Sirih junjung merupakan salah satu adat budaya melayu yang kebiasaannya diletakkan di dalam dulang hantaran pertunangan atau perkahwinan. Jika tiada sirih junjung ini maka tidak sempurna rasanya satu dulang hantaran itu kerana adat ini telah diamalkan sejak turun temurun lagi.

Pasti ada yang  tertanya-tanya bagaimana untuk mengubah sirih junjung agar nampak kemas dan bersesuaian dengan tema yang diidam-idamkan agar gubahan sirih junjung nampak kelihatan cantik dipandangan mata pengantin dan orang ramai.

Sirih Junjung Gubahan Sirih - Featured Image
Sumber: rent_her_wedding

Untuk menjadikan gubahan lebih kemas dan menyerlah, ianya juga boleh diletakkan bersama kasut, rantai atau barang kemas sebagai perhiasan di dalam dulang hantaran. Artikel kali ini, kami senaraikan 25 jenis gubahan sirih junjung yang boleh anda jadikan sebagai inspirasi.

Kandungan

25. Sirih Junjung White Roses

Sirih Junjung Rose Putih
Sumber: Iham Floral

Penggunaan bunga lili dan ros berwarna putih menaikkan lagi seri sirih junjung. Putih bermakna kesucian dan bersih, warna ini sesuai untuk majlis akad nikah tema putih.

Untuk kelihatan lebih sempurna dan menarik, sirih junjung dihiasi dengan bunga ros putih dan diletakkan di dalam dulang Ini akan menampakkan lebih kemas dan rapi, selain itu diselitkan juga daun-daun hijau agar nampak lebih fresh dan padat.


24. Sirih Junjung Beserta Cincin

Sirih Junjung Beserta Cincin
Sumber: sirehpinang.my

Kebiasaannya, pihak lelaki yang datang merisik akan membawa cincin untuk meminang buah hati yang dicintai. Justeru itu, hantaran sirih junjung berserta cincin yang diletakkan di dalam dulang hantaran menjadi pilihan.

Baca: 21 Hidden Hantaran Yang Menarik & Popular

Sepertimana yang kita tahu, cincin adalah simbolik jalinan sebuah ikatan dan janji yang dimeterai untuk sebuah perkahwinan yang sah pada masa akan datang. Oleh itu, untuk menampakkan lebih bergaya dan moden, cincin itu dihiasi di dalam sebuah kotak dan diselitkan bunga-bunga di tepi dulang.


23. Sirih Junjung & Artificial Flowers

Sirih Junjung Artificial Flowers
Sumber: flori.malaysia

Artificial Flowers juga adakalanya menjadi pilihan untuk digubah bersama sirih junjung.  Ramai yang memilih gubahan sirih dengan artificial flowers agar mudah disimpan untuk kenangan dan tidak layu berbanding dengan bunga segar yang hanya bertahan sekejap sahaja.


22. Sirih Junjung & Coklat Ferrero Rocher

Sirih Junjung Dengan Coklat Ferero Rocher
Sumber: gubahanhantaran.byjuna

Santapan manis seperti coklat sering menjadi pilihan. Kebanyakan ramai sukakan coklat ferrero rocher sebagai hadiah dan diselaputi sirih junjung di atas dulang.


21. Sirih Junjung Beserta Tepak Sirih

Sirih Junjung Beserta Tepak Sirih
Sumber: Karyaco

Daun sirih junjung yang tidak dilipat akan disusun di dalam dulang bersama tepak sirih. Tepak sirih ini merupakan simbolik keindahan adat dan budaya Melayu.


20. Sirih Junjung Tema Pink Roses

Gubahan Sirih Junjung Dengan Rose Pink
Sumber: hafeezjefri_cpk

Warna pink adalah warna kegemaran kebanyakan wanita. Ianya bersesuaian dengan perempuan yang bersifat ayu dan penuh kelembutan. Warna pastel ini juga menjadi kegemaran pengantin perempuan.


19. Sirih Junjung White Chrysanthemum

Sirih Junjung White Carnation Flowers
Sumber: hantaranbyammy

White Chrysanthemum merupakan bunga yang popular dijadikan sebagai penyeri gubahan hantaran. Bunga ini membawa maksud tanda dihargai dan menyenangkan. Bersesuaian dengan tema perkahwinan yang tulus dan suci.

White Chrysanthemum pada asasnya ialah simbolik tarikan cinta. Gubahan bunga ini diserikan lagi dengan kehijauan daun sirih dan bunga-bunga kecil.


18. Sirih Junjung Eksklusif

Sirih Junjung Eksklusif
Sumber: Duuuri

Jika mahu majlis tampak mewah. Anda bolehlah mengunakan design gubahan eksklusif ini sebagai inspirasi. Hanya meletakkan beberapa daun sirih dan beberapa kuntuman bunga di atas dulang perak. Gubahan ini nampak simple dan eksklusif.


17. Sirih Junjung Scattered Mixed

Sirih Junjung Scattered Mix
Sumber: trflowersndeco

Penggunaan campuran bunga mawar biru, bunga-bunga kecil dan dedaun halus amat menepati tema campur tetapi masih seimbang dalam gubahannya.

Mawar biru yang tertutup ini membawa simbol kedalaman, kepercayaan dan kesetiaan. Gubahan sirih junjung scattered mixed sangat cantik untuk menghiasi dulang hantaran.


16. Artificial Sirih Junjung

Sirih Junjung Artificial Palsu
Sumber: bungachemp

Gubahan artificial sirih junjung  juga menjadi  pilihan popular. Gubahan ini sudah pasti akan kekal lama dan masih mengekalkan keaslian bentuk sirih junjung.


15. Sirih Junjung Dalam Bakul

Sirih Junjung Dalam Bakul
Sumber: earnimagenta

Dengan menggunakan bakul nampak eksklusif. Gubahan ini mudah diangkat dan dibawa kemana-mana. Dekorasi menggunakan bunga ros kuning artificial akan menjadikan gubahan anda lebih ceria dan mewah.


14. Sirih Junjung Cone

Sirih Junjung Cone Design
Sumber: divanistaa

Bentuk cone bertingkat-tingkat dengan hiasan bunga-bunga ros yang mengelilingi setiap lapisan, memenuhi ruang tepak sirih. Daun sirih yang tegak berdiri menunjukkan betapa lurusnya sebuah cinta dan ikatan.


13. Sirih Junjung Purple Theme

Sirih Junjung Purple Theme
Sumber: thehantaran.nj

Sirih junjung tema ini digubah khusus untuk penggemar warna ungu. Gubahan ini diserikan lagi dengan bunga mawar ungu yang membawa maksud cinta pandang pertama. Selain itu, warna ini juga melambangkan keagungan, kemegahan dan kemewahan sebuah majlis perkahwinan. Gubahan ini diserikan lagi dengan pelbagai tona bunga berwarna ungu.


12. Sirih Stairway Berumput

Sirih Stairway Berumput
Sumber: mowglicreates

Apakah kaitannya rumput dan perkahwinan? Gubahan yang mengetengahkan rumput sebagai bahan asas merupakan simbolik kepada sebuah kehidupan. Perkahwinan ini memang biasa namun perlu bertahan, tumbuh subur dan berkembang walau apa jua rintangan dalam apa juga keadaan sekalipun.

Gubahan yang cantik dengan kehijauan rumput dan sedikit bunga kekwa putih mewakili prinsip ketabahan ketika menghadapi kehidupan. Pasangan mempelai yang mementingkan mesej tersirat di sebalik gubahan ini pasti ingin memiliki gubahan ini.


11. Single Row Flowers

Sirih Junjung Single Row Flowers
Sumber: mimeybakri_bridal

Satu relungan bunga ros sudah mencukupi untuk menaikkan hiasan gubahan ini. Bunga ros merah jambu yang melingkari kehijauan daun sirih sangat cantik dan sempurna untuk menghiasi sebuah majlis perkahwinan.

Bunga-bunga kecil dan dedaun halus menambahkan lagi elemen keistimewaan gubahan ini. Gubahan ini sesuai dengan pasangan mempelai yang tidak menyukai hiasan bunga yang sarat.


10. Sirih Junjung Unik

Sirih Junjung Cool Luarbiasa
Sumber: urbansitydesign

Inginkan majlis perkahwinan yang cool tapi masih mengekalkan sifat cinta di dalamnya ? Gubahan ini adalah jawapannya. Menampilkan bunga lili dan orkid sebagai asas gubahan menepati tema ‘cool’ ini.

Baca: 12 Gubahan Hantaran Coklat | Design Menarik & Luarbiasa

Bunga lili yang membawa imej tulen dan sumber aspirasi sangat kena dengan pasangan mempelai yang membawa imej cool ini. Gubahan ini juga membawa imej si orkid hutan yang sinonim dengan sifat fizikalnya yang eksotik, “rare and delicate beauty”. Dengan pemilihan gubahan ini untuk dihadiahkan kepada pasangan pasti akan mengekalkan ingatan yang berkekalan.


9. Sirih Junjung Tema Biru

Suruh Junjung Tema Biru
Sumber: divanistaa

Warna biru itu melambangkan kedamaian. Di sebalik warna bunga ros biru itu memberi ketenangan kepada sang mempelai. Setiap pasangan inginkan ketenangan dalam jiwa mereka. Gabungan bunga ros warna biru dan bunga hydrangea menampakkan dulang hantaran anda lebih menyerlah.


8. Sirih Junjung Minimalist

Sirih Junjung Minimalist
Sumber: khairulhasrol

Bagi anda yang memilih kesederhanaan dalam sebuah majlis perkahwinan. Gubahan sirih junjung minimalist bersesuaian dengan kehendak bagi anda yang inginkan kesederhanaan tetapi masih mengekalkan kecantikan pada gubahannya.

Gabungan bunga putih, ungu dan hijau menaikkan seri gubahan ini. Kesederhanaan ini disempurnakan lagi dengan sebentuk tepak sirih berwarna perak.


7. Sirih Junjung Tema Hijau

Sirih Junjung Tema Hijau
Sumber: gubahanhantaran.byjuna

Gabungan bunga ros hijau dan kekwa putih menepati tema mempelai yang mengidamkan majlis yang ceria dan damai. Gubahan sirih junjung ini membawa maksud kehidupan dan kedamaian.

Gubahan ini digayakan dengan susunan daun sirih yang membentuk bukaan kepak Sang Merak. Bukaan ini melambangkan kemegahan cinta yang akhirnya bersatu di jinjang pelamin.


6. Sirih Junjung Dalam Kotak

Sirih Junjung Dalam Kotak
Sumber: hafeezjefri_cpk

Nampak unik dan menarik sekali apabila sirih junjung dihiasi di dalam kotak. Nampak lagi sesuai diletakkan bunga kapas ditepinya. Kotak yang diperbuat daripada kayu menampakkan lagi keaslian gubahan.


5. Sirih Junjung Bertingkat

Sirih Junjung Bertingkat
Sumber: hafeezjefri_cpk

Kita selalu disajikan dengan gubahan yang simple, eksklusif dan minimalis. Sesekali dengan penggunaan sirih junjung bertingkat ini juga dapat memenuhi keinginan pasangan yang mahukan gubahan yang tampak menyerlah. Sirih junjung ini menggunakan bunga orkid dan mawar yang disusun secara bertingkat.


4. Sirih Junjung Love

Sirih Junjung Love Berbentuk Heart
Sumber: hantaran_murah_melaka

Love is Cinta. Cinta itu adalah satu anugerah dari tuhan. Dengan menggunakan dekorasi sirih berbentuk love akan menguatkan lagi simbolik cinta antara pasangan. Gabungan bunga ros kuning dan lili putih diselaputi daun sirih menampakkan lagi kekemasan.


3. Sirih Junjung Tema Kuning

Sirih Junjung Kuning
Sumber: ilham_flora

Warna kuning merupakan warna diraja dan bentuk kemewahan. Bunga lili kuning dikelilingi daun sirih yang menunjukkan betapa manisnya cinta antara dua mempelai yang disemai semasa menjadi raja sehari.


2. Sirih Junjung Tema Putih

Sirih Junjung Tema Putih
Sumber: lovely.orchid.my

Warna putih sering dikaitkan dengan cinta, kesucian dan kebebasan. Pasangan mempelai yang ingin menampilkan kelembutan bolehlah memilih gubahan ini untuk membantu menyemimbangi warna hijau daun sirih dengan penggunaan bunga mawar putih.

Pada yang mahukan gubahan yang suci, penggunaan warna putih dalam gubahan menjadi pilihan yang tepat.


1. Sirih Junjung Design Sirih Tak Berlipat

Sirih Junjung Leper
Sumber: gubahan_exclusive

Keunikan gubahan ini menampilkan rekaan sirih junjung yang tidak dilipat dan dipotong pada mana-mana bahagian. Gubahan ini bersesuaian dengan pasangan mempelai yang ingin mengekalkan keaslian daun sirih tersebut.

Daun sirih yang merupakan penghulu sebuah majlis perkahwinan dan juga mewakili sifat merendah diri serta sentiasa memuliakan orang lain. Gubahan ini mengekalkan sifat rendah diri dengan hanya penggunaan beberapa kuntum bunga mawar dan dedaun hijau.


Pasangan bakal mempelai semestinya mempunyai tema yang telah dirancang pada hari bahagia mereka. Oleh itu, sudah pasti pasangan mahukan yang terbaik untuk nampak meriah dan berseri.

Baca: 26 Hantaran Tunang Yang Terbaik Untuk Pengantin Lelaki & Perempuan

Manakan tidak, kahwin sekali seumur hidup. Sudah pasti pasangan mempelai mahukan yang terbaik pada hari istimewa merpati dua sejoli. Kami doakan semoga majlis pertunangan atau perkahwinan anda berjalan dengan lancar.

Diharapkan dengan senarai gubahan sirih junjung ini dapat memberikan anda idea untuk menghasilkan gubahan yang dikehendaki.