Sudah pasti tidak lengkap sesebuah majlis pertunangan atau perkahwinan tanpa pelamin kerana ia merupakan simbol terjalinnya satu ikatan cinta yang tulus. Penggunaan mini pelamin sememangnya menjadi trend popular masa kini. Pelamin mini ini sangat sesuai untuk apa-apa majlis. Gabungan warna yang lembut seperti putih, pink dan pastel akan menambahkan lagi keserian majlis.
Walaupun saiznya tidaklah sebesar pelamin yang selalu digunakan, ia menjadi trending kerana harganya yang lebih murah serta sesuai digunakan untuk lokasi majlis yang agak kecil saiznya.
Sekiranya anda mahu menggunakan kreativiti sendiri, anda juga boleh DIY sendiri atau menyewa peralatan pelamin dan menggubahnya mengikut citarasa anda. Bagi yang masih lagi bingung mencari idea untuk mini pelamin, anda tidak perlu lagi runsing setelah melihat senarai mini pelamin yang kami sediakan buat tatapan anda.
Kandungan
Tema Gelung Bunga (Floral Hoop)
Tema Floral Hoop merupakan antara trend terkini kerana impak pelaminnya yang begitu ‘wow’. Tidak memerlukan hiasan yang terlampau sarat, cukup diserikan dengan bunga-bungaan yang mekar serta daun yang menghijau akan menambah kecantikan pelamin tersebut.
33. @pickmebridal
Padanan floral hoop ibarat akar yang bersimpul beserta bunga ros putih dan dedaun hijau yang berjuntai menyerikan lagi pelamin. Hiasan yang simple dengan tambahan bunga yang merimbun di kiri dan kanan pelamin menjadikan mini pelamin ini kelihatan eksklusif.
Design pelamin mini ini juga sangat sesuai dijadikan sebagai pelamin nikah. Pengantin boleh mengenakan busana yang bewarna terang atau lembut kerana kedua-duanya akan menyerlahkan kecantikan apabila berlatar belakangkan hiasan simple.
Butik: @pickmebridal
32. @softqiss
Design yang lebih kompleks menampakkan mini pelamin ini begitu gah dipandang. Ia tampak lebih mewah apabila dihiaskan bersama dua buah pasu bewarna emas dengan akar floral hoop yang lebih berselirat.
Percikan flashlight bewarna kuning bersama bunga putih dengan daun yang berhijau gelap menambah lagi keistimewaan mini pelamin ini. Ia sangat sesuai dijadikan pelamin pada hari bahagia dengan mengenakan busana moden atau tradisional. Harga bagi pakej tunang @ nikah yang ditawarkan ialah RM1, 500.
Butik: @softqiss
Tema Gerbang Bunga (Floral Arch)
Tema ini sangat evergreen kerana hiasan dan rekaannya tidak jemu dipandang. Berkonsepkan gerbang bunga-bungaan, si pengantin yang sedang bersanding pasti merasai ibarat berada di taman bunga yang indah.
31. @shidamanshor.event
Dengan backdrop menggunakan kain putih sahaja sudah memadai untuk menyerlahkan pelamin ini. Hasil yang kelihatan menarik dengan bunga putih dan gabungan daun-daun hijau lain yang melingkar memberi hasil seperti dalam frame.
Ditambah serinya dengan daun-daun hijau dan bunga-bunga putih di bahagian tepi pelamin membuatkan ia kelihatan manis digunakan untuk bersanding. Ia sangat cantik dipadankan dengan baju pengantin bewarna putih, cream atau pastel.
Butik: @shidamanshor.event
30. @aydahoney_bridalicious
Warna bunga putih yang dipadankan dengan bunga pink dan daun hijau yang melingkar di bahagian atas pelamin membuatkan mata yang menoleh tertumpu pada keindahan pelamin ini. Ia kelihatan simple namun sangat unik dengan backdrop kain putih yang beralun di bahagian belakang pelamin.
Konsep ini menampilkan pelamin ini kelihatan lain dari yang lain.Percikan cahaya kuning menaikkan lagi keindahannya. Pelamin ini sesuai dipadankan dengan busana pengantin bewarna lembut, pastel atau terang.
Butik: @aydahoney_bridalicious
29. @harryzulhairibridal
Tampil dengan konsep yang berani dengan padanan bunga bewarna merah jambu, ungu, putih dan daun-daun hijau menjadikan mini pelamin tunang ini tersergam indah. Dikenakan pula dengan kain putih yang beralun sebagai backdrop pelamin menaikkan lagi seri pelamin.
Ia memukau mata tetamu dengan susunan lampu di tepi kerusi dan di kaki pelamin. Sangatlah sesuai jika dikenakan dengan baju bewarna gold, purple, pink dan putih. Pasti si darah manis bertambah manis ketika disarungkan cincin pertunangan.
Butik: @harryzulhairibridal
Tema Bunga Merah (Red Flowers)
Warna merah sangat catchy dipandang kerana warnanya yang terang dan garang. Tema bunga merah ini akan menonjolkan lagi keindahan pelamin. Tidak kira saiznya yang kecil, dengan pilihan warna merah ia akan menyerikan lagi keadaan sekeliling majlis.
28. @idasahida_bridal
Kecantikan pelamin dengan hiasan bunga merah yang merimbun bersama daun-daun hijau yang melingkar. Padanan sedikit bunga bewarna putih di kaki pelamin menjadikan mata yang melihat merasa kagum.
Ia kelihatan menawan dengan backdrop bewarna putih kuning. Ia sangat matching dipadankan dengan busana pengantin bewarna putih kerana dua kontra warna ini akan menaikkan lagi seri pengantin.
Butik: @idasahida_bridal
27. @danikaandflowers
Kelihatan ekslusif dengan dua tona warna iaitu merah menyala dan putih suci. Lebih nampak gah apabila bunga merah diletakkan dalam pasu yang tinggi bewarna emas dan di kaki pelamin.
Ia menjadi lebih menarik dengan padanan kerusi ala Inggeris bewarna silver. Busana dari semua jenis warna sesuai dikombinasikan dengan pelamin yang cantik ini.
Butik: @danikaandflowers
Tema Pastel
Tema pastel ini menjadi kesukaan ramai kerana warnanya yang lembut. Ia mudah disuai padan dengan semua jenis warna baju pilihan. Tidak memerlukan hiasan yang sarat kerana sudah memberi kesan yang mendamaikan.
26. @moments_by_ernahisham
Design yang kemas dengan warna pink lembut dan putih mendatangkan rasa tenang. Tirai yang diikat tiga menggunakan pengikat langsir yang berjuntai menaikkan seri pelamin ini. Ia nampak simple namun ada keistimewaan tersendiri. Busana bewarna pastel amat sesuai dikenakan.
Butik: @moments_by_ernahisham
25. @squarefit_creation
Dengan gabungan warna pastel pink, putih dan daun-daun hijau menjadikan mini pelamin ini tampak ceria dan menarik. Hiasannya cukup simple dengan bunga di kiri dan kanan pelamin. Bantal emas yang diletakkan di atas kerusi pelamin menaikkan lagi keserian mini pelamin ini.
Ia tidak memakan ruangan yang besar dengan pilihan kerusi yang melengkuk sedikit. Pattern mini pelamin ini sesuai untuk majlis pertunangan. Baju berwarna lembut menyerikan lagi sesuana pertunangan.
Butik: @squarefit_creation
24. @pelaminsanding_kristal_bridal
Padanan warna pastel biru dan putih dengan hiasan yang sangat simple kelihatan cukup manis. Rimbunan bunga yang diletakkan di bahagian belakang kerusi pelamin dengan backdrop putih dan pantulan lampu kuning menyerikan keadaan mini pelamin.
Harganya juga super jimat iaitu bermula dari RM400. Si gadis boleh mengenakan baju tunang berwarna lembut agar kelihatan anggun ketika disarungkan cincin oleh bakal ibu mertua.
Butik: @pelaminsanding_kristal_bridal
23. @stazurinweddingsevents
Dekorasi pelamin yang kemas dengan bunga berwarna pastel yang diletakkan dalam empat buah pasu di kiri dan kanan pelamin menaikkan seri mini pelamin nikah ini. Tirai yang bersilang dibelakang pelamin mampu menawan mata yang memandang.
Susun atur bantal juga berwarna pastel di atas kerusi dan bawah pelamin menjadikan mini pelamin ini kelihatan comel. Bersesuaian dengan baju nikah yang biasanya berwarna putih atau pastel.
Butik: @stazurinweddingsevents
Tema Putih (All White)
Tema ini kebiasaannya digunakan oleh pengantin di Barat. Ia tidak sarat dengan warna-warna lain. Mini pelamin all white kelihatan plain namun sangat sesuai dipadankan dengan semua pilihan warna baju pengantin.
22. @halkahwin
Tatariasnya yang sangat simple menggunakan bunga, kerusi dan tirai putih. Bunga yang kelihatan memanjat ke atas di kedua-dua belah sisi mini pelamin menghidupkan suasana pertunangan.
Bunga tangan yang kecil juga berwarna putih melengkapkan lagi majlis pertunangan tersebut. Satu set serba putih digabungkan dengan baju berwarna pastel pasti menyerikan wajah si gadis.
Butik: @halkahwin
21. @dwikaryaweddings
Pelamin berbunga putih dengan latar belakang daun-daun berwarna hijau gelap memberikan kesan seperti di dalam garden. Dengan susunan bunga yang berkelompok-kelompok mencantikkan lagi pelamin ini.
Diserikan lagi dengan cahaya lampu putih dan pasu bunga berkaki menjadikan pelamin ini tampak eksklusif. Ia sesuai digabungkan dengan busana bewarna terang kerana akan menonjolkan sosok pengantin yang diraikan.
Butik: @dwikaryaweddings
20. @dwikaryaweddings
Designnya sungguh menyerlah dengan backdrop berwarna putih yang diserikan dengan gubahan bunga putih bersama tiang emas . Pentas, bunga yang lebat dan kerusinya yang serba putih menyerlahkan lagi keseragaman mini pelamin ini.
Pastinya sangat sesuai jika pengantin menggunakan busana yang bewarna biru tua atau maroon kerana suasana pelamin ini sangat eksklusif. Ia juga menjadi pilihan artis terkenal iaitu Mark Adam kerana hasil kerjanya yang sangat teliti dan lain dari biasa.
Butik: @dwikaryaweddings
Tema Garden (Greenery)
Pelamin greenery ini sangat menarik kerana penggunaan dedaunan yang menghijau menjadi hiasan utama untuk tema ini.
Pilihan ini sesuai bagi peminat tema kahwin ala ala dalam taman. Trend ini semakin popular di kalangan bakal pengantin. Rekaan ringkas dan bertenaga gabungan unsur alam semulajadi menjadikannya tampak eksklusif dan memukau.
19. @decoby_mizan
Pelamin ini berlatar belakangkan daun-daun yang hijau berwarna gelap yang besar dan berjuntai dari tirai beserta gabungan gelungan daun dan bunga putih sudah cukup menyerlah.
Ditambah pula dengan hiasan daun-daun yang seakan hidup di sekitar tepi dan bawah pelamin mencantikkan lagi konsep ini. Ia sesuai apabila dipadankan dengan busana pengantin yang bewarna seperti bunga kerana akan menaikkan lagi seri set pelamin ini.
Butik: @decoby_mizan
18. @dwikaryaweddings
Pelamin ini nampak mewah dan menarik dengan hiasan bunga putih di kiri dan kanan kerusi serta rimbunan daun hijau sebagai backdrop.
Pengantin boleh mengenakan busana yang berwarna terang seperti merah garang bagi nampak menonjol semasa bersanding nanti.
Butik: @dwikaryaweddings
17. @kejannah_rental
Hiasannya lebih ringkas dengan tirai hitam dibelakang yang diserikan dengan daun-daun hijau yang disusun mengikut ketinggian dari tinggi ke rendah menjadikan ia unik.
Kuntuman sedikit bunga putih menaikkan lagi kecantikan pelamin ini. Harga yang ditawarkan juga sangat murah serendah RM350. Pasti manis dijadikan pelamin tuning dengan si gadis menggayakan baju bewarna soft yellow.
Butik: @kejannah_rental
Tema Menggunakan Props
Penggunaan props dalam set pelamin menjadikan pelamin ini lain dari yang lain. Tema ini semakin popular apabila digunakan dalam perkahwinan artis tempatan, Elfira Loy. Pelbagai jenis props boleh diketengahkan melalui konsep ini.
16. @lolacoutures
Props berbentuk terrarium yang berwarna emas serta penggunaan kain warna putih sebagai backdrop menjadikan rekaan pelamin ini sangat menarik!
Dicantikkan lagi dengan kuntuman bunga warna purple di sekitar set pelamin menjadikan ia satu pelamin yang jarang-jarang dilihat. Pengantin yang menggayakan busana putih atau purple akan mengidupkan lagi set pentas pelamin ini.
Butik: @lolacoutures
15. @shahalamdecorental
Hiasan pelamin ini sangat berani dengan pilihan props bingkai berwarna gold beserta hiasan bunga lavender ungu. Ia nampak simple tetapi ada tarikan tersendiri. Sesuai dipadankan dengan baju berwarna pastel atau putih.
Butik: @shahalamdecorental
14. @ainezanni
Menjadikan frame sebagai props yang dihiaskan dengan lingkaran bunga-bunga dan daun-daun serta mecantikkan mini pelamin ini.
Dengan taburan bunga-bunga warna pastel di tepi kerusi dan hiasan batang -batang lampu menceriakan lagi dekorasinya. Rekaan pelamin ini amat sesuai digandingkan dengan busana bewarna biru laut.
Butik: @ainezanni
13. @shidamanshor.event
Menggunakan kayu yang dibentuk menjadi seperti bingkai sebagai props merupakan idea yang menakjubkan. Hanya mengenakan sehelai tirai yang beralun serta sedikit kuntuman bunga putih dan ungu gelap di tiang sudah menampakkan kelainan pada mini pelamin ini.
Susunan pasu-pasu berwarna emas menjadikan mini pelamin ini tampak eksklusif walaupun ringkas. Cantik sekali digabungkankan dengan baju pengantin berwarna pastel atau putih.
Butik: @shidamanshor.event
12. @yourlabelco
Penggunaan props seperti hiasan batang-batang lampu dan kerusi rangka emas menaikkan lagi seri mini pelamin.
Hiasan bunga berwarna terang dan hamparan karpet putih menjadikan rekaan ini nampak eksklusif walaupun ringkas. Pelamin ini sangat cantik dikenakan dengan baju pengantin berwarna lembut.
Butik: @yourlabelco
Tema Rustik
Tema rustik semakin diminati dan trending serta sesuai dijadikan inspirasi. Pemilihan warna seperti coklat dan hijau memainkan peranan penting bagi peminat tema ini.
11. @fwcbridaldeco
Gabungan warna coklat daun palma dan bunga putih menjadikan pelamin ini tampak mewah serta mendatangkan hasil rustiknya.
Diselitkan lagi dengan daun seperti lalang warna coklat dan penggunaan kerusi rotan putih memberikan hasil yang unik. Pakaian berwarna silver cantik dikenakan agar nampak sangat ‘wow’.
Butik: @fwcbridaldeco
10. @ah_weddingconcept
Gabungan bunga berwarna kuning, coklat dan putih serta daun-daun musim luruh menaikkan seri mini pelamin ini. Busana berwarna soft pink amat sesuai digayakan di atas pelamin ini.
Butik: @ah_weddingconcept
9. @karyaimpi
Rimbunan daun-daun kecoklatan yang lebar menjadi peranan utama bagi pelamin ini. Seperti berada di tengah rimba dengan bunga putih yang lebat dan nyalaan api dari lilin sangat luar biasa. Lebih cantik lagi digayakan dengan busana bewarna royal blue atau merah hati.
Butik: @karyaimpi
8. @_lovesoraya
Kemasan yang ringkas tapi menyerlah dengan daun maple bewarna coklat keperangan seperti berada di musim luruh ini sangat menawan. Ia bertambah lebih cantik dipadankan dengan pasu emas dan sedikit daunan hijau.
Saiznya yang mini menambah kecomelannya. Harganya sangat berbaloi iaitu serendah RM400. Penggayaan busana berwarna light coklat sangat sesuai dengan tema mini pelamin ini.
Butik: @_lovesoraya
Tema Klasik (Kerawang/ Seni Bina Melayu)
Sejarah Melayu banyak meninggalkan seni yang menarik. Walaupun ia sesuatu yang telah lama wujud, namun ia masih tidak lapuk dek hujang tidak lekang dek panas. Ia masih lagi dijadikan pilihan dalam perkahwinan pada masa kini.
7. @fwcbridaldeco
Rekaan kerawang seperti gerbang menjadi sangat cantik apabila dijadikan latar belakang pelamin. Tambahan pula, dengan berwarna keemasan ia menonjolkan lagi keindahannya.
Hasil yang indah ini semakin tertawan dengan hiasan bunga putih dan daun-daun hijau. Betul-betul mengaburi mata yang melihat. Busana yang pasti cantik dikenakan ialah berwarna purple gelap.
Butik: @fwcbridaldeco
6. @ladydiadtouch
Design yang lebih kompleks dengan kerawang silver yang banyak di belakang pelamin mendatangkan gaya klasik.
Ia sesuai untuk yang meginginkan pelamin yang nampak mewah. Jika dipadankan dengan busana songket bewarna silver atau violet sudah pasti sangatlah cantik.
Butik: @ladydiadtouch
Tema Pallet
Tema mini pelamin pallet semakin popular sejak akhir-akhir ini. Ia menggunakan kayu yang diberi nafas baru menjadi pilihan sebagai set mini pelamin. Warnanya yang coklat kekuningan dan rekaannya berbentuk segi empat menampakkan pelamin ini seperti gaya hipster.
5. @airashii_creations
Dengan menggunakan rekaan pallet untuk kerusi dan backdrop menjadikan pelamin ini sangat simple dan menarik.
Diserikan lagi dengan gubahan bunga ros merah jambu memberikan kesan berbeza untuk set mini pelamin ini. Ia sesuai digandingkan dengan busana berwarna putih atau cream.
Butik: @airashii_creations
4. @airashii_creations
Menjadikan dua pilihan warna alam iaitu bunga tema kuning dan hijau dari hamparan rumput yang diletakkan di antara 2 papan pallet pastinya menjadikan rekaan pelamin ini sesuatu yang indah.
Ia juga tampil sangat kemas dengan hiasan yang tidak sarat. Sesuai di tambah serinya dengan baju pengantin berwarna lembut.
Butik: @airashii_creations
3. @hazzeventplanner
Hiasannya kelihatan sangat comel dan simple dengan penggunaan kayu pallet yang dihiasi dengan bunga rose merah, pink dan putih.
Ia lebih menarik dengan disertakan tirai langsir pada kayu pallet dan hamparan karpet putih di bawah pelamin. Hiasan yang comel ini cantik disuai padan dengan baju bewarna pink atau merah.
Butik: @hazzeventplanner
Tema Rumput Pampas (Earthy Pampas Grass Theme)
Ia merupakan tema yang semakin trending selepas digunakan dalam persandingan artis popular Malaysia iaitu Yuna dan suaminya Adam. Penggunaan rumput pampas yang banyak pada pelamin membuatkan si pengantin berasa seperti berada di kayangan.
2. @dwikaryaweddings
Design yang sarat dengan rumput pampas kelihatan sangat cantik lebih-lebih lagi lokasi majlis dilangsungkan di tempat terbuka pada waktu malam.
Kerusi pelamin yang berwarna putih menambah ‘umph’ pada pelamin ini. Digayakan pula dengan busana bewarna putih pastinya kelihatan berseri-seri.
Butik: @dwikaryaweddings
1. @zylynngallery
Penyusunan rumput pampas seperti mahkota dengan bunga-bungaan di latar belakang pelamin mencantikkan lagi pelamin ini.
Ia kelihatan lebih sempurna dengan bunga yang diletakkan di sebelah kiri dan kanan pelamin. Warna kuning emas sesuai dipilih sebagai busana pengantin agar tampil lebih menonjol.
Butik: @zylynngallery
Apabila sudah semakin hampir dengan tarikh majlis pertunangan atau perkahwinan, sudah pasti hati menjadi semakin berdebar-debar.
Macam-macam perkara bermain di minda siang dan malam dengan harapan agar segala yang dirancang dapat berjalan dengan lancar. Setelah membaca senarai tema mini pelamin ini, kami berharap ia dapat memberikan idea dan inspirasi untuk majlis anda nanti.
Tipsnya hanya perlu memilih tema kesukaan dan sesuaikan dengan bajet anda. Selain dari apa yang telah disenaraikan, terdapat lebih banyak lagi tema lain yang boleh anda pilih bagi merealisasikan majlis impian anda.
Kami berharap anda dapat mencari tema yang sesuai dengan citarasa anda dengan perkongsian ini. Kami turut mendoakan agar segala yang dirancang dapat berjalan dengan baik. Selamat menempuh hari bahagia!