pipi yang sangat minimum menjadikan hasil solekan nampak ringan dan lebih muda.
Instagram: @shazreeyanashukri
4. @Ramzamode
Bermula dari harga RM1,500 anda boleh merasa disolek oleh makeup artist yang menyolek wajah terkenal seperti Lisa Surihani dan Mira Filzah serta ramai lagi selebriti tanah air. Tak dinafikan hasilnya memang menakjubkan bersesuaian dengan harga yang dikenakan.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan hasil professional, Ramza salah seorang yang hebat didalam industri seni. Kepakarannya dalam solekan dengan penggunaan barangan makeup yang high end maka tidak hairan kenapa ramia orang-orang terkenal mendapatkan servis beliau.
Hasil Ramza akan menjadikan anda tampil sungguh mewah dengan solekan ringan dan muda tanpa menghilangkan seri wajah asli anda.
Instagram: @ramzamode
3. @Ynasakinah
Bagi peminat tegar makeup, pasti anda kenal makeup artist bernama Sakinah. Pemilik Ynasakinah beaute ni memang tak asing lagi didalam industri seni. Kesemuanya pelanggannya adalah barisan selebriti terkenal.
Matte look, fresh dan natural look antara teknik yang sering digunakan mengikut kesesuaian warna kulit dan bentuk wajah pelanggan. Harga solekan diianggarkan bermula daripada RM2,000. Sakinah bukan sahaja memberi hasil solekannya di Malaysia tapi juga di Brunei, Indonesia dan Singapura.
Instagram: @ynasakinah
2. @Erin Leola
8 tahun berada didalam dunia solekan artis. Erin Leola juga antara nama yang terkenal di kalangan makeup artist. Beliau juga merupakan pemilik leolaglow dan sosxleolascrub. Bakal pengantin di luar sana mungkin suka dengan solekan Erin.
Sentuhan Erin yang mempamerkan solekan yang tidak terlalu tebal dengan penekanan pada bahagian pipi untuk rupa yang muda dengan rona pipi merah jambu sesuai bagi anda yang menggemarkan makeup Dolly look.
Instagram: @erinleolamakeupartist
1. @Aina
Bagi anda yang berada sekitar Ampang dan Keramat, makeup artis Aina antara yang anda boleh jadikan pilihan. Selain dari khidmat solekan, beliau juga turut menawarkan khidmat facial terus ke rumah anda.
Instagram: @getprettybyaina
Tips Make Up Pengantin Sesuai Ikut Warna Kulit
Memilih tips make up pengantin mengikut kulit wajah yang sesuai seperti warna, bentuk dan jenis kulit adalah sangat penting kerana makeup pengantin yang glowing dan flawless dapat menghasilkan makeup pengantin yang cantik dan tahan lama.
Kulit Putih Gading
Bagi wanita yang berkulit cerah bak putih gading seperti Emma Maembong, minta jurusolek anda menggunakan warna pastel yang terang dan lembut untuk hasil solekan wajah nampak segar dan ceria.
Jika anda inginkan solekan yang menggunakan rona gelap untuk tampil elegan, kami sarankan makeup jenis ini digayakan pada waktu malam. Manakala untuk tampak klasik, gunakan solekan rona merah jambu untuk hasil yang sempurna.
Kulit Kuning Langsat
Bagi yang berkulit kuning langsat seperti selebriti Neelofa. Sebaiknya tidak menggunakan solekan warna pastel. Wajah anda akan nampak kurang kemas kerana gabungan warna kulit anda dan warna pastel bukan gabungan yang harmoni. Anda juga disarankan agar tidak mengenakan solekan warna yang terang kerana kontra warna yang keterlaluan juga akan menjadikan wajah anda nampak tidak natural.
Pemilihan warna-warna bersifat sejuk seperti merah jambu, biru, ungu dan hijau tua cukup harmoni dengan tona kulit jenis ini. Padanan warna solekan jenis ini juga sesuai dipadankan untuk majlis di waktu siang. Anda juga boleh mengenakan solekan warna gelap jika ingin tampil anggun.
Kulit Sawo Matang
Untuk wanita yang berkulit sawo matang seperti pelakon Nabila Huda, warna pastel bukanlah untuk anda terutamanya yang bersifat matte. Jadi pilihlah makeup warna yang berkilat atau istilahnya shimmer.
Pemilihan makeup jenis ini dapat memberikan ilusi yang berkilau dan rare di samping menaikkan lagi seri wajah anda. Warna seperti ini juga sesuai digunakan pada waktu malam supaya menyerlahkan solekan yang glamor.
Penggunaan lighting atau pencahayaan merupakan aspek yang paling penting dalam solekan kerana penggunaan pencahayaan yang betul dapat menentukan kualiti hasil makeup yang dikenakan sama ada tebal atau nipis. Jadi pastikan makeup artist anda menyolek anda dalam keadaan yang terang supaya anda dapat hasil makeup yang sempurna seperti yang diidamkan.
Kami harap dengan perkongsian pada kali ini sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada bakal mempelai di luar untuk mencari idea solekan pada hari perkahwinan yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Apa yang kami kongsikan ini hanya beberapa makeup artis yang berkualiti setanding dengan harga yang mereka tawarkan. Hasil dan feedback boleh dilihat di laman sosial mereka sendiri.
Baca: 30 Henna Tangan Simple | Inspirasi Corak Inai Tangan Menarik
Terdapat banyak lagi pilihan di luar sana yang mungkin menepati citarasa anda. Beauty is on the eyes of beholder. Semoga anda kelihatan cantik dan menawan pada hari perkahwinan anda nanti!