Bila sebut mengenai bab perkahwinan, semestinya bakal mempelai mengimpikan hari yang sempurna. Kesempurnaan ini dicurahkan di dalam setiap aspek yang terdapat dalam sesebuah majlis yang bakal dilangsungkan.

Antara perkara yang menjadi centerpiece di dalam majlis perkahwinan ini tak lain tak bukan adalah pelaminnya. Tak lengkap sesuatu majlis perkahwinan jika tak ada pelamin kerana sudah menjadi adat orang melayu untuk bersanding, kalau tidak mana kan mendapat nama jolokan raja sehari.

Nampak mudah kan? Pelamin yang dihiasi indah menjadi penyeri kepada singgahsana bagi kedua dua mempelai. Tak semudah itu, di dalam era yang serba moden, pelamin juga dititikberatkan dari segi rekaannya, kesesuaian gubahan dan tatarias sesebuah pelamin mengikut tema yang dipilih dan warna yang memberi kesan yang ingin disampaikan oleh tuan rumah supaya majlis persandingan bukan sahaja memperlihatkan kecantikan dan keunikan tetapi menjadikan pelamin dan keseluruhan majlis itu satu penceritaan yang memberikan impak kepada jemputan tetamu yang menghadirinya.

Jadi untuk kali ini, kami kongsikan kepada anda bakal pengantin yang berada diluar sana yang tak lama lagi bakal melangsungkan hari bahagia anda idea idea yang boleh membantu anda memilih tema dan rekaan pelamin kahwin yang ingin direalisasikan.

Pelamin Terkini

28. @Indah Wedding

Pelamin Terkini Indah Wedding

Di Indah Wedding, setiap rekaan adalah eksklusif buat setiap pelanggan yang mendapatkan khidmat mereka. Elegan dan mewah, diberikan nama rekaan Mystical Purple, sememangnya satu rekaan pelamin yang sangat menakjubkan dengan rekaan terperinci yang berteraskan warna lavender.

Baca: 17 Baju Nikah Simple & Elegen Sesuai Untuk Ratu Sehari

Centerpiece pelamin pula menonjolkan gubahan yang sangat klasik dan nampak hidup dengan penggunaan bunga-bunga yang besar dan rona warna yang harmoni selaras dengan warna tema.

Backdrop pelamin pula ditambahkan dengan chandelier dan gubahan yang menciptakan rasa seperti anda berada di dalam taman bunga di waktu malam yang diterangi cahaya bulan dan bintang. Rekaan mewah sebegini disempurnakan apabila pengantin mengayakan Wedding Gown berwarna putih dan English Fit Wool Tuxedo.

Instagram: @indahwedding

27. @Kayangan Gallery

Pelamin Kahwin Kayangan Gallery

Hasil rekaan pelamin dan majlis resepsi suasana yang indah bak berada di syurga kayangan. Keindahan yang dipaparkan di dalam rekaan ini menonjolkan inspirasi majlis yang diadakan di bawah langit malam dengan bintang bergermelapan.

Hiasan centrepiece pelamin pula menggunakan delphiniums dengan rona warna lavender dan tatarias lampu mempamerkan ilusi pohon-pohon pokok dan daun-daun dipenuhi kunang kunang.

Bench ala kristal melengkapkan keseluruhan rekaan pelamin dan konsep yang disampaikan. Mempelai yang ingin mengayakan English Gown dan Tuxedo Suit sesuai untuk dipadankan dengan tema sebegini.

Instagram: @kayangangallery


Pelamin Bunga

26. @Muasmo

Pelamin Bunga Muasmo

Sudah sinonim di dalam sesebuah majlis perkahwinan apabila bunga bunga digunakan untuk menghiasi pelamin. Jika anda mengimpikan rekaan yang berteraskan bunga bunga, Muasmo sedia membantu anda.

Dengan backdrop tirai berwarna felucean, centrepiece pelamin yang menggunakan sepenuhnya jambangan bunga ros dan delphiniums dengan rona pastel dipadankan dengan kerusi bersanding bewarna hitam agar menciptakan kontra yang seimbang. sesuai digandingkan dengan busana pelamin songket tradisional dengan pilihan warna gelap agar keseimbangan warna kekal.

Instagram: @muasmo

25. @Flair Design

Pelamin Bunga Flair Design

Less is more. Itulah yang dikatakan oleh mereka yang mengimpikan kesempurnaan namun berserdehana. Ini yang dapat dilihat dalam rekaan oleh Flair Design. Tanpa tirai yang sarat, rekaan ini hanya mengunakan backdrop dengan penggunaan panel yang dipenuhi bunga bunga dan paku pakis berteraskan rona putih dan merah.

Kerusi pelamin pula hanya menggunakan bangku panjang putih ringkas dengan sisi pelamin diserikan lilin didalam balang kaca. Rekaan yang berkonsepkan minimalis ini sesuai untuk majlis akad nikah dan juga resepsi dengan busana tradisional yang menggunakan warna putih agar kontra yang harmoni terhasil.

Instagram: @flair.design


Pelamin Tema Garden

24. @Khai Wedding Deco Sarawak

Pelamin Tema Garden Khai Wedding Deco Sarawak

Yang menarik mengenai sentuhan Khai ini adalah kesederhanaan yang dipamerkan. Dengan backdrop yang menggunakan kanvas gambar di dalam hutan, Khai Wedding Deco Sarawak banyak menggunakan pokok pokok hijau dengan akar dahan melingkar dan rumpun rumpun hijau dan amber. Pelamin pula hanya mengunakan bangku panjang tanpa backrest.

Siling atas pula mengenakan kain putih bergaya French curtain dan diterangi dengan lampu chandelier putih. Pelamin ini sesuai untuk majlis akad nikah yang memakai pakaian berwarna putih.

Instagram: @khaiweddingdeco_sarawak

23. @Afeer Kuala Lumpur

Pelamin Afeer Kuala Lumpur

Pelamin ini menggunakan bahan yang berteraskan warna putih sebagai warna tema, daripada bahagian panel, kerusi bersanding, bunga bungaan dan juga pentas.

Gabungan warna perak pada alatan merenjis dan warna hijau pada paku pakis dan dedaun menaikkan lagi seri pada pelamin. Sesuai untuk mereka yang memilih busana pastel yang berteraskan putih kebiruan dan putih kekuningan.

Instagram: @afeer_kualalumpur


Pelamin Rustic

22. @Deire Weddings

Pelamin Rustic Deire Weddings

Dengan modal RM900, anda juga boleh dapatkan hiasan bergayakan rustic ini daripada Deire Weddings. Tanpa terlalu banyak perincian yang mengabungkan banyak perkara, Deire Weddings hanya menggunakan bangku putih dengan hiasan bunga plastic dan besi berwarna gangsa.

Pada bahagian backdrop pula dihiasi tirai putih yang ditambahkan jambangan daun daun dan pakis yang juga berwarna gangsa. Bagi yang melangsungkan akad nikah di rumah, memang sesuai pelamin ini.

Instagram: @deireweddings

21. @Munstara Event

Pelamin Rustic Munstara Event

Bagi yang mahukan kelainan atau yang berjiwa seni, sudah pasti apa yang anda inginkan tak akan sama dengan majoriti bakal mempelai diluar sana.

Munstara Event yang juga pernah bekerja dengan penyanyi terkenal Yuna, mempamerkan gaya ringkas yang menggunakan bahan semulajadi dan tropika seperti pampas dan pokok sepit udang.

Rekaan yang bersifat abstrak ini bukan untuk semua orang kerana berbeza dari kebiasaan. Gaya pelamin seperti ini sesuai dipadankan dengan busana yang berona nude dan bukan berasaskan songket gaya tradisional.

Instagram: @munstara.event


Pelamin Pallet

20. @Munstara Event

Pelamin Pallet Munstara Event

Satu lagi design pelamin yang dikira menjadi pilihan terkini yang bersifat santai dan bergaya hippie. Munstara Event juga boleh mengadakan pelamin seperti ini untuk anda.

Baca: 21 Hidden Hantaran Yang Menarik & Popular

pelamin ini hanya menggunakan bangku pengantin dengan curtain wall agar mencipta ilusi ruang tertutup. Papan bed rail pula diletakkan dibahagian feature wall dan dihiasi dengan beberapa elemen kecil dan sisi pelamin mengikut kehendak pelanggan. Cukup ringkas dan cool.

Instagram: @munstara.event

19. @Kotak Kayu Deco

Pelamin Pallet Kotak Kayu Deco

Kotak Kayu Deco diberi seiring dengan rekaan yang ditampilkan dalam setiap rekaan pelamin, dengan penggunaan pallet sebagai elemen utama. Mereka juga mengabungkan tatarias pentas dengan French curtain berwarna putih dan bahan bahan berteraskan rona yang sama seperti kayu pallet.

Sedikit tambahan bunga dan daun plastik menambahkan warna untuk rupa keseluruhan yang tidak muram. Sesuai dipadankan dengan busana rona achromatic dan warna gelap.

Instagram: @kotakkayudeco


Pelamin Pampas

18. @Munstara Event

Pelamin Pampas Munstara Event

Pelamin yang menggunakan bunga pampas ini sesuai bagi mereka yang mahukan kelainan untuk kelihatan cantik dan terkini.

Gubahan pelamin pampas menaikkan keunikan dekorasinya apabila diadakan didalam dewan atau rumah yang berasaskan kayu kayan.

Suasana ini menjadikan hiasan pelamin seakan tropical dan musim luruh. Gubahan bunga bohemian dan delphiniums pula menyerikan lagi rasa warm yang wujud dengan gubahan sebegini sesuai untuk majlis akad nikah atau sanding.

Instagram: @munstara.event

17. @Mahligai Creative

Pelamin Pampas Mahligai Creative

Satu lagi hiasan pelamin yang berkonsepkan bunga pampas oleh Mahligai Creative. Kombinasi warna daun kering dan hijau yang suram harmoni bersama pentas pelamin yang berona sekata dengan gubahan dan hiasan keseluruhan menjadikan pelamin nampak anggun.

Penataan cahaya semulajadi dan ruang dewan yang berkonsepkan modern living dipenuhi kaca menjadikan centrepiece pelamin satu tarikan bagi setiap mata yang memandang. Boleh dijadikan pilihan untuk majlis solemnization mahupun persandingan berkonsepkan Classic English Wedding.

Instagram: @mahligaicreative


Pelamin Rumah

16. @My Little Dais

Pelamin Rumah My Little Dais

Ada ketika, ada pasangan yang mahukan kesederhaan mengadakan majlis di rumah namun masih mahukan kesempurnaan. My little Dais menawarkan khidmat rekaan pelamin berskala kecil yang cukup memikat hati bagi minimalis di luar sana.

Shaggy carpet digunakan sebagai alas lantai memenuhi ruang pelamin dengan French curtain putih memenuhi feature dan dua sisi dinding. Kerusi pelamin yang ringkas dihiasi bunga kertas yang  diserikan dengan penataan chandelier bercahaya, mewujudkan suasana tenang dan menawan.

Instagram: @mylittledais

15. @Moments by Erna Hisham

Pelamin Rumah Moments by Erna Hisham

Satu lagi pereka pelamin yang memberikan khidmat pelamin bersaiz sederhana yang muat untuk ruangan di dalam rumah. Moments by Erna Hashim dilihat suka memberi hasil yang kemas dan tampak bersih tanpa hiasan yang sarat.

Pemilihan rona nude dan natural adalah pilihan kebanyakan pelanggan yang rata-rata meminta untuk menghasilkan pelamin untuk majlis bertunang dan akad nikah. Pelamin sebegini cukup sesuai untuk rona warna nude, pastel dan putih.

Instagram: @moments_by_ernahisham


Pelamin Simple

14. @Melur Putih

Pelamin Simple Melur Putih

Di Melur Putih, mereka membuktikan elemen flora bukan kayu pengukur keindahan pelamin. Konsep yang sangat ringkas ini hanya menggunakan shaggy carpet yang berona lavender dan lampu gantung berwarna chromatic.

Baca: 18 Inspirasi Makeup Pengantin Terbaik Untuk Tampil Ayu

Warna yang digunakan sungguh sesuai digandingkan dengan tirai langsir berwarna ivory white dan bangku sanding berwarna yang sama. Penamat ikatan langsir yang membentuk huruf W pula melengkap sentuhan terakhir pada rupa keseluruhan pelamin agar tidak nampak terlalu polos.

Instagram: @melur.putih

13. @Kayu Woods

Pelamin Simple Kayu Woods

Kayu Wood pula dilihat menggunakan gazebo sebagai elemen utama pada asas pelamin. Dekorasi ringkas ini diserikan lagi dengan hiasan bunga kertas putih dan ros merah di bahagian pelamin dan rentangan gazebo.

Hiasan pelamin disempurnakan dengan carpet berbulu, tirai langsir sebagai backdrop di bahagian feature wall dan kain rentang pula ditambah untuk sentuhan tambahan. Hiasan pelamin yang ringkas ini sungguh cantik dan tidak nampak terlalu sarat.

Instagram: @kayuwoods


Pelamin Dewan

12. @Dream Catcher Wedding Planner

Pelamin Dewan Dream Catcher Wedding

Bagi yang bakal melangsungkan majlis di dewan, anda masih boleh mendapatkan pelamin idaman tanpa berbelanja besar.

Hiasan pelamin ini sesuai untuk majlis di waktu malam kerana pereka menghiasi pentas pelamin ini dengan menggunakan chandelier kristal dan tirai backdrop bewarna hitam sekaligus menghasilkan kesan yang elegan dan mewah.

Dais dan bahagian keseluruhan pentas dibalut fabrik putih yang dihiasi bunga kertas rona lavender tampil lebih anggun dan sesuai digandingkan dengan busana gaun dan dinner jacket.

Instagram: @dreamcatcherweddingplanner

11. @Adi Putra Décor

Pelamin Dewan Adi Putra Décor

Pelakon terkenal Syarifah Sakinah juga pernah menggunakan khidmat Adi Putra Décor ini untuk majlis pernikahan beliau. Dekorasi ini cocok digandingkan dengan tema perkahwinan fairy tale.

Kesan yang wujud dari fabrik backdrop dan chandelier di bahagian upper tier pelamin membuatkan anda berasa berada di majlis ball atau dance party. Warna fabrik baldu royal blue pada bahagian tangga memberikan kesan yang lebih dramatic pada keseluruhan dekorasi pentas ibarat Cinderella story.

Instagram: @adiputra_decor


Pelamin Khemah

10. @Wedding by Emma

Pelamin Khemah Weddings By Emma

Khemah gubahan Wedding by Emma ini pula boleh dikatakan unik kerana pelamin ini berbumbungkan transparent canopy yang sesuai digunakan pada waktu malam terutamanya majlis yang berlangsung di taman-taman.

Penataan cahaya memainkan peranan utama dalam menghidupkan elemen-elemen hiasan yang terdapat pada ruang pelamin. Mereka ini juga cukup terkenal dikalangan selebriti tanahair jadi memang terbukti hasil profesional yang pasti memuaskan hati.

Instagram: @weddingsbyemma

9. @Kayuwoods

Pelamin Tent Kayu Woods

Bagi yang mahukan majlis yang berskala kecil dan bercadang menggunakan khidmat canopy semata, Kayuwoods mungkin yang anda cari. konsep yang dibawa sesuai untuk majlis outdoor dan outdoor.

Kebanyakan hasil dekorasi kayuwoods mempamerkan all white wedding yang sesuai untuk semua atur cara majlis perkahwinan. Pemilihan warna putih menjadikan suasana majlis tenang dan bersih.

Instagram: @kayuwoods


Pelamin Purple

8. @Afeer Kuala LumpuPelamin Purple Afeer Kuala Lumpur

 

Sekiranya anda dah sepakat untuk berbusana rona ungu atau lavender, inilah pelamin yang anda cari.

Diberi nama Lavender Dais ini yang menggunakan hampir keseluruhan gubahannya dengan warna lavender sebagai asas yang dihiasi dibahagian tangga, sekitar ruangan pelamin dan siling sarat dengan hiasan bunga yang berjuntai.

Penataan cahaya yang bewarna ungu menambahkan lagi kesan warna ungu yang sangat ketara.

Instagram: @afeer_kualalumpur

7. @RR Planner

Pelamin Purple RR Planner

Jika anda berhajat untuk berbaju rona ungu namun tak mahu terlalu ekstrem, Razali Razak boleh membantu. Gubahan ini menciptakan satu rekaan yang seimbang diantara gubahan rona lavender, hijau dan ruang asal yang bewarna putih.

Backdrop yang berbentuk melengkung dan susunan bahan gubahan bunga-bunga purple dan putih pada kerusi sanding menampakkan kesan seakan akan terapung. Rekaan berbentuk geometri yang terhasil daripada susunan keseluruhan menjadikan ia nampak jauh lebih cantik.

Instagram: @rrplanner


Pelamin Biru

6. @Indah Wedding

Pelamin Biru Indah Wedding

Warna biru melambangkan ketenangan dan itu yang dapat kita lihat dan rasakan bila memandang satu lagi hasil rekaan pelamin dar Indah Wedding. Rekaannya memaparkan kemewahan dan perincian pada keseluruhan rupa pelamin.

Setiap gubahan dan elemen seperti bunga segar, stand chandelier dan backdrop dengan corak geometri flora diletakkan pada posisi yang menciptakan rasa affinity. Rekaan ini juga memberikan suasana yang intim dan sesuai bagi golongan elit yang mementingkan privacy majlis.

Instagram: @indahwedding

5. @The Calla

Pelamin Biru The Calla

Satu gubahan yang mengambarkan sudut didalam sebuah taman. Pereka menggunakan warna biru sebagai warna utama dalam hiasan pelamin.

Baca: 35 Idea Gubahan Hantaran Yang Unik & Kreatif

Kusyen kerusi sanding dan panel backdrop berwarna biru yang diharmonikan dengan kain tirai jarang putih serta susunan bunga bunga segar putih dan biru tampil didalam pasu kaca seramik menonjolkan konsep yang ingin dipamerkan.

Instagram: @the_calla


Pelamin Tradisional

4. @Nadia Darina Wedding

Pelamin Tradisional Nadia Darina Wedding

Jika anda sudah memilih busana songket, wajarlah untuk memilih rekaan tradisional untuk pelamin anda. Pemilihan warna kuning emas sebagai warna panel bercorak kerawang menaikkan lagi konsep tradisional yang mahu ditonjolkan.

Apa yang lebih ketara tentang pelamin ini adalah payung pengantin yang diletakkan di sisi pelamin menaikan rupa klasik pelamin. Gabungan dua rona warna iaitu emas dan putih adalah satu pilihan yang tepat serta sesuai dipadankan dengan pilihan busana songket yang bersifat klasik dan asli.

Instagram: @nadiadarinawedding

3. @Azzuieena Kuala Lumpur

Pelamin Tradisional Azzuieena Kuala Lumpur

Konsep gubahan tradisional selalunya menggunakan warna yang terang seperti kuning emas, emerald green dan royal blue, tetapi itu tidak menghalang anda untuk memilih dekorasi tradisional dengan warna pastel atau neutral.

Apa yang menjadikan rekaan ini tampil klasik adalah panel yang besar dengan ukiran kerawang yang melambangkan ciri-ciri kesultanan melayu dahulu dijadikan sebagai hiasan backdrop. Kerusi pengantin yang juga datang dalam rona perak beserta ukiran kayu, menambahkan lagi seri tradisional yang ingin ditonjolkan.

Instagram: @azzuieenacouturekualalumpur


Pelamin Moden

2. @Khai Wedding Deco Sarawak

Pelamin Moden Khai Wedding Deco Sarawak

Berbeza dengan tema tradisional, pelamin konsep moden ini menggunakan warna pastel dan neutral seperti warna putih. Ia lebih kepada elemen terkini seperti chandelier dan gubahan bunga segar supaya nampak kontemperari.

Pelamin moden ini menggunakan sepenuhnya rona putih pada keseluruhan  pelamin. Apa yang menjadikan ia lebih moden adalah potongan tirai yang tidak sekata secocok dengan penataan cahaya lampu gantung kristal pada bahagian syiling.

Instagram: @khaiweddingdeco_sarawak

1. @The Calla

Pelamin Moden The Calla

Moden tak semestinya memerlukan banyak elemen dan gubahan yang menggunakan banyak barang. Pelamin ini masih tampil moden dengan susunan panel geometri yang tak sekata dan dihiasi flora yang berkonsep tropical.

Tanpa menggunakan shaggy carpet atau permaidani berbulu, pelamin nampak kemas dan bersih. Sesuai untuk majlis berskala kecil dan busana moden yang bukan dari songket.

Instagram: @the_calla

Jadi bagaimana? Sudahkah anda membuat pilihan tema pelamin untuk hari perkahwinan nanti? Semoga perkongsian ini dapat membantu sedikit sebanyak pada mereka yang membacanya untuk  idea dan aspirasi pemilihan pelamin.

Baca: 35 Mini Pelamin Yang Cantik & Simple

Penting diingatkan supaya pemilihan pelamin kahwin anda perlu sedondon atau harmoni dengan pemilihan baju pengantin supaya tidak nampak janggal. Kami ucapkan tahniah pada bakal pengantin di luar sana dan selamat pengantin baru.