Ulang tahun perkahwinan merupakan hari penting dan terindah buat setiap pasangan yang berkahwin. Tarikh keramat ini sentiasa diingati dan dinantikan setiap tahun dalam sesebuah perkahwinan untuk diraikan bersama pasangan yang kita cintai.
Sekiranya anda tidak ada idea nak beri ucapan apa semasa ulang tahun perkahwinan nanti. Kami kongsikan beberapa idea ucapan ulang tahun perkahwinan yang anda boleh gunakan sebagai tanda menghargai pasangan.
Pasangan anda pasti teruja dan berbunga-bunga hati apabila mendengar ucapan yang diberikan. Jangan lupa selitkan sekali jambangan bunga mawar merah berserta kek dan coklat! Pasti pasangan anda terharu kegembiraan.
Kandungan
Ucapan Ulang Tahun Perkahwinan Untuk Suami
Jika anda masih mencari ucapan sesuai untuk diungkapkan kepada suami tercinta pada hari ulang tahun perkahwinan nanti, bolehlah guna contoh-contoh ucapan yang kami senaraikan.
Tiada hadiah yang mahal pun suami tidak kisah, asalkan pemberian ikhlas dari hati sang isteri sudah cukup membuatkan hati seorang suami bergetar!
Terpulanglah kepada kreativiti para isteri sekalian. Cubalah guna ayat-ayat manis ini..Manalah tahu semasa anda ucapkan kata-kata romantik ini, pasti cair hati suami anda.
1.
“Suamiku, kau adalah lelaki kiriman Tuhan yang diutuskan buatku”.
2.
“Aku menerimamu kerana kau adalah jodoh istikharahku. Terima kasih kerana sentiasa buat aku tersenyum gembira di setiap hari-hari ku dan menghapuskan segala duka laraku. Aku sayang kamu setulus ikhlas hatiku”. Selamat hari ulang tahun suamiku tersayang!”
3.
“Kanda, hari ini dinda sangat bahagia, kerana kita masih kekal bersama menyemai kasih dan sayang. Bila kanda jauh, hatiku selalu merindu. Dinda bersyukur kerana Tuhan panjangkan jodoh kita hingga hari ini. Setiap detik pahit manis yang kita lalui sangat mengajar kita menjadi insan yang matang. Selamat hari ulang tahun kanda!”
4.
“Setahun sudah berlalu, masih daku ingati tarikh keramat saat sayang lafazkan akad nikah untuk menghalalkan hubungan suci murni kita ini. Daku percaya dirimu mampu menjagaku sehingga hembusan terakhirmu. Daku juga yakin bahawa dirimu mampu mencorakkan hidupku dengan warna yang indah tanpa ada rasa kecewa. Terima kasih untuk segalanya. Selamat hari ulang tahun pernikahan suamiku sayang!”
5.
“Abang, sudah bertahun-tahun kita lalui hidup suka dan duka bersama-sama. Hadirmu dalam hidupku ibarat lampu yang menyinari kegelapan. Tanpamu, aku kesepian seperti pungguk rindukan bulan.”
6.
“Semoga abang menjadi suami terbaik untuk menjaga saya selamanya. Semoga Allah tambahkan rezeki abang seluas langit dan bumi. Selamat hari ulang tahun suamiku tersayang!”
7.
“Selamat hari ulang tahun perkahwinan abang! Terima kasih abang untuk setiap detik pengorbananmu, penat lelahmu dalam mencari rezeki yang halal dan setiap pertolonganmu dalam membantu isterimu ini.”
8.
“Terima kasih suami, kerana menjadi suami dan bapa yang terbaik untuk isteri dan anak-anakmu ini.”
9.
“Terima kasih juga menjadi imam yang soleh, sentiasa memberi teguran dan kata-kata semangat pada keluarga.”
10.
“Terima kasih menjadi pendengar yang baik tatkala diriku dibelenggu masalah,Terima kasih sentiasa berusaha membahagiakan hati isteri.”
11.
“Semoga keikhlasan hati abang, Allah titipkan rahmat dan kasih sayangNYA. Semoga Allah memperluaskan rezekimu selalu. Kau suami terbaik, imam dan bapa mithali kepada zuriatku.”
12.
Semoga ikatan perkahwinan kita ini berkekalan selamanya. I love you and I need you my love”
13.
“Walaupun kita pengantin lama, tapi cinta saya pada awak selalu baru. Selamat hari ulang tahun pernikahan kekasih halalku.”
14.
“Happy Wedding Anniversary kekasih halalku! Terima kasih kerana menjadi pasangan yang terbaik buat diriku dan sentiasa ada semasa diriku susah dan senang! Moga Allah merahmati perkahwinan kita hingga ke Jannah.”
15.
“Engkau adalah kekuatan buat diriku, teruskanlah tetap mencintaiku sepenuh hatimu untuk hari ini, esok lusa dan tahun-tahun akan datang. Selamat hari ulang tahun cinta hatiku.”
Ucapan Ulang Tahun Lucu Untuk Suami
Nak buat ayat ucapan lucu ini memang bukan mudah. Kalau tak lawak pun tidak mengapa, asalkan ayat lucu itu sesuai dan ikhlas dari hati anda sendiri! Kalau anda tiada idea, lihat beberapa contoh yang kita kongsikan di bawah. Semoga dapat menceriakan hati sang suami pada hari yang bahagia. Selamat mencuba!
16.
“Cinta itu umpama makan sambal belacan, Walaupun pedas hingga mengalirkan air mata tapi ia tetap dimakan, Begitulah cinta kita dalam rumah tangga, ada pedas, masam dan manisnya tapi sayang tetap cinta pada abang! Happy Wedding Anniversary My handsome husband”.
17.
“Abang, walaupun coklat itu manis, tapi tak semanis muka abang ! Walaupun ais itu cair, tapi cair lagi cinta saya pada awak! Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan kita awak! Moga awak tetap cinta dan sayang saya sebanyak buih di lautan dan setinggi awan di langit!”
18.
“Kanda, hidungmu mancung macam Shah Rukh Khan, bibirmu merah bak delima, mukamu bujur macam sirih, lehermu jinjang macam zirafah. Tapi inginku katakan, cintaku cuma satu, hanya kamu di hatiku! Selamat hari ulang tahun percintaan kita kanda!”
19.
“Dua tiga harimau berlari, mana nak sama si harimau belang. Dua tiga boleh ku cari, mana nak sama si abang seorang! Happy Anniversary abang sayang”
Ucapan Ulang Tahun Perkahwinan Untuk Isteri
Suami jangan pula terlupa atau buat-buat lupa tarikh ulang tahun perkahwinan, nanti merajuk si isteri. Kalau dah merajuk, susah hendak pujuk.
Si suami buatlah sesuatu istimewa yang dapat mengembirakan hati isteri anda seperti membuat kejutan dengan hadiah kesukaan, bunga, coklat atau bawa pergi bercuti. Apa salahnya, hanya setahun sekali sahaja. Pasti isteri terharu melihat kesungguhan suaminya menyambut ulang tahun perkahwinan.
Bukan semua isteri mahukan hadiah yang mahal seperti berlian, permata mahupun barangan berjenama. Keikhlasan dan tanda ingatan suami sudah cukup membahagiakan hatinya. Tiada yang indah selain dari ucapan tulus dari hati yang diungkapkan suami buat isteri. Semoga ucapan dibawah boleh dijadikan sebagai inspirasi.
20.
“ Wahai bidadariku, kau adalah amanahku hingga ke akhir hayatku. Aku mencintaimu setulus ikhlas hatiku. Aku menerimamu untuk melengkapi segala kekuranganku.”
21.
“Terima kasih untuk segala pengorbananmu melahirkan zuriatku. Satu pintaku, setialah bersamaku hingga ke akhir hayatku. Genggam tanganku tatkala jatuh bangunku. Akan ku pimpin tanganmu hingga ke pintu syurga bersamaku. Selamat hari ulang tahun cinta halalku.”
22.
“Sayang, semenjak sayang hadir dalam hidup abang, jiwa abang yang sepi terasa terisi. Sayang adalah cinta pertama dan cinta terakhir abang. Cinta abang pada sayang bukan sekadar kata-kata tapi ia adalah seluas lautan dan setinggi langit. Terima kasih kerana menerima abang menjadi suamimu. Selamat hari ulang tahun pernikahan sayang. Abang sayang awak dunia akhirat”
23.
“Terima kasih isteriku, menjadikanku pendamping dalam dirimu. Senyum dan tawamu membangkitkan semangatku setiap hari. Paut dakapanmu mencekalkan hatiku untuk lalui hari-hariku. Kaulah kekuatan diriku. Dirimu seumpama bidadari syurga, sungguh sentosa bersamamu, ibarat denai yang tenang. Sambutlah kasih dan sayangku di hari ulang tahun kita ini.”
24.
“Isteriku, apabila aku dalam kemarahan, kau bantu untuk menyejukkan. Apabila aku dalam kebuntuan, kau bantu untuk tunjuk jalan. Apabila aku lupa dan lalai, kau tegur dengan penuh berhemah. Apabila aku dalam kesakitan, kau hadir mengubat duka laraku. Aku bersyukur pada Tuhan kerana DIA menganugerahkan padaku isteri yang solehah, penyejuk mata dan ibu mithali buat anak-anakku. Terima kasih sayang.”
25.
“Semakin dekat dirimu pada Tuhan, semakin mendalamlah cintaku padamu. Sunggguh rasa cinta ini hadir dari DIA, Tuhan semesta alam. Kau jodoh terbaikku, isteri mithaliku dan ibu pada anak-anakku. Ku curahkan rasa kasih sayangku padamu kerana kau adalah amanah yang Tuhan kurniakan. Sambutlah cintaku setulus ikhlas hatimu, seindah sinaran mentari pagi. Aku menyayangimu sehingga hujung nyawaku. “Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan Isteriku Tercinta!”
26.
“Terima kasih sayangku untuk bertahun-tahun segala rasa cinta, sayang dan rindu. Kau melengkapi kekuranganku dan mengimbangi kelebihanku”. Selamat hari ulang tahun sayang!
27.
“Selamat hari ulang tahun perkahwinan kita yang ke …… sayangku! Semoga perkahwinan kita kekal abadi sehingga ke akhir hayat. Terima kasih kerana sudi menerima kekuranganku dan melayan kerenah kenakalanku ini”.
28.
“Sayang, bersempena hari ulang tahun perkahwinan kita ini, diriku mendoakan semoga kasih sayang kita sentiasa bertambah dan tidak berkurang, tiada rasa benci antara kita, malah setiap hari, setiap masa, setiap detik dan setiap saat kita harungi segala pancaroba bersama-sama”. Selamat hari ulang tahun percintaan halal kita, sayangku!”
29.
“Walaupun kita telah lama bersama, namun inginku ucapkan padamu, bahawa cintaku padamu dari dulu sehingga sekarang masih sama dan tidak berubah”. Selamat hari ulang tahun sayangku!”
Ucapan Ulang Tahun Lucu Untuk Isteri
Apa kata jika anda membuat kelainan yang luar biasa kepada isteri tercinta anda! Anda cipta ucapan ulang tahun dengan membuat ayat ucapan yang lucu.
Saya yakin isteri anda akan tertawa membaca kad ucapan ulang tahun itu nanti. Jika anda masih mencari idea, di sini saya berikan beberapa idea contoh ucapan ulang tahun lucu untuk isteri.
30.
“Sayang, walaupun pinggangmu tak ramping macam kerengga, pipimu bulat seperti bola. Tapi cinta suci abang tak pernah luntur sejak awal mula mengenalimu sayang. Abang menerimamu seadanya hingga kini. Semoga Tuhan memanjangkan usia percintaan suci kita ini hingga Jannah! Selamat hari ulang tahun cinta kekasih halalku!”
31.
“Pergi ke kedai membeli kopi, singgah ke farmasi membeli jamu. Dunia ini sungguh merasa sepi, jika tiada kamu di sisi aku.”
32.
“Sayang, walaupun badanmu semakin membulat, bagiku ia hanya seperti kucing comel yang kuat makan. Walaupun dirimu sering lambat bersiap, bagiku ia hanyalah detik jam berputar untuk detik bahagia kita. Gelagatmu adalah kegembiraanku!”
33.
“Selamat hari ulang tahun pernikahan buat isteriku yang cantik, pipi tembam, badan bulat dan kuat makan. Telatahmu buatku tersenyum setiap hari. I love you honey!
Ucapan Ulang Tahun Perkahwinan Untuk Sahabat & Ahli Keluarga
Anda mesti mahu beri ucapan dan doa terbaik buat sahabat kesayangan dan ahli keluarga anda yang menyambut hari ulang tahun perkahwinan bersama pasangannya. Berilah ungkapan kebahagiaan pada mereka tanda kita mendoakan yang terbaik buat mereka.
34.
“Buat kakakku yang disayangi, tahniah diucapkan. Buat abang, terima kasih kerana telah menjaga dan sentiasa menggembirakan kakakku hingga ke hari ini. Semoga hubungan perkahwinan kalian bahagia hingga Jannah.”
35.
“Happy wedding anniversary to both of you! Moga kalian bahagia selalu, diberikan iman yang sempurna, kasih dan sayang yang kekal selamanya.”
36.
“Pasangan serasi adalah yang sering mendoakan, setia harungi suka duka bersama dan tidak pernah berubah hati. Selamat hari ulang tahun sahabatku! Semoga perkahwinan anda berdua bahagia di bawah lindungan rahmat Tuhan.”
37.
“Adikku, sudah setahun usia perkahwinanmu. Aku bersyukur kerana kau bahagia bersama cinta hatimu yang ikhlas menyayangimu. Moga setiap ujian hidup yang dilalui, akan lebih menguatkan cinta kamu berdua. Happy Anniversary!”
38.
“Anda pasangan yang sangat sepadan seperti cinta Romeo dan Juliet. Selamat menempuh asam garam rumah tangga dengan menerima kekurangan masing-masing sebaiknya. Moga syurga milik anda berdua selamanya. Selamat hari ulang tahun!”
Ucapan Ulang Tahun Lucu Untuk Sahabat & Ahli Keluarga
Terdapat beberapa idea ucapan ulang tahun perkahwinan yang lucu boleh digunakan untuk kenalan dan ahli keluarga anda yang meraikan hari ulang tahun perkahwinan.
Ucapan yang ringkas tapi padat menghiburkan pasangan sudah tentu sangat bermakna pada hari kenangan manis pasangan ini. Mari baca contoh ucapan ulang tahun perkahwinan lucu di bawah.
39.
“Si Raja membawa panah, pergi ke hutan untuk memburu. Selamat menjadi keluarga sakinah, dalam menjalani hidup yang berliku-liku.”
40.
“Manisnya cinta bagai coklat dan gula-gula, Happy anniversary buat anda berdua. Semoga anda bahagia dan kekal sampai hari tua!
41.
“Saya ada menantu,dia bukan menantu hantu. Tapi menantu yang baik akhlaknya. Happy Anniversary buat anak menantu tersayang. Happy anniversary buat anakanda. Semoga bahagia bersama hingga Jannah!”
Diharap senarai contoh-contoh ucapan ulang tahun perkahwinan di atas dapat memberi inspirasi kepada anda. Anda tidak perlu risau bentuk ucapan yang mana perlu diungkapkan.
Asalkan ucapan ulang tahun ini ikhlas dan jujur dari hati anda sendiri. Ini kerana, hati yang ikhlas, walaupun ucapan sekadar biasa-biasa saja akan membuatkan detik hari ulang tahun itu menjadi lebih menakjubkan.
Baca: 21 Ucapan Selamat Pengantin Baru Yang Pasti Membuat Mereka Teruja
Diucapkan “Selamat hari ulang tahun perkahwinan!” kepada pasangan yang meraikan hari ulang tahun perkahwinan. Semoga perkahwinan anda berkekalan sehingga ke akhir hayat dalam lindungan Tuhan. Amiin.